Saturday, October 5, 2013

Malaysia ku BOLEH !!!

Perbelanjaan Jet Peribadi Untuk Kepentingan Negara – Shahidan


KUALA LUMPUR: Perbelanjaan yang ditanggung kerajaan ke atas pemilikantujuh jet untuk kegunaan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk kepentingan negara dan ia tidak perlu dipersoalkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua perbelanjaan ke atas tujuh jet berkenaan adalah bagi memastikan perdana menteri tiba tepat pada masanya di sesuatu tempatdalam melaksanakan tugasnya.
“Ini ialah untuk soal yang berkait dengan kepentingan negara. Perdana Menteri harus sampai ke satu-satu tempat itu tepat pada masanya.
“Cuba bayangkan pukul 2 petang berada di Kuala Lumpur dan pukul 3 petang kena ada di Alor Setar, kemudian pukul 6 petang kena berada di Ipoh. Di sana tiada penerbangan kelas pertama dan kos lebih tinggi jika menyewa kapal terbang komersial,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.
Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, selain untuk kegunaan dalam negara, jet itu turut digunakan untuk menampung keperluan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas rasmi ke luar negara.
“Jika jet ini tidak diselenggara dengan sempurna, ia boleh membawa kepada risiko dan ini melibatkan faktor keselamatan. Jadi ia memerlukan penyelenggaraan,” katanya.
Dalam masa yang sama katanya, kos bagi menyelenggara jet yang digunakan oleh perdana menteri itu adalah ditetapkan oleh syarikat yang dilantik kerajaan.
“Kos ini bukanlah untuk kegunaan peribadi perdana menteri malah ia langsung tiada hubung kait dengan perdana menteri. Perdana Menteri hanya menggunakan salah satu daripada pesawat berkenaan,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mengadakan sidang media sebelum itu mengulas jawapan yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan menanggung kos RM86.4 juta untuk menyewa jet bagi lawatan rasmi Najib.
Beliau mempersoalkan jawapan bertulis yang dikemukakan itu menyebut jet berkenaan melibatkan kos RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk baik pulih.

Thursday, August 22, 2013

Nadiah 4 bulan

Hari ni 22 August 2013, Nadiah dah boleh meniarap sendiri. Kalau sebelum ni kita org bantu sikit tang punggung, (tu benda paling berat) tapi tadi dia buat tanpa ada sesapa tolong.
Balik balik kerja jer, terus jer dia tunjuk skill. Alhamdulillah terror sungguh anak mak menerap...

Saturday, July 27, 2013

3 months old

Ello saya dah 3 bulan pada 19 July 2013 ... saya sudah pandai gelak dan sembang sembang ... saya dah nak pusing pusingkan badan saya tapi punggung saya berat ... dan bila saya tak boleh pusing kan badan saya untuk menerap saya  akan jadi amat marah .... pongos laaa saya ...

Saturday, July 6, 2013

Cik putih bam bam

Cik putih dah 2 bulan setengah ... masa 2 buln hari tu berat dah 6.5 kilo .. laa ni radsnya dah 7 kilo kot ...

Friday, June 7, 2013

Fruit tart

Activity cuti sekolah lagi ... ksli ni lebih buat cheese tart buay plak fruir tart. Kebetulan ada lebih anggur hitam dan buah kiwi dalam peti ais. 
Resepi filling sama jer denfan resepi cheese tart.

Thursday, June 6, 2013

Cheese tart

Lagi activity masa musim cuti sekolah .. kali ni kulit tart dia aku beli jer .. jadinya just buat filling dia jer .... cam biasa resepi kak Ita - masam manis menjadi pilihan laa.. siap ada step by step lagi Check kat sini

Ni resepi untuk filling dia.
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Sunday, May 19, 2013

Kuasa Allah ..



16 - 18 weeks

20 weeks

24 weeks Detailed scan

Kekuasaan yang maha Esa ... subhanAllah ... 

Saturday, April 20, 2013

I'm a girl

It' s a girl ...

Alhamdulillah ... aku telah selamat melahirkan sorang lagi Khalifa di muka bumi ini setelah menanti selama 9 tahun. Baby girl 3.66 kilo pada 19 Aril 2013 pukul 9:57 malam. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.

Sunday, March 24, 2013

Salmon with white sauce

Kerap betul buat salmon grill... hampir seyiap bulan dah sekarang nih ... tapi sedap giler kot salmon nih ...
BAHAN A
Ikan salmon
Lemon
Bawang putih (ditumbuk halus)
Black paper
White paper
Oregano, basil atau nak buh apa apa rempah kering lain pun boleh
White sauce
2 sudu besar butter
Satu labu Bawang putih diblend / tumbuk halus
Setengah bijik bawang besar di dadu kecil
1/2 Kiub ayam
Sedikit garam
Dalam 3 cawan fresh milk
Sedikit white paper
Sedikit oregano
Satu sudu tepung (utk pekatkan sauce)
Cara cara
Perap ikan dengan bahan A paling kurang 1/2 jam. Kemudian boleh la di grill dengan sedikit butter. Taburkan black paper masa grill dan balik balikkan.
Cairkan butter. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai layu. Masukkan fresh milk masukkan kiub ayam. Masukkan sedikit oregano. Bila dah mendidih masukkan tepung yg dah dicaurkan dgn air.  Kacau supaya tidak berketul. Angkat dan buh atas ikan.  Hiaskan dgn sayur sayuran macam carrot,  broccoli,  kentng dll. Memang best ... rasa cam duduk kat Amareka jer makan cam nii ...

Saturday, January 26, 2013

Japanese cheese cake lagiii ...

Godek peti ais tadi jumpa 2 ketul cream cheese ... bebudak plak dah lama betul mintak buat cheese cake niii .. check  semua bahan ada .. apa lagi cayok baby jom tolong mak buat kek .. walaupun penat giler tapi kuatkan semangat .. mudah mudahan baby ni rajin masak ... senang mak esok esok .. jom cuba .. resepi ni paling best antara banyak banyak resepi ...
Ingredients:
265ml UHT Fresh milk
85g Butter
250g Cheese cream
40g tepung gandun
35g tepung jagung
7 bijik telur kuning
7 bijik telur putih (pastikan telur,  alat mixer dan bekas kering dan mixer tiada campuran minyak atau air)
3/4 tsp Cream of tar tar
125g gula
2 tsp essen Vanilla
Cara :
Bah A.
Panaskan susu dan butter. Tapi perlu di kacau supaya tak over heate atau naik minyak. Kalau rajin boleh double boiler tapi kalau malas make sure guna api paling kecik. Perlahankan api dan masukkan cream cheese tadi. Boleh gunakan whisker untuk kacau adunan tadi agar sebati,  tidak berketul dan sampai agak smooth gitu. Tutup kan api. 3Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau lagi sampai sebati. Masukkan telur merah dan essen vanila. Kacau lagi dan pindahkan kebekas yg lebih besar sikit agar nnti kita senang nak campurkan bah B. Biar adunan tadi sejuk.
Bah B.
Masukkan telur putih ke dlm mixer dan putar dalam kelajuan tinggi. Masukkan gula secara berperingkat peringkat. Masukkan cream of tartar. Kacau sampai peak atau bertanduk. Maksudnya kalau kita terbalikkan mixer tu telur putih tadi tak jatuh.  Bahagikan key 2 bahagian.
Guna spatula (senduk pun ok jer) masukkan adunan Bah B kedlm adunan cheese tadi (Bah A). Kacau tapi jangan over kacau. Hanya kaup balikkan adunan tadi.   Masukkan lagi sebahagian Bah B ke dlm Bah B . Kaup balikan lagi kedua dua adunan.
Tuang adunan yang dah dicampur tadi kedalm bekas loyang berukuran 9" yg dah dilapik kertas agar senang nak keluarkan nanti. Steam bake atau guna teknik bain marie dengan Api 150C for about sejam setengah. Rrrr.. teknik ni letak loyang 9" yg berisi adunan cheese cake tadi ke dalam loyang yg besar yg berisi air. Pastikan air dlm loyang besar tu mampu menampung loyang 9" tadi. 
Kek akan sedikit mengecut .. tapi rasa dia gua gerenti pak cik miki ojisan yg mula mula jual japanese cheese kek nih nangis tak hengat ... dia ingat org jepun jer pandai buat kek nii ... Malaysia pun boleh laaa ..
*maaf penulis tidak dapat mengawal perasaan riak yg teramat sangat atas satu lagi kejayaan membuat cheese kek kegemarannya ... hehehe

Thursday, January 17, 2013

Baby ooo baby

Bila lama sangat tak der baby rasa seperti baru mula mula nak ada baby. Rasa macam masa pregnantkan kakak dulu.  Bezanya sekarang dah matang sikit dan boleh laa dikatakan berduit dari dulu. Kalau dulu setiap sen berkira. Kalau dulu beli baju baby yg branded tu mesti tunggu sale. Beli pun tak la banyak banyak sekali.  Hujung bulan baru dspat beli selai dua.
Another 2 months to go. Rasa excited yg melampau dan rasa berdebar debar pulak saat akhir pregnant ni. Minggu lepas dah borong barang baby. Budak budak paling excited. Aku plak macam mem besar hanya perintah aja, biar budak budak tu yg buat pilihan.
Balik shopping baru godek ada 4 kotak kain baju baby masa kakak dan adik baby dulu. Bukak bukak aku betul betul frust. Semua kain baju dah kekuningan. Semua memang dah tak boleh di gunakan lagi. Sayu betul melihat semua baju baju tuu. Banyak yg elok elok lagi. Ye la maklum jelah bukannya pakai sangat semua baju baju tu. Paling kuat pun setiap helai tu hanya sempat pakai selama sebulan aja. Tambhan pulak kedua dua anak anak aku cepat menembun. Jadi baju baju mereka pun kena beli banyak size.
Tadi aku ambil keputusan untuk beli semua barang barang baby. Dari A sampai Z. Kopak jugak laa... tapi untuk baby apa aja pun ok ... kakak ngan adik memang suka laa beli barang baby ..  so .. baju baby, botol susu, sabun, syampu,  selimut, sarung tangan sarung kaki, baby oil, barut, topi, semua beres... apa lagi ek nak beli .. adush ... kopak mak cam ni... tu belum beli barang mak masa dlm pantang.

