Thursday, November 29, 2007

Kerja punya pasal ...


Aku amik gambor-gambor nih masa aku tengah tunggu LRT Star kat Mesjid Jamek hari tuh.. aku betul-betul kagum dengan 2 manusia nih yang memang langsung tak pakai any safety equipments. Pergh ... kalau jatuh aku rasa memang innalillah punya laa.. tapi memang aku kagum ... aku ingatkan ada pertunjukan sarkas .. ropa-ropanya dia orang nih tengah buat kerja ....Tinggi nih bib .. gua tak tipu ... Aku rasalaa kan apa kata kita kumpulkan kesemua pensakit-pesakit CIPA (tengok post aku yang lepas pasal CIPA) untuk kerja-kerja yang macam nih... kalau jatuh pun dia orang bukan sakit pun.. kalau patah-patah pun just sambung balik macam aku nih jer ...

Tapi aku rasa tak payah laa nak membahayakan diri sendiri sampai cam nih .. walaupun korang rasa korang memang cukup terer dan experienced memang cukup hebat kalau terjatuh nih cam mana ... kesian kat bini-bini korang anak-anak korang, majikan korang yang kena bayar pampasan dan ramai orang lain yang akan merana ... so sesapa yang terlalu devoted to your job tuh tak yah aaa sampai jadi cam nih ..

Bahasa Inggeris lagi ...


Beberapa hari selepas aku published post pasal Bahasa Inggeris patut menggunakan bahasa ibunda... aku terbaca article nih kat surat khabar... rupa-rupanya ramai yang mempunyai pendapat yang sama dengan aku.. taniah atas ke'concern'nan korang....

Tuesday, November 27, 2007

Graduation day ...



Congratulation Nabilah ... semoga akan lebih cemerlang ...

Sambungan berblog ... kelebihan-kelebihannya pulak

Kalau sebelum ini aku sibuk cerita tips untuk berblog sekarang aku nak bagitahu korang apa kelebihan berblog.... memang banyak... sampai aku tak dapat nak listkan kesemua nya.. any way korang baca jer laaa...



Kelebihan berblog...


1) Anda akan menjadi glamor .. terkenal ... diminati .... sebenarnya anda jer yang rasa cam tuh walau pun anda hanya ada 2 orang pembaca tetap ... anda sendiri dan tuan-tuan besar yang memantau blog-blog sensitif ... at least ada jugak orang bacakan ...


2) Anda akan rasa diri anda diappreciate oleh anda sendiri sebab anda sekarang mempunyai masa untuk diri anda sendiri dan membenarkan idea-idea dari hati dan sanubari anda bercakap dan meluahkan apa yang terpendam ...


3) Anda akan mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih walaupun anda sememangnya telah terlalu genius (macam aku) .. ini adalah kerana anda akan pergi ke blog-blog lain yang memberikan informasi yang lebih atau pun anda akan dengan sendirinya cuba mencari informasi-informasi terkini dan terhebat untuk blog anda sendiri ...


4) Kepada yang suka membebel atau terlebih idea tak berenti-renti nak bercakap tuh dan anda dah tahu ramai yang memang dah tak larat nak dengar inilah tempat yang paling sesuai .. anda boleh membebel sepanjang hari tanpa ada sapa yang akan marah dan bosan dengan bebelan anda tuh ...


5) Ini cara paling mudah mereleasedkan tension anda ... luahkan apa yang terpendam ... perasaan sedih .. geram ... marah dll ... belasah jer apa yang korang nak citer orang lain bukan boleh marah pun ... aku suka this one quote form one of the bloger yang aku pernah baca ... we are the God of our own blog... maknanya kalau korang boleh buat apa sahaja ke atas blog korang dan orang lain tak akan boleh marah..

6) Kepada sesapa yang selalu ditinggal suami ... rrrrr ... maksud aku husband yang gemor out station atau suami-suami yang tak lekat kat rumah pergi minum kat mamak sambil berborak ngan kengkawan atau suami yang suka pergi main golf yang tak hengat nak balik-balik atau apa-apa aja laaa .. korang tidak lagi akan merasa sunyi sebab walaupun anda bosan duk kat rumah dan sebab nak pergi jengjalan tak boleh tak der member sebab bila dah kawin biasanya akan terputus hubungan sebab komitmen keluarga, nak gi shoping tak cukup duit dan nak sembang kat phone takut laki marah.. sekarang korang sudah mempunyai blog untuk korang bersembang dan melayani perasaan sunyi itu ... korang boleh buat ruangan chat jugak supaya korang boleh berborak sampai hengat ..


7) Dan ia juga boleh digunakan sebagai alat latihan - sekiranya selama ini anda takut untuk bersemuka dengan orang yang berkenaan korang boleh mencatit apa-apa yang anda hendak katakan sebelum bertemu dengan mereka yang dimaksudkan contohnya anda boleh luahkan segala apa yang terlintas dan kemudian hafal dan seterusnya jika bertemu mereka yang berkenaan anda tidak akan kekeringan idea .... dan kalau nak senan anda boleh dia layari web anda ...



8)Hmmm ini aku rasa macam best ... kepada mereka yang dah rasa peti ais kat rumah anda tuh sama besar dengan anda.. anda perlu menceburi bidang blog nih ... memandangkan anda akan mencuri masa makan anda untuk berblog di office atau dirumah anda akan mendapati berat badan anda semakin menurun sebab anda tidak akan dapat makan nasi apabila berada didepan komputer ... ini amat-amat berguna kepada mereka yang menghadapi masalah berat badan ....



9) Anda akan menjadi lebih cekap membuat sesuatu dengan pantas dan anda juga akan lebih alert - (merupakan satu latihan ketenteraan zaman sekarang... ) maksud aku ... ada jugak masa korang mengular sambil tulis blog .. jadi dalam masa-masa bahaya begini anda akan menjadi lebih alert dan berjaga-jaga sekiranya boss anda lalu ikut belakang anda dan anda akan terkantoi ... jadi ini merupakan latihan kepada anda dimana anda akan menulis blog dengan cepat dan ringkas tapi padat dan dalam masa yang sama anda melatih motor skill dan otak anda bergerak pantas untuk meminimizekan screen anda (yang ada blog nih...) untuk berbalik kepada screen kerja-kerja anda yang tertangguh ...



10) Yaaa ... akhir sekali (tapi banyak lagi kot) perlu diingatkan Rasullulah sendiri pun ada bersabda ... Sampaiknlah walaupun sepotong ayat ... jadikan blog nih sebagai salah satu alat penyampai maklumat.. sekirannya anda mempunyai sesatu yang bagus dan berguna adalah lebih baik anda sumbangkan untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain ... jadi marilah kita pesan memesan dan saling ingat mengingatkan untuk kebaikan kita besama jugak ...



Tu jerr laa yang aku dapat dan terlintas dik kepala otak aku yang genius nih ....

Tips berblog ...???

Ramai jugak yang tak puas hati dan tertanya-tanya macam mana aku boleh berblog sedangkan aku mempunyi komitmen yang banyak ... bukan sehaja di office malah dirumah .... ada jugak yang kagum bila tengok aku sempat berblog dan mengarut tak tentu arah nih ... ye lah .. Sebagai ibu kepada dua orang anak yang comel (baca macam iklan dalan TV) saya msih sempat meluangkan masa untuk berblog... hehehh..

