Aku memang suka sangat resepi dalam blog Msam Manis nih.. Tadi nak pergi rumah kakak ipar tapi tak tahu nak masak apa... check check dalam peti ais ada barang barang sedap ... ada cheese .. hmmm apa lagi teringat blueberry cheese kek yang kakak nabilah buat hari tu .. kali nih nak buh yogurt .. teringat yogurt cheese kek kat secret resepi .. masam masam sikit dan tak muak .. makan banyak pun sedap jer ... macam biasa g melawat blog kak azlita... heheh cer check kat sini memang kagum dengan kekemasan kek ni ....Blog Azlita Masam Manis
CHILED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE
By : Zack Zachoes
Base:
100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan
Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat
Sediakan loyang loose pan berukuran 5 inc
Alas dasar loyang dengan baking paper
Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata
Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar
Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja
Biarkan ia suam
Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan)
Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard
Hiaskan atasnya dengan blueberry filling
Hias kek ikut kreativiti masing-masing.
Sedia dihidangkan
Ni versi kak Ungku .... cantik kannnn... |
No comments:
Post a Comment