Sunday, January 13, 2013

Bingka jagung

Semlam petang buat bingka jagung ingat nak balas bekas jiran jiran yang hantar kuih ... tapi nampaknya tinggal harapan jer ... malam lepas dinner budak budak duk until sepotong sepotong. Memula nak rada jer lelama buat supper laa bingka jagung tuu .. menjelang pagi dah separuh .. hidang untuk breakfast sikit .. dah.. langsai .. Alhamdulillah ... resepi ni memang best .. aku amik dari buku sehari satu resepi tapi aku tambah sikit buh santan ... bertambah lemak dan potensi untuk over weight memang besar laa kalau duk makn kuih muih yang cam nii .. any way sedap .. dan yg penting sangat senang ... boleh la try nanti... ok jom tengok resepi ..
1 tin jagung cream
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung custard
1 cawan susu cair
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/2cawan gula (ikut citarasa sendiri)
1/2 sudu garam
1 biji telur
2 sudu besar butter / margerin cair
Cara :
Masuk semua bahan dan kacau sampai sebati. Kalau nak lembik sikit bileh buh susu cair atau santan lebih sikit. Kalau nak kuning lebih masukkan setitik pewarna kuning. Aku biasanya blend semua bahan kemudian masuk kan jagung cream. Tak de masalah tepung bergentel. Panaskan oven bakar dalam satu jam. Siap. Anak anak aku suka giler ...

Sunday, December 9, 2012

Early bday present dari encik hubby

Huhuhu ... petang semalam encik hubby ajak pegi kedai hand phone... tu pun lepas dia kutuk gila gila hand phone Samsung ace aku yg lembap macam siput ...
Tapi bila dia tanya nak hp apa ...  aku pun dengan perasaan tak malu dan dgn harapan tinggi menggunung mesti la terus terang cakap yang aku teringinkan note II (yg dia pun dah tahu lama dah... ) perghh suka laakan orang nak bagi hp baru .. hush kalau boleh rasa nak lompat lompat suka .. tapi mok cik control ... cool ...
Owh ... lupa nak cakap ... cuba teka aju up date blog ni guna apa .... yezzza .... sekarang aku Boleh up date blog guna hand phone besar lagi mahal dan penuh gaya ni kat mana mana aja .. cuba bayangkan keadaan aku tengah santai dan baring baring sambil update blog ...  pergh terasa berlagak gila laaa .. tuhan jer tahu tahap riak aku macan mana sekarang ni .... muahahaha...

Photo: Wish come true ... Thank you to my dear Pok Dee ....

Untung sabut timbul untung batu tenggelam ..

Secara officialnya hari ni nak umumkan berita paling gumbira ... hari ni dah masuk minggu ke 15 aku pregnant .. pregnancy yang ke 7 dan In sya Allah baby yang ke tiga ..
Memang instict seorang ibu selalunya betul .. cuma tak berani untuk confirmkan aja ..
Period aku lewat lagi 3 hari .. kemudian ada spotting sikit ... lepas tu terus tak de ... hati kecik ni sudah mula membuat kesimpulan .. cuma fikiran cuba untuk tidak menerimanya bulat bulat ... raya kali ni aku di Kelantan ... penat sungguh perjalanan kali ini ... hari raya kedua aku bagi tahu encik hubby . Ada kemungkinan saya pregnant la ... tapi tak confirm .. tapi apa apa pun saya nak raya dulu .. balik nanti baru nak check ... en hubby terlalu excited .. katanya dia nak abah buat solat hajat .. mintak semuanya selamat dan kali ni menjadi. .  aku cuak jugak ... kalau bukan pregnant nanti cam mana .. hubby kata tak apa laa .. kita buat aja .. kalau ada ada laa kalau tak ada belum rezeki kita ... aku minta rahsiakan dulu pasal belum ada apa apa kepastian lagi .. malam tu hubby minta semua tolong buat solat hajat .. dan aku kurang pasti adakah aku pregnant atau period aku lewat ... rrrrr ... kalau tak pregnant malu tak ?
Ramai ipar yg bertanya punca atau purpose solat hajat mlm tu .. aku hanya mampu senyum ... tekaan mereka hampir kesemunya tepat...aku pulak takut untuk bercerita .. bukan apa .. takut diri sendiri yg frust .. lebih baik aku diamkan dulu .. lambat laun mereka tahu juga .. untuk aku aku mohon yg terbaik dari Allah .. sesungguhnya dia lebih mengetahui ..bak kata en hubby ... untung sabut timbul untung batu tenggelam  ..

Thursday, July 26, 2012

Alhamdulillah .. kami sudah sampai

10 April

Sampai sudah di Jedah .. kata ustaz kami akan menaiki bas terus ke Mekah dan akan terus menunaikan umrah selamat datang.. kata ustaz lagi beliau akan ajar cara caranya ... beberapa jam juga kami didlm bas .. aku sempat tertidur .. lebih kurang pukul 12 tengah mlm juga kami baru sampai di hotel. Ustaz bagi sedikit masa untuk kami berwuduk dan perlu turun semula dengan segera...

Dalam bas menuju ke Mekah dengan pakaian ihram yang lengkap



Selesai herwuduk kami turun ..semua sudah menunggu kami di Loby.. aku excited bercampur takut. . Tak dpt di bayang sebentar saja lagi aku skan melihat kaabsh dan tawaf mengelilinginya ... mampukah aku?


