Tuesday, April 9, 2024

Masak lemak udang nasi dagang (2)

Bawang merah 
Bawang putih sikit
Cili blender
Blender kemudian di tumis. Letak santan, udang, asam, nisae kerek garam.

Friday, May 5, 2023

Ikan Singgang Tok Ma

Bawang putih
Lengkuas lebih sikit
Garam
Gula nisae sikit sangat
Asam keping
Ajinomoto

Hiris bawang putih dan lengkuas. Masukkan ikan buh aor dan asam keping. Buh garam gula sikit fan ajinomoto. Dah nak masak tu.. masukkan chiili api dan chilli hijau yg Kelantan tu.


Wednesday, April 12, 2023

Singgang sotong

Resipi singgang:
1. Serai
2. Bwg putih 
3. bwg merah
4. Garam
5. Msg *atau* nisey kerek (sedikit)

Saturday, April 8, 2023

Tepong Gomak Kelantan

Sangai beras pulut kemudian vlwnder halus jadi tepung
Mesin kelapa muda. Mesin yg putih.

Kelapa muda di rebus kemudian masak dengan gula letak daun pandan garam. Sampai agak kering letak kan beras pulut yg dah di mesin jadi tepung tadi. Biar sejuk.. Bulat bulat kan kemudian golekkan dengan tepung beras pukuy yg blend tadi

Tuesday, April 4, 2023

Solok Lada

Bawe meroh, halia, isi ikan, garam... Ikan mentah amik isi dia.. Tumbuk halus... Gaul nge nyor... Sumbt dlm lado... Masa nk rebus tu boh santan sikit dlm periuk tu... Siappp

Gulai rempah darat

Goreng smpi garing Bawang merah, bawang Putih, cili kering, halia, Lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis, jintan Putih n kelapa parut

Lps tu blend smpi btl2 lumat..

Masuk dlam periuk... Minyak balance goreng td tu pun blh boh skali... Nnti kaler dia jd lawa.. N Boh lah bahan utama tu... Masak smpi separuh masak.. Boh santan, asam keping, nise n garam.. Tunggu smpi msk lah...

Sunday, February 19, 2023

Asam Pedas Tok Ma

Kunyit 
lengkuas 
bwg merah 
bwg putih sikit
Lada burung sikit
Lada kering sikittttt je.
Beras sikit
----blend hancur semuanya dgn air----

Masuk dlm periuk bhn blend tu..masak smpi gelegak..buh ikan
Garam aji asam keping..

Daun kesum dan bunga kantan...ni kena tanya org yg nk makan..dia nk letak ke tak..

Sunday, July 25, 2021

Ikan Kembung Sumbat Tok Ma

Ikan Kembung Sumbat (Resipi Tok Ma)
1. Ikan Kembung
2- Lada hitam
3. Bawang
merah
4. Halia
5. Nyiur muda
6. Daun sup sikit
7. Garam
8. Gula
9. Cuka

Cara?
Ikan belah belakang buang tulang, Kokok is
2. Isi ikan ditumbuk bersama 2,3,465.
3. Pastu gaul bersama 6,7,869
4. Make sumbatlah balik dalam ikan.

Kuah Kacang Tok Ma

Kuah Kacang (Resepi Tok ma).
1. Bawang putih
2. Bawang meroh
3. Halia
4. Lada kering (goreng dahulu)
5. Jintan manis (sikit)
6. Jintan putih (sikit)
7. Serai
9. Kacang tanah -> goreng tanpa minyak -> tumbuk kasar
10. Minyak
11. Santan
12- Garam
13. Nisse
14. Serai - Ketuk (optional)

1~7 blend

1. Tumis bahan kisar
2. masukkan Kacang. then santan.
3. Perasakan dengan nisse dan garam


Rasanya agak manis & teksturnya pekat

Sambal Nyior Tok Ma

Sambal Nyior (Resepi Tok ma)
garing
1. Ngiour goreng blend sampai pecah minyak
- Halia
3. Serai
4. Bawang merah
5. Nisse
6. Garam
7. Lada hitam
8. I Kan rebus/bakar - pensi & tumbuk
Blend/tumbuk
Cara-cara
1. Adun sebati semua. Siap!

