Showing posts with label Pasta/Mee/Laksa. Show all posts
Showing posts with label Pasta/Mee/Laksa. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Makaroni Cream Cheese Bakar

Resepi nih macam best ingat nak try jugak tapi belum berkesempatan ... takut hilang dan terlupa punya pasal .. aku postkan kat sini... resepi nih dari Kak Dah - Puan Rene Harlene .. nanti senang saya try ye kak Dah .. tapi lagi best kalau Kak dah buat dan ajak rakan rakan datang dan merasa kelazatan macaroni Cheese nih .. yummyy...

Makaroni Cream Cheese

Bahan-Bahan (Terbahagi Kepada 3 Bahan Asas Lapisan - Sos/Makaroni/Cream Cheese)

Prepare dulu bahan-bahan A dan B....

BAHAN-BAHAN SOS SPEGGETI
(bancuhan ini boleh guna untuk 2 atau 3 kali masak, buleh simpan dlm fridge utk tempoh yg lama..)

500 gm minced beef (recomended Ramly's)
1 tin besar tomato puree (recomended DuCheff)
1 tin besar cendawan butang (dihiris nipis)
1 batang carot (dihiris bulat2 dn nipis2 sikit)
1 labu bawang besar (dipotong dadu besar)
2 biji tomato segar (dipotong dadu)
5-10 sudu chili sos (bergantung kpd kemanisan yg anda suka)
1 labu bawang merah (besar ya - dipotong dadu halus utk menumis)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 ibu jari halia (jika suka - dicincang halus gak)
1 sudu kecil daun oregano kering cincang (ada jual dlm botol kt Carrefour)
garam dan gula secukup rase
minyak utk menumis (anggaran 5-10 sudu besar bergantung kpd tahap anda berdiet)

CARA-CARA MASAK SOS

1. Panaskan minyak... masukkan bawang besar, bawang putih cincang dan halia cincang...tumis sehingga kekuningan dan naik bau..
2. Masukkan daging cincang...kacau dan hancur2 kan daging itu sehingga masak dan sebati bersama bawang2 yg ditumis tadi...
3. Bila daging dah masak dan hancur sikit...masukkan tomato puree Ducheff, sos chili....masak dan kacau sehingga menggelegak...
4. Masukkan cendawan butang, carot, tomato segar yg telah dicincang dan bawang besar yg dipotong dadu besar tadi...
5. Masukkan oregano...garam gula secukup rase...

Selesai untuk sos... selalunya saya buat sos ini untuk pakai 2-3 kali...masukkan dlm frigde...bila perlu utuk masak...keluarkan dan panasakan sebentar dlm mikrowave atau atas api...

Bagi yg nak lebih cepat...just gunakan sos speggeti ready made (Cambell - ambik yg original sos merah.....cuma kali nak bagi lebih sedap...tumis dgn bawang2 dulu dan masukkan daging cincang baru masukkan sos ready made tu... tp simple la sikit) 1 tin sos ready made ini buleh la utk satu kali masakan utk makaroni cream cheese bakar nih.

BAHAN-BAHAN UTK MAKARONI
(Bancuhan ini utk sekali masak - satu dulang besar jugak la)

250 gm makaroni (recommended San Remo)
1 liter air masak
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 sudu garam halus (bergantung kpd tahap kemasinan yg disukai)

CARA-CARA MEMASAK MAKARONI

1. Panaskan air sehingga mendidih
2. Masukkan minyak masak dan garam
3. Masukkan makaroni...masak lebih kurang 10-15 minit sehingga makaroni empuk jgn sampai lembik dan hancur ya..)
4. Dah masak... toskan dan ketepikan utk penyediaan seterusnnya...


BAHAN-BAHAN UTK CREAM CHEESE
(Bila anda dah nak masak makaroni creamy cheese bakar ni, baru anda sediakan cream cheese ini)

2 sudu besar butter (recommended Buttercup)
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar (saya guna Dutch Lady)
2 sudu besar mozzarella cheese atau 2 keping cheese biasa yg kita makan dgn roti (kalau anda penggemar rase cheese yg lebih...buleh masukkan cheese lebih sikit nanti)
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam secukup rasa

CARA-CARA MEMASAK CREAMY CHEESE

1. Panaskan butter di atas api sederhana sehingga cair...masukkan tepung gandum..kacau sehingga sebati
2. Bila butter dan teppung dah sebati dan warnanya kekuningan..masukkan susu segar...kacau sehingga susu tadi sebati dan menjadi sedikit likat (api jgn kuat sgt yea..)
3. Tutup api ababila bancuhan menjadi likat
4. Sebaik sahaja api ditutup, masukkan cheese,serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati bersama bancuhan susu tadi
5. Pastikan bancuhan cream cheese tidak terlalu pekat untuk proses melapis nanti.