Tipsnya ..

1) Ok.. aku selalunya curi masa lunch aku ... aku biasanya akan beli something that very handy ... senang nak suap ke mulut cam roti ker atau burger ke atau benda-benda yang senang dimakan masa duk depan komputer - tapi kalau nak makan nasik dengan ikan bakar cicah budu tuh .. lupakan cita-cita anda untuk menulis blog sambil makan ...

2) Hmm.. tipu kalau korang kata korang sibuk sampai tak der masa nak jawab talipon ... memang betul kekadang kita memang tak cukup tangan untuk buat kerja kita kat office (tapi apa yang aku pelik masa untuk mengumpat dan bergosip ada pulak tuh ... ) so.. adalah lebih baik sekiranya masa-masa untuk mengumpat atau bergosip itu dipenuhi dengan menulis sesuatu yang berfaedah kepada diri sendiri dan orang lain ... kurang sikit dosa

3) Cuba luangkan masa untuk diri sendiri .. memang betul mak cik -mak cik yang berkerjaya nih memang tak ada masa untuk menguruskan diri sendiri inikan pulak nak menulis blog ... mana nak masak.. mana nak kemas rumah.. mana nak uruskan bebudak.. mana nak uruskan bapak budak lagi ... cuba curi sedikit jer masa untuk anda ... tolong appreciate yourself as a human ... kita bukan robot laaa ... kerja jer tanpa henti smapai kita sendiri lupa untuk berehat sebentar dan layan perasaan kita sendiri...contohnya macam lepas tidurkan anak-anak ker atau masa sambil ajar anak buat homework tuh kita boleh laa.. mengarut sekejap ... jangan buat alasan sibuk atau tak cukup masa... cuba cari sedikit, pasti ada... hmmm... kalau membuta tu banyak laaa pulak masanya kat rumah ...

4) Masa tengah talipon kat office atau kat rumah ... korang boleh tulis sikit apa-apa masa korang berborak kat talipon .. yang ada penyakit SMS pun boleh buat jugak.. masa yang singkat sementara menuggu balasan SMS boleh laa menggunakan masa itu untuk berblog...

5) Masa tengah masak ... ala... masa korang tengah masak nasik atau korang tengah goreng ayam .. tipu kalau korang asyik nak kacau jer masakan korang tuh .. kalau korang guna dapur kayu tuh lain laa.. kena jaga api .. tapi kalau korang sekadar guna dapur gas dan periuk nasi electric... korang boleh cepat-cepat berblog sambil menuggu masakan anda tuh masak ...

6) Kengkadang Ilham tuh datang tanpa diduga jadi korang boleh la menulis blog dimana sahaja korang berada contoh paling banyak ilham timbul masa dok termenung dalam bilik termenung rrrr ... masa dalam bilik kecik ... masih lagi boleh berblog .... aku tak pernah buat lagi pun.

7) Aku nasihatkan atau aku advisedkan agar korang boleh gunakan lap top so that korang boleh berblog dimana-mana sahaja dan dengan apa gaya sekali pun .. gaya ... yup.. masa tengah terlentang .. terlangkup .. menerap ... mengereng even korang boleh menonggeng .. mudah kan ...


8) Dan lagi pun sekarang sudah ada WIFI... memang mudah .. even bila tengah tunggu roti petang-petang pun boleh ...dan tips kalau nak jimat lagi pakai jer orang sebelah rumah punya WIFI... tak yah bayor....heheh ...

9) Mengenai apa yang hendak ditulis ... terpulang.. korang boleh tulis apa sahaja yang terdetik dik kepala hotak korang .. contohnya cerita pasal kucing ko ker .. lembu ko yang nak beranak ker atau pasal bos korang yang zalim lagi kedekut atau citer mengarut macam aku tulis nih ... perlu diingatkan .. tak semua citer dalam blog adalah citer benar... kebanyakannya dari imiginasi seseorang ...

10) Dan .. untuk langkah permulaan cuba baca blog-blog lain sebelum memulakan blog anda... ini serba sedikit dapat membantu anda bagaimana untuk hendak menulis blog .. kalau malu tak payah publishkan blog anda dahulu jika sudah rasa betul-betul confident baru publishedkan ...

Sebenarnya banyak lagi tips untuk berblog .. tapi oleh kerana kesuntukan masa jadi ini sahaja yang sempat aku senaraikan. Jadi tak ada alasan untuk korang kata tidak ada masa hendak menulis blog ... cuma hendak dengan tak nak jer .. memang betul.. jika ada kemahuan pasti ada jalan... jadi bila lagi jom aaa...

I Know What You Did ....

Banyak benda-benda yang tidak diduga berlaku secara tiba-tiba... kengkadang benda yang best dan kengkadang benda tuh betul-betul menyepoilkan hidup kita sepanjang hari....



Cam nih citer aku kali nih ... (muzik biasa bergema)

Pagi tadi .. aku dah terbangun lambat ... cam biasa rutin harian aku adalah meg'iron' baju .. lepas tuh aku akan berlari ke bilik mandi dan terus mandi .. expressed .. mana yang penting-penting jer ...

Dah siap semua aku pun bersiap untuk ke tempat kerja ... aku cuba menjenguk keluar rumah ... cuaca hari ini hujan pulak ... dan dengan pandangan yang penuh hasad dengki aku lihat suami aku dengan nyenyaknya bersilimut bagai ... masih kat tempat tidur .. membuta...

cis.. kalau aku dapat sambung tido nih memang laa best giler ... meriah hidup aku... tak apa ...

Aku pun lepas salam dengan puteri-puteri aku, aku pun start laa kereta .. panas kan enjin.. tiba-tiba aktiviti aku tergendala apabila aku check talipon harga mahal aku tertinggal kat tingkat atas rumah .. aku naik semula walaupun aku dah start menyebut sebahagian daripada nama-nama binatang yang aku biasanya akan ingat kalau terjadi benda-benda yang manyakitkan hati macam nih .... aku naik jugak amik .talipon aku tuh .. ok ... pas tuh aku check pulak purse aku dalam bag doraemon baru aku (owh .. aku lupa nak cakap, aku ada nap sack baru original bib - uish .. riak nih) check punya check memang sah tak der ampeh .. hilang ... orang nak cepat nih .. aku terpaksa carik .... carik punya carik kat tempat lain memang tak ada. Aku membuat cubaan untuk kali kedua... sekali lagi aku buka beg doraemon aku dan geedah semua ... siut betul ada pulak .. ampeh punya toyol ko jangan aa.. main-main masa aku nak cepat nih .... tadi tak der ...

