Monday, January 31, 2011

Vanilla Sauce

Vanilla sos nih sedap kalau makan dengan puding roti ke, atau apple crumble ke.. atau puding jagung ker .. atau kastard ker .. apa apa jer laa yang sewaktu dengan nya ...
dalam 4 cawan susu segar / susu cair (aku agak agak aja)
4 biji kuning telur
sedikit gula (ikut suka)
secubit garam
2 sudu besar vanilla

Memula masakan susu. Jangan sampai beruwap pulak. Masukkan gula, vanilla dan garam. Pas tuh kacau/pukul telur. Masukkan telur dan kacau telur cepat cepat supaya tak berketul ketul. Jangan berenti kacau bahan tadi sampai dia pekat. Dah settle ..

Apple Crumble ...

Semalam try buat Apple Crumble ... selama nih aku ingat benda nih susah nak masak .. sekali semalam cari resepi dalam internet .. sekali senang gilerrr ... so sesapa yang nak rasa makan Apple Crumble dengan Ice Cream macam kat Tony Rommas tuh nih resepi dia ...

10 biji Apple Hijau
200 gm tepung
150 gm butter
150 gm gula (aku rasa perlu kurangkan pasal resepi nih manis giler)
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Sedikit garam

Memula kupas kulit apple. Potong kiub kiub. Masukkan dalam periuk bertutup dan stew. Tak yah letak air. Buh gula sikit jer dan garam secubit. Masukkan sekali bunga cengkih (2 batang jer) dan kulit kayu manis (sebatang kecik). Kecikkan api. Sekali sekala kacau (benda ni cepat hangus)dengan senduk kayu. Bila dah lembut boleh laa tutupkan api. Kalau ada yang suka hancur boleh laa tepuk tepukkan dengan senduk tadi.. kalau aku aku suka tak hancur. Pastikan ianya kering tak berair.

Sementara tunggu apple tadi sejuk. Sediakan tepung. Buh tepung pas tuh ramas ramaskan dengan butter. Sampai dia berketul ketul tapi berderai. Gunakan hujung jari jer. Masukkan gula dalam 3 - 4 sudu (ikut suka) dan sedikit garam.

Bila apple tadi dah sejuk, buh dalam bekas (tak payah lenyikkan apple tadi) dan masukkan tepung tadi (tak payah padatkan biat jer atas apple tadi). Bakar dengan api 150 C atau bila tepung tuh dah kekuningan ... Tarraaa .. dah siap .. sedap bila makan panas panas dengan vanilla ice cream.Yummmyyy...

Nih aku ada linkkan web yang nagajor cara cara nak buat benda nih step by step .. ada video lagi ... 
How to make Apple Crumble

Sunday, January 30, 2011

Makaroni Cream Cheese Bakar

Resepi nih macam best ingat nak try jugak tapi belum berkesempatan ... takut hilang dan terlupa punya pasal .. aku postkan kat sini... resepi nih dari Kak Dah - Puan Rene Harlene .. nanti senang saya try ye kak Dah .. tapi lagi best kalau Kak dah buat dan ajak rakan rakan datang dan merasa kelazatan macaroni Cheese nih .. yummyy...

Makaroni Cream Cheese

Bahan-Bahan (Terbahagi Kepada 3 Bahan Asas Lapisan - Sos/Makaroni/Cream Cheese)

Prepare dulu bahan-bahan A dan B....

BAHAN-BAHAN SOS SPEGGETI
(bancuhan ini boleh guna untuk 2 atau 3 kali masak, buleh simpan dlm fridge utk tempoh yg lama..)

500 gm minced beef (recomended Ramly's)
1 tin besar tomato puree (recomended DuCheff)
1 tin besar cendawan butang (dihiris nipis)
1 batang carot (dihiris bulat2 dn nipis2 sikit)
1 labu bawang besar (dipotong dadu besar)
2 biji tomato segar (dipotong dadu)
5-10 sudu chili sos (bergantung kpd kemanisan yg anda suka)
1 labu bawang merah (besar ya - dipotong dadu halus utk menumis)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 ibu jari halia (jika suka - dicincang halus gak)
1 sudu kecil daun oregano kering cincang (ada jual dlm botol kt Carrefour)
garam dan gula secukup rase
minyak utk menumis (anggaran 5-10 sudu besar bergantung kpd tahap anda berdiet)

CARA-CARA MASAK SOS

1. Panaskan minyak... masukkan bawang besar, bawang putih cincang dan halia cincang...tumis sehingga kekuningan dan naik bau..
2. Masukkan daging cincang...kacau dan hancur2 kan daging itu sehingga masak dan sebati bersama bawang2 yg ditumis tadi...
3. Bila daging dah masak dan hancur sikit...masukkan tomato puree Ducheff, sos chili....masak dan kacau sehingga menggelegak...
4. Masukkan cendawan butang, carot, tomato segar yg telah dicincang dan bawang besar yg dipotong dadu besar tadi...
5. Masukkan oregano...garam gula secukup rase...

