Saturday, February 28, 2015

Chilled blueberry cheese cake

Kakak nabilah sekarang dah ketagih memasak... adal cuti lama sikit ada jer la request nak beli barang.. dia akan cari resepi yg senng senng dan sedap kat internet .... adik plak suka tengok gambar makanan pas tu duggest kat kakak untuk masak kan. .. operasi menggemukkan abah katanya... untuk yg ini credit sangat sangat untuk kakak nabilah dan adik nayli yg membantu dan mak penghias cake.... jom tengok resepi ka ita nih ... memng sedap kalai afa yogurt sure lagi terangkat ...

Resepi dari kak Azlita Masam Manis : 100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan
Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry (untuk gambar kat bawah nih aku x letak yogurt lupa nak beli)
30g gula kastor 80g blueberry filling 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat
Sediakan loyang loose pan berukuran 5 inc
Alas dasar loyang dengan baking paper Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja Biarkan ia suam
Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan)
Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard
Hiaskan atasnya dengan blueberry filling Hias kek ikut kreativiti masing-masing. Sedia dihidangkan

No comments: