Friday, March 21, 2014

11 bulan

Saya dah boleh jalan ... tapi masih jatuh jatuh ... tak boleh laju sangat .. gear 2 jer ...
Saya kat klinik dr chan ... demam... berat pun dah kurang ... sekarang saya dah 9.7kg aja...

Sunday, March 9, 2014

MRSM Kuala Krai ...

Alhamdulillah sesungguhnya Allah permudahkan segalanya. Within 1/2 day semua barang dan keperluan telah di siapkan. Baju biege MRSM, baju biru, tudung dan segala bagai siap jugak. Termasuk la medical check up dll. Pagi tu kami bertolak dari rumah tok ma di Melor. Sesampai kami disambut dengan senyuman dari semua pelajar MRSM. Kebanyak pelajar 1st intake form one. Semua baik baik belaka. Selepas registration ada taklimat khas. Kemudian baru kami ke hostel. Satu bilik ada 4 orng. Locker satu sorang dan meja study panjang share 4 orng.  Room mate kakak semua baik baik. Ramah ramah orng kelantan ni.
Sudah makan.. dan kakak berjaya ganti abah repair locker dia yg rosak (lelaki x boleh naik lepas kul 2 ptg) kami siap untuk balik.
Kakak salam cium tangan aku dan peluk aku erat ... begitu juga dengan abah dia. Adik dan akhir sekali baby. Dia cium bertubi tubi. Pas tu dia pusing dan terus ke bilik tanpa toleh belakang lagi dah. Kakak memang tabah. Aku pulak terpaksa menahan sebak dalam dada dan buangkan perasaan sedih jauh jauh. Aku teringat kata kata cikgu kakak. Katanya bila kita tahu itu yg terbaik untuk dia kita perlu lepaskan dia betul betl, redho dan yakin serta sentiasa tawakal dgn Allah.
Perjalanan pulang tu suasana sunyi sebentar. Masing masing melayan perasaan. Alhamdulillah. . Segala galanya lancar. Sesungguhnya ketahuilah kami semua sayang sangat kat kakak dan mahu kan yg terbaik untuk kakak. Teruskan perjuangan dan doa mak abah dan semua org ... semoga kakak terus berjaya di dunia dan akhirat ..

Kuala Krai mung tunggu aku datang ...

Sudah sekian lama menunggu ... akhirnya  Allah perkenankan doa kami semua. Cita cita kakak untuk memasuki MRSM tercapai jugak akhirnya.
Sampai aja di office tetiba hubby call. Mada tu dalam kul 9.15 pagi. Dia baca sms tawaran dari Mara. Aku cam nak lompat bintang seronok. Hubby tanya nak tak ... of course laa kan walaupun offer di Kuala Krai dan tarikh registration esok kul 8.00 pagi ... aku tetap accept the offer and be sure that we will be there at 8.00 am tomorrow.
So.. hubby terus isi borang segala bagai dan memulakan operasi. Sementara aku terpaksa serahkan dulu tugas office kat my boss. Pasalnya esok ada paper Petronas. Kul 1.00 baru sampai rumah.
Balik dari office cam lipas kudung beli barang, kemas barang dan hubby buat yg mana formal. Medical check up, surat berenti sekolah dll. Kul 7.00pm kami bertolak ke Kelantan ... Kuala Krai mung tunggu aku datang ....