PENYEDIAN MACRONI CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN

1/3 drpd bancuhan sos spegetti yg dimasak tadi
250 gm makaroni yg telah direbus
Bancuhan Creamy Cheese (sebaik sahaja selesai dimasak masa masih panas-panas lagi)
Dulang kaca atau aluminium utk membakar (kalau dulang aluminium...pastikan dilumur dgn sedikit butter atau minyak di atas permukaan dulang)

CARA-CARA PRNYEDIAAN

1. Dalam dulang...lapisan paling bawah...ratakan makaroni yg telah direbus tadi..
2. Lapisan seterusnya di atas makaroni...ratakan sos speggeti...biar menutupi makaroni (lagi banyak sos...lg sedap la)
3. Lapisan seterusnya...cream cheese...ratakan atas sos speggeti...
4. Ulang sekali lagi lapisan tadi...
5. Akhir sekali...taburkan cheddar chesse parut atau mozzarella cheese parut di atas lapisan cream cheese yg paling atas... taburan cheese parut ini akan menjadikan makaroni ni lebih sedap dan nampak lagi lazat apabila dibakar...
6. Bakar di dalam ketuhar pembakar dengan suhu antara 150*-180* selama 30-45 minit... jangan sampai hangus yea...sentiasa la menjenguk masakan ini selepas 20 minit...

Selamat menchoba ya... resipi untuk cream cheese ni saya dapat dari kakak saya...memang mudah, lebih murah...lebih jimat...halal insyaallah...

Untuk makluman jua...method yg sama juga boleh kita gunakan untuk memasak lasagne (lazania)...cuma gantikan bahan lapisan makaroni tadi dengan lasagne...(rasa dijamin lebih lazat dari yang kita beli kat Pizza Hut)... sy pernah kerja kt Pizza Hut masa belajar kt U dolu-dolu...

Thursday, October 22, 2009

Laksa Asam

Baru baru nih buat B'day Nayli.. aku teringin sangat nak buat laksa.. biasa aku buar dalam amount yang sikit jer.. 1 kilo ikan.. tapi kali nih aku beli 5 kilo.. satu periuk besar aku masak.. cuak jugak pasal takut tak sedap.. tapi Al hamdulillah .. ramai yg kata sedap.. (huhuhu kembang kuncup mok cik). Ok nih sesapa yang hari tu mintak resepi korang salin laaa ek sendiri

1 kilo ikan (aku guna ikan sardin / ikan selayang - yang mata besar tu)
asam keping dalam segengam (ikut suka - kalau nak masam masuk banyak)
5 - 6 biji bawang merah
2 - 3 biji bawang putih
10 tangkai cili kering di blend (kalau suka pedas boleh tambah)
secekak daun kesum
3 - 4 batang bunga kantan
2 batang serai
otak udang (kalau ada - aku tak buuh pun tak jumpa nak beli)

Cara:

Memula buangla perut ikan.. basuh kasi bersih... pas tuh rebus. Masukkan dalam 5 keping asam keping dan sedikit garam. Dalam masa yang sama blend bawang merah dan bawang putih. Bila ikan dah masak, angkat dan buangkan tulang... air rebusan ikan tu jangan buang, blend isi ikan tadi dengan air rebusan ikan tu. Kemudian tulang tulang dengan kepala kepala dia tuh korang mesin kasi hancur. Pas tuh korang tapis masuk dalam air rebusan ikan tu. Maukkan cili kering yang dah di blend tadi. Ikut suka nak masuk berapa banyak, kalau aku aku suka pedas sikit baru kaw, tapi kalau ada budak budak nak makan elok kurankan cili pasal accessories dia ada cili api dengan cili merah. Masukkan semua bahan bahan lain sekali isi ikan, cili blend,.asam keping, Daun kesum, Bunga Kantan, Serai. Masukkan asam jawa. Tunggu menggelagak kalau dah rasa ok boleh angkat. Kalau kurang asam lagi tambah lagi asam keping.