Dari jauh aku sudah dapat melihat masjidil haram .. tu masjidil haram terang suami ku ... aku angguk .. dalam hati benar benar gementar .. "mana kaabah mak ??" tanya adik .. soalan tu sudah dua tiga kali di ajukan pada aku .. kejap lagi kita tengok kaabah yer ... aku pimpin tangan dia kuat.. ustaz menerangkan agar kami jangan lupa jalan pergi dan balik .. ingat kan tanda tanda jalan seperti kedai ice cream dan kedai kebab di kiri kanan jalan kami ...

Banyak pengalaman yg tertulus di blog dan mendengar cerita org .. ada yg tak nmpk kaabah, ada juga yg menggeletar melihat kaabah ada yg meraung raung dan macam macam lagi .. aku terfikir yang mana satu laa agaknya yg di sediakan untuk aku . Ya Allah permudahkanlah untuk kami.. permudahkan laah Ya Allah ..

Kami memasuki madjidil haram melalui pintu Marwah .. di tepi tepi dinding ada banyak pipe pipe air .. ustaz pun lantas menerangkan yang setiap beberapa meter akan ada pipe air zam .. kita boleh minum sebanyak mana yang boleh .. ustaz beri peluang sekejap untuk kami singgah meneguk air zam zam yang pure dari tanah suci ini .. air zam zam yang di salurkan terus dari periginya .. Ya Allah ... sejuk dan sedap sangat air zam zam itu memsuki tekak ... aku masih lagi mencari cari mana kah kaabah ...  hati masih berdebar debar .. gementar sungguh hati aku .. tak tahu bagaimana untuk aku jelaskan perassan aku ketika itu ...

Mata masih mencari cari di manaah kubus hitam itu ... mencari cari sambil ustaz sentiasa menerangkan jalan jalan di sekitar masjidil Haram .. Dari celah celah tiang besar itu aku sudah mula nampak kubus hitam itu tapi masih belum helas ... bila kaki betul betul menjejaki kawasan masjid haram yang berkarpet merah itu baru aku dapat nampak jelas rupa bentuk kaabah .. sangat besar .. sangat gah .. subhanAllah .. Subhan Allah .. Allahu Akbar Allahuakbar .. betapa nikmat Allah .. syukur ya Allah aku sampai ke rumah mu ini bukan seorang malah bersama seluruh keluarga aku ...

Aku seperti orang bodoh .. tak terkata.. adik tu laa kaabah .. ha ah adik nampak ... aku ternganga .. air mata sudah jatuh berjujuran .. mak nangis .. tanya kakak .. kenspa .. bangis tsnda syukur dan gembira kerana dipilih oleh Allah datang dan mekihat sendiri kaabah yg selama ini hanya dlm imaginasi ... hanya sebagai oetanda arah kiblat .. tapi sekarsng ianya dudah berada di depsn mata. .

Kami solat isyak berjemaah di depan kaabah .. aku masih lagi kekok ... perasaan aku masih lagi bercampur gaul ... antara percaya dgn tidak ...
Selesai solat ... ustaz nrnerangjan cara untuk tawaf.. ustaz menyarankan agar kami ikut beliau .. kami didisi ustax dan istetinya .. selesai bacaan yg dibaca oleh ustaz aku terus berdoa tanpa henti di keliling kaabah .. air mata ni seperti tidak dapat di kawal .. mula mula tu aku blank jugak .. tak tahu nak buat apa .. mungkin terlalu excited .. kemudian isteri ustaz bagi banyak tips.. katanya apa bila setiap kali sampai di hajar aswad banyak banyak berdoa .. doa laa untuk diri sendiri, suami dan anak anak .. katanya dia banyak berdoa agar dirinya menjadi penyejuk mata suami dan anak anak .. agar suami dan anak anak tidak pernah lupa dan semakin sayang kepadanya .. aku cepat cepat doa benda yang sama.. seperti terlalu banyak permintaan aku dari Allah ... aku harap agar Allah makbulkan segala galanya untuk aku ...



Wednesday, July 25, 2012

Ilal liqaq Kuala Lumpur


Selepas mengambil wuduk kami di arahkan untuk menaiki kapal terbang... dalam perjalan untuk meniki kapal terbang ramai betul pak cik mak cik yang sudah tua dan uzur.. sedih jugak melihat masing masing mengheret beg besar... sayu jugak hati niii .. terbayang wajah mak dan ayah .. 2 bulan lagi mereka oulak di jemput ke mekah lagi untuk ibadah umrah mereka yang ketiga .. harap mak dan ayah di permudahkan segala urusan. Aku sempat mencapai beg besar salah seorang pak cik tua ... membantu hingga ke dalm flight.. begitu juga en hubby ... dia jugak mencapai salah satu darinya ...
Sampai di dalam .. mengikut nombor ticket .. tempat kami di barisan hadapan sekali.. hot seat row. .. sangat luas berbanding seat orang lain ...   satu lagi bonus dari Allah untuk kami aku rasa ... syukur Allah K permudahkan segalanya bagi kami ...
Photo: Illalliqa'

