Tuesday, December 30, 2008

Alami & Midi Wedding



Nasib baik laa anak aku...

Balik Kelantan hari tuh kita orang naik Air Asia.. saja nak bawak adik Nayli terbang bersama Air Asia Everybody can Fly... dia sorang jer yang belum naik kapal terbang lagi... Riuh-rendah satu kapal terbang tuh dibuatnya ..bising .. mulut dia memang tak boleh nak berenti.. tak takut lansung ... macam dia sorang jer laa yang naik "Kereta Terbang" tuh.. heheh..Nayli panggil Kapal Terbang tu kereta terbang... dan bila kapal terbang tuh start naik.. dia jerit sambil ketawa.. aaaa.. geli geli laa perut adik.... pas tuh jerit lagi wuuuuu.. aaaa.. geli geli... ya Allah bising betul laa minah sorang nih... so.. sesapa yang naik ngan aku semalam dan terasa cam kapal terbang tuh bisisng dek suara anak aku.. aku mintak maaf.. aku pun malu jugak sebanarnya...

Ok tak apa tapi apa yang aku naakk sangat citer kan ialah kisah sebelum kapal terbang tuh naik... biasala kan sampai sampai jer kat tempat duduk kapal terbang tuh kita orang pun dengan automatiknya akan bukle up tali pinggang yang ada kat kerusi.. memula aku tolong kakak buckle up.. kemudian adik Nayli.. dan last baru aku sendiri... dan ... aku pun excited jugak naik kapal terbang nih.. ye laa bukannya dapat naik tiap tiap hari kan.. jadi aku pun rasa laa teruja jugak bila dah duduk kat dalam tuh.. tapi segala perasaan tuh tetiba sahaja musnah .. hancur lebur bertukar menjadi bengang campur geram ... dan entah apa apa perasaan lagi ialah ...

Aku pun cubalah sedaya upaya untuk melonggarkan sedikit tali pinggang tuh sebelum boleh buckle up... Sedang aku asyik mengadjustkan tali pinggang tuh tetiba ada suatu suara sumbang kedengaran... kuat.. memang kuat ... "Mak !!!" dengan nada yang amat terkejut dan amat kuat .... "kan adik dah cakap ... mak dah gemuk sangat dah nih.. haa.. cuba tengok nih dah tak muat dah tuh ... " dia memandang terus kat tali pinggang aku tuh seolah olah tali pinggang tuh memang dah cukup tidak muat .. tak cukup panjang untuk aku gunakan - ... arghhhhh...... tension nyaaaa... nasib baiklaa dia tuh anak aku.. kalau tak .. dah lama kena makan penampor budak nih...

Sunday, December 28, 2008

Puitis..

" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari... kemudian Dia datangkan hujan, petir, ribut dan taufan...
Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari ...
Rupa rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang lebih indah ...."


Aku dapat kata kata hikmat nih dari abang kandung aku melalui SMS sehari sebelum Awal Muharam hari tuh ....
Ya memang betul sesunggunya Allah turunkan segala kesusahan, rintangan kerana Dia mahu berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha .....

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 ... moga mendapat keampunan dan keberkatan.. semoga tahun baru ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya ...
.

Wednesday, December 24, 2008

Your little reporter

Your 4-year-old now

Conversations can sometimes feel like interrogations with curious, chatty 4-year-olds. A particular favorite now is the "wh" words: Where are we going, Mom? When will we get there? Who are we going to see? Why isn't Dad coming with us?

As part of her new mental abilities, she's getting all the connections put together. She wants to see the order of things. Another reason for the nonstop questions is that your child's vocabulary is exploding, and she wants to practice using words to probe her world. Intellectually, she's beginning to understand that there are reasons for things — and she wants to know what they are.

Try not to brush off questions, relentless though they may be. Keep your answers short and sweet. She doesn't really want a long-winded scientific explanation of why the sky is blue. When you get tired of answering, ask questions back instead: "What do you think?" If you notice a persistent theme to questions that show your child is really curious about something — say, clouds — visit the library together and check out a few books that fuel the interest. Who knows where her questions may take you? At the very least, you'll learn how to tell a cirrus from a cumulus.


