Sebenarnya aku dah lama giler nak komen pasal pemandu-pemandu 'berhemah' kat Kuala Lumpur nih... ini bukan pasal pemandu-pemandu yang bawak laju.. memecut dan memotong ... nih pasal pemandu yang bawak kereta dengan peralahan.. yang terlalu bersopan santun dijalan raya.. yang terlalu dan terlampau berhemah di jalan raya .. hampeh .. lu orang betul laaa.. potong steam gua jer bila drive...
Seperti biasa aku akan ikut Lebuh Raya KULUP (Kuala Lumpur Putra Jaya) tuh setiap hari.. Highway nih memang aku akui dapat menjimatkan masa aku.. berbanding dengan masa aku naik LRT dulu.... Highway nih sepatutnya lancar kalau tak ada apa-apa yang menghalang... aku rasa paling lambat pun aku boleh sampai exit Tun Razak tuh about 45 minute (pemanduan biasa tak pecut) tapi pada kebiasannya aku akan bawak sedikit laju agar tidak mengganggu lalu lintas atau lebih tepat tidak menganggu pengguna lalulintas yang lain (alasan aku yang terbaik buat masa nih untuk bawak laju).
Aku memang sejak dari dulu lagi aku pantang ada orang main belakang atau cucuk aku dari belakang... rrrr .. maksud aku cucuk cucuk angin dari belakang kereta aku ...aku mesti press minyak punya dan kalau ada sesapa yang pernah lalu kat sini.. gua cakap luh memang best ... Highway nih banyak selekoh selekoh. Dan untuk pengetahuan semua yang tak pernah bawak laju kan.. selekoh-selekoh nih kalau lu orang bawak laju sikit dari biasa memang syiok giler nak nak masa amik lap ... pergh.. dia punya feellll memang kaw kaw... dia ada satu nikmat tersendiri laa orang kata ...
Sambung balik kes bengang tahap cipan aku.. sabitnya boleh katakan setiap hari ada jer manusia yang bangang (oppss... sorry bulan puasa tak baik cakap cam tuh) hmm.. yang tak berapa pandai atau yang kurang cerdik .. akan beratur panjang cam masa-sekolah-sekolah dulu ler kat lorong kanan sekali sebab ada satu kereta yang bawak slow nak mampus sambil duk kat lane paling laju...
Dia org nih terasa dia org bawak Ferari atau Porshe atau Lambhorgini atau kereta-kereta yang ada turbo yang pick upnya memang melampau-lampau pada hal bawak kancil atau kereta yang tak cukup power ... tekan pedal minyak sampai jejak tar Highway tuh.. tapi kereta stil kat situ jugak.. nak nak bila naik bukit.. adush.... eku bukan laa nak menghina korang tapi cuma aku nak pesan tolong laa sedar diri...
Ada jugak kes yang memang bawak kereta mahal dan berkuasa tinggi... macam kereta Ferari atau keretea lomba atau kereta yang dah di inject dengan kuasa-kuasa kuda yang dah tukar enjin Turbo tapi bawak slow.. hek elehh.. kalau sekadar nak bersiar-siar tolong aa pergi kat lane paling kiri .... jenis nih aku more caterorykan as mereka-mereka yang berlagak cam dunia ini ana yang punya.. aku ada kereta besar dan korang kalau nak potong kira lu pikir laa sendiri cam mana nak buat.. cam hampeh..
Tapi nih paling aku bengang .. jenis yang suka test break kat tengah high way.. bawak laju laju.. tetiba lampu break ngan lampu ketiga nyala... ya ampunnn.. tempat belajar kereta mana laa yang ajor korang buat cam tuh... pas tuh tengah sedap amik lap.. tetiba break.. agaknya saja jer dia orang nak tekan sebab dah lupa cam mana keberkesanan break atau dah lama tak tekan break tuh argghhhh.... tension aku ...
So.. bagi semua pengguna jalan raya tolong laa.. sedar diri .. tolong laa... tolong upgrade sikit nilai-nilai keperihatinan korang tuh.. jangan ikut kepala korang yang tak berapa pandai tuh jerrr ... kalau korang rasa korang tak pandai bawak laju gi laa ke lane yang kurang laju agar tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain ... mungkin mereka mereka yang sedang memandu laju tuh ada benda penting yang hendak meraka lakukan .. contoh palaing tak boleh di elakkan ialah sakit perut yang melampau pada bulan-bulan puasa nih.. tolong laa pikir pikirkan laa..
Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Tuesday, September 23, 2008
Tuesday, September 9, 2008
Happy Birthday Nayli...
Happy 4th Birthday Nayli.. hari nih birthday Nayli my second Princess tuh...
Birthday dia dah celebrate in advanced kat Melaka hari tuh.. dan maybe this coming Saturday will be another one kat rumah .. sempena buka puasa ...
Semoga jadi anak yang solehah, bijak, pandai, pintar, berilmu, berakal, fasih baca Al Quran, jadi insan berguna dunia dan akhirat.... ameennn ...
Birthday dia dah celebrate in advanced kat Melaka hari tuh.. dan maybe this coming Saturday will be another one kat rumah .. sempena buka puasa ...
Semoga jadi anak yang solehah, bijak, pandai, pintar, berilmu, berakal, fasih baca Al Quran, jadi insan berguna dunia dan akhirat.... ameennn ...
Tuesday, September 2, 2008
1st Tae Kwon Do Grading
Nih gambar First Grading Nabilah .. pergh.. aku pulak yang bersemanagt semacam tengok dia orang nih grading...mok cik over laa pulak...
Happy 8th Anniversary...
Huhuhu .. Happy Anniversary ... Hari nih genap lapan tahun ikatan perkahwinan kami ... semoga ikatan perkahwinan nih berpanjangan dunia, akhirat. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah .. dan bagi aku semakin lama ikatan perkahwinan ini semakin kita mengenali dan memahami antara satu sama lain ...
Bak kata orang putih ...
Married couple who love each other tell each other a thousand things without talking....
Bak kata orang putih ...
Married couple who love each other tell each other a thousand things without talking....
Subscribe to:
Posts (Atom)