Saturday, February 28, 2015

Ice cream pasu

Sibuk betul anak dara naknbuat ice cream pasu. .. sebab abahnya tak berapa agreed beli ice cream pasu kat kedai... katanya plastic atau pasu yg di gunakan bukan untuk category makanan.... so tadi kat opis kakak call katanya nak buat ice cream pasu since ice cream cokelat ada dlm freeze.  Pas tu aku cakap mana nak cari kek... katanya ganti dengan roti. .. hmmmm bijak jugak anak mak nih ... so green light. .. owh pasunya aku guna bekas remikin yg aku baru beli 5 hengget satu baru nih ..
Bahan bahan...
Ice cream (apa apa perisa pun boleh)
Oreo yg dah di blend
Cake (apa apa perada yg ini kita org guna roti... potong ikut acuan kes tak der sapa nak g kedai
Hiasan
Ice cream separuh bekas. Kemudian buh Cake atau roti menutupi ice cream tadi.  Taburkan oreo yg dah diblend halus.  Hias atas dia dengan bunga atau lain lain mengikut creativity masing masing. .. owh lupa kalau buat dlm remikin boleh la freeze kan sekejap bekas tu agar dia boleh sejuk dan ice cream lambat cair...

Chilled blueberry cheese cake

Kakak nabilah sekarang dah ketagih memasak... adal cuti lama sikit ada jer la request nak beli barang.. dia akan cari resepi yg senng senng dan sedap kat internet .... adik plak suka tengok gambar makanan pas tu duggest kat kakak untuk masak kan. .. operasi menggemukkan abah katanya... untuk yg ini credit sangat sangat untuk kakak nabilah dan adik nayli yg membantu dan mak penghias cake.... jom tengok resepi ka ita nih ... memng sedap kalai afa yogurt sure lagi terangkat ...

Resepi dari kak Azlita Masam Manis : 100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan
Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry (untuk gambar kat bawah nih aku x letak yogurt lupa nak beli)
30g gula kastor 80g blueberry filling 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat
Sediakan loyang loose pan berukuran 5 inc
Alas dasar loyang dengan baking paper Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja Biarkan ia suam
Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan)
Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard
Hiaskan atasnya dengan blueberry filling Hias kek ikut kreativiti masing-masing. Sedia dihidangkan

Wednesday, February 18, 2015

Chocolate cheese cake kukus

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.