Your life now

Perseverance is an important trait to model for your child. Studies show that people who are persistent — rather than those who have high IQs — tend to achieve greater success in life. Let your child see you going the extra mile, whether it's fixing something around the house or sticking with the same project such as a big book or a painting night after night.

* Hm.. agree betul dengan article nih ... bagi aku setiap soalan anak anak tuh perlu dijawab dengan penuh logic dan simple agar anak anak tuh boleh faham. Jangan sesekali menipu... yang paling banyak terjadi bila parents di soal dengan soalan biology.. soalan soalan tentang sex.. cam... bagaimana adik boleh ada dalam perut... cam mana mak lahirkan adik... cuba jawab soalan tuh dengan jawapan yang paling baik ... jangan cuba memutar belitkan jawapan.... sehingga anak anak tuh frust dengan jawapan kita.. dan kalau kita tak berapa pasti dengan jawapan yang hendak disampaikan .. cuba cari kat mana mana web atau pergi jer library mana mana untuk penjelasan yang lebih jelas...

Tuesday, December 23, 2008

Storm Rider



Cisss.... hampeh tul laaa.. punya laa bersungguh aku pegi wayang hari tuh .... memula tuh aku ingatkan citer nih macam citer Storm Rider yang dulu tuh.. rrrr.. rasanya dalam tahun 1999 ... ye laa pelakun pelakun dia real orang laaa ... sekali tengok citer kartun.. arghhhhh.... bazirkan duit aku jer.. dah laaa nak gi tengok wayang susah.. terpaksa pujuk budak budak supaya dia tak ikut kita orang sekali itu jer.. citer kartun.... yang lagi buat aku tension ialah citer nih cakap cina plak tuh.. nyesal tak sudah.. aku ingtakan nak laa mengembalikan nostagia silam masa baca komic komik Ma Wing Shing.

Akibatnya aku tidur jer dalam panggung... hubby aku layan sengsorang ... tahu tahu jer dah nak habis... kalau dia buat citer nih cakap orang putih pun aku rasa aku akan tengok.. tapi bila cakap cina aku terus maleh nak layan...

so.. tak der synopsis kali nih.. sorry..

Ambiotic Fluid Embolism

Hari Khamis last week one of my kawan masa kat college dulu YM aku.. dia kata ada kakak kat UIA sekarang nih tengah koma kat Hospital Sg Buloh... I'm not really sure who.. sebab aku kalau sebut nama nih memory aku kurang sikit nak digest tapi kalau tengok muka insya Allah mungkin aku kenal .... Kak Suraya Othman.. isteri kepada Dr. Danial - one of the lecturer kat UIA jugak sekarang nih ... both of them our senior masa kat UIA dulu ... kak Sue nih budak Political Sciences .. Setakat pada pagi hari Khamis 18 December 2008 kak Sue masih lagi dalam keadaan yang critical... so .. those yang kenal kak Suraya Othman nih aku mintak kita sama sama doakan kesihatan dia... semoga dia kembali sihat.. kembali mengecap nikmat dunia yang Allah pinjamkan ini ... untuk suami dia agar dia lebih tabah menghadapi segala ujian tuhan ini .. dan untuk arwah baby dia yang aku pasti sekarang berada di syurga .. semoga Allah cucuri rahmat pada rohnya dan semoga dia juga sentisa mendokan maknya yang sedang bergelut dengan nyawa sekarang nih...