Bila aku rasa semua dah ok .. aku pun pun naik kereta ... Aku on kan air cond .. pada kebiasaan harinya aku hanya akan gunakan fresh air .. bukak tingkap jer .. tapi kali nih aku terpaksa guna air cond sebab hujan ... Aku terus masukkan gear reverse ... tit... tit... tit.. bunyi kereta aku tanda aku tengah gostan... aku tekan sikit minyak agar kereta aku tuh boleh laju sikit bergerak kebelakang .... aku gostan lagi ...gostan punya gostan .. sekali 'bang' tetiba ada bunyi macam dentuman yang kuat aku pelik ...kereta aku dah tak boleh nak gostan lagi ... rrrrr ... aku pandang belakang (walaupun dalam situasi cemas dan menakutkan orang kata Jangan Pandang Belakang - tetiba aku teringat akan cerita seram nih) .. aku toleh ... aku nampak pokok-pokok tepi longkang tuh jauh lagi .. tak mingkin aku langgar pokok tuh ... aku kuar dari kereta walaupun hujan mencurah-curah ... sekali... teng.. teng.. teng ..."owhhh.... sheeeeetttt ... " aku.... aku dah.. aku dah langgar kereta orang sebelah... arghhhhhh..... tetiba seluruh tubuh aku jadi putih.... pucat... seputih gigi besar aku yang jongos nih .. aku cuak .. aku nak buat apa nih .. aku lihat ada serpihan-serpihan hitam yang datang dari kereta proton saga biru tuh ... abis aa aku kali nih ... aku masuk balik gate .. aku check kereta aku .. nasib tak ada apa-apa ... dengan pantas aku masuk ke dalam rumah .. naik tingkat atas .... aku kejutkan hubby aku yang tengah asyik tidur beselubung dengan selimut.... dan dengan cemasnya dia bangun... yup... dia terpaksa bangun... dia pun turun sambil menggaru-garu kepala dia yan tak berapa gatal .... dia pergi kat kereta tuh ... aku cuak.. cemas ... takut pun ada .... tapi hubby aku dengan selambanya amik balik line hitam yang dah patah tuh dan lekatkan balik kat kereta tuh .... wooooo cayalah .. you are the man laa dude.. ko memang best laa ... settle masalah aku .. aku rasa badan aku yang dah putih pucat tadi sedikit demi sedikit sudah mengalirkan darah dan salur darah aku sudah mula berfungsi seperti biasa.

Aku pun drive gi kerja ... satu masalah kira separuh selesai.. cuma harapan aku tak der sapa yang tengok aku langgar kereta tuh ... tapi tiba-tiba aku rasa diri aku berperang sesama sendiri .. samada aku perlu bagi tahu atau aku terus buat-buat tak tahu... semua bermain dalam kepala otak aku ... aku perlu bagi tahu ... kata hati kecil aku yang baik dan jujur nih ... mana tahu masa hubby aku lekatkan semula line hitam yang dah patah tuh sebenarnya mereka sekeluarga sedang memerhatikan dari dalm rumah.. mengintai ikut tingkap bilik.. tingkap dapur atau tingkap jamban .... betul-betul aku mesti bagi tahu .. biar berani kerana benar.. kalu dia nak suruh bayar pun aku akan bayar... asalkan aku jujur dalam perbuatan aku ... tapi tiba-tiba aku nampak diri aku sendiri yang sedang bawak tombak dan ada dua tanduk kat atas kepala sambil mengurut-urut janggut 3 helai .... dia nasihatkan aku agar aku jangan bagitahu... tidak perlu bocorkan rahsia ini ... sebab utama ialah bukan ada sesapa pun yang nampak.. yang ada cuma aku dan suami aku jer ...lagi pun aku dan suami aku dah check betul-betul bahawa memang tak ada sesapa pun yang tengok .. tak ada mata-mata yang mengintai darai mana-mana sudut... aku confirm tak ada ...tambahan pulak lampu rumah tuh masih lagi gelap.. maknanya dia orang masih lagi belum bangun.. masih diulit mimpi ... dan alah .. bukan teruk pun sampai kemik-kemik ... sikit jer .. dan benda tuh pun boleh dilekatkan semula .... aku terus membatalkan niat jujur aku tuh .... aku nekad untuk tidak akan bagi tahu ... biar ia menjadi rahsia keluarga kami .... cuma... cuma... cuma aku takut tetiba bila aku balik ada memo hitam yang ditulis dengan darah... I KNOW WHAT YOU DID THIS MORNING.... arghhhhhh .... tidak ...

Monday, November 26, 2007

Timo kasih ....

Hmmm ... ada insan mulia tolong bagi link untuk post aku yang lepas Kelantan ... aku benar-benar rasa terharu dengan usaha dia tuh. Terus terang aku memang banyak tak tahu pasal Kelantan nih walaupun my half asal dari sana. Aku ucapkan ribuan terima kasih kepada insan itu ... aku sendiri pun tak tahu sapa .. any way kepada Jula Juli Bintang Tiga timo kasih bebanyok deh ....

Sila pergi ke sini untuk melihat link yang amat berguna nih ... gua kagum bib ...

http://raykinzoku.fotopages.com

Padamkan Api Permusuhan ...

Subject: NASIHAT: Padamkan Api Permusuhan
nasihat utk manfaat kita semua...
Sumber rujukan : La' Tahzan - Jangan Bersedih
Penulis : Dr. Aidh Abdullah Al -Qarni

Menurut Al Qarni beliau tidak pernah menuntut haknya dan membalas secara lisan terhadap tekanan dan kritikan.Sangkaan bahawa membersihkan diri drp tekanan dan kritikan dapat mengembalikan hak dan anggapan ,sebenarnya silap kerana ia akan menimbulkan
kerenggangan dan api permusuhan. Nasihat Al-Qarni ialah memaafkan, menganggapnya tidak pernah berlaku ,sabar, tabah dan menutup telinga dan mata terhadap semua yg berlaku. Yakinlah ajaran dari wahyu Allah:

'Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara baik, serta berpalinglah( jangan di hiraukan) org2 yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)'
Surah Al-'araf:199

Tolaklah (kejahatan yg di tunjukkan kepadamu) dgn cara lebih baik,apabila engkau lakukan demikian maka orang yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah sahabat karib'
Surah Fushshilat:34

Justeru sekiranya kita mendengar kritikan kerana dengki jangan terburu-buru membalas, anggaplah mereka bercakap dgn benda mati. Pujian pula bersikaplah seolah-olah kita tidak mendengar.Ingatlah , Orang yg melakukan kebaikan , tidak akan menyesal sekalipun sangat banyak kebaikan yg telah di buatnya sebaliknya ia akan menyesal apabila berbuat salah, sekalipun hanya satu kesalahan kecil.

Kalangan salaf pula menasihati kita supaya memiliki ketabahan hati kerana ia akan menguburkan segala aib.

Wallahu alam

Aku dapat tazkirah nih dari e-mail untuk renungan besama ....

Sunday, November 25, 2007

Gua Bukan KAKI BANGKANG tapi gua cuma ....

Sejak kebelakangan nih banyak citer-citer yang tak sedap didengar yang datangnya dari para pembaca blog aku ... aku sedar walaupun korang dok ngumpat belakang aku tapi aku punya six sense memang hebat ... aku tahu berapa ramai di luar sana yang sedang menjalankan operasi mengutuk aku ... cis ...berani korang kutuk aku .. berani korang umpat aku kat belakang ... apa korang ingat aku tak tahu ker.... korang semua kata aku KAKI BANGKANG... apa ..??? korang kata aku KAKI BANGKANG .... apa sudah tak der gelaran lin ke yang korang nak letak ... korang kata semua benda aku bangkang .. bankang.. bangkang.. bangkang .... satu pun aku tak sokong ... semua benda aku tak setuju ... semua aku hina .. aku keji.... aku kutuk habis habis... ishhhh ... korang memang betul buat aku sedih laaa ..

