Saturday, October 5, 2013

Malaysia ku BOLEH !!!

Perbelanjaan Jet Peribadi Untuk Kepentingan Negara – Shahidan


KUALA LUMPUR: Perbelanjaan yang ditanggung kerajaan ke atas pemilikantujuh jet untuk kegunaan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk kepentingan negara dan ia tidak perlu dipersoalkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua perbelanjaan ke atas tujuh jet berkenaan adalah bagi memastikan perdana menteri tiba tepat pada masanya di sesuatu tempatdalam melaksanakan tugasnya.
“Ini ialah untuk soal yang berkait dengan kepentingan negara. Perdana Menteri harus sampai ke satu-satu tempat itu tepat pada masanya.
“Cuba bayangkan pukul 2 petang berada di Kuala Lumpur dan pukul 3 petang kena ada di Alor Setar, kemudian pukul 6 petang kena berada di Ipoh. Di sana tiada penerbangan kelas pertama dan kos lebih tinggi jika menyewa kapal terbang komersial,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.
Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, selain untuk kegunaan dalam negara, jet itu turut digunakan untuk menampung keperluan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas rasmi ke luar negara.
“Jika jet ini tidak diselenggara dengan sempurna, ia boleh membawa kepada risiko dan ini melibatkan faktor keselamatan. Jadi ia memerlukan penyelenggaraan,” katanya.
Dalam masa yang sama katanya, kos bagi menyelenggara jet yang digunakan oleh perdana menteri itu adalah ditetapkan oleh syarikat yang dilantik kerajaan.
“Kos ini bukanlah untuk kegunaan peribadi perdana menteri malah ia langsung tiada hubung kait dengan perdana menteri. Perdana Menteri hanya menggunakan salah satu daripada pesawat berkenaan,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mengadakan sidang media sebelum itu mengulas jawapan yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan menanggung kos RM86.4 juta untuk menyewa jet bagi lawatan rasmi Najib.
Beliau mempersoalkan jawapan bertulis yang dikemukakan itu menyebut jet berkenaan melibatkan kos RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk baik pulih.

Thursday, August 22, 2013

Nadiah 4 bulan

Hari ni 22 August 2013, Nadiah dah boleh meniarap sendiri. Kalau sebelum ni kita org bantu sikit tang punggung, (tu benda paling berat) tapi tadi dia buat tanpa ada sesapa tolong.
Balik balik kerja jer, terus jer dia tunjuk skill. Alhamdulillah terror sungguh anak mak menerap...

Saturday, July 27, 2013

3 months old

Ello saya dah 3 bulan pada 19 July 2013 ... saya sudah pandai gelak dan sembang sembang ... saya dah nak pusing pusingkan badan saya tapi punggung saya berat ... dan bila saya tak boleh pusing kan badan saya untuk menerap saya  akan jadi amat marah .... pongos laaa saya ...

Saturday, July 6, 2013

Cik putih bam bam

Cik putih dah 2 bulan setengah ... masa 2 buln hari tu berat dah 6.5 kilo .. laa ni radsnya dah 7 kilo kot ...

Friday, June 7, 2013

Fruit tart

Activity cuti sekolah lagi ... ksli ni lebih buat cheese tart buay plak fruir tart. Kebetulan ada lebih anggur hitam dan buah kiwi dalam peti ais. 
Resepi filling sama jer denfan resepi cheese tart.

Thursday, June 6, 2013

Cheese tart

Lagi activity masa musim cuti sekolah .. kali ni kulit tart dia aku beli jer .. jadinya just buat filling dia jer .... cam biasa resepi kak Ita - masam manis menjadi pilihan laa.. siap ada step by step lagi Check kat sini

Ni resepi untuk filling dia.
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Sunday, May 19, 2013

Kuasa Allah ..



16 - 18 weeks

20 weeks

24 weeks Detailed scan

Kekuasaan yang maha Esa ... subhanAllah ... 

Saturday, April 20, 2013

I'm a girl

It' s a girl ...

