Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, August 17, 2015

CHILED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE

Salam

Aku memang suka sangat resepi dalam blog Msam Manis nih.. Tadi nak pergi rumah kakak ipar tapi tak tahu nak masak apa... check check dalam peti ais ada barang barang sedap ... ada cheese .. hmmm apa lagi teringat blueberry cheese kek yang kakak nabilah buat hari tu .. kali nih nak buh yogurt .. teringat yogurt cheese kek kat secret resepi .. masam masam sikit dan tak muak .. makan banyak pun sedap jer ... macam biasa g melawat blog kak azlita... heheh cer check kat sini memang kagum dengan kekemasan kek ni ....Blog Azlita Masam Manis

CHILED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE
By : Zack Zachoes

Base:
100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan

Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat


Sediakan loyang loose pan  berukuran 5 inc
Alas dasar loyang dengan baking paper

Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata
Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar

Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja
Biarkan ia suam

Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan)
Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard
Hiaskan atasnya dengan blueberry filling
Hias kek ikut kreativiti masing-masing.
Sedia dihidangkan


Ni versi kak Ungku .... cantik kannnn...








Agar agar summy jelly ...

Agar agar Summy jelly manis sumi jelly manis rasa sedap agar agar buah. .
1 peket Agar agar tali
4 - 5 sudu besar gula (ikut sedap rasa)
1 tin susu cair
Pewarna ikut suka
Memula buang plastik sumi. Tapis buangkan air sumi jeli tu. Pas tu susun dalam acuan biru ... sementara tu masak agar agar dengan daun pandan (kalau tak ada pun tak per) dengan gula. Buh sikit agar agar yg dah larut tadi (plain x der warna) dalam acuan biru yg dah letak sumi jeli tadi supaya jelly tu tak bergerak. .. buh dalam peti ais dulu
Agar agar yg dah larut tadi ... masukkan susu cair. Keluar kan sumi yg dah di susun dlm acuan biru tu. Cucuk cucuk dgn garpu supaya nanti dia x terpisah bila dah keras. Tuang agar agar yg dah buh susu cair tadi separuh.  Buh dlm peti balik sampai separuh keras. 
Bila dah keras kuarkan dari dlm peti dan cucuk cucuk dgn garpu... buh pewarna dlam agar agar yg selebihnya tadi ... aku buh pewarna merah dan sedikit perasa Strawberry. .. nak buh apa apa perada pun boleh... pas tu tuang atas yg susu tadi .... Tara aaa. .. siap ...
Senang kan ... nampak macam super grand tapi senang jer...

Cantik kan ....















Saturday, February 28, 2015

Ice cream pasu

Sibuk betul anak dara naknbuat ice cream pasu. .. sebab abahnya tak berapa agreed beli ice cream pasu kat kedai... katanya plastic atau pasu yg di gunakan bukan untuk category makanan.... so tadi kat opis kakak call katanya nak buat ice cream pasu since ice cream cokelat ada dlm freeze.  Pas tu aku cakap mana nak cari kek... katanya ganti dengan roti. .. hmmmm bijak jugak anak mak nih ... so green light. .. owh pasunya aku guna bekas remikin yg aku baru beli 5 hengget satu baru nih ..
Bahan bahan...
Ice cream (apa apa perisa pun boleh)
Oreo yg dah di blend
Cake (apa apa perada yg ini kita org guna roti... potong ikut acuan kes tak der sapa nak g kedai
Hiasan
Ice cream separuh bekas. Kemudian buh Cake atau roti menutupi ice cream tadi.  Taburkan oreo yg dah diblend halus.  Hias atas dia dengan bunga atau lain lain mengikut creativity masing masing. .. owh lupa kalau buat dlm remikin boleh la freeze kan sekejap bekas tu agar dia boleh sejuk dan ice cream lambat cair...