Monday, November 9, 2020

Kuah Nasi Dagang

1 inch Lengkuas
1 inch Kunyit
5 ulasBwg Putih 
15 biji Bwg meroh
1/2 inch Halio
5 bijik Lada kering
Kerisik
1 sudu kecik Ketumbar
1 sudu kecik Jintan manis 
1 sudu kecik jintan putih

Blend semua tu lps tu tumis. Naik minyak bubuh santan, asam keping n sedikit nise @ gula. Bila kuah tu dah pekat... Br blh bubuh ike yg telah direbus (ike rebus tu kna bubuh nise sikit dan garam sikit). 

Siapppp

Nasi Dagang Kelantan

Nasi dagang
Beras nasi dagang - campur dgn segengam beras pulut utk setiap 1kg. Rendam 5 6jam

Bwg putih 
Bwg merah 
halia
Halba
Santan cair n pekat (2kg beras,guna 500g santan utk pekat n cair) 
Garam gula

Masak santan pekat dgn bwg putih, bwg merah halia, halba, garam n gula sampi mendidih. 

1) steam beras utk 1st time.. 
2)Naik wap, tuangkan dlm bekas, gaulkan dgn santan cair. Mmg akan nmpk berair, tapi dikacau2, beras akan resap air tu
3)steam sekali lagi beras smpi naik wap
4)tuangkan dlm bekas, gaul dgn santan pekat yg di masak td. Rasa garam gula dia. 
5)kemudian steam kali ke3, biasa hr raya, pagi raya baru steam yg ke3 nie.

Tuesday, June 9, 2020

Suatu hari nanti kita pasti tidak dapat mendengar suara tangisan atau rupa senyuman itu lagi ...

Sunday, June 7, 2020

PKP ..

2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan 

Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind.. 

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020 
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020 
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB) 
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome 
#DudukRumah 
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe 
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing 

CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.

Tuesday, April 28, 2020

Kek Batik Cheese Indulgence

Image may contain: food and indoor 
Bahan untuk kek batik 

1 pack / 600g biskut marie (patah-patahkan)
200g butter

1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak

1 / 2 biji telur saiz 
 Esen vanila
.
1. Masak butter sampai cair, masak kek batik guna api kecik, kemudian masukkan susu pekat. Kacau rata.
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat² takut berketul.
3. Next masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar semua sekata.
4. Last sekali masukkan biskut. Kacau rata agar semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api semasa mengacau
5. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 x 10 inci (alas plastik biskut supaya tak melekat dan senang tarik keluar) dan tekan² padat. Plastik tu biar lebih terkeluar sikit sebab nanti senang nak tarik keluar. Kalau ada loose loyang lagi bagus.
6. Simpan chiller 2-4 jam jika kek sudah keras. (kalau nak cepat masuk jer dalam freezer sekejap)



Bahan-bahan untuk lapisan cheese (Ingredients for cream cheese layer): 

https://youtu.be/uLwJ-3f0JaE
 
250 g krim keju (250g cream cheese) 
3 sudu besar /50g gula kastor (3tbsp /50g castor sugar) 
1 sudu kecil esen vanila (1 tsp vanilla essence) 
1 sudu besar susu pekat manis (1 tbsp sweetened condensed milk) 
3/4 sudu besar serbuk gelatin (3/4 tbsp gelatin powder) 
3 sudu besar air panas (3 tbsp hot water) 
200 ml krim putar tenusu (200ml dairy whipping cream) 

 Bahan-bahan untuk coklat ganache (Ingredients for chocolate ganache): 
300g coklat masakan gelap (300g dark cooking chocolate) 
250g krim putar tenusu (250g dairy whipping cream) 
1 sudu besar butter (1 tbsp butter) 
1 sudu kecil esen vanilla (1 tsp vanilla essence)
 