Menurut sumber yang bagi aku infomasi nih.. dia kata kakak nih mengalami Ambiotic Fluid Embolism (AFE) cuba click sini

Penyakit nih kata doctor amat-amat jarang berlaku kat dunia nih... Kes yang berlaku antara 1 : 8000 sampai 1 : 80,000 kelahiranand the cause is unknown- tak ada sapa yang boleh predict atau boleh prevent benda nih dari terjadi ... sesiapa sahaja ada kemungkinan untuk mengalaminya... Menurut laporan hanya 50% mereka yang megalaminya mempunyai harapan untuk hidup. dan apa yang buat aku terkejut ialah walaupun kes nih kes yang terpencil tapi dia menjadi salah satu sebab utama kematian para ibu semasa atau selepas kelahiran. dan menurut sumber yang aku baca.. kebanyak kes memang menemu ajal kerana kebanyakan kes.. air ketuban tuh dah attack the whole anggota dalaman badan dan akan mengakibatkan anggota badan mereka tidak dapat berfungsi dengan betul.

AFE nih berlaku apabila cairan ketuban dan sehala komponen-komponennya masuk ke dalam circulation darah ibu yang mengandung tadi. Komponen tersebut berupa unsur-unsur yang ada dalam air ketuban, misalnya lapisan kulit janin yang terlepas, rambut janin, lapisan lemak janin, dan cairan kental.


Seperti kes yang terjadi pada kak Su nih.. menurut cerita. masa kejadian berlaku.. dia masih sempat berbual bual dengan suaminya sementara menunggu masa untuk melahirkan anaknya. Kak Sue tiba tiba pengsan.. dan setelah disiasat dia mengalami AFE. Sebelum itu jugak doktor mengesahkan yang segala galanya berada dalam keadaan normal sehingga laa dia tiba tiba pengsan dan koma sehingga sekarang. Baby yang hanya menunggu saat untuk keluar dan melihat rupa paras ibu dan ayahnya tidak dapat di selamatkan... Baby kak Su meninggal. Ini mungkin kerana air ketuban itu telah menular masuk kedalam dirinya juga... Arwah baby itu telah selamat di kebumikan oleh adik kak Su dan pada masa yang sama ibunya sedang begelut dengan nyawanya.

Selepas kejadian .. Kak Sue dalam keadaan terlalu bloated (mengembang) .. kerana kebanyakan anggota dalaman badannya tidak dapat berfungsi dengan betul... termasuk laa buah pinggang, hati, jantung...

Dan baru tadi 23 December 2008.. kawan aku kata doctor dah mula tebuk kepala dia untuk tengok the best medication untuk dia ..tapi masalahnya otak dia tak menunjukkan apa apa reaction atau any activity melainkan hanya untuk penafasan sahaja.. the whole rahim dah di keluarkan sebab pendarahan yang amat teruk dan memang kata doctor sudah tidak boleh digunakan lagi ... kata doctor lagi segala apa yang mereka patut lakukan telah mereka lakukan .. dia mintak kita semua sama sama berdoa ..

AFE umumnya terjadi pada kes abortion atau pengguguran, terutama jika dilakukan setelah usia kehamilan 12 minggu. Boleh jugak terjadi semasa amniosentesis (tindakan diagnostik dengan cara mengambil sampel air ketuban melalui dinding perut). Kes AFE yang paling sering terjadi adalah pada saat persalinan atau beberapa saat setelah ibu melahirkan (postpartum).

Apabila AFE menyerang, pesakit akan mengalami sesak nafas atau gangguan respirotory. Air ketuban dan komponen komponennya itu kemudiannya akan menyerap masuk ke circulation darah ibu itu dan akan mengakibatkan cardiorespiratory collapse.

Apa yang aku harapkan agar kak Su akan kembali sihat seperti biasa. Marilah sama sama kita berdoa agar Allah beri kekuatan kepada kak Su untuk terus berjuang. Semoga Allah dapat mengembalikan kesihatan kak Su.. Sihat dan dapat meneruskan hidup seperti hamba Allah yang lain ... Segala apa aturan dariNya itu pasti ada hikmah... dan hanya mereka yang terpilih dan terlalu istimewa di sisi Allah sahaja yang akan diberi ujian seberat ini... Allah maha mengetahui.. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa apa sahaja yang terbaik untuk Kak Su dan keluarganya.. Semoga doa kita sama sama dapat di makbulkan oleh Nya... ameen...