LCCT - umrah backdated

10 April 2012

Pagi ini aku bangun awal .. masih siapkan sarapan .. aku kejutkan anak anak .. anak anak terlalu excited ... aku jugak .. semalaman tidak tidur ... minta permudahkan ... doa aku tidak putus putus.. harapan aku lagi agar aku mampu melakukan umrah sebanyak yang boleh .. cuma aku masih lagi khuatir jika period aku datang ... pagi tu sesudah masak nasi lemak untuk ahli keluarga yang hadir .. aku terus mandi sunat umrah ... anak anak juga aku dah pesan agar baca niat mandi sunat umrah ...
Pagi tu aku mohon ampun maaf pada suami dan anak anak ... pada mak ayah .. dan semua ahli keluarga .. minta segala galanya berjalan lancar ...
Apa yang lebih sedih saat adik Nayli mohon ampun maaf pada kakak Nabilah ... memang ikhlas... dia mohon maaf sambil nangis .. saat yang betul betul buat aku sedih ...
"Kakak .. maaf kan semua kesalahan adik yer ... terus Nayli nangis..
"Tak per kakak maafkan .. kakak pun mintak maaf .. sambung kakak...Adik terus nangis teresak esak
"Dah .. jangan nangis lagi ... sambil memeluk erat adik Nayli.
"Kakak sayang adik ... jom kitakan nak g Mekah .. pujuk kakak lagi..
"Adik pun sayang kakak jugak" sambil mengesat dan menahan sebak...
Harapan aku semoga mereka berdua akan lebih akrab sampai bila bila ...

Kami bergerak ke LCCT dalam pukul 10 pagi.. sampai di sana .. kakitangan Al Zuhdi sudah tiba dan menyambut kami... setelah mendengar sedikit taklimat .. kami di nasihatkan untuk masuk ... saat ini aku sudah rasakan akan bahang Mekah ... sungguh excited ... aku sudah tiadak mahu menoleh ke belakang .. aku amat amat ingin sampai cepat ke rumah Mu Ya Allah ...

Saturday, July 14, 2012

Semoga segalanya berjalan lancar (Umrah Back dated)

Kenduri kali ini kami tempah aja .. katering ... kemah sudah siap .. tak banyakkuih pun yang aku tambah .. aku mahu betul betul rehat .. tenangkan fikiran .. sekali sekala takut sekali sekala rasa seronok .. mampu kah aku melakukan umrah yang mabrur .. aku mohon Allah permudahkan ... kenduri kali ini aku hanya buat kecil kecilan sahaja dirumah aku .. lagi pun kenduri doa selamat dan solat hajat secara kecil kecilan telah aku lakukan di rumah mak & ayah di Melaka dan rumah Mertua aku di Kelantan sebelum ini.. mohon Allah permudahkan dan semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan atas perjalanan kami Insya Allah .. tidak putus putus aku berdoa...

Hari terakhir di tempat kerja (back dated)

Jumaat 6 April 2012 - Hari ni merupaka tarikh terakhir di tempat kerja.. kebanyakan tugasan telah di hand overkan pada rakan seperjuangan walaupun mereka agak berat menerimanya .. tiada pilihan .. itu kata mereka .. mana kala user yang lain agak gusar dengan ketiadaan aku .. maklum laa.. kamia ada datelines.. kami ada sasaran yang perlu di tepati .. "tak per jangan risau .. hang pi sana dengan hati tenang .. hang jangan risau semua nih tahu laa kami nak settle... " kata salah seorang user aku orang utara .. Alhamdulillah .. setelah meminta maaf pada rakan rakan .. aku terus meninggalkan office dengan hati yang berkecamuk .. macam mimpi aja .. macam tak percaya pun ada jugak ... aku cuma ada 4 hari untuk bersiap sedia ... takut .. gembira dan bangga .. entah ... semua ada ...

Perjalanan bertukar (Umrah back dated)

Seminggu lagi hendak berangkat semua kelengkapan telah di sediakan .. baju, kasut, beg, semua yang ada dalam check list ... pagi itu ustaz telefon .. katanya jadual penerbangan terpaksa di awalkan beberapa hari ..

Sebelum ini ramai yang kurang senang bila mendengar package ekonomi yang kami ambil ... kena transit selama 5 jam kata mereka bayar laa lebih sikit untuk keselesaan .. tak perlu transit  nanti penat ... aku diam aja .. dan bila aku kata aku menaiki kapal terbang Sri Langka kata mereka package murah memang laa tak berapa selesa sudah pasti penuh dengan banggla dan berbau itu ..aku senyum aja  kata aku .. aku tak kisah aku cuma hendak sampai ke Mekah menunaikan ibadah .. bagaimana caranya sekali pun tak apa lah .. itu aja yang kami mampu .. nak pergi ni pun cukup cukup aja ... jika Allah sudah panggil walaubagaimana pun aku pasti akan datang .. caranya Allah sahaja yang tahu ..

Perkabaran ini merupakan perkabaran paling gembira
satu kerana uztaz menerangkan yang kami akan menaiki kapal terbang Air Asia terus dari LCCT ke Jeddahkemudian terus ke Mekah kemudian baru ke Madinah
kedua kami tidak perlu transit .. selama 5 jam di Colombo ...
ketiga kami tak perlu menaiki Sri Lankan Airlines ....
keempat jadual telah di percepatkan beberapa hari dan kemungkinan besar period aku tidak akan mengganggu ibadah aku ... kerana kami akan ke Mekah dahulu kemudian baru ke Madinah .. jadual asal adalah LCCT - Colombo - Jeddah - Madinah (3 hari) - Mekah menunaikan umrah (9 hari) - Kula Lumpur .. jadi period aku mungkin dtatang beberapa hari sebelum pulang dari ke Kuala Lumpur

Alhamdullillah ..petang itu aku sujud syukur .. mungkin Allah permudahkan dan mahu berikan yang paling terbaik untuk kami Alhamdulillah... aku kira ini adalah bonus untuk kami ..

