Showing posts with label makanan kesihatan. Show all posts
Showing posts with label makanan kesihatan. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

Kebab versi aku ....

Semalam duk memikir memikir apakah lagi masakan yang sesuai untuk mak dan ayah sementara dia orang kay sini. Makanan kesihatan yang semua orang boleh makan. Search search kat AEON Big semalam tetiba jumpa pocket pita ni... apa lagi terfikir laa nak buat kebab simple ...

Resepi kebab nih sebenarnya resepi main belasah jer ... so korang pun belasah laa apa aja kalau nak tambah tambah eh ...

Roti pita kebab yang ada pocket tu
Daging kambing / lembu
Bawang putih
Baeang merah
sedikit halia
sedikit lada hitam yang dah di tumbuk (kalau nak pedah buh laa banyak)
sos tiram
sedikit kicap lemak manis (ikut suka.. kalau suka letak laa )
sayur sayuran - pelbagai jenis salad 
tomato
timun
mayonis
thousand island 
sos cili / tomato

Memula tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai garing. Masukkan sos tiram, kicap dan lada hitam. Kemudian masukkan daging. Tunggu sekejap sampai kecut. Kemudian masukkan air dan masak hingga lembut. Keringkan betul betul - jangan ada kuah. Bila dah masak angkat dan boleh la masuukan dalam pocket roti pita tadi. Selang seli dengan sayur sayur tadi mengikut kekreatifan anda dan kekreatifan tekak anda. Pas tu boleh la letak sos mayonis, thaosand islan, sos cili dan tomato. Kalau nak lagi power boleh jer buh serbuk parmesan.

Tarraaaa.... yummyyy... (tak der ler sihat mana kalau dah buh mayonis cheese dan semua mak nenek)

Senang kan ...

 

Thursday, February 27, 2014

Western style for dinner lagik ...

Yg special kali ni ... Strawberry smoothies ... yummy ..
10 biji strawberry
Satu kotak fresh milk
Sedikit gula ikut citarasa
Garam secubit
Air batu
Blend semua.... buh dlm gelas... kalau ada fresh cream boleh laa buh ateh dia tu...  pas tu deco la ... buh strawberry fresh kat tepi gelas... pergh ... memng marvellous

Sunday, March 24, 2013

Salmon with white sauce

Kerap betul buat salmon grill... hampir seyiap bulan dah sekarang nih ... tapi sedap giler kot salmon nih ...
BAHAN A
Ikan salmon
Lemon
Bawang putih (ditumbuk halus)
Black paper
White paper
Oregano, basil atau nak buh apa apa rempah kering lain pun boleh
White sauce
2 sudu besar butter
Satu labu Bawang putih diblend / tumbuk halus
Setengah bijik bawang besar di dadu kecil
1/2 Kiub ayam
Sedikit garam
Dalam 3 cawan fresh milk
Sedikit white paper
Sedikit oregano
Satu sudu tepung (utk pekatkan sauce)
Cara cara
Perap ikan dengan bahan A paling kurang 1/2 jam. Kemudian boleh la di grill dengan sedikit butter. Taburkan black paper masa grill dan balik balikkan.
Cairkan butter. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai layu. Masukkan fresh milk masukkan kiub ayam. Masukkan sedikit oregano. Bila dah mendidih masukkan tepung yg dah dicaurkan dgn air.  Kacau supaya tidak berketul. Angkat dan buh atas ikan.  Hiaskan dgn sayur sayuran macam carrot,  broccoli,  kentng dll. Memang best ... rasa cam duduk kat Amareka jer makan cam nii ...