Click sini untuk mengetahui tentang penyakit nih dengan lebih lanjut
Kuwait Medical Journa
Amniotic Fluid Embolism

Thursday, December 18, 2008

Lu fikir laa sendiri ..

Aku dapat e-mail nih pagi tadi..

Duit RM1 bertemu dengan RM50 lalu bertanya:

"Oii,lama tak nampak, mana kau pergi?"

RM50 puluh menjawab " Dah merata tempat aku pergi....
Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise,
gi BKK naik AirAsia, lepak kat VIVO CITY,
tgk konsert Siti Nurhalizala , S'pore Idol la.. ...
banyak sangat tempat sampai tak terkira..... Eh, kau camner lak?"

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..
Surau, Masjid, Surau... ".

Wednesday, December 17, 2008

Death Race



Lagi.. movie synopsis ... heheh.. kali nih Death Race.. nih pun one of cerita yang best akhir tahun nih ... Lakonan Jason Statham lagi... aku tengok DVD jer..

Cerita nih di mulakan dengan perlumbaan berani mati ... menayangkan perlumbaan 2 kereta yg sarat dengan pelbagai senjata dan perisai...driver kereta mustang tuh driver bertopeng yg terkenal.. nama dia Frankenstein... setiap driver akan ada sorang navigator perempuan dari penjara perempuan. Yang membantu dia orang nih mengactivatekan any senjata yang pemandu tuh arahkan... kereta dia orang nih semua sikit lebih kurang kereta kereta kebal yang dilengkapi dengan pelbagai senjata dan bahan bahan letupan yang luar biasa. Kereta Frankestein meletup setelah ada beberapa adengan tembak menembak... dan navigator tuh sempat melepaskan diri.. Frank cedera parah dan keadaannya menjadi satu tanda tanya.. sama ada dia hidup atau pun mati.

Kemudian di slot lain ..
Jason Statham (Jensen) diberhentikan kerja sbb syarikat besi yg dia kerja bankrap... dia blk rumah cerita dgn isteri dia... masa dia tgh bersiap kat tingkat atas dan isteri dia tgh memasak kat dapur...tiba-tiba ada penceroboh masuk umah dia orang dan bunuh isteri dia... bila Jensen nampak isteri dia terlentang kat dapur...tiba2 penceroboh tu spray mata dia dan dia pengsan. Bila dia sedar jer, polis terus tangkap dia dengan pisau yang berdarah masih kat tangan dia... so apalagi, kena masuk lah ke Terminal Island Prisonlah. maka bermula laa kehidupan dia sebagai seorang prisoner.
Bila dia bukak mata dia baru tahu yang dia berada di Terminal Island. Tapi nih semua sebenarnya tu adalah perangkap dari warden penjara tu sendiri. Warden penjara tuh (Hennessey) nak Jensen jadi driver Ford Mustang yg baru.. menggantikan Frankenstein. Warden tuh bagi tahu yang warden tuh tahu kat mana anak pompuan dia dan dia akan dilepaskan kalo menang pertandingan Death Race...apa yang dia perlu buat.. dia perlu menggantikan tempat Frankenstein dan menyamar jadik Frankenstein dan perlu menang ...



Pertandingan tu ada 3 stage...stage 1 & 2 hanya perlu berjuang agar tak mati... stage 3 plak kena menang utk dapat kebebasan...

Masa stage 1...Jensen diperkenalkan
dengan navigator dia Case (Natalie Martinez) yg juga dulu navigator Frankenstein...dan masa dalam perlumbaan nih laa dia dpt cam salah sorg driver,Pachenko, adalah org yang sebenarnya membunuh isteri dia...

Lepas abis race first stage tuh ...Jensen dapar rasakan yang dia hanyalah alat utk mengekalkan lagenda Frankenstein dan utk kepentingan Hennessey... dia cerita kpd warden tu yg dia syak Pachenko bunuh isteri dia... tapi Hennessey tak pedulikan..