Wednesday, February 18, 2015

Chocolate cheese cake kukus

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Thursday, September 18, 2014

Red Rubbies Chestnut

Ni buat masa buka puasa hari tu ... red rubies chestnut ... ala yg macam kat chakri level 4 KLCC tu ... memang sedap dan actually senang jer nak buat.
Sengkuang
Tepung ubi
Pewarna merah
Nangka
Santan
Isi kelapa muda
Ice cream 

Memula potong sengkuang dadu kecik kecik. Pas tu rendam dengan pewarna merah. Pas tu tapis air dan gaul dengan tepung ubi. Sementara tu didihkan air. Masukkan sengkuang yg telah di gaul dgn tepung tadi macam nak buat buah Melaka atau ondeh ondeh. Angkat bila dia dah terapung.
Masakkan santan dgn daun pandan. Buh gula secukup rasa. Tutup api.. hidagkan bersama sengkuang dan ice cream.. hidangkan sejuk .. memang yummy ...


Punch Buah Buahan

Lama tak buat punch .. teringat dulu dulu rasanya mak aku pernah buat tapi tak ingat macam mana... tapi yang aku ingat punch ni boleh belasah jer buh apa apa ....

Buah campur dalam tin
Nenas dalam tin
Peach dalam tin
Air lemon
Air limau sunquick
Gula sikit
Kalau ada daun pudina boleh ramag rams masuk dalam air tuh
Potong sikit buah buah lain pun boleh macam strawber, belimbing dll

Cara ...
Masuk semua godak godak buh air .. settle. Untuk perhiasan boleh hiris buah lemon and buah limau tuh buh dalam tu sekali... minum .. best giler ....

Friday, June 7, 2013

Fruit tart

Activity cuti sekolah lagi ... ksli ni lebih buat cheese tart buay plak fruir tart. Kebetulan ada lebih anggur hitam dan buah kiwi dalam peti ais. 
Resepi filling sama jer denfan resepi cheese tart.

Thursday, June 6, 2013

Cheese tart

Lagi activity masa musim cuti sekolah .. kali ni kulit tart dia aku beli jer .. jadinya just buat filling dia jer .... cam biasa resepi kak Ita - masam manis menjadi pilihan laa.. siap ada step by step lagi Check kat sini

Ni resepi untuk filling dia.
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Sunday, March 25, 2012

Agar agar roti

Aku pernah buat agar agar roti nih dulu ... tapi sekrg nih baru sempat tulis resepi .. agar agar nih tersangat simple dan bagi aku sedap ... kalau belah ipar ipar aku dia orang panggil agar agar marble .. pasal kita just titik titikan colour cokelat (pada kebiasaannya) atas agar agar yg dah siap dan pas tu kacau dgn lidi .. tapi kalau tgk dlm internet dia org buat macam macam colour .. ada yg siap lukis gambar bunga lagi .. creative sungguh laaa ...

4 keping roti

2 biji telur(aku guna sebijik jer)

1/2 cawan susu pekat

1 tin susu cair (170ml)
1 bungkus agar agar

1/2 cawan gula - bleh kurangkn

2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)

6 cawan air

Cara-cara 1.Didihkan air agar2 n gula ke dalam periuk. 2.Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. 3.Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat. 4.Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi. 5.Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...

Saturday, February 18, 2012

Caramel Cake ....






Uish .. kalau tengok aja blo kak Ita Masam Manis nih ... mesti semangat berkobar kobar nak try masak macam dia jugak ... resepi caramel cake nih memang dah lama aku print.. asyik terliur jer nengok kek cantik belang belang tuh ... kebetulan mak ngan aban aku hantar anak masuk UIA balik so, aku nak try laa buat .. at least portion yang aku makan tak lah banyak sangat .. kengkonon dalam proses diet ...
Kek caramel nih memang sedap giler .. kek belang tuh memang lembut dan gebu ... rasa dia pun yummyyyy ... resepi yang kak Ita bagi pun memang menjadi ... sekali buat jer dah jadik ... sekali hadap jer dah langsai .. aku sempat sesuap jer .. nih kena ulang tayang nih .. memang tak boleh jadik cam nih ... sesapa yang suka caramel dan kek yang gebu lagi lembut .. memang wajib try resepi nih .. aku memang syorkan .. wajib buat ...

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel

1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.

Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2

140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik

Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.

Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C


Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


* Untuk memudahkan lagi cerita sila laa ke blog kak Ita Masam Manis untuk tengok cara beliau buat kek nih step by step siap gambar lagi dan jangan lupa tengok gambar kek yang sungguh mengiurkan .. haa.. pas tuh jangan nak banding bandingkan pulak ngan kek aku yang comot nih ....

Friday, December 30, 2011

Kuah Durian ....