Friday, April 10, 2020

Custard Pudding with Fruit Cocktail

resepi dari blog
Azlita - Masam Manis


Bahan Untuk Kastard
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula + 1 sudu besar gula
secubit garam (ini akak tambah)
Aku tambah vanilla sikit satu sudu kecik
Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana hingga ia meletup-letup dan pekat.
Angkat dan sudukan dalam acuan kecil
Sejukkan hingga keras
Bahan Untuk Kuah
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir (akak buat tak sampai 5 sudu pun rasa ikut suka sebab air gila fruitcoktail tu pun dah manis)
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard (akak buh setengah sudu jer- nnti pekat sangat bila dah sejuk)
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail (air dia tadi masukkan awal sama dgn air kosong tadi)
beberapa helai daun pandan (ini pun akak durhaka... sebab rumah banyak pandan.. semua benda nak letak pandan.. nanti bau dia wangi sikit.. tak ada tak payah letak)
Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

#MCO 

Wednesday, April 8, 2020

Butir Nako

Bahan-bahan kuah:
Santan pekat
Daun pandan -  disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba
Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
 Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api… bairkan sejuk

Bahan-bahan biji nangka:
1 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau  Sedikit air kapur(kalau tak ada tak payah pun tak apa)
Garam

Cara membuat:
Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.

Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).  Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.

Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

Sunday, April 5, 2020

Sira Labu

Bahan Bahan ;

Labu di potong ikut jurai
Kapur masakan
Gula pasir / Nisae kerek
Sedikit garam
Daun Pandan
Sedikit Air
Bunga Cengkih

Labu di potong mengikut jurainya. Basuh dan rendam dalam air kapur yang banyak jugak laa sampai air tu berwarna putih. Rendam semalaman. Susun labu dalam periuk dan letakkan daun pandan. Letakkan gula kalau gula pasir lebih kurang seganggam atau dua genggam. Kalau nisae kerek dalam dua kerek ikut kemanisan masing masing. Buh garam sedikit. Buh sedikit bunga cengkih. Tutup periuk. Air labu tu akan keluar dan kalau tak cukup air boleh tambah sikit.

Saturday, January 21, 2017

Chicken Mango

Macam biasa cilok dari blog kak Ita Masam Manis ....

CHICKEN MANGGO

Resepi oleh : Dari Dapur Kak Yah

 2 keping isi dada ayam 
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Lada sulah
Tepung jagung

Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat. ~ Ita potong kecil kerana sukakan ayam yang rangup
Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah.  Perap seketika.
Golek-golekkan ayam yang telah di perap, pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam
Seterusnya ayam, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. 
Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan

Bahan Sos
2 sudu besar sos Plum
1 sudu kecil sos cili/Thai
1 sudu kecil sos tomato
Potongan cili padi ~ ikut sukalah nak berapa biji
sedikit air masak suam
Gula dan sedikit garam
Parutan buat mangga muda

Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis

Hiasan
Parutan mangga
Parutan carrot
Untuk ditabur atas ayam manggo kita...
Pastikan ayam yang telah digoreng apabila kita nak makan dipotong-potong dahulu sebelum menghidang.

Friday, October 28, 2016

Senggang Daging

Ketumbar
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lengkuas
Daging
Cili api 
Nisan kerek dan Kerisik sikit

Sangai bahan ketumbar dan ditumbuk lumat. Hiris bahan semua bahan lain lain. Masukkan semua bahan dan tunggu masak. Masukksn 5 keping asam keping Masukkan sedikit nisan kerek dan garam secukup rasa madukkan kerisik sikit.

Sunday, August 28, 2016

Resepi akok lagi ...

RESEPI KUIH AKOK
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)

1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
1 cawan air
1/2 cawan gandum
3 helai daun pandan (carik-carik)
Secubit garam

Cara-Cara:

Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut
Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.

Tuesday, August 23, 2016

Jom pakat guna serum untuk kembali muda




Resepi akok lagi ....

Resepi Berbuka Puasa Hari ini adalah Akokkedut versi kelantan..

Bahan-bahan:
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
600 gm gula melaka
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 1/2 biji kelapa

Cara Membuatnya :
1. Telur dipecahkan ke dalam satu mangkuk dan kacau hingga hancur.
2. Kelapa diperah dan diambil santan 2 kali sahaja (pekat).
3. Gula melaka diracih-racih, kemudian campurkan telur dengan santan, gula melaka dan tepung gandum. Kacau dan selepas itu ditapis dengan tapisan supaya tidak berbuku-buku.
4. Daun pandan dikoyak-koyak, bunga cengkih dimasukkan ke dalam campuran tadi, pukul dengan senduk serta kacau campuran tadi.
5. Panaskan acuan baulu, kemudian masukkan adunan tadi mengikut lubang baulu. Bakarlah dengan api atas dan bawah.