Stage 2 Jensen macam dapat tangkap apa sebenarnya tujuan Case... dia rasa Case adalah penyebab utama macamaman Frankestein yang terer tu boleh mati.. dan dia syak macam mana sebelum Frakenstein mati.. semua alat alat perisai dia tidak boleh berfungsi dengan baik... last last Case mengaku dia yg sebanarnya sabotaj perisai Frankenstein supaya dia tak menang perlumbaan untuk dapat kebebasan...tp sebaliknya Case yg akan dpt kebebasan tu...pastu Jensen pon sedar dia juga tak akan dapat kebebasan tu dan akan mati...dan akhirnya dia survive stage ke 2...

stage ke 3 cuma ada 2 driver je...Jensen & Machine Gun Joe...tapi sebelum race dia dah pakat dengan mat negro nih ... Jensen dah buat preparation .. dia dah tambah 1/2 gelen minyak lagi dan bersepakat dgn Joe...rupa2nya diaorg berpakat lepaskan diri dari penjara tu .. akhirnya berjaya jugak diaorg lari dgn pertolongan Case yg menyamar jadi Frankenstein... Case setuju dengan pertukaran tuh pasalnya dia dah dpt surat pembebasan dia...



akhir citer nih.. dapat lihat jesen pegang anak dia dan case pun datang.. Jensen memulakan hidup baru dengan jadi mechanic...

Citer nih bagi aku memang best.. banyak aksi aksi yang penuh debaran... korang wajib tonton citer nih...

Tuesday, December 16, 2008

FURY





Fury .. hari tuh aku tengok sedutan filem dia .. memang best .. sekali tup tup.. hubby aku bawak balik DVD nih.. apa lagi malam tuh sanggup stay up semata mata nak tengok FURY... kita org terpaksa tunggu budak budak tido dulu sebab dikhuatiri ada adengan adengan yang tidak sepatutnya dipertontonkan untuk kanak kanak...


Citer Fury nih memang superb... aksi aksi ganas dia memang aku kagum... mana taknya.. pengarah yang sama untuk citer Ong Bak... apa yang bestnya hero dia kali nih budak pompuan.. tuh yang aku rasa lagi best ...

Citer dia mula dengan sorang pompuan nih Zin, dia nih kira one of pengikut dari gangster Siam.. tapi at the same time pulak dia ada affair dengan sorang mat Jepun - Masahi (one of Japanese clan) dan of course laa.. Gangster Siam tuh marah dan sedikit tak puas hati laaa.. jadinya berlaku laa sedikit pergaduhan .. di pendekkan citer.. Mat Jepun- Masahi tuh balik negeri dan tinggallah pompuan tuh .. mengandung dan melahirkan sorang anak pompuan.. tapi anak pompuan tuh pulak berpenyakit autisme. dan apa yang best budak pompuan nih ada kebolehan dengan dia punya picture memory.. dia boleh ingat apa sahaja yang dia lihat .. so.. dia selalu tengok citer martial arts... kemudian dia akan try practice.. last last dia jadi kuat dan sungguh terer ...



Ada jugak sekali tuh gangster Siam tuh jumpa dia orang nih.. sebab dia org tahu mak Zen nih masih berhubung dengan Mat Jepun - Masahi tuh melalui surat.. Gangster Siam tuh dtg bagi amaran.. sambil sambil potong ibu jari kaki mak Zen.. Zen nampak semua kejadian tuh.. dan mungkin masa nih laa Zen jadikan dorongan untuk meminati aksi aksi lasak untuk memprotect mak dia.. (mi theory aku jer ... aku rasa laa).



Zen membesar menjadi seorang gadis yang suka akan martial arts. Dia selalu skodeng rumah orang sebelah tuh practice martial arts. Dan dia pun senyap senyap try. Zen pun banyak menonton citer citer kungfu kat TV.. dan oleh kerana dia ada kebolehan dengan picture memory dia so.. dia memang mudah tiru semua pergerakkan tuh..

