Thursday, August 25, 2011

Sup Tulang....

Sup Tulang nih merupakan masakan kegemaran dan masakan turun temurun family aku. Setiap kali malam takbir (malam raya) dan hari raya haji.. mesti masak sup nih .. pasal orang kampung request... kalau masak pulak mahu dalam 5 - 7 kilo sekali ... esok pagi for sure habis punya .... sup nih menjadi masakan wajib malam raya untuk hidangan orang orang takbir dan di makan dengan roti kosong.

Bahan bahan

Tulang lembu dalam sekilo
Bawang merah dalam 5 - 6 biji, bawang putih 5 bijik, halia sebesar ibu jari
Rempah sup adabi dalam 11/2 sudu besar (kalau nak pekat boleh di tambah)
Sup Bunjut adabi / mak siti
Daun sup
Daun bawang
4 brothers - bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis &
Lada hitam (aku selalunya tak bubuh takut budak budak makan pedas)
Minyak
Garam & ajinomoto

Cara

Memula tumis 4 brothers bila dah naik bau masukkan bawang merah, putih dan halia. Goreng sampai kekuningan. Masukkan rempah sup yang dah di campur air. Tumis sampai garing (jgn hangus plak). Masukkan tulang dan sedikit jer air. Tutup periuk tu dan biar daging kat tulang tuh kecut dan keluarkan air dalam 10 minute. Bila dah kecut, tambah air. Masukkan sup bunjut. Masukkan daun sup yang disimpulkan. Kalau nak seda masukkan sekali akar daun sup yang dah di basuh bersih. Biar dia masak. Masukkan garam dan perasa. Angkat taburkan daun sup daun bawang yang dah di hiris halus serta bawang goreng. Settle sedap di makan dengan nasi atau pun roti.

Thursday, August 11, 2011

Agar agar gula melaka

Bulan puasa nih agar agar cam nih pun boleh layan jugak .. yang penting dia sejuk..  masuk kat dalam tekak ...

agar agar kering masak dengan daun pandan dan air sampai hancur
gula Melaka ikur rasa kalau nak manis buh la banyak sket
1/2 cawan gula pasir (ikut rasa jugak)
2 helai daun pandan, disimpul
500 ml atau dalam semangkuk pati santan

1 biji telur (kalau suka mok cik tak suka buh pasal nanti hanyir skt .. tapi kalau bubuh baru cantik sket)
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :
Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
2.Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih tolong kacau takut santan dia naik minyak. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....

Sambal pulak ...

Kalau tadi mok cik ajar cam mana nak jimat masa dengan kari .. kali nih mok cik ajar nak buat sambal macam macam jenis...

Cam biasa buat sambal lebih. Sambal nih buat sambal goreng kosong je dulu ...

Bawang putih dan bawang merah ditumbuk
Cili kering di blender

Tumis bwang yang dah di tumbuk sampai garing. Kemudian masukkan cili. Goreng lagi sampai garing. Buh asam jawa yang dah di bancuh dengan air. Buh sedikit air. Buh gula dan garam secukup rasa. Siap .... angkat dan bekukan sebahagian.

Hari nih konon konon kita nak masak sambal udang.

Cuci udang dan masukkan udang .. kemudian buh sedikit air. Tunggu laa udang tu masak dan air kering. Jangan masukkan terlalu byk air atau terlalu sedikit nanti tak sedap. Kalau nak resepi lain sikit boleh masukkkan dalam setengah cawan santan pekat. Resepi sambal udang bersantan nih resei paling di gemari oleh anak anak dara aku asal dia akan jadi kurang pedas dan berlemak sikit. Masukan hirisan bawang besar sebagai hiasan. Keringkan santan dah boleh hidang. Make sure masakkan udang tuh lama sikit supaya sambal tadi ada rasa udang.

Esok .. boleh try masak ayam masak pedas. Cam biasa perengatkan sambal tumis kosong tadi (buh air sikit). Kalau suka boleh masukan sedikit halia yang dah ditumbuk. Masukan ayam dan kecutkan. Tunggu sampai masak. Boleh masukkan sedikit sos tomato untuk rasa lain sikit. Masukkan bahan bahan perhiasan bagi mengaburi mata pihak lawan. Contoh perhiasan cam tomato bijik, bawang besar cili hijau / merah. Bila ayam dah masak boleh laa di angkat.