Info kecantikan - Apakah itu Serum

Apa itu SERUM?
Serum ialah produk kecantikan yang mempunyai bahan yang sangat aktif yang mana ia mampu menembusi sel kulit paling dalam. Bahan aktif yang digunakan selalunya membantu untuk masalah kulit yang dihadapi dengan lebih berkesan.

Kenapa kita perlu guna SERUM?
Serum bukanlah sesuatu yang baru dalam regim kecantikan, ia sudah ada sejak beberapa tahun dahulu. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu apa itu serum dan apakah kegunaannya.
Apakah bezanya pelembab dan SERUM?
Pelembab muka dirumus khas untuk melembab dan menjadi pelindung kulit sahaja. Serum pula dirumus untuk menembusi jauh ke dalam liang2 kulit wajah untuk menyerap khasiat bahan aktif yang digunakan.

Bagaimana SERUM berfungsi?
Molekul di dalam serum adalah sangat kecil berbanding pelembab. Ini bermakna bahan aktif yang bermanfaat untuk menyembuh atau membaiki dapat mencapai sel kulit yang paling dalam.

Kenapa saya perlu guna Serum ?
Sekiranya, produk kecantikan yang anda gunakan sekarang yang hanya terdiri dari pencuci muka, penyegar dan pelembab kurang berkesan, inilah masanya anda menambah Serum ke dalam rutin penjagaan wajah anda. Anda akan lihat perubahan yang ketara dengan lebih cepat jika digunakan dengan betul dan konsisten.
Serum disapu diwajah dan kemudian di tepuk2 hingga kesemua meresap kedalam kulit selepas anda mencuci muka dengan bersih dan sebelum menyapu pelembab atau krim malam. Kebiasaannya Serum sangat berkesan digunakan sewaktu tidur.

Berapa lama saya boleh nampak perubahan setelah menggunakan SERUM?
Bergantung pada jenis kulit anda, ada yang cepat dan ada yg mengambil sedikit masa untuk melihat perubahan apalagi jika bahan yang digunakan dari sumber natural. Namun, jika anda sudah biasa menggunakannya ia akan jadi sebati dengan rutin penjagaan wajah anda seharian.

Bagaimana penjagaan SERUM ?
Pastikan serum tidak terdedah kepada cahaya kepanasan melampau kerana ianya akan menghilangkan khasiat serum.

WidWid Youth Serum berapa ml ?
WidWid Youth Serum 15ml, jika dipakai secara konsisten setiap pagi dan malam boleh guna sehingga 3 - 4 minggu

Apakah WidWid Youth Serum selamat digunakan?
WIDWID YOUTH SERUM juga :
✅ Keluaran bumiputera muslim.
✅ 100% natural base.
✅ Tanpa bahan terlarang dan berbahaya seperti hydroquinone, merkuri dll.
✅ Produk berstatus GMP Certified.
✅ Selamat dan berkesan. Mendapat kelulusan dari KKM.
✅ Sesuai untuk semua jenis kulit dan umur.

Sesuai tak untuk kulit ada alahan atau sensitif?
Ya. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitive

Apakah kandungan utama WidWid Youth Serum?
WIDWID YOUTH SERUM menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Antara bahan-bahan tersebut ialah :
AQUA : 
Bahasa yang paling mudah "air". Ia bertindak sebagai bahan dan agen resapan yang pantas terhadap kulit wajah.
.
GLYCERIN :
bertindak sebagai agen pelembap kulit. Kandungan ini mengekalkan kelembapan dan keanjalan selain mengurangkan kedutan dan memberi kelembutan pada kulit wajah.
.
SODIUM HYALURONATES :
adalah untuk menjaga kelembaban kulit, mengenyalkan, dan membantu menyamarkan kerutan / penuaan (anti ageing) pada kulit wajah.
.
COLLAGEN :
bertindak untuk menegangkan dan menganjalkan kulit serta memperbaiki tekstur kulit wajah. 
.
GLUTATHIONE :
membantu memutihkan kulit sekaligus kulit akan menjadi lebih halus dan cerah.
.
SULFUR @ belerang :
sebagai agen pemusnah jerawat & jeragat dan ia sangat baik untuk mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
.
PANTHENAL (Vitamin D) :
digunakan dalam produk perawatan kulit untuk menstabilkan metabolisme pada permukaan kulit, membantu proses pembentukan pigmen pada kulit dan penjaga kepada keseimbangan kelembapan kulit sekaligus membuatkan kulit tampak lebih halus dan lembut. Iritasi dan peradangan pada kulit juga dapat dipulihkan.
.
NIACINAMIDE (vitamin B) :
membantu untuk memberikan kulit nampak tampak lebih cerah serta proses penuaan yang lebih lama selain menambahkan kelembapan dan mengurangkan kemerahan kepada kulit wajah serta sebagai pelindung kepada lapisan kulit wajah.

Bagaimana WidWid Youth Serum boleh merawat wajah anda ?
WidWid Youth Serum bertindak melawan tanda-tanda penuaan seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kedutan & garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah.
Juga membantu mencegah jerawat dan mencerahkan serta memberi kesegaran & keanjalan pada kulit.

Bagimanakah cara-cara penggunaan WidWid Youth Serum?
Mudah sahaja cara penggunaannya
1- Pastikan anda cuci muka sebersihnya dan lap kering dengan kain yang bersih.
2- Kemudian picit 1-2 WidWid Youth Serum ke hujung jari dan ratakan ke seluruh muka. Tap secara pelahan diseluruh bahagian muka.
3- Gunakan secara konsisten sekurang-kurangnya setiap malam sebelum tidur.

Boleh ke jika saya gunakan pencuci muka produk lain?
Boleh. Cuma kami galakkan menggunakan produk pencuci muka yang natural base.

Bagaimana saya nak mendapatkan hasil yang optimum?
Kami sangat percaya dan yakin dengan izinNya, jika diamalkan WidWid Youth ini secara KONSISTEN, TERTIB & DISIPLIN kulit wajah ANDA pasti akan kelihatan lebih sihat dan cantik secara semulajadi.

WidWid Youth Serum berasal dari mana ?
WidWid Youth Serum adalah produk keluaran Malaysia dan 100% bumiputra.

Jom kami bantu anda utk selesaikn masalah anda insyaAllah
Berminat? Berminat?

Jom PM tepi ... harga mampu milik

RM95.00

Monday, August 22, 2016

Widwid Youth Serum ... Jom guna

TAK PERLU MAKAN, TAK PERLU CU₵UK

✓ hanya calit guna jari, jerawat hilang dalam 3 hari
-------
.
.
"Memang tak puas hati betul. Apasal la tak introduce awal-awal. Kalau tak mesti dah tak risau fikir jerawat yang naik macam cendawan lepas hujan. Dah la tak lama lagi nak naik pelamin. U know what. Jerawat dah takde. Parut pund dah pudar. Yeayy!!", ~ Hajar.
.
====
Kenapa mesti cuba WidWid Youth Serum?
====
➟ Paling BEST↪ Hilangkan jerawat tanpa parut.
➟ Atasi masalah kulit berminyak.
➟ Kurangkan jeragat pada kulit muka.
➟ Lembabkan kulit yang kering
➟ Hilangkan kedutan pada muka
➟ Kecilkan liang pori.
➟ Tona kulit muka lebih sekata
➟ Menaikkan seri wajah
➟ Merasai pengalaman sebenar awet muda
.
Jangan risau dear. Produk ni dijamin selamat. Sebab tu dapat kelulusan dari KKM NOT160200003K
↪ Produk keluaran GMP
↪ Dijamin HALAL & suci
↪ Tiada pengelupasan
↪ Tiada penipisan kulit
↪ Tidak mengandungi bahan bahaya & terlarang
↪ Sesuai untuk peringkat umur lelaki & wanita
.
InsyaAllah sis akn lebih teruja dan pecaya dengan adanya gabungan KKM
.
Bertindak sekarang untuk dapatkan HARGA PROMOSI.
.