Alhamdulillah ... aku telah selamat melahirkan sorang lagi Khalifa di muka bumi ini setelah menanti selama 9 tahun. Baby girl 3.66 kilo pada 19 Aril 2013 pukul 9:57 malam. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.

Sunday, March 24, 2013

Salmon with white sauce

Kerap betul buat salmon grill... hampir seyiap bulan dah sekarang nih ... tapi sedap giler kot salmon nih ...
BAHAN A
Ikan salmon
Lemon
Bawang putih (ditumbuk halus)
Black paper
White paper
Oregano, basil atau nak buh apa apa rempah kering lain pun boleh
White sauce
2 sudu besar butter
Satu labu Bawang putih diblend / tumbuk halus
Setengah bijik bawang besar di dadu kecil
1/2 Kiub ayam
Sedikit garam
Dalam 3 cawan fresh milk
Sedikit white paper
Sedikit oregano
Satu sudu tepung (utk pekatkan sauce)
Cara cara
Perap ikan dengan bahan A paling kurang 1/2 jam. Kemudian boleh la di grill dengan sedikit butter. Taburkan black paper masa grill dan balik balikkan.
Cairkan butter. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai layu. Masukkan fresh milk masukkan kiub ayam. Masukkan sedikit oregano. Bila dah mendidih masukkan tepung yg dah dicaurkan dgn air.  Kacau supaya tidak berketul. Angkat dan buh atas ikan.  Hiaskan dgn sayur sayuran macam carrot,  broccoli,  kentng dll. Memang best ... rasa cam duduk kat Amareka jer makan cam nii ...

Saturday, January 26, 2013

Japanese cheese cake lagiii ...

Godek peti ais tadi jumpa 2 ketul cream cheese ... bebudak plak dah lama betul mintak buat cheese cake niii .. check  semua bahan ada .. apa lagi cayok baby jom tolong mak buat kek .. walaupun penat giler tapi kuatkan semangat .. mudah mudahan baby ni rajin masak ... senang mak esok esok .. jom cuba .. resepi ni paling best antara banyak banyak resepi ...
Ingredients:
265ml UHT Fresh milk
85g Butter
250g Cheese cream
40g tepung gandun
35g tepung jagung
7 bijik telur kuning
7 bijik telur putih (pastikan telur,  alat mixer dan bekas kering dan mixer tiada campuran minyak atau air)
3/4 tsp Cream of tar tar
125g gula
2 tsp essen Vanilla
Cara :
Bah A.
Panaskan susu dan butter. Tapi perlu di kacau supaya tak over heate atau naik minyak. Kalau rajin boleh double boiler tapi kalau malas make sure guna api paling kecik. Perlahankan api dan masukkan cream cheese tadi. Boleh gunakan whisker untuk kacau adunan tadi agar sebati,  tidak berketul dan sampai agak smooth gitu. Tutup kan api. 3Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau lagi sampai sebati. Masukkan telur merah dan essen vanila. Kacau lagi dan pindahkan kebekas yg lebih besar sikit agar nnti kita senang nak campurkan bah B. Biar adunan tadi sejuk.
Bah B.
Masukkan telur putih ke dlm mixer dan putar dalam kelajuan tinggi. Masukkan gula secara berperingkat peringkat. Masukkan cream of tartar. Kacau sampai peak atau bertanduk. Maksudnya kalau kita terbalikkan mixer tu telur putih tadi tak jatuh.  Bahagikan key 2 bahagian.
Guna spatula (senduk pun ok jer) masukkan adunan Bah B kedlm adunan cheese tadi (Bah A). Kacau tapi jangan over kacau. Hanya kaup balikkan adunan tadi.   Masukkan lagi sebahagian Bah B ke dlm Bah B . Kaup balikan lagi kedua dua adunan.
Tuang adunan yang dah dicampur tadi kedalm bekas loyang berukuran 9" yg dah dilapik kertas agar senang nak keluarkan nanti. Steam bake atau guna teknik bain marie dengan Api 150C for about sejam setengah. Rrrr.. teknik ni letak loyang 9" yg berisi adunan cheese cake tadi ke dalam loyang yg besar yg berisi air. Pastikan air dlm loyang besar tu mampu menampung loyang 9" tadi. 
Kek akan sedikit mengecut .. tapi rasa dia gua gerenti pak cik miki ojisan yg mula mula jual japanese cheese kek nih nangis tak hengat ... dia ingat org jepun jer pandai buat kek nii ... Malaysia pun boleh laaa ..
*maaf penulis tidak dapat mengawal perasaan riak yg teramat sangat atas satu lagi kejayaan membuat cheese kek kegemarannya ... hehehe