Aku tak tahu ... aku hanya bloger yang mampu memuntahkan pendapat aku .. ini semua hanyalaa satu pendapat .... aku ada ideology aku sendiri ... aku ada prinsip aku sendiri ... pendapat aku sendiri ... kalau aku rasa tak betul aku tahu bukan semua akan sokong aku .. kalau aku sokong belum tentu ada diluar sana yang suka ... tapi kalau korang boleh terima koorang terima dan kalau tidak korang rasa tak boleh tahan dengan kecabulan mulut aku lagi ... aku mintak maaf ... aku hanya beri pendapat aku ...

TAPI itu semua aku tak kisah .. aku tak kecik hati ... aku takkan tutup blog ini semata-mata mendengar kata-kata korang... aku akan tetapkan semangat aku untuk menangkis segala apa yang korang perkatakan... memang sudah menjadi adat blogger ... dan... kalau korang rasa korang ada pendapat yang lagi menunaSabah (atau munaSarawak) korang boleh utarakan aku tak kisah.. aku suka ... ini menunjukkan korang memang alert dan mempunyai pendapat sendiri ... aku memang mengalu-alukan ...

TAPI ... kalau korang tetap nak kata aku KAKI BANGKANG korang memang silap besar ... dan aku memang marah.. aku memang tak puas hati ... aku tak boleh terima kalau korang kata aku KAKI BANGKANG... aku dah cakap aku bukan kaki bangkang... bukan... bukan... aku... aku... aku... rrrrr.. ermmmm... ermmmm .....cuma KAKI BESI jer....

Saturday, November 24, 2007

Puding kastard berkuah cocktail ...


Ermm.. aku belasah jer laa nama dia nih .. aku tak tahu aa nak panggil apa. Puding kastard berkuah cocktail .. atau puding berkuah kastard berbuah .. atau puding berkastard jer .. atau puding berkuah kastard atau puding... arghhhh.. tak kisah laaa... belasah jer laa korang nak panggil apa.. sebab aku pun tak tahu jugak nak panggil apa....
Aku pernah makan puding nih dulu.. memang sedap.. aku pun balik cuba buat ... aku pun belasah jer first time buat tuh tah sedap.. kasar jer puding tuh.. maybe sebab aku tak letak agar-agar .... pas tuh aku try buat bubuh agar-agar .. hmmm ...ok jadik tapi macam ada kurang.. rasa dia tak mengancam ..... lepas tuh ada one of my office mate nih kata kena letak daun pandan baru rasa dia macam wangi sikit ... errrmm.. memang betul sedap sikit dari biasa... syiok betul aku dapat makan ...

Bahan puding...

1 peket agar-agar
7 gelas air
1 tin susu cair (Ideal)
2 - 3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecik essen vanila
Daun pandan
Gula dalam satu senduk (Ikut suka. Seeloknya jangan manis biar tawar - manis-manis buah jer sebab nak makan dengan kuah)


Kuah
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1 tin cocktail
Gula dalam 1 senduk (ikut suka)
Garam 1 sudu kecik (ikut rasa jugak)
1 sudu kecik essen vanila
Daun pandan
Air - ikut suka sama ada nak pekat atau tak... aku suggets buat pekat dan manis sikit so.. bila nak makan boleh letak ais .. bila ais tuh dah cair kira macam ngam-ngam. Tapi boleh jugak buat cair sikit dan biar dalam peti ais.. sejuk memang sedap

Ok..
Memula masak agar-agar macam biasa. Masukkan 7 gelas air dengan agar-agar. Masukkan daun pandan. Biar agar-agar hancur. Masukkan gula. Kemudian masukkan tepung kastard yang dah campur dengan susu cair. Tapis sebelum masukkan dalam agar-agar tuh... Kacau selalu jangan sampai hangus bawah dia... masukkan essen vanilla. Bila rasa macam dah masak, tapis masukkan dalam acuan kecik-kecik. Sejukkan dalam peti ais

Kuah dia plaks...
Masukkan susu cair, air dalam 1/2 tin susu dan daun pandan. Kecikkan api takut beruap. Masukkan gula ikut suka kalau nak manis letak banyak... bair mendidih sambil kacau jer ... masukkan pulak tepung kastard yang dah dibancuh dengan air. Kacau sekejap dan masukkan cocktail. Masukkan garam dan essen vanila. Rasa ok ker tak ... Kacau sampai sepekat mana yang anda mahu. Masukkan dalam peti ais. Misal kata terlalu pekat masa nak hidang tuh buh ketulan ais.

Cara makan
Buh puding dalam mangkuk... dan amik sos dia tuang atas dia ... pergh memang sedap ...

Thursday, November 22, 2007

Bahasa Inggeris ...

Aku terpanggil sekali lagi untuk buat komen pasal mata pelajaran Matematik dan Sains yang akan diajar dalam Bahasa Inggeris secara lebih serius. Aku sebenarnya kurang faham dan kurang pasti dengan motif kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menaik tarafkan Bahasa Inggeris dikalangan rakyat Malaysia dengan cara pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Mungkin aku yang memang lembab dan tak dapat message sebenar kerajaan tuh atau memang motif sebenar dia tuh memang bagi aku tidak boleh di terima oleh akal aku yang aku kira kengkadang cukup genius untuk menilai perkara-perkara yang macam nih .. entah ...
Dari apa yang aku lihat, lebih ramai anak-anak kita yang merana dan membenci kedua-dua subject ini dengan alasan yang mereka tidak tahu Bahasa Inggeris.. dan siapa yang lebih terasa impaknya adalah rakyat-rakyat Melayu yang tinggal diluar bandar dan mempunyai keluarga yang taraf pendidikannya hanya setakat sekolah rendah atau sekolah menegah.. ini akan mematikan lagi semangat anak-anak kecil ini untuk ke sekolah apabila apa yang mereka belajar disekolah itu haram satu pun tak faham .... aku bukan hendak mengecil-ngecilkan kebolehan anak-anak ini tapi cubalah berfikir secara rasional ....

Aku sebenarnya kesal dengan tindakan kerajaan yang drastik apabila telah dengan formalnya mengishtiharkan medium pembelajaran Maths dan Sceince adalah Bahasa Inggeris dengan tanpa cukup bersedia dengan sepenuhnya dan mengkaji dengan lebih mendalam lagi apakah pro dan kontra perkara ini dijalankan... even ramai guru-guru juga berungut sebab mereka juga mempunyai masalah untuk berbahasa Inggeris. Hmmm.. macam mana dia orang mahu menjalankan pembelajaran yang berkesan.

Maaf ye tuan-tuan besar .. mungkin aku tersilap menyusun kata dan mengomen tentang perkara di atas ... ini rasional aku ... mungkin tuan mempunyai rasional tuan untuk kepentinagn tuan sendiri..