Selesai untuk sos... selalunya saya buat sos ini untuk pakai 2-3 kali...masukkan dlm frigde...bila perlu utuk masak...keluarkan dan panasakan sebentar dlm mikrowave atau atas api...

Bagi yg nak lebih cepat...just gunakan sos speggeti ready made (Cambell - ambik yg original sos merah.....cuma kali nak bagi lebih sedap...tumis dgn bawang2 dulu dan masukkan daging cincang baru masukkan sos ready made tu... tp simple la sikit) 1 tin sos ready made ini buleh la utk satu kali masakan utk makaroni cream cheese bakar nih.

BAHAN-BAHAN UTK MAKARONI
(Bancuhan ini utk sekali masak - satu dulang besar jugak la)

250 gm makaroni (recommended San Remo)
1 liter air masak
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 sudu garam halus (bergantung kpd tahap kemasinan yg disukai)

CARA-CARA MEMASAK MAKARONI

1. Panaskan air sehingga mendidih
2. Masukkan minyak masak dan garam
3. Masukkan makaroni...masak lebih kurang 10-15 minit sehingga makaroni empuk jgn sampai lembik dan hancur ya..)
4. Dah masak... toskan dan ketepikan utk penyediaan seterusnnya...


BAHAN-BAHAN UTK CREAM CHEESE
(Bila anda dah nak masak makaroni creamy cheese bakar ni, baru anda sediakan cream cheese ini)

2 sudu besar butter (recommended Buttercup)
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar (saya guna Dutch Lady)
2 sudu besar mozzarella cheese atau 2 keping cheese biasa yg kita makan dgn roti (kalau anda penggemar rase cheese yg lebih...buleh masukkan cheese lebih sikit nanti)
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam secukup rasa

CARA-CARA MEMASAK CREAMY CHEESE

1. Panaskan butter di atas api sederhana sehingga cair...masukkan tepung gandum..kacau sehingga sebati
2. Bila butter dan teppung dah sebati dan warnanya kekuningan..masukkan susu segar...kacau sehingga susu tadi sebati dan menjadi sedikit likat (api jgn kuat sgt yea..)
3. Tutup api ababila bancuhan menjadi likat
4. Sebaik sahaja api ditutup, masukkan cheese,serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati bersama bancuhan susu tadi
5. Pastikan bancuhan cream cheese tidak terlalu pekat untuk proses melapis nanti.

PENYEDIAN MACRONI CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN

1/3 drpd bancuhan sos spegetti yg dimasak tadi
250 gm makaroni yg telah direbus
Bancuhan Creamy Cheese (sebaik sahaja selesai dimasak masa masih panas-panas lagi)
Dulang kaca atau aluminium utk membakar (kalau dulang aluminium...pastikan dilumur dgn sedikit butter atau minyak di atas permukaan dulang)

CARA-CARA PRNYEDIAAN

1. Dalam dulang...lapisan paling bawah...ratakan makaroni yg telah direbus tadi..
2. Lapisan seterusnya di atas makaroni...ratakan sos speggeti...biar menutupi makaroni (lagi banyak sos...lg sedap la)
3. Lapisan seterusnya...cream cheese...ratakan atas sos speggeti...
4. Ulang sekali lagi lapisan tadi...
5. Akhir sekali...taburkan cheddar chesse parut atau mozzarella cheese parut di atas lapisan cream cheese yg paling atas... taburan cheese parut ini akan menjadikan makaroni ni lebih sedap dan nampak lagi lazat apabila dibakar...
6. Bakar di dalam ketuhar pembakar dengan suhu antara 150*-180* selama 30-45 minit... jangan sampai hangus yea...sentiasa la menjenguk masakan ini selepas 20 minit...

Selamat menchoba ya... resipi untuk cream cheese ni saya dapat dari kakak saya...memang mudah, lebih murah...lebih jimat...halal insyaallah...

Untuk makluman jua...method yg sama juga boleh kita gunakan untuk memasak lasagne (lazania)...cuma gantikan bahan lapisan makaroni tadi dengan lasagne...(rasa dijamin lebih lazat dari yang kita beli kat Pizza Hut)... sy pernah kerja kt Pizza Hut masa belajar kt U dolu-dolu...