Pagi nih tak tahu nak masak apa untuk breakfast ..
 western breakfast, malay atau singgah je kedai mamak .... baru teringat pulak lebih durian jamu member encik hubby makan pulut durian semalam .. santan pun ada banyak ... hmmm... kuah durian makan dengan roti ... pergh ngamcam jugak .. dan ... rrrr... sungguh mudah ...
So hari ni sekali lagi Resepi Kuah durian .. tapi kali nih kebetulan encik hubby ada kat umah .. mintak tolong en hubby guna camera canggih DSLR dia tuh untuk amik gambar Kuah Durian bersama sama roti nih ... baru nampak mengancam .. nak amik gambar sendiri aku still lagi tak pandai ... tolong decor je boleh laa ...




Durian dalam tiga ke lima ulas
Santan sebungkus kecik
Gula melaka / kerek
Daun Pandan
sedikit garam

Massakkan durian tadi dengan santan, gula melaka dan daun pandan.. masak sampai durian tadi bercampur dengan kuah tadi ...dan kuah menjadi pekat.. kalau tak cukup durian untuk memekatkan kuah tuh boleh bancuhkan sedikit tepung dan kacau.. jangan banyak sangat tepung tuh nanti tak sedap .... bila dah mendidih dan dah berbau durian masukkan sedikit garam .. tarra dah siap .. boleh makan dengan roti .. tapi orang Terengganu makan dengan pulut .. ikut suka laa nak makan dengan apa pun .. yang penting sodap ...

Thursday, August 11, 2011

Agar agar gula melaka

Bulan puasa nih agar agar cam nih pun boleh layan jugak .. yang penting dia sejuk..  masuk kat dalam tekak ...

agar agar kering masak dengan daun pandan dan air sampai hancur
gula Melaka ikur rasa kalau nak manis buh la banyak sket
1/2 cawan gula pasir (ikut rasa jugak)
2 helai daun pandan, disimpul
500 ml atau dalam semangkuk pati santan

1 biji telur (kalau suka mok cik tak suka buh pasal nanti hanyir skt .. tapi kalau bubuh baru cantik sket)
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :
Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
2.Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih tolong kacau takut santan dia naik minyak. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....

Monday, January 31, 2011

Vanilla Sauce

Vanilla sos nih sedap kalau makan dengan puding roti ke, atau apple crumble ke.. atau puding jagung ker .. atau kastard ker .. apa apa jer laa yang sewaktu dengan nya ...
dalam 4 cawan susu segar / susu cair (aku agak agak aja)
4 biji kuning telur
sedikit gula (ikut suka)
secubit garam
2 sudu besar vanilla

Memula masakan susu. Jangan sampai beruwap pulak. Masukkan gula, vanilla dan garam. Pas tuh kacau/pukul telur. Masukkan telur dan kacau telur cepat cepat supaya tak berketul ketul. Jangan berenti kacau bahan tadi sampai dia pekat. Dah settle ..

Apple Crumble ...

Semalam try buat Apple Crumble ... selama nih aku ingat benda nih susah nak masak .. sekali semalam cari resepi dalam internet .. sekali senang gilerrr ... so sesapa yang nak rasa makan Apple Crumble dengan Ice Cream macam kat Tony Rommas tuh nih resepi dia ...

10 biji Apple Hijau
200 gm tepung
150 gm butter
150 gm gula (aku rasa perlu kurangkan pasal resepi nih manis giler)
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Sedikit garam

Memula kupas kulit apple. Potong kiub kiub. Masukkan dalam periuk bertutup dan stew. Tak yah letak air. Buh gula sikit jer dan garam secubit. Masukkan sekali bunga cengkih (2 batang jer) dan kulit kayu manis (sebatang kecik). Kecikkan api. Sekali sekala kacau (benda ni cepat hangus)dengan senduk kayu. Bila dah lembut boleh laa tutupkan api. Kalau ada yang suka hancur boleh laa tepuk tepukkan dengan senduk tadi.. kalau aku aku suka tak hancur. Pastikan ianya kering tak berair.

Sementara tunggu apple tadi sejuk. Sediakan tepung. Buh tepung pas tuh ramas ramaskan dengan butter. Sampai dia berketul ketul tapi berderai. Gunakan hujung jari jer. Masukkan gula dalam 3 - 4 sudu (ikut suka) dan sedikit garam.