Kenapa Maths and Sinces .. kenapa bukan subject-subject lain ... ???
Pelik.. Setahu aku motif utama adalah untuk memantopkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia.. Bagi aku banyak cara lain yang boleh dilakukan ... sepatutnya penekanan perlu dibuat untuk ahasa Inggeris itu sendiri..bukan untuk subject-subject lain

Bukankan ada logicnya jika mengadakan masa tambahan untuk pembelajaran Bahasa Inggeris kitu sendiri. Selitkan slot slot atau subject yang menarik macam kelas Public Speaking... kelas Presentation atau kelas Pronounciation atau subject khas seperti gramma (grandpa boleh belajar kat umah jer), comprehension atau lakukan sesuatu yang boleh menarik minat budak-budak untuk berbahasa Inggeris dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau Bahasa penting dalam kehidupan seharian. Itu aku amat-amat sokong...

Korang pernah dengar pasal Cognitive Theory. Cognitive process nih adalah anything yg bersangkutan dengan mental processes which go on in learning or in any type of memory task. It's kinda of Information Processing process. Dimana proses otak yang hanya akan memproses Information yg diterima bergantung kepada beberapa perkara rrrr cam mana nak terangkan hek ...ok laa cut short. probably ... tak semua yang korang receive from your own senses akan masuk terus dalam otak and stay for you to retrieve at any time. It's depense on how it's being keep or stored .. macam komputer jugak laa... sometimes ada information being kept as along term memory... ada only for short termmemory ... dan ada yang by visual or in words ... dan ada yang takmasuk langsung coz ada masalaha interuption or noise... those interauption or noise nih ialah macam factor invironment, behavioristic, emosional dll. and cut iy short again... (kalau bagitau lagi banyak - lagi peninig nanti) Maknanya kalau apa yang korang baca ata dengar tuh dah memang sah tak faham dan tak berapa menarik ... otak korang akan mereject benda tuh ... untuk stay dalam korang punya long term memory ....mungkin cuma ada sipi-sipi aja... paham tak tuh ...???
Sesapa yang ada belajar Public Speaking atau cara-cara berkesan untuk buat presentation akan lebih tahu.. banyak diperkatakan tentang penggunaan bahasa sekiranya anda ingin audience anda menumpukan perhatian atau lebih faham dengan apa yang korang katakan... mereka hendak lah menggunakan bahasa yang paling mudah diterima oleh audiense irtu sendiri..

Lagi pun asal-usul Maths dan science nih pun sebenarnya adalah dalam bahasa Arab.. Ilmuan-ilmuan Islam macam Ibnu Sinna, Agebra, Ibn Rushdi, Al Khawarizmi dan Albutani adalah berasal dari Timur Tengah dan sudah pasti semua dalam bahasa arab. Kemudian datang laa org-org kafir nih mencilok serta mengalih bahasakannya dalam bahasa Latin supaya mereka dan semua keturunan-ketuunan mereka mudah untuk faham.. dan kononnya dia orang laa manusia terpandai didunia ... dan hilang laaa nama-nama ilmuan-ilmuan Islam nih dimuka bumi .... tengok cama mana org-org kafir nih bijak jugak ... dia tak ada ilmu.. tapi curi ilmu orang dan tukar ke dalam bahasa dia orang dan dia orang boleh jadi maju lagi negara-negara asal tadi.... ini membuktikan sesuatu ilmu itu adalah lebih baik di ajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri supaya lebih dapat mendalami sesuatu bidang tu...
Bukan aku nak boikot Bahasa Inggeris. Aku dulu pun belajar semua dalam bahasa Inggeris even translation Quran and hadith pun kena buat dalam Inggeris..memang laa lulus jugak tapi resultnya entah berapa percent jer yang masuk dalam kepala hotak aku .... yang betul-betul kekal ...

Bahasa Inggeris nih sebenarnya bukannya sesatunya jer bahasa Ilmu kat dunia nih. Aku kagum betul dengan orang-orang Jepun, Jerman, China, dan Perancis dia orang tak payah pun pandai cakap orang putih tapi memang proven lagi maju dari sesetengah negara yang sibuk mengikut mat salleh nih. Ini membuktikan bahawa mereka boleh maju ke hadapan walaupun mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Dah laa dah terlalu panjang komen aku ni ... Aku penat laa tengok anak-anak kita dijadikan bahan-bahan uji, cukup laaa... cuba buat sesuatu fikir tuh masak-masak jangan pentingkan diri sendiri... aku tahu laa anak-anak korang belajar kat International School tapi tolong bersikap lebih berperikemanusian kepada orang lain...

Wednesday, November 21, 2007

Telur Bistik


Nih pun senang nak masak ... sesuai untuk wanita-wanita berkerjaya dan sibuk tak tentu arah ...

Ayam - potong dadu.. tak payah besar sangat

Telur - 2 bijik (suka hati korang aa.. pandai-pandai budget aaa... kalau ayam tuh banyak buh aa telur lebih sikit)
Bawang merah dalam 3 bijik
Bawang putih - 3 bijik
Sos tomato
mix vege. (ala .. yang campur-campur ngan jagung, kacang peas, carrot tuh laaa...)
Cili potong - merah dan hijau (nih untuk hiasan jer tak yah pun tak apa)

Memula potong ayam kasi dadu. Jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat.. yang sedang-sedang saja mak ... Lepas tuh gaul sikit garam dan goreng bodo cam tuh jer .. bila dah rasa macam dah masak angkat dan asingkan. Pukul telur dengan garpu jer ... pas tuh masukkan ayam tadi ke dalam telu ... kacau sebati.. pas tuh gorengkan macam buat telur dadar ... make sure ayam tadi di segregate dengan betul kalau tak nanti berat sebelah pulak ... terbalikkan.. make sure jangan sampai hancur ... biar sampai masak .. angkat dan ketepikan dulu kasi dia rilex kejap ..

Tumbuk atau kalau pemalas sangat blend semua bawang merah dan bawang putih. Tumiskan dengan minyak.. bila dah garing masukkan sos tomato. Masukkan air sikit.. pas tuh kacau ... masukkan mix vege tadi.. masukkan garam dan gula sikit pas tuh bila dah rasa .. jangan terlau kering biar berkuah.. sebab nanti kuah dia akan jadi sikit lepas masukkan telur.. tapi jangan banyak sangat kuah dia.. dah tak jadi Telur Bistik laa pulak .. ok bila kira rasa memang sedap .. cun ... amik telur yang tadi tuh masukkan jer dalam kuah sos tadi... masukkan cili potong .. biar kejap dalam kuali ... angkat dan hidangkan.

Sesuai untuk budak-budak... dia orang memang suka nih ...

Tuesday, November 20, 2007

Mak Cik Kayo ...