Monday, August 8, 2016

Youth Serum - Untuk kembali muda































         



Jom try Serum nih ..

Serum nih adalah pelengkap untuk semua set kecantikan ... cuma tambahkansatu sahaja product Youth Serum Widwid ini untuk tanpak muda ....


Kenapa Perlu Menggunakan SERUM WIDWID ?


1)Kesan dalam masa 7 hari sahaja,cepat kan

2)Keluaran Malaysia ada No KKM

3)Buatan orang ISLAM kerana ini amat penting untuk kita memastikan kita menggunakan produk yg HALAL dan SUCI.

4)Botolnya sangat exclusive hanya pam sahaja bila hendak menggunakannya(mudahkan!!)

5)Kotaknya juga di seal dengan pembalut plastik untuk memastikan ianya EXCLUSIVE

6)Penggunaan sebotol boleh tahan sehingga SEBULAN LEBIH (Jimat kan)


Pernahkah anda menggunakan Serum? Apa faedah yang anda perasan selepas menggunakan Serum?


Kita sentiasa mencari produk kecantikan untuk menjaga kulit wajah kita agar sihat dan berseri. Kita membeli krim pelindung matahari, pelembap, krim mata, krim muka. Namun kita terlupa sesuatu yang penting untuk dijadikan rutin utama kita setiap hari. Apakah itu???


Itulah dia SERUM WAJAH. Serum wajah adalah pelembap ringan yang menembusi jauh untuk menyampaikan bahan-bahan aktif ke dalam kulit anda.


Serum adalah cecair pekat yang mengandungi molekul zarah yg lebih kecil daripada krim atau pelembap. Oleh itu serum amat cepat meresap ke dalam kulit dan memberi lebih kesan cepat pada kulit berbanding pelembab (moisturizer) atau krim.


Jom rasai perubahan kulit wajah dengan WIDWID YOUTH SERUM. Serum wajah yang dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi. Tanpa bahan merbahaya dan memudaratkan. Mendapat piawaian daripada KKM.


KEISTIMEWAAN WIDWID YOUTH SERUM



  • Merawat kulit berjerawat dan menghilangkan parut jerawat.

  • Mengawal pengeluaran sebum untuk kulit berminyak.

  • Mengurangkan jeragat pada kulit wajah.

  • Melembabkan semula kulit wajah yang terlalu kering.

  • Merawat dan melambatkan proses kedutan kulit wajah.

  • Mengecilkan liang pori.

  • Menjadikan tona kulit wajah lebih sekata.

  • Merawat pelbagai lagi masalah kulit wajah yang anda hadapi.



Delivery cost RM8.00


Monday, July 18, 2016

Puding marble atau agar agar roti marble

4 - 6 keping roti
Satu tin susu cair
1 biji telur
1/2 buku butter
Agar agar tali
Gula secukup rasa
Susu pekat manis
Sedikit garam
Cokelat emulco atau cokelat serbuk

Masakkan agar agar sehingga hancur masukkan sedikit gula.
Roti di blender dengan susu cair dan telur. Kemudian masukkan kedalam agar agar yg telah hancur tadi. Masakkan atas dapur dgn api kecik dan kacau. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan 1/2 buku butter. Akhir sekali masukkan susu pekat / creamer manis.  Ambil dalam satu senduk agar agar tadi dan campurkan dengan cokelat emulco atau bancuhan cokelat serbuk.
Angkat dan bubuh dalam layang agar agar yang putih tadi dan boleh la di titiskan campuran agar agar cokelat tadi. Kemudian amik lidi ... di lorek lorekkan buat corak.