Bahan accessories:

Timun
Nanas
bawang besar
daun kesum
bunga kantan
cili api
cili merah
salad

Semua nih di hiris halus. Pergh memang sedap giler laaa

Monday, July 6, 2009

Mee hoon Siam

Mee Hoon Siam nih memang aku suka giler.. dari sejak kecik kecik lagi sampai sekarang.. so .. last Sunday kebetulan mak aku ada kat umah aku hint hint kat mak aku suh dia masak.. sebab aku rasa kalau aku masak sendiri tak sema sedap cam mak masak.. so.. aku siap beli barang dan tolong dia potong potong jer.. yg masak mak aku.. jom tengok resepi..

Untuk Mee Hoon dia...
Satu plakstik mee hoon di rendam dengan air biasa supaya lembut (nanti tapis dan buang air)
Bawang merah
Bawang putih
udang kering sikit jer
cili kering (jangan banyak sangat nanti pedas)
taugeh

masak macam nak masak mee hoon goreng. Tumiskan semua bahan (Bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili kering yang dah di blend lumat). Kemudian masukkan mee hoon... kacau rata rata supaya semua bahan tumisan tadi kena kat mee hoon tadi... tak yah buh garam banyak.. pastikan ianya betul betul tawar (buh sikit jer garam untuk rasa). Lat masukkan taugeh. Angkat dan buh dalam bekas

Untuk kuah dia...
Bawang merah
bawang putih
udang kering
cili kering
(blend bahan bahan di atas)
taucu dalam 2 - 3 sudu besar - tengok tahan kemasinan dia ada setengah taucu memang masin
lengkuas sebesar ibu jari kaki - di titik
serai dalam 3 batang di titik
santan dalam 2 peket
air

tumis bahan bahan yg di blend tadi. kemudian masukkan lengkuas dan halia. masukkan taucu dan santan.. kalau rasa pekat sangat tambah sikit air. Tunggu sampai menggelegak.. buh sikit ajinomoto kalau nak.. kemudian boleh angkat

Bahan hiasan
Daun sup daun bawang (hiris nipis
limau
cili hijau / merah
bawang goreng
tauhu (ada tauhu memang lagi sedap)
timun di potong halus jugak (kalau suka boleh letak jugak)

Dah siap.. buh dalam pinggan pas tuh buh kuah dia.. buh perhiasan dia.. pergh boleh makan.. memang sedap

Sunday, June 22, 2008

Mee hailam

Aku kalau malas nak buat 2 jenis mee.. (biasa aku akan buat satu yang pedas dan satu yang tk pedas untuk budak-budak) aku suka buat mee hailam. Mee hailam nih memang sesuai untuk sekeluarga. Untuk orang dewasa dan kanak-kanak...
Mee hailam nih kurang kuah.. tuh yang nampak kering jer tuh. So.. kalau nak sedap lebihkan sikit kuah baru ngam...

Mee kuning
Carrot, Bunga kobis, Putik jagung, Batang Saderi, tomato

bawang putih
halia
udang, sotong, ayam, daging, fish ball
air rebusan (kalau ada kalau tak ada belasah guna paip jer heheh)

Kicap manis, kicap masin

Sos tiram


Cincang bawang putih. Separuh ditumis macam biasa. Masukkan sos tiram, goreng sekejap. Masukkan pulak kicap manis dan kicap masin.. goreng sampai nampak pekat sikit. Masukkan daging dan ayam. Masukkan air. Masukkan pulak semua rencah lain.. cam udang, sotong, fisch ball, fish cake. Bila rasa semua binatang tadi dah cukup masak, masukkan pulak tomato yang dah di potong-potong. Masukkan sayur-sayur tadi dan last sekali masukkan mee. Masukkan lagi separuh bawang putih yang dicincang tadi. Tambah air banyak sikit pun tak apa dan kicap manis lagi kalau tak cukup kuah. Kalau nak pekat, letak sikit bancuhan tepung jagung. Kacau lagi tapi jangan lama sangat. Sedap di makan panas-panas.

Tuesday, January 1, 2008

Mee Kung Fu .. haaiyyaa...



Hmmm ... pagi tadi masak mee kungfu.. dah lama sangat aku tak masak... resepi nih pun aku main belasah jer .. oleh kerana dari college lagi aku dah memang suka sangat makan mee kungfu nih.. so .. aku try buat .. dan resepi dia seperti biasa aku main belasah jer... entah aku rasa macam ok jer .. sedap...