Dipendekkan citer lagi... mak si Zen tuh sakit laa pulak.. dia org tak ada duit nak biaya ubat dll. Nasib laa kawan baik Zen.. ada sorang budak gemuk yang mak Zen adopt (Fatboy) tuh jumpa buku hutang mak Zen.. dia orang start laa tagih hutang mak Zen.. bukan sorang beb .. ramai tuh.. dari kedai ais.. kedai daging .. dan kat sini laa..bermulanya segala aksi-aksi si Zen tuh.. betul betul hebat.. pergh.. memang first class laa...



Dan berterusan dengan tuh lagi.. gangster Thailand tuh pulak dah dapat jumpa balik mak Zen yang selama nih menyembunyikan diri ... dan kebetulan mat Jepun tuh pun nak balik jugak.. Gangster Siam tuh memula tangkap laa si gemuk tuh .. kemudian dia orang tangkap pulak mak Zenn.. apa lagi.. menunjukkan aksi martial arts dia tuh laa untuk menyelamatkan dan membela mak dia tuh ... slot masa nih laa paling best .... dan klimaksnya bila mak Zen kena tikam.. lagi laa Zen marah.. dia pun lawan bermati matian ... aku sampai terasa macam aku jer yang duk lawan kat dalam TV tuh.. heheh cara dia mengelak .. cara dia terbang... pusing sana sini..perghhhh ... dan apa yang paling best ialah non of those actions are done with the help of graphics... aku cakap ko.. semuanya pure leg power.... sendiri buat punya.. memang tak tipu.. memang to the max .. aku cakap korang memang hebat .. aku naik penat betul tengok citer nih.. jantung aku mengalahkan orang tengah berlari... perghh.. korang pegi laa tengok sendiri citer nih... memang best ...



Apa yang aku betul betul kagum dengan citer nih ialah dia orang memang tak ada stunt man.. sila lihat di akhir cerita dalam 10 minute ada disiarkan bagaimana dia orang buat filem nih.. macam mana dia orang boleh jatuh dari tingkat 4 ke bawah dengan selambanya tnpa neggunakan stunt dan tanpa menggunkan lapik tilam... semua budak pompuan tuh buat sendiri.. sampai para pelakun dia ada yang patah patah.. dan budak pumpuan tuh pun siap lebam lebam lagi kena belasah masa penggambaran tuh.. memang betul betul gaduh punya .. no special effect tuuu yang aku kagum tuh...

Transporter 3



Banyak pulak wayang dan DVD yang aku tengok sekitar bulan lepas dan bulan nih.. entah aku jadik gian tengok wayang pulak sekarang...pantang ada peluang.. aku mesti gi sekejap... antara cerita cerita yang sempat aku tengok kat wayang bulan lepas nih .. macam citer Eagle Eye, Quantum of Solace - James Bond, Madagascar, Fury, Death Race, Pathology, dan entah apa apa punya citer hantu Thailand pun aku belasah.

Baru baru nih gi tengok Transporter 3 .. aku memang duk tunggu jugak citer nih kuar .. dah memang aku ikut Transporter 1 and 2 ... memang best laa... kali nih kurang sikit jobo mamat transporter tuh.. kalau tidak.. memang mamat nih.. tak ada yang cedera.. kalau biasa biasa.. dia aja yang kuat laa.. tapi kali nih memang nampak real... aksi Frank lakonan Jason Statham tuh kali nih nampak more real dari biasa.. dan kali nih .. Jason Statham .. tak laahh kayu sangat.. kalau dulu tak ada permainan perasaan. Jason nampak lebih tough dalam Transporter 1 and 2 .. tapi kali nih.. Jason terpaksa cair dengan perempuan. Tapi aku rasa heroin dalam filem kali nih .. tak berapa mengiur kan.. sepatutnya dia boleh carik minah lain yang lebih cantik... atau paling kurang tak laa comot sangat macam minah nih.



.

Cerita kali nih bermula dengan kematian dua anak kapal yang terhidu gas beracun.. sementara dalam slot yang lain aksi kejar mengejar antara polis dan Malcome. Malcome telah melanggar dinding rumah Frank (Jason Statham) dan cedera parah. Karena cedera, Malcolm kemudian dibawa dengan ambulans. Malangnya.. ambulance tuh meletup. Frank jugak menjumpai Valentina, anak seorang menteri dalam kereta Malcome tadi.