Lusa .. boleh masukkan pulak sotong. Cara yang sama macam di atas. Tapi sotong biasanya mok cik tak tambah santan atau sos tomato. Mok Cik suka sambal sotong biasa aja. So cam biasa perangatkan sambal tumis .. buh sotong. tak yah masukan terlalu byk air pasal sotong tuh sendnri akan ada air bila kita kecutkan dia. Tambah asam garam.. boleh hangkat .. dan tara .... siap..

Tulat ... sambal telur .. rebus telur .. nak goreng pun boleh tak nak goreng pun boleh telur rebus tuh... as tuh cam biasa laa ... cara seperti di atas ...

Lepas tulat apa ek ??? ... sambal telur goreng .. kali nih boleh goreng telur .. dan jadi sambal telur goreng plak ...

ada banyak lagi kita boleh buat ngan sambal nih ... kalau simpan dalam freezer .. kalau terasa nak masak mee goreng atau mee hoon goreng boleh laa kuarkan dan amik sikit sambal tuh ... mok cik suka buat bebanyak pas tuh asing asingkan. Tak letak sekali. Maknanya kalau nak masak kita just amik yang kita dah siakan untuk sekali dish.. jgn bekukan sekali dalam tuperware besar ... heheh.. canggih tak mok cik ...

Kari bulan puasa

Bulan puasa nih masing masing sibuk kejar masa untuk masak kat rumah .. di samping dpt makan healthy food kita sebagai org pompuan nih boleh laa kutip pahala lebih sikit ... mok cik terus terang cakap memang laa amat malas untuk masak tahun nih jadi ada beberapa tips yang boleh laa korang ikut tu pun kalau nak laaakan untuk memudahkan kerja memsak korang .. bukan apa... kita sebagai carrier women nih perlu creative dlm semua hal lebih lebih lagi bab bab memasak dan hal ehwal rumah tangga nih ...

Resepi hari nih mak cik nak ajar cam mana nak jimat masa ... jom masak kari ...

Kari ayam

Ayam
Bawang putih, bawang merah, halia (hiris)
4 brothers - bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
daun kari - kalau ada
santan
serbuk kari

Tumis 4 brothers, masukkan bawang, dan halia, bila dah garaing pas tuh masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan air goreng sampai garing. Masukkan ayam dan biar sekejap sampai dia kecut (boleh tutup periuk kalau kering sangat boleh masukkan air sikit). Mak kata kalau kita biar ayam atau daging nih kecut dulu sebelum terus masuk santan .. nanti kuah kari nih seda pasal air dari ayam tuh akan keluar. Bila ayam dah kecut baru masukkan santan. Santan nih adalah lebih baik masukkan lebih sedikit (nanti mok cik cakap kenapa). Maukkan kentang (kalau nak). Kalau nak bau wangi boleh masukkan daun pandan sehelai dua .. nanti kari tuh bau best. tarra dah siap ...

Ok tadi mok cik ada cakap buat kuah lebih .. heheh ... ini untuk sesapa yang malas cam mok cik nih .. sinmpan dalam semangkuk kuah gulai ayam dalam freezer. Bekukan .. dua tiga hari nanti .. boleh keluarkan dan panaskan ..rasanya tak berubah malah lagi sedap bila kari di perangatkan... pas tuh  boleh masukkan rebus telur dua tiga bijik ... pas tuh masukkan pulak telur rebus dalam kari perangat tadi. Dah jadi kari telur rebus  (perasa ayam). Atau boleh gantikan dengan daging (empukkan dulu daging kemudian masukan sekali dengan air daging yang dah empuk tuh. Atau boleh potong ayam kecik kecik masukkan dlm kari perangat tadi pas tuh buat roti jala ..dah jadi kari roti jala... boleh jugak jadi kari udang .. sotong dll...

 hehehe mok cik terer bahagian bahagian nih .. kan dah jimat byk masa... sementara nak panaskan kari tadi boleh laa tengok tv ke atau bukak FB ..