Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Wednesday, August 27, 2014
Anjung Seri August 2014 ...
Friday, August 15, 2014
Baju kebaya riau
Uish cantik laa plak kalau buat ala ala klasik cam ni ... nak kena pegi kedai cari kain ala ala songket klasik...
Sunday, June 22, 2014
Sunday, June 15, 2014
Durian cheese cake ala ala secret resepi

50 gram biskut mudah hadam (mat gebu guna biskut marie aku guna biskut tiger)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan
BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung
- Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan.
- UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
- UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
- Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan.
- Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan...
Wednesday, June 4, 2014
Monday, May 19, 2014
Mother's day
Kagum dengan adik ... ni semua untuk mak sempena hari ibu... bunga rose yg dia beli kat sekolah ... pop up card, flower blossom cards yang kombang setaman tu dan yg paling best frame gambar yang memang sungguh cantik ... semua hasil tangan adik Nayli sendiri ... creative sungguh ... tq adik ... love you so so much ... mmmuaaahhhh...
Saturday, May 17, 2014
Saya boleh lari ...
Saya dah pandai jalan laju laju... kadang kadang jer jatuh... saya suka bila dah boleh jalan .. sampai tak nak dah dukung lagi .. nak jalan jer kerjanya sampai lutut pun naik lembik ...
Thursday, May 8, 2014
Hudud
Ini jawapan yg palibg mudah dijawab sekieanya ada yg bertanya. Semua umat Islam wajib menuntut ilmu dan tak der sebab untuk menolak hudud.
Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :
a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir
Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :
a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
Hudud pula melibatkan 6 kes :
a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)
Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :
a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.
Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.
Sila share
Saturday, April 19, 2014
Happy birthday cik putih
Semoga anak mak dan abah Puteti Nadiah Zafirah menjadi anak yg solehah... beriman, beramal solleh, bijak, pintar, berilmu berakal dan fasih membaca Al Quran ... insyaAllah
Sunday, April 6, 2014
Friday, March 21, 2014
11 bulan
Saya kat klinik dr chan ... demam... berat pun dah kurang ... sekarang saya dah 9.7kg aja...
Sunday, March 9, 2014
MRSM Kuala Krai ...
Alhamdulillah sesungguhnya Allah permudahkan segalanya. Within 1/2 day semua barang dan keperluan telah di siapkan. Baju biege MRSM, baju biru, tudung dan segala bagai siap jugak. Termasuk la medical check up dll. Pagi tu kami bertolak dari rumah tok ma di Melor. Sesampai kami disambut dengan senyuman dari semua pelajar MRSM. Kebanyak pelajar 1st intake form one. Semua baik baik belaka. Selepas registration ada taklimat khas. Kemudian baru kami ke hostel. Satu bilik ada 4 orng. Locker satu sorang dan meja study panjang share 4 orng. Room mate kakak semua baik baik. Ramah ramah orng kelantan ni.
Sudah makan.. dan kakak berjaya ganti abah repair locker dia yg rosak (lelaki x boleh naik lepas kul 2 ptg) kami siap untuk balik.
Kakak salam cium tangan aku dan peluk aku erat ... begitu juga dengan abah dia. Adik dan akhir sekali baby. Dia cium bertubi tubi. Pas tu dia pusing dan terus ke bilik tanpa toleh belakang lagi dah. Kakak memang tabah. Aku pulak terpaksa menahan sebak dalam dada dan buangkan perasaan sedih jauh jauh. Aku teringat kata kata cikgu kakak. Katanya bila kita tahu itu yg terbaik untuk dia kita perlu lepaskan dia betul betl, redho dan yakin serta sentiasa tawakal dgn Allah.
Perjalanan pulang tu suasana sunyi sebentar. Masing masing melayan perasaan. Alhamdulillah. . Segala galanya lancar. Sesungguhnya ketahuilah kami semua sayang sangat kat kakak dan mahu kan yg terbaik untuk kakak. Teruskan perjuangan dan doa mak abah dan semua org ... semoga kakak terus berjaya di dunia dan akhirat ..
Kuala Krai mung tunggu aku datang ...
Sudah sekian lama menunggu ... akhirnya Allah perkenankan doa kami semua. Cita cita kakak untuk memasuki MRSM tercapai jugak akhirnya.
Sampai aja di office tetiba hubby call. Mada tu dalam kul 9.15 pagi. Dia baca sms tawaran dari Mara. Aku cam nak lompat bintang seronok. Hubby tanya nak tak ... of course laa kan walaupun offer di Kuala Krai dan tarikh registration esok kul 8.00 pagi ... aku tetap accept the offer and be sure that we will be there at 8.00 am tomorrow.
So.. hubby terus isi borang segala bagai dan memulakan operasi. Sementara aku terpaksa serahkan dulu tugas office kat my boss. Pasalnya esok ada paper Petronas. Kul 1.00 baru sampai rumah.
Balik dari office cam lipas kudung beli barang, kemas barang dan hubby buat yg mana formal. Medical check up, surat berenti sekolah dll. Kul 7.00pm kami bertolak ke Kelantan ... Kuala Krai mung tunggu aku datang ....
Thursday, February 27, 2014
Western style for dinner lagik ...
Satu kotak fresh milk
Sedikit gula ikut citarasa
Garam secubit
Air batu