Thursday, July 12, 2012

Yang mana satu pilihan hati

Coretan Umrah backdated

Aku menghitung hari untuk pergi menjadi tetamu Allah .. tak sabar rasanya untuk aku menziarahi makam RasulAllah...Aku masih lagi teringat bagaimana proposal untuk ke Mekah secara spontan aku lafazkan  niat untuk ke Mekah menunaikan Umrah ... semenjak itu aku berusaha mencari agent yang mana satu yang sesuai.

Selepas raya china aku bentangkan kertas kerja aku depan en suami .. beberapa agent telah dipilih .. antaranya Rayhar, Andalusia, Utusan Travel dan Al- Zuhdi. Ke empat empat agent ini antara agent yang telah mendapat komen yang baik dari rakan rakan ..

Satu malam kami berbincang .. dan akhirnya kami mendapat satu persetujuan .. kami akan mengikut agent Al-Zuhdi memandangkan mutawif dan pengasas agent ini merupa gurubesar atau pengasas sekolah agama anak ank aku .. yang kami kenal .. dan berurusan dengan mereka adalah lebih  mudah .. 

Setelah mendapat semua informasi .. aku dan suami pergi berjumpa sendiri dengan ustaz ini ... setelah berbincang .. perbincangan dengan ustaz Yusof ni memang mudah .. jelas .. dan seronok .... bila kami sudah mendapat budget dan itinerary aku sudah confirm yang kami pasti akan sampai ke sana ...

Tiba tiba en suami bertanya akan package untuk kanak kanak .. ha ???  biar betul ... aku tidak mengiyakan .. kerana duit untuk tambang memang tidak aku peruntukan untuk budak budak .. tambahan lagi aku sudah pun mempunyai plan untuk meminta tolong mak dan ayah tinggal selama 2 minggu di rumah aku untuk menguruskan anak anak aku ... Ustaz mula mengira.. aku masih terblil kebil kurang percaya ... banyak jugak discount yang di berikan .. Alhamdulillah .. aku rasa Allah permudahkan untuk aku ...

Petang itu En Suami memberi cadangan agar kami pergi berempat termasuk anak anak.. aku sedikit terkejut .. Ada duit ke ??? duit belanja lagi .. nak bawak budak budak lagi .. aku cuak ... biar betul niii.. dia cuma senyum .." InsyaAllah .. cukup ..." katanya confident

Petang itu kami celebrate kegembiraan kami dan kami putuskan jugak yang kami akan ke sana dengan puteri puteri kami .. Alhamdulillah .. Allah bukan sekadar menjemput kami berdua .. malah sekeluarga.. betapa besarnya rahmat Allah ..

Kami rahsia kan berita ini dari pengetahuan anak anak .. kata aku kalau nak ikut mak .. kena kumpul duit .. sejak dari mula mereka berdua memang nak ikut .. nak tengok kaabah kata mereka ...

Sejak dari malam itu adik dan kakak berlumba lumba mengumpul duit .. pantang nampak duit pasti masuk tabung ... seronok melihat usaha mereka.. setiap hari pasti ada aja baki dari duit belanja.. kakak paling bersungguh .. sampai tak makan .. adik pulak duk buat kira kira ... sehari seringgit 10 hari dah 10 ringgit .. haisshhh .. cam mana nak cukup 4 ribu nih mak .. katanya ...InsyaAllah kalau bersungguh sungguh dapat laa pergi nanti .. mak janji .. kalau tak bersungguh sungguh cam mana nak pergi .. tabung pun tak penuh ... 

Aku kira ini adalah rahmatNya yang tak terhingga.. malam itu aku sujud tanda terima kasih atas segala rezeki yang Dia berikan ...


Wednesday, July 11, 2012

Jika ada rezeki .. pasti sampai jugak ..

Catatan umrah backdated

Aku ingat lagi bagaimana hati boleh terdetik untuk kesana.. tiba tiba saja aku melahirkan hasrat untuk menunaikan umrah .. Nanti kita pergi umrah nak ? taya aku kepada En Suami .. Ok hujung tahun nih kita pergi .. aku sengih .. langsung tak confident .. tahun nih ... tahun depan la.. mana ada duit .. kalau kita simpan 200 sebulan sepuluh bulan baru dapan 2 ribu .. Insya Allah kata suami aku penih yakin .. lantas dia mengarahkan aku untuk memilih agent umrah .. dalam hati langsung tidak percaya ..

Tahun 2011 ini merupaka tahun kesedihan buat diri aku .. lepas satu satu perkara sedih aku alami ... dengan berita penyakit endometriosis  aku pada pertengahan tahun.. dengan keguguran aku buat kali yang keempat .. kehilangan kecurian kereta wira aku ..dan macam macam lagi ujian kecil yang menimpa keluarga kami.. menjadikan aku kadang kala gagal untuk menahan sebak ... walau pun aku tahu Allah memilih aku kerana aku adalah di antara mereka yang istemewa yang mampu dan kuat untuk menerimanya kesemua ujian itu ..

Sebulan selepas itu en suami bertanya lagi .. "cam mana nak pilih yang mana satu .. " aku terdiam dia benar benar serius.. katanya .. dia memang ada jalan ... katanya raya cina nih kita pergi .. raya cina cuma ada 4 bulan saja lagi ..