Huhu... Mok Cik rasa dalam masa beberapa bulan nih mok cik akan jadi mok cik kayo... YEAAHOOOO....
Kenapa...??? sobab eh .. bebudak office aku dah start tempah Caremel aku ... huhu... (nampak gayanya lepas nih aku akan bukak payung kat Masjid Jamek - sebaris dengan mak cik mak cik jual nasik lemak)
Tapi .... sepatutnya aku charge lebih sikit kat bebudak office aku nih. Kenapa...??? Sebab mereka-mereka nih memang hidup kaya raya ... berkerja tetap dan mempunyai kereta dan rumah besar-besar dan mewah-mewah... aku hanya akan nego dan bersikap peri kemanusian kepada sesiapa yang hidup setaraf dengan aku jer .. so, kalau secara tetiba harga Caremel aku nih naik secara mendadak hanya untuk individu tertentu.. maka korang patut sedar diri yang korang tuh tergolong dalam golongan atasan yang hidup secara kaya-raya dan sepatutnya lah korang menderma sedikit kepada golongan-golongan sepeerti aku nih ...
Heheh sebenarnya aku pun tak sangka aku boleh terbabit dalam kancah perniagaan secara separuh serius ... sebab sebenarnya cakap betul-betul laakan kekadang aku memang malas nak buat. Bukan apa aku malas nak bawak naik LRT... tapi bila dia orang dah siap bagi duit suruh buat aku pun dengan paksa rela buat jugak .. actually bukan susah pun dan aku enjoy bila masa tengok dia orang makan tuh ...
So mulai dari hari nih secara tidak sengaja rasminya aku start berbussines .. mengambil tempahan Caremel .... sesiapa yang rasa diri dia memang dah malas tahap critical tuh walaupun aku dah dekat 50 kali bagi korang resepi boleh laa... tempah kat aku ...
Tapi ingat... hanya mereka yang bernasib baik sahaja akan aku terima tempahan mereka ... dan kalau korang rasa-rasa nak makan free korang boleh secara tak malunya bagi tahu jer laaa .. aku tak kisah tapi tengok kelapangan aku lee kan...atau korang boleh just buat-buat datang rumah aku pinjam magazine ker atau konon-konon sekadar bertanya kabar .. aku akan buat-buat faham yang korang nak makan caramel ... dan harap maklum segala surat menyurat tidak akan dilayan ...

KELANTAN....

Hmm.. Holiday Advisor... ok jugek .. ada member aku yang plan nak gi Kelantan .. as aku one of the so called Kelantanese by marriage jadi dia mintak advised aku.. kih-kih-kih.. memula aku cam nak mampus gak tergelak sebab untuk pengetahuan umum aku sendiri pun tak pernah buat lawatan secara khusus kat Kelantan tuh .. yang aku tahu rumah mak mertua aku kat Melor Kota Bharu dan pusat membeli belah yang paling di kenali ramai macam Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang tuh jer .. lain-lain semua failed .. so dengan baik hatinya aku telah cuba meng'search'kan untuk dia .. kalau semua nih membantu ..

Logistic...
Yang paling best korang naik kereta laa.. boleh borong banyak sikit sebab Kelantan nih terkenal dengan barang-barang yang murah. Ramai melawat Kelantan coz barang-barang dia yang murah. Tapi kenderaan lain of course korang boleh naik Air Asia - MAS pun ada jugak tapi mahal laa sikit.... , Keretapi (Express WAU) atau bas. Kalau keretapi korang boleh turun kat Wakaf Bharu and Tumpat, Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.


Accomodation :
Ada banyak. Orang kata memang murah murah ... aku tak pernah sekali pun membuat cubaan untuk tidur hotel di Kelantan .. nak kena belangkung ke Pak mertua dah sah-sah mertua aku naik hangin kalau balik kampung tapi duk hotel... Tapi kalau nak senang korang stay kat bandar jer.. banyak hotel-hotel 3 ke 5 bintang ada kat bandar tuh ...rate .. check sendirik aa... yang murah-murah mungkin ada jugak

Tempat yang pasti korang kena pergi :
Ok.. biasanya dulu memang aku suka gi Pengkalan Kubur ngan Rantau Panjang .. dua tempat nih memang ada banyak barang-barang murah cam tilam TOTO sekarang sudah advanced ada brand Greentex yang korang boleh beli ngan harga 28 hingga 3 hengget jer .. lain-lain cam periuk-periuk kaca yang mahal-mahal tuh dan dia orag boleh jual ngan harga yang murah .. tapi masa korang nak angkut masuk kereta tuh korang kena buat muka tak bersalah dan jangan takut-takut untuk melepasi kastam yg kengkadang check kengkadang tak check ... disamping itu ada banyak barangan tiruan di jual disini (macam iklan plaksss...).. barang-barang imitate nih memang nampak cam real .. class bib .. orang for sure tak tahu korang beli kat sisni ... kalau nak cari baju atau kain-kain dan tudung yang canggih-canggih boleh pergi kat Pasar Siti Khadijah ngan Pasar MPKB. Kat sini korang mesti cam kagum bila tengok kebanyakan peniaga-peniaga kat situ adalah orang-orang perempuan. Kalau nak try gi tengok pasar malam yang beroperasi 24 jam boleh ler ke Wakaf Che' Yeh ... macam-macam ada ...

Tempat menarik lain :
Tempat lain korang boleh aa merewang kat bandar Kelantan dan masuk kat muzium-muzium cam muzium perang, Muzium Islam dan entah apa-apa muzium lagi kat situ. Semua ada dekat-dekat situ jer sebelah menyebelah jer muzium nih .. yang kebanyakannya aku baru berkesempatan tengok dari luar.. dan untuk pengetahuan semua jugak .. adalah di maklumkan muzium-muzium dan kebanyakan tempat-tempat di Kelantan nih tidak beroperasi pada hari Jumaat untuk menghormati penghulu hari nih... dan satu lagi yang paling aku kagum ialah dia orang akan memberhentikan jual beli bila waktu azan berkumendang .. hampir semua orang akan pergi sembahyang dan tinggalkan jer kedai buat sementara waktu ... nih korang boleh lihat kat hampir-hampir semua kedai atau gerai kat Kelantan .. pembesar suara akan meng'advised' kan semua orang untuk sembahyang dan azan akan berkumandang dengan kuatnya di seluruh bandar ini ... dan ada satu lagi cuba lihat iklan-iklan di Kelantan .... korang pasti kagum ...

Tempat Bersejarah ...
Yang nih sumpah banyak yang aku tak tahu.... aku cuma tahu pasal patung-patung Budha - ada yang berdiri .. ada yang duduk ada yang tidur, tuh jer yang lain haram aku tak tahu.... tapi bila lepas search pasal Kelantan rupanya banyak jugak tempat bersejarah kat sini... anyway kalau korang nak gi... nih aku dah searchkan ... korang just click dan gi tengok ...

Lagi .. korang boleh gi pantai-pantai Kelantan macam PCB (Pantai Cinta Berahi nama sekarang Pantai Cahaya bulan) tuh jer yang aku tahu .. tapi ada banyak lagi pantai kat Kelanta nih ...

Yang paling best makan .... kuih muih Kelantan.. korang cuba click kat sini .. tapi aku rasa ada banyak lagi laa kuih-muih Kelantan yang tak da kat situ cm Ketupat Sotong, Tahi Itik, Sagupal, Labu sira, Pisang sira, Sira Ubi, Buah Kekoh Cha.., nih paling best Kuih Akok dan banyak lagi yang aku sendiri pun tak tahu nama...mak aiii.. punya banyak jenih kueh dan kebanyakan kueh dia kuih manis.. tapi sekarang sebab ramai yg berpenyakit kencing manis aku rasa dia org sudah ubah sikit tradisi buat kuih kurang manis... so jangan lupa rasa kuih-muih dia orag ...
Tuh jerr yamh aku boleh tolong ... nih pun hasil temuramah ekslusif ngan hubby dan usaha mulia aku search internet tengok tempat-tempat menarik kat Kelantan ....