Bila apple tadi dah sejuk, buh dalam bekas (tak payah lenyikkan apple tadi) dan masukkan tepung tadi (tak payah padatkan biat jer atas apple tadi). Bakar dengan api 150 C atau bila tepung tuh dah kekuningan ... Tarraaa .. dah siap .. sedap bila makan panas panas dengan vanilla ice cream.Yummmyyy...

Nih aku ada linkkan web yang nagajor cara cara nak buat benda nih step by step .. ada video lagi ... 
How to make Apple Crumble

Wednesday, August 18, 2010

PUDING TRIFFLES



Bahan.
Swiss roll / kek gulung apa apa perisa...
1 tin fruit coktail
Jelly Kristal Nona - perisa apa apa - biasanya kalau kek strawbery aku akan guna perisa strawbery atau bluebery
1 tin susu cair + 1 tin air + 4 sudu gula pasir
3 sudu besar tepung kastad
Whipping cream / Nestle Yogurt / susu cair / ice cream - nih untuk topping biasa aku guna susu cair dengan ice cream vanilla.. sebab malas nak spray whipping cream kat atas dia... dan nak jimat

Caranya
Layer 1:
Potong swiss roll / kek gulung anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan Air fruit coktail...keatas swiss roll/ kek gulung ..sehingga lembab (basah). Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Layer 2:
1 tin susu cair + 1 tin air + 4 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuk 3 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air). Bila susu dah mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.


Layer3
sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan)

Layer 4:
Bila jelly dah beku..sapukan Whipping cream OR Nestle Yogurt ke atasnya..kalau nak cantik lagi..taburkanlah buah strawberry atau peach keatasnya.

* kalau tak nak sapu whipping cream atau Nestle Yogurt letakkan buah buaan campur tuh atas layer Jelly Kristal masa Jelly tuh dah nak keras supaya nampak macam buah buahan tuh terapur kat atas jelly tuh... lepas tuh boleh laa makan dengan susu cair dan ice cream.... satu lagi aku tak suka buh kek so ada 3 lapis jer triffles aku.
Click sini .... Nih resepi aku yang dah aku ubah suai ..Puding Triffle ...

Ketupat Sotong

Teringat masa mula mula aku masak ketupat sotong ni.. masa tu memula kawin ...  kakak aku kata kalau aku masak benda nih sure laki aku suka.. pasal ketupat sotong ni sikit lebih kurang macam makanan kegemaran orang Kelantan laa... so aku pun apa lagi.. carik laaa resepi ketupat sotong nih dan banding bandingkan dengan resepi yang kakak aku dah bagi... sekali bila aku masak.. pergh... memang laki aku suka makan .. sekarang ni merupakan makanan kegemaran family terutama sekali adik Nayli... dan bila first time bawak gi umah ipar ipar aku .. dia orang pun baru teringat yang makanan nih sememangnya adalah makanan kegemaran orang Kelantan.. . Tapi harus diingatkan makanan ni adalah bukan di makan dgn nasi.. ianya adalah sebahagian dari desert atau minum petsng yer. Hehe .. amaran untuk mereka yg bukan berasal dari Kelantan ..hu hu hu... ni korang amik laa resepi dia ...

Bahan Bahan
Sotong dalam 10 ekor (kalau nak sedap pilih yang sederhana besar) kalau besar sangat pun tak best pasal nanti liat
Santan
Bawang merah dalam 2 bijik
Halia sikit jer sebesar jari kelingking
Halba dalam sejemput
Gula kerek (gula melaka)
sedikit garam
pulut
daun pandan

Cara :
Hiris bawang merah dan halia halus halus. Bersih kan sotong tanggalkan kepala dia dan simpan.Basuh pulut dan tapis/toskan. Masukkan/ sumbatkan pulut ke dalam badan sotong .. jangan penuh sangat lebih kurang 3/4 jer kedalam isi perut sotong tu.. kemudian amik kepala dia dan lekatkan balik dengan mencucukkan dengan lidi. Pas tuh amik santan kira rasa rasa cukup sampai terendam semua sutun sutun tadi. Masukkan gula melaka dan daun pandan, bawang, halia dan helba. Garam secukup rads.  Tutup kan periuk dan masakkan dalam 45 minute kot. Api tak perlu besar sangat. Bila kuah dia dah pekat dan dah sampai berminyak sikit boleh la angkat. Dah siap ... huhuhu best giler ..