Tapi entah macam mana aku nekad kali ini .. kalau ada rezeki pasti ada jalan ...bisik hati aku
Alhamdulillah .. memang sesungguhnya Allah maha kaya .. dengan kuasa Allah aku telah di pemanant kan setelah 6 tahun bekerja di situ .. malah lebih dahulu daripada rakan rakan lain.. gaji jugak Alhamdulillah berkat kesabaran aku .. mencanak jugak naiknya .. oleh kerana pertukaran aku dari contract ke permanant .. ada sedikit kelewatan dengan kenaikan gaji .. aku hanya akan menerimanya selepas bulan 12 .. termasuk bonus dan kenaikan gaji aku yang tertunda .. Alhamdulilah cukup untuk tambang aku seorang untuk ke Mekah .. Allah maha kaya detik hati aku ...

En suami masih mendesak aku untuk meregisterkan nama kami berdua .. peruntukan untuk En suami masih belum dapat lagi kata aku .. tapi dia bennar benar yakin .. katanya bonus nya juga insya Allah cukup ... aku masih lagi belum cukup confident walaupun hawa hawa Kaabah sudah mula aku rasakan .....

Super white soft bread

Aku selalu jer dok cari resepi roti putih macam gardenia buat.. dah 2 kali buat roti nih tapi masih lagi tak puas hati... semalam mak ngan ayah datang Puchong tido kat umah 2 malam ... siangnya macam biasa buat roti kismis.. dan esoknya mak nak rasa roti putih niii .. dan macam biada aku masih lagi serasi dengan resepi kak Ros Jintan Manis... untuk cubaan yang ketiga kalinya aku cuba resepi kak ros... rrrmmm lembut memang lembut tapi ada sedikit perbezaan dengan roti gardenia .. texture dia ada beza.. tapi kelembutan dan kesedapan roti based on resepi kak ros nih amat amat membanggakan .. cuma kalau ada resepi lain yg lebih impressive boleh laa forwardkan kat aku ....

opppsss.. gambar sorry .. tak sempat amik ... pagi tuh dah pegi kerja .. balik balik tengok ada baki dalam 2 slice ajerrr... rrrrrmmm next time kena buat lagi laaa..

Bahan-bahanye
250 gram tepung roti
15 gram butter ( boleh ganti dengan shortening)
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis kering
160 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)
( klu nak letak 1 sudu kecil bread softner atau bread improver pun boleh-tp ros tak letak) aku kena laa letak pasal tak confident .... aku buh jugak water roux dalam 2 sudu besar ...

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu roti putih dan tekan ON je, tunggu dan bila dah siap dibakar boleh terus dikeluarkan dari acuan dan sejukkan, potong ikut kepingan yang dikehendaki .

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit.
3. Selepas itu, perap doh selama 40 minit, kemudian tumbuk doh , keluarkan angin  dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

Roti sausage pizza "BSN"

Ok ok ... kali nih roti sausage piza...huissshhhh .. bak kata adik Nayli .. "roti nih roti terbaik yang pernah adik makan ... " ko tak rasa ker macam nak terbang bila anak sendiri puji cam tuh ... dan of course laa kakak dan en suami pun cakap sedap .. sampai terbayang bayang kenikmatan memakan roti sausage nih .. (tu aku exagerate sikit ..) tapi memang betul betul punya sedap ... so far tak pernah lagi aku makan roti sausage sesedap ini (nampak tak kepoyoan aku dan hikmat bangga diri yang tidak terbatas). Ok ni resepi... cuba buat sendiri baru tahu cam mana nikmat makan roti sausage buatan sendiri yang lembut lagi sedap ...




Bahan-bahanya
300gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 sudu kecil esen vanila@butterscotch
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula



(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)
* untuk gliss*
guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil,

* macam biasa doh roti mesti amik dari kak Ros Jintan Manis.



Kemudian boleh laa ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian. Sila tengok cam mana nak buat bentuk BSN tuu ...dari blog Mat Gebu ni...

Untuk topping 10 batang sosej, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya
Cheese (aku tambah)





Aku amik cara cara dari blog Mat Gebu untuk buat sosej BSN nih. Pas tuh gliss kan .. kemudian boleh tabur mix vegi yang telah digaul sebati dengan dengan mayonese.  Kalau nak lagi sedap boleh taburkan cheese atas dia.. last sekali buh Chili sos....









Roti Sausage



Kali nih mak cik try buat roti sausage .. nampak cam sedap jer ... pas tu cam giler senang ... 

Macam biasa .. buat laa dough roti .. resepi pun cam biasa amik dari resepi Kak Ros Jintan Manis

Roti Sosej Mini
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
1 1/2 sudu besar butter@marjerin (macam biasa aku guna butter cup)
150ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar water roux

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu serta sedikit bijan goreng (ada sesetengah aku tabur cheese - mozarella and parmesan.. perh lagi laa terangkat)
*untuk Inti roti*
beberapa batang sosej yang telah direbus

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, gelek dough tu panjang panjang.. pas tuh lilitkan kat batang sosej tu tadi,  susun di atas loyang atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dan tabur dengan bijan goreng atau cheese, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

Walla .. cun.. gebu dan sangat sedap ...

Monday, July 2, 2012

Roti Boy ...