Untuk Mee
Mee kuning
Kicap manis (masin pun boleh jer)

Untuk Kuah
Dalam 1/2 inci halia (sikit jer)
dalam 5 - 7 bijik bawang putih (agak-agak aaa kan)
ayam, sotong, udang ikut suka
fish ball
Putik jagung
Carrot
1 kiub ayam
telur 1 - 2 bijik
Lada putih / lada sulah (pepper)
1 sudu tepung jagung

Memula tumbuk / blend halia dan bawang putih. Tumis macam biasa. Pas tuh masukkan ayam, sotong, udang dan fish ball. Masukkan air dan masukkan semua sayur yang di potong (potong ikut suka aaa) dan kiub ayam. Tunggu sampai semua lauk pauk tadi masak dan masukkan sayur. Bila sayur dah masak, masukkan telur kacau. Bila dah semua dah masak, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh untuk pekatkan dia. Bubuh sikit lada putih. Kalau ada minyak bijan bubuh 2 - 3 titik... jangan banyak nanti memang tak sedap.
Mee pulak lepas basuh gaulkan dengan kicap. Panaskan minyak dan goreng mee tadi. Goreng cam tuh jer... tak yah buh garam ke apa ker ...

Cili jeruk.



Potong cili hijau
bubuh air panas jangan banyak sangat, sekadar nak celurkan dia jer... sikit jer tau.. Air panas tadi tak yah buang campurkan sekali dengan cuka, garam dan gula. Kalau korang makan ajinomoto.. buh aa sikit.




Cili api potong kicap...



Potong cili api hijau tuh... bih air panas sikit jer. Buh minyak bijan dalam 2 titik. Buh kicap. Seeloknya kicap manis tapi kicap masin pun boleh... dah siap...





Cara menghidang... buh mee dan buh kuah yang tengah panas-panas tuh atas dia... cili tadi bubuh aa dalam bekas kecik supaya sapa yang nak pedas boleh makan. Mudah jer kan dan semua orang boleh makan budak kecik pun boleh makan sebab tak pedas langsung.

Thursday, September 13, 2007

Hu hu... Italiano...

Ada orang mintak recepi buat Spagheti... kalau ikut recepi aku senang jer...


Barang untuk Spagheti

Spagethi
Minyak zaitun / minyak masak biasa + sedikit butter jangan banyak sangat nanti berminyak... nih fungsi dia untuk mee spagethi tuh tak melekat jer ...

Untuk kuah
Kalau aku aku suka pakai sos lego yang dalam botol jer... tapi boleh pakai pregos dll
Minced meat - daging cincang yang dah siap cicang ada jual kat kedai.. errmmm brand Ramli pun dah ada
cendawan butang - hiris . boleh jugak potong ikut suka
bawang besar 2 labu (potong dadu kecik-kecik)
Bawang putih sikit jer...
minyak zaitun atau minyak biasa + butter sikit
Cheese - parmesan ada yang dah di potong halus cam serbuk
Tobasco sos (nih optional - kalau ada lagi sedap sebab pedas sikit)
Lada hitam (optional jugak)

Cara :
Memula mesukkan minyak zaitun / minyak biasa + butter dalam periuk .. tunggu sampai mendidih. Masukkan Spagethi. Rebus. Berapa lama...??? kat plastik dia tuh ada tulis masa rebusan. Amik Spagethi yang besar sikit kalau halus sangat tak sedap. Untuk pengetahuan spagethi nih ada banyak size... aku tak ingat laarr pulak size apa yang biasa aku gunakan. So kalau nak beli telik dulu amik yang besar.

Kuah :
Panaskan minyak zaitun atau minyak biasa + butter. Tumis Bawang putih yang dah dicincang halus dan separuh daripada bawang besar yg dipotong dadu tadi. Pas tuh masukkan minced meat (daging cincang) - biar sekejap. Masukkan pulak sos dan kemudian cendawan butang sekali dengan air dia. Biar atas api sampai sos dia pekat..(sekali sekal kacau laa bib) pas tuh masukkan bawang besar yang selebihnya tadi... cam biasa masukkan garam dan bahan perasa....
Dah siap...

Cara nak makan / hidang.
Jgn potong spagethi tuh biar dia panjang-panjang ... gulungkan dan buh atas pinggan. Buh kuah... pas tuh sediakan cheese tadi dan sos tobasco untuk sesapa yang suka... dah siap, boleh makan.