By the way enjoy your holiday at Kelantan Darul Naim ... (cuba click sini dan semua yang been highlighted in purple untuk mendapat info yang lagi padat )

Friday, November 16, 2007

Destinasi Budget ...??? ye kerrrr ..

Errrmm .. ramai yang confused kenapa percutian aku ke Langkawi hari tuh aku kata under Destinasi Budget (cuba click last post).. dan ada jugak yang nak tahu perbelanjaan aku untuk destinasi budget aku kali nih ... ok laa.. sebab aku rasa aku masih lagi tergolong dari golongan yang baik hati, pemurah dan taik hidung aku masih belum cukup masin lagi ... maka aku setuju untuk merevealedkan dan share kat korang perbelanjaan sebenar aku ke Langkawi ...

Logistic :
Kita orang decide pergi Langkawi dengan menggunakan logistic yang murah tapi confortable untuk warga-warga emas macam mak dan ayah aku ... memang asal planning kita orang nak bawak dia orang naik Air Asia (Now everyone can fly) tapi bila my hubby surf tengok memang dah tak de ticket yang murah-murah tuh kita orang jadi hampa... lepas tuh bila teringat mak aku memang nak naik keretapi (sebab katanya dia tak pernah naik keretapi dengan destinasi yang amat jauh) jadi kita orang jadikan itu sebagai alasan paling kuat untuk menjadikan KERETAPI TANAH MELAYU sebagai logistic utama kita orang.

Tambang keretapi :
Ayah - RM57.00 - katil atas (setelah di discount untuk warga emas / senior citizens) - Premier Night Standard (CMB)
Mak - RM65.00 - katil bawah (pun discount atas alasan warga emas). Aku kasi mak ngan ayah privacy sikit... satu bilik 1st class - VIP room laa konon.
Aku - RM51.00 - Superior Night Class (TVL) - katil bawah
Hubby - RM 46.00 Superior Night Class (TVL) - tapi katil atas. (Dua-dua nih kira cam rumah sitinggan yang tutup dengan langsir jer .. (ok laa.. budget laa katakan).
Nabilah - 1/2 price (RM17.00) sebab KTM charge untuk perjalanan sahaja tak yah beli ticket. Sebab lagi pun dia tidur ngan kita orang jer .. adik Nayli free sebab bawah umur...

So keretapi sahaja dah RM236.00 pergi dan kalau pergi balik dah kena kali dua jadik RM472.00

Ok selamat sampai kat Arau selama 12 jam dalam keretapi yang aku rasa ramai yang serik naik dengan family kita orang sebab anak aku yang second Adik tak berapa reti nak diam.. bercakap jer dari start naik keretapi sampai dia tidur malam tuh ..

Sampai kat Arau ada sorang Pak Cik tunggu.. katanya dia boleh hantar gi Kuala Perlis dengan bayaran RM25.00 hengget... nego punya nego dia kurang sampai 23 hengget.. aku tak nak aku kata kasi genap.. RM20.00 last-last ok ... so kita org naik Van ke Kuala Perlis.

Sampai kat Kuala Perlis.. pengangkutan yang paling logic no choice - Ferry.. so kita org naik Ferry ke Langkawi .... RM15.00 sorang kali 4 campu budak 1/2 harga 7 hengget
RM67.00

Sampai kat Langkawi kita org carik kereta sewa - actually kereta sewa nih dah booked masa kat jeti Kuala Perlis. Ada agent approach, so after a few nego.. dapat kereta sewa. Bila kat Langkawi tuh my hubby telah mencuba skill dia mengurangkan lagi harga kereta sewa tuh dari RM60.00 sehari ke RM40.00 sehari (kali 2 hari 80 hengget) .. best tak ... so kita orang amik Kereta Iswara manual... (actually kita orang tukar yang lagi baru malam tuh sebab air cond dia tidak berfungsi.. so dapat pulak kereta Iswara versi baru sikit plus ada power steering ... jimat lagi kat situ ...)
RM80.00

Accomodation....
Memula kita orang nak booking Appartment as kita ada 2 family.. after a few discussion ngan my hubby kita abort coz all the Appartment cuma ada kat tengah bandar -apa kelas .. sekali-sekala bercuti nak jugak dengar deruan ombak di pantai ... so .. kita orang target hotel Langkasuka .... tapi bila kat jety tuh bila agent Hotel approach dia kata kalau nak budget sikit dia suruh duduk kat this Hotel. Hotel nih baru di refurbish ... aku tengok not bad coz.. dekat ngan pantai .. kat Pulau Cenang after nego (lagi) dapat satu malam untuk Family room (2 King Size Bed) and satu room biasa 1 bed. Both cost us RM120.00 each and kalau kali 2 malam . RM480.00

Makan .... rrrr ... untuk makan macam ada terlebih sikit sebab cita-cita Nabilah nak bawa opah ngan atuk dia makan malam kat Hotel dan cita-cita aku dan hubby nak duduk bermalam kat Awana Porto Malai .. so kita orang singgah makan jer kat Awana Porto Malai ... itu kredit card ... cukup bulan bayar secara ansuran.. (heheh makan pun boleh hutang kaa....)

Kalau makan tengah hari kita orang makan kat gerai-gerai biasa.. lebih kurang semua sekali dalam RM100.00 ada kot... (itu pun boss besar bayar - Mak ngan Ayah belanja)

Ok semua settle. Semua perbelanjaan kita orang secara basicnya berjumlah
RM1,119.00

Shooping tak masuk dalam budget. Kalau ada lebih baru boleh jolly, so aku cuma beli souvenir untuk orang lain dan alhamdulillah aku masih lagi dapat mengawal nafsu aku yang sedang meronta-ronta .. aku hanya mampu pandang sambil sekali-sekala amik tissu lap air liur yang dah meleleh-leleh keluar .... arghhhh ....

So.. kepada ahli jawatan kuasa project - aku dan hubby (sound effect - bunyi orang tepuk tangan) .. diucapkan taniah sekali lagi kerana berjaya bercuti dengan seminima yang mungkin (kira boleh tahan la kali nih - sebab ada jugak percutian kita orang yang tak makan kat luar bawak dapur masak sendiri...) dan tidak lupa juga kepada ad hoc-ad hoc macam Pak Supir kita orang.. (kawan hubby aku yang sudi menghantar dan mengambil kita orang dari rumah ke Central) dan semua ahli keluarga yang sudi menghulurkan sedikit bantuan kepada kami ... dengan ini aku menumumkan satu jawatan kuasa khas akan diwujudkan untuk project kami yang akan datang ... dijangka ramai yang akan turut serta menjayakan project kami ini akan datang ...
Akhir kata sebagai penaja rancangan... pengurusi majlis .... Setiausaha project .. bendahari dan merangkap semua sekali jawatan (gila kuasa) ingin mengucapkan tahniah sekali lagi dan Selamat Berjaya untuk rancangan-rancangan untuk masa-masa akan datang ....

Bread Puding Caramel


Aku baru dapat resepi nih dari member. Semua kata sedap.. so aku decide nak try buat hari nih Ermm.. ok aku suka jugak, tapi hubby dan anak-anak aku jadi sedikit confuse sebab rupa bentuknya sama dengan Cream Caramel yang selalu aku buat. So dia orang ingatkan Caramel tapi bila makan rasa roti ..