Thursday, January 17, 2013

Baby ooo baby

Bila lama sangat tak der baby rasa seperti baru mula mula nak ada baby. Rasa macam masa pregnantkan kakak dulu.  Bezanya sekarang dah matang sikit dan boleh laa dikatakan berduit dari dulu. Kalau dulu setiap sen berkira. Kalau dulu beli baju baby yg branded tu mesti tunggu sale. Beli pun tak la banyak banyak sekali.  Hujung bulan baru dspat beli selai dua.
Another 2 months to go. Rasa excited yg melampau dan rasa berdebar debar pulak saat akhir pregnant ni. Minggu lepas dah borong barang baby. Budak budak paling excited. Aku plak macam mem besar hanya perintah aja, biar budak budak tu yg buat pilihan.
Balik shopping baru godek ada 4 kotak kain baju baby masa kakak dan adik baby dulu. Bukak bukak aku betul betul frust. Semua kain baju dah kekuningan. Semua memang dah tak boleh di gunakan lagi. Sayu betul melihat semua baju baju tuu. Banyak yg elok elok lagi. Ye la maklum jelah bukannya pakai sangat semua baju baju tu. Paling kuat pun setiap helai tu hanya sempat pakai selama sebulan aja. Tambhan pulak kedua dua anak anak aku cepat menembun. Jadi baju baju mereka pun kena beli banyak size.
Tadi aku ambil keputusan untuk beli semua barang barang baby. Dari A sampai Z. Kopak jugak laa... tapi untuk baby apa aja pun ok ... kakak ngan adik memang suka laa beli barang baby ..  so .. baju baby, botol susu, sabun, syampu,  selimut, sarung tangan sarung kaki, baby oil, barut, topi, semua beres... apa lagi ek nak beli .. adush ... kopak mak cam ni... tu belum beli barang mak masa dlm pantang.

Sunday, January 13, 2013

Bingka jagung

Semlam petang buat bingka jagung ingat nak balas bekas jiran jiran yang hantar kuih ... tapi nampaknya tinggal harapan jer ... malam lepas dinner budak budak duk until sepotong sepotong. Memula nak rada jer lelama buat supper laa bingka jagung tuu .. menjelang pagi dah separuh .. hidang untuk breakfast sikit .. dah.. langsai .. Alhamdulillah ... resepi ni memang best .. aku amik dari buku sehari satu resepi tapi aku tambah sikit buh santan ... bertambah lemak dan potensi untuk over weight memang besar laa kalau duk makn kuih muih yang cam nii .. any way sedap .. dan yg penting sangat senang ... boleh la try nanti... ok jom tengok resepi ..
1 tin jagung cream
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung custard
1 cawan susu cair
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/2cawan gula (ikut citarasa sendiri)
1/2 sudu garam
1 biji telur
2 sudu besar butter / margerin cair
Cara :
Masuk semua bahan dan kacau sampai sebati. Kalau nak lembik sikit bileh buh susu cair atau santan lebih sikit. Kalau nak kuning lebih masukkan setitik pewarna kuning. Aku biasanya blend semua bahan kemudian masuk kan jagung cream. Tak de masalah tepung bergentel. Panaskan oven bakar dalam satu jam. Siap. Anak anak aku suka giler ...