Sunday, August 15, 2010

Coconut Shake

Sebab air coconut shake nih memang menjadi kegilaan anak sulong aku .. maka aku pun mencuba laa sedaya upaya untuk buat kat rumah .. hmmm .. resepi nih aku main belasah jer .. rasa rasa dan tengok dia orang buat kat kedai .. pas tuh aku risik risik sket kat member aku yg hubby dia bukak kedai coconut shake ... so aku rasa tahun lepas kot ...aku pun try laa buat kat rumah .. hasilnya .. bagi aku marvelous ..  dan tadi bila anak aku request nak beli coconut shake mak cik dengan bangga nya .. cakap .. uish tak yah beli laa coconut shake tuh .. biar mak buat aja .. huhuhu ..ok ok .. resepi untuk buat cocounut shake nih ..

Coconut .. kelapa muda dalam 3 biji asingkan air dan isi kelapa muda nih
ais cream vanila - jgn banyak sangat pasal nanti rasa ice cream jer tak rasa kelapa
susu pekat manis sedikit
air batu

Cara :

Air kelapa muda tuh korang asingkan air dan isi dia ... kemudian mesin isi kelapa dengan ais cream dan ice tadi ..masukkan susu pekat manis sesedap rasa ..kalau nak manis buh banyak.. tapi ingat ice cream tadi pun dah manis dah nanti terover manis plak ... kemudian masukkan air kelapa muda tadi... agak agak jgn cair sangat nanti tak sedap .. kalau nak senang blend sekali dengan isi kelapa dan ice cream dan ice tadi .. tak yah byk kerja ... dah siap .. gila senang .. dan memang sedap ..

Tuesday, June 15, 2010

Fruit tartlet

Aku dah tak ingat aku amik resepi nih kat mana ..

THE SHELL
Ingredients :

(A)
200g butter
100g icing sugar
1/4 teaspoon vanilla essence

(B)
1 egg

(C)
420g flour
1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.

CUSTARD FILLING
Source : Rinn

Ingredients :

2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder or cornflour (I used cornflour)
8 tablespoons sugar
2 cups (500ml) fresh milk
2 eggs
2 tablespoons butter

Method :

1. Mix flour and custard powder/cornflour in a pot and add 2 tablespoons fresh milk. Stir to mix.
2. Add in egg and mix.
3. Add in balance of the milk.
4. Cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy.
5. Once the mixture thickens and shiny, it's ready. Remove from fire and allow to cool. Ready to use.

TO ASSEMBLE :

1. Pipe the custard into the tart shells. I used a piping bag with a star nozzle to do the trick.
2. Arrange the fruits of your choice.


akak wat separuh adunan di atas, dpt lebihkurang 28 biji mini tart..

Filling Tart Telur

Bahan Filling (zlinda@myresipi) :-
  • 1 cawan susu segar
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Menyediakan:-
  1. Pukul telor dengan gula hingga sebati.
  2. Masukkan bahan lain kesemuanya. Kacau hingga sebati.
  3. Tuang ke dalam acuan tart tadi.
  4. Bakar dalam oven hingga masak.

    Yummy ....

Friday, June 4, 2010

Kuah durian

Kuah durian nih paling best makan dengan roti.. kalau kat sebelah Terengganu nun dia orang makan dengan pulut .. dia orang panggil pulut durian .. kalau kat sini pulut durian kita makan asing asing dengan santan, gula melaka, durian dan pulut ... so ada kelainan sikit..
So... kuah durian nih kalau ada kerajinan boleh jugak makan dengan roti jala.. tapi mak cik maleh laa nak menjala ... nih resepinya

Durian dalam lima ulas
Santan sebungkus
Gula melaka / kerek
Daun Pandan
sedikit garam

Massakkan durian tadi dengan santan, gula melaka dan daun pandan.. masak sampai durian tadi bercampur dengan kuah tadi ... bila dah mendidih dan dah berbau durian masukkan sedikit garam .. tarra dah siap .. sungguh senang dan lazat ...