Ok ok .. roti kali nih lagi best ... Roti Boy .. ya Allah sungguh laa aku tak sangka aku boleh buat sendiri roti boy nih kat rumah ...bahkan lebih sedap lagi dari roti boy kat KLCC tuuu  (hahah ...sekali lagi ayat poyo lagi eksyen) .. owhh kali nih aku amik resepi nih kat mana pun aku tak ingat ... bukan kat blog Jintan Manis.. pasal Jintan Manis belum pernah try lagi kot buat roti boy niii .. tapi roi boy nih sedikit tak berapa menarik bila dia sejuk .. mungkin based roti nih aku kena guna resepi bun biasa dari blog jintan manis jugak kot .. tak apa .. boleh ulang tayang ...

Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

 Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.(sekali lagi aku buh dua dua - nescafe instant campur perisa kopi/essen kopi)
200 gm tepung gandum 

Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional) (aku buh satu sudu each campur pulak dengan water roux yang kak ros Jintan Manis ajar tuu)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega



Cara-cara 

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan. 

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan. 

Buat doh roti,
Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.

Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.

Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.  
Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).

Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Ok nih tips dari amoi (nyonya kot) yg jual bahan bahan roti yg selalu aku beli tuu .. dia kata kalau nak buat roti boy nih dia cerewet sikit.. first dia suruh bekukan filling dia tuh so that senang nak masukkan dalm dough tadi... make sure kita tutup rapat .. jangan terlalu banyak nanti dia cair melelh keluar pulak... so dia cadangkan aku buat 2 lapis (which aku tak buatpun).. aku sudukan filling yg separuh keras tuh dlam dough dan tutup betul betul rapat.. tapi kalau letak sikit sangat memang tak sedap .. buh banyak tapi jangan sampai melimpah... kemudian rehatkan sekejap sampai dia naik balik .. lepas tuh buh topping dia tuh bulat bulat ...
Lepas tuh bakar dengan api panas ... lebih kurang 200 darjah ceclcius dan tak apa kalau dia hitam sikit (jgn laa hitam legam) pas tuh cepat cepat keluarkan dan makan ... huhuh .. sedap gilerrrrr... yg tak best ialah .. bila panaskan dengan microwave topping dia tak rapuh laa macam memula kuar oven ... hmmmm .. cam mana ek nak buat .. tapi rasa dia maaakkkk aiii... marvelous betullll... gambar bawah nih nak bagi jiran .. kena lambung dadu jiran yang mana satu yg dapat .... pasal nih jer yang tinggal ..

Bun Manis Buttescotch atau Vanila

Cam biasa .. sekali lagi aku amik resepi kak Ros Jintan Manis ... pergh memang menjadik .. tak dan nak bagi jenjiran .. tak sempat nak bawak gi opis .. sekali hadap je dah habisss .. huishhh ... sedap sungguh ker roti aku niii .. (heheh nampak tak ayat bangga diri yang melampau lampau)


Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 sudu kecil esen vanila@butterscotch ( cari kat kedai essen butter milk namanya)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin (aku pakai buttercup laa kan apa lagi)
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver (aku buh semua sekali water roux dan bread softner & improver)
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)



* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.







5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

* Nampak tak kegebuan roti butter scoth aku tuuu ... anak aku kata kurang manis.. mungkin boleh letak lebih sikit kismis dan taburan gula tuu .. tapi masa bakar tuu pergh .. memang betul laa macam satu terapi minda jer bila cium bau roti nih masak .. dan masa makan panas panas tuh .. jugak satu terapi perut dan lemak ...

Roti Putih Biasa

Oleh kerana aku baru jer beli bread maker .. jadinya aku kena laaa eksyen kat korang yg aku dah terer buat roti ... Resepi roti nih aku amik dari blog roti paling femes .. aku rasa setiap kali buat roti roti aku menjadik dan lembut .. so aku consider blog nih sebagai tenaga pengajar atas masakan roti aku ...


Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start.. pas tuh esok pagi dah siap .. jeng jeng jeng .. sedap ... 

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.


Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.


Cuba ko tengok roti aku nih .. ni first try .. roti yang menjadi perasmi bread maker aku .. immediately after aku beli this bread maker ... huhuh .. seronok giler macam magic jer .. masuk masuk bahan mentah tetiba jer dah siap ...

Thursday, June 14, 2012

New toy...

Lama betul tak online .. malas ... sibuk .. kurang sihat .. dan macam macam lagi .. tapi kali nih aku kena post jugak .. bukan nak bangga diri .. tapi saja jer aku nak belagak sikit ...
aku sekarang ada new toy .. ini semua adalah kerana sifat dengki, iri hati, jealous dan busuk hati yang melampaui batas , jadi aku pun berusaha untuk mendapatkan toy ni .. huhuh .. alat mainan canggih lagi magis ni memang laa sungguh mengujakan aku ... memang dah lama sebenarnya nak beli tapi cam takut tak berapa rajin nak pakai .. maklum laa.. makin tua ni makin malas...
heheh .. Mak Cik dah beli bread maker .. heheh tu laa alat permainan terbaru .. lepas nih mabuk meroti laa plak ..
Aku beli bread maker yang aku rasa paling murah di antara dunia ni (aku rasa laa). Brand Empress dari Cosway. BM nih berharga RM260.00 plus 5 cupon Cosway. Harga asalnya 400 hengget. dan apa yang aku dah buat survey pun rata rata BM berharga 400 - 800 lebih .. so aku rasa dah murah laa kot ...