Thursday, June 16, 2016

One Call Away

Like I'm Gonna Lose You"

Like I'm Gonna Lose You"
I found myself dreaming
In silver and gold
Like a scene from a movie
That every broken heart knows we were walking on moonlight
And you pulled me close
Split second and you disappeared and then I was all alone

I woke up in tears
With you by my side
A breath of relief
And I realized
No, we're not promised tomorrow

So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

[John Legend:]
In the blink of an eye
Just a whisper of smoke
You could lose everything
The truth is you never know

So I'll kiss you longer baby
Any chance that I get
I'll make the most of the minutes and love with no regrets

Let's take our time
To say what we want
Use what we got
Before it's all gone
'Cause no, we're not promised tomorrow

[Both:]
So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

Hey
Whoa

I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you



Wednesday, June 15, 2016

One call away ...

https://youtu.be/BxuY9FET9Y4

Akok kedut

Dah lama cari resepi akok kedut Kelantan nih. . . . Yg ini resepi dari Kak Ita Masam Manis. Pun sedap jugak tapi tak berapa nk kedut lagi .... jom try yg ini plak...
5 biji telur ( 2 biji telur itik + 3 biji telur ayam ) - kalau x ada telur itik jafikan 6 hingga 7 bijik telur ayam aja
200 ml santan pekat
140 ml air +  130 gm gula melaka / nisan kerek utk jadi kan 200 ml air gula selepas di didihkan dgn dain pndan
35 gm tepung
2 cubit garam
Blender telur hingga kembng masukkan air gula.
Masukkan tepung blender lagi. Tapis dan buang sikit buih buih dia.
Bakar api atas bawah selama 30 minutes atau sampai nmpak dah masak...

Tuesday, January 26, 2016

Bread Butter Pudding

Biasa aku buat bread puding ikut resepi bread puding nih ...
Pas tu tetiba belasah resepi yang nih plak ... resepi nih pun senang .. cilok cilok resepi resepi chef Asma pas tu modified sikit .... kalau ada tetamu yang tengah on the way .. sempat lagi masak bread butter puding nih ... rasa cam makan kat hotel hotel jer ... dalam sejam dah boleh hidang .. hidang panas panas pun lagi sedap.. buh ice cream vanila atas dia.. ya Allah ... superb ...


Bahan2
(A)
  •  8 keping roti
  •  sedikit butter untuk di sapu kat atas roti (kadang kadang kalau malas.. aku cairkan butter gaul jer sekali)
  • kismis
  • serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj
 (B) 
  • 1 liter fresh milk
  • gula secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla 
  • garam secukup rasa
Cara2nya: 
  • Sapu loyang / bekas dgn butter 
  • Sapu roti ngan butter, potong petak petak atau pun segitiga pun boleh ikut suka pas tu susun roti dlm loyang / bekas. 
  • Tabur kismis dan serbuk kulit kayu manis 
  • Tuangkan bahan B. Kacau sebati semua bahan
  • Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut. Sebelum bakar taburkan sedikit gula pasir di permukaan, serbuk kuli kayu manis dan badam (kalau suka).
  • Bakar suhu 180 C sehingga masak
Vanila kastard sos

  • 1 liter fresh milk
  • Gula (ikut tekak memasing)
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 1 sudu besar custard powder
Cara2nya: 
Panaskan semua bahan sehingga mendidih.  Bancuh kastard dan campurkan ke dalam bahan tadi.  Masak sehingga pekat (jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit) 

Boleh di hidangkan panas panas bersama sos vanila kastard tadi dan ice cream vanila dan buah coktail dan lain lain .... perghhh ... ngancam ... 

Sesapa yang nak tengok resepi Bread Butter Pudding cheff Asma boleh click sini

Kek Coklat Keju Kukus

Kek Coklat Keju Kukus
resepi : dayangjack
bahan-bahan : loyang 8x8x3
Lapisan Coklat :
  • 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
  • 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
  • 600g krim keju (pada suhu bilik)
  • 2 biji telur
  • 120g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
  2. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
  3. Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 
Cara mengukus :
  1. Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
  2. Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
  3. Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
  4. Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum. 

Tak sangka pulak yang paling byk makan ialah mr hubby....ekeke

Roti Sarang Lebah

Copy paste semua resepi dan gambar gambar dari blog kak Ita - Masam Manis.
Kalau amik resepi kak Azlita nih memang tak pernah menghampakan .... sos butterscotch memang marvelous....   


ROTI SARANG LEBAH
Resepi Oleh : Rosmarlina

Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan



300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk 
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.
Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4


2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.


3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.


4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.


5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.


6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, 

7. Akhir sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.


8. Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.


Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel


SOS KARAMEL

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter


Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.



Tuangkan sos karamel atas roti kita tadi..


Ya Allah.. yummynya....