Roti - aku belasah jer 1 loaf
Susu Ideal 1 tin
Telur 6 biji (tapi aku pakai 4 bijik jer)
Gula ikut suka korang aa.. dalam satu senduk ok kot
dalam 2 senduk untuk dihanguskan
Garam 1 sudu kecik
Vanila 1 1/2 sudu besar
Air panas (ikut tengok roti tuh dah basah dan ngam-ngam tenggelam semua kira ok aa.. kalau nak lembut lagi boleh letak banyak sikit)

Pukul telur dengan gula (aku blend jer .. cepat sikit) sampai kembang. Roti rendam dalam air panas tadi... Masukkan susu kedalam teur dan gula tadi. Blend sekejap bagi sebati.. bubuh garam dan vanilla. Tuang atas roti dan kacau biar sebati. Rasa .. kalau kira ok kukus selama 1/2 jam. Angkat sejukkan dan terbalikkan macam buat Caramel jugak.. hidangkan sejuk..

Kisah Lukman Al-Hakim

Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan mengenderai seekor himar, manakala anaknya mengikuti dari belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, sebahagian orang pun berkata: “Lihat! Itu ayah yang tidak bertimbang rasa, masakan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orangramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula: “Lihat! Ayahnya berjalan kaki sedangkan anaknya mengenderai himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orangramai pula berkata lagi: “Lihat! Dua orang mengenderai seekor himar, tentu perbuatan itu sungguh menyeksakan himar itu.”

Kemudian Luqman dan anaknya turun dari himar itu. Terdengar pula suara orang berkata: “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman al-Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka. Katanya: “Wahai anakku! Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah Ta’ala sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam apa jua keadaan.”

Aku dapat tazkirah nih masa aku cari citer pasal nabi-nabi dan sahabat nabi .. tapi sorry aku lupa pulak nama website yang aku cilok nih .. tapi kalau tak salah aku... aku amik dari citer Lukman Al-hakim. Cuba korang goggles sendirik - Lukman Al-Hakim.

Aku suka sangat baca tazkirah kali nih sebab memang betul .... memang betul kata Lukman Al-Hakim memang mulut orang nih memang tak boleh nak tutup .. kalau kita buat baik pun kena kata jugak .. buat jahat lagi laa kena kata.. dan yang syioknya lagi bila ada bahan-bahan ajinomoto dan bahan-bahan perasa yang ditokok tambah ... dan ada yang menjadi batu-batu api ... tambahan pulak yang suka dengar citer orang hanya dari sebelah pihak tanpa usul periksa ... hmm.. manusia.. memang dah sifatnya macam tuh ... aku sendiri pun tak terlepas dari benda-benda macam nih
Jadi bagi aku kalau korang rasa korang dah buat yang terbaik jadi tak payah laa dengar kata-kata orang yang memang tak pernah nak diam ... dan kengkadang aku sendiri pun frust bila dah buat baik dan tetiba ada satu silap yang kita buat kita terus dikata, dihina, di cerca .. kebaikan kita tuh dilupai, terkubur macam tuh jer .... bukan aku nak marah sesapa .. aku cuma serik ... dan sekarang lebih baik aku bersikap kebal .. korang nak kata apa kata aa.. aku dah tak lut dengan peluru-peluru kata korang tuh yang penting aku bahagia dengan hidup aku ...
dan ingatlaa... jangat ingat kita aja yang betul ... orang lain semua salah .. jika kita rasa sesuatu yang orang lain buat tuh salah dimata kita mungkin itu adalah yang terbaik untuk dirinya sendiri dan yang terbaik untuk Allah juga...
dan mungkin apa yang orang lain buat tuh sebenarnya adalah benda yang terbaik dia buat macam tuh untuk dirinya sendiri ... mesti dia punya alasan-alasan yang tertentu dia berbuat atau bersikap macam tuh ... kalau betul salah cuba bimbing dia atau bagi tahu dia dengan cara yang paling baik, bukan mengata atau mengumpat dia dari belakang .. manusia pasti tidak akan lepas dari membuat kesilapan ....

Sudah tutup-tutupla mulut korang tuh dari mengumpat dan mengadu domba (heheh best laa perkataan nih -mengadu domba) banyak lagi benda lain boleh buat...

Thursday, November 15, 2007

Gwen Stefani - 4AM - OFFICIAL VIDEO

KUNING ....

Semua orang sibuk pasal perarakkan kuning hari tuh.. aku sebenarnya pun tak tahu apa-apa pasal perarakan bersih tuh .. aku terkejut jugak bila masa the actual day tuh one of my family member - abang aku tanya pasal nih .. aku a little shock coz as KL citizen aku boleh tak tahu ... any way aku masih belum betul-betul sempat nak surf pasal nih... nih aku ada beberapa blog yang involve secara terus dengan perarakan kuning - bersih nih ... tapi apa yang aku tengok melaut jugak orang attend this perarakan ...
errrmm aku ... kenapa aku tak attend .. alasan yang aku boleh bagi ialah aku mungkin tiada baju atau seluar yang berwarna kekuning-kuningan ..dan aku dah check belon anak aku pun cuma ada warna merah dan hijau ... dan cuma otak aku jer berwarna kuning-kuning langsat ... mungkin tuh sebab aku tak join hari tuh ...hhehheh ... by the way ...
Aku just nak ucapkan selamat berjaya di atas memorandum tuh dan aku sokong akan kandungan memorandum tuh dan congrats sebab at last sampai jugak memorandum tuh kat orang-orang yang berkenaan ... dan tak der apa yang sensitif mengenai memo tuh sebab sebagai rakyat Malaysia aku rasa kita patut agree dengan kandungan memo tuh.. Kerajaan sepatutnya tidak perlu takut kerana semua ini adalah untuk rakyat juga (seperti yang selalu dilaung-laungkan) dan jika betul kerajaan betul-betul adil maka tiada sebab bagi mereka untuk menolaknya ...

ni korang gi tengok sendiri aaa ...

Anwar Ibrahim blog

Laporan penuh

Gambar

Memorandom

Wednesday, November 7, 2007

Destinasi BUDGET ..

DESTINASI BUDGET sambil berbakti kepada Mak dan Ayah ... heheheh .. sekali-sekala bawak mak ngan ayah berjalan-jalan jauh sikit .. Alhamdullillah semua berjalan lancar dan budget kami cukup dan banyak dapat dikurangkan lagi setelah mendapat injection-injection yang tak di duga oleh adik beradik aku yang lain dan mak ngan ayah sendiri ... tambahan pulak kami pergi bukan musim cuti sekolah lagi dapat kurangkan banyak dalam semua benda ... kesimpulannyanya ... percutian kali nih kira ok dan meriah ... owh .. kepada semua yang telah menyumbangkan wang dan sebagainya ... aku ucapkan berbayak-banyak terima kasih. Dan sesiapa yang ingin menyumbangkan lagi apa-apa untuk percutian akan datang amat-amat di alu-alukan... tapi untuk tahun depan boleh kiranya korang bagi proposal berapa banyak yang korang nak sumbangkan agar kami dapat menaikkan lagi taraf percutian kami ... ok enjoy the picture ...