Frank kemudianya telah di culik untuk menyambung tugas yang memang sepatutnya dia lakukan. Frank tolak tawaran pertama dan berikan tawaran tuh pada kawan dia Malcome (yang mati tadi) .

Macam citer citer Transporter yang dulu .. Frank telah di arahkan untuk membawa sesuatu ke sesuatu tempat mengikut kooedinat yang telah di arahkan. Kali nih Frank terpaksa membawa seorang perempuan sepanjang perjalannya which memang bukan menjadi prinsip dia sebelum ini. Dan kedua dua mereka been fitted dengan exploding bracelets. Bracelets nih pulak akan meletup kalau mereka bergerak jauh dari 100 meter daru kereta.

Seperti biasa Frank break his own law. Dia try bukak bonet dia dan melihat apa dia package. untuk melihat barang apa yang dia sepatutnya bawak.. dan baru dia tahu yang barang yang dibawa tuh ada lah.. pompuan yang duk kat sbelah dia tuh.. Valentina anak one of the menteri..

Jadi banyak aksi hebat pada mula cerita sampai akhir.. macam mana dia terpaksa mengejar kereta dia dengan meniaki basikal sebab dia takut bracelet tu di activatekan sekiranya dia berada jauh dari kereta tuh... dan macam mana dia lawan penjahat penjahat yang cuba atacked dia.. pergh.. memang best.. memang lasak habis laaa ... dan kali nih memang nampak sangat yang Frank sedikit lemah sebab dia terpaksa mengikut apa aja yang orang jahat tuh arahkan kerana dia memang tak ada pilihan lain....



Cuma ada beberapa part yang tak berapa logic macam..Frank terpaksa memilih samada mati lemas bersama bracelets dia.. atau pun mati meletup sebab bracelet dia tuh akan diactivatekan sekiranya jauh dari kereta.. jadinya.. Frank pun berjuang untuk menyelamatkan dirinya dan keretanya ... tapi yang paling best kereta yang dah tenggelam jauh kat dalam laut tapi selamba jer boleh start balik dan boleh jalan cam biasa.. tipu betul... pas tuh.. masa memula kereta tuh langgar dinding batu bata .. kereta tuh sikit pun tak kemek pun .. hampeh tul..

Tapi bagi aku rata rata aku rasa citer dia memang best.. dengan aksi-aksi martial arts Statham yang memang superb dan cam mana dia bawak kereta dia perghh.. memang best ...

Thursday, December 11, 2008

Selamat Hari Jadi...

HAPPY BIRTHDAY... bertambah lagi usia aku hari nih ... tua lagi setahun... aku harap segala galanya juga bertambah.. ilmu, amal, pengalaman, kesihatan dan segala-galanya ... pagi nih aku cuba buat kelainan .. ada aku baca satu article mengenai hari jadi nih.. Dr. Fadzilah Kamsah kata .. apa salahnya kalau kita mengingati tarikh hari jadi kita tuh.. jadikan ianya sebagai satu pendorong untuk kita terus hidup dengan lebih baik... jadikan ianya sebagai satu tarikh untuk kita memperbaiki keadaan setahun yang lepas...

Katanya lagi.. benda pertama yang perlu kita ingatkan ialah bersyukur kerana Tuhan telah sambung lagi hayat kita kat dunia nih.. dan perkara yang paling penting perlu kita lakukan ... adalah ungkapkan ucapan Terima Kasih pada mak kita yang betul betul berusaha bersunguh sungguh.. mengandungkan kita selama 9 bulan dan seterusnya melahirkan kita pada hari nih.. betapa sengsaranya .. betapa payahnya.. betapa siksanya dia pada hari ini.. pada 11/12/1975 - 33 tahun yang lepas..

Dr Fadzillah kata lagi ada baiknya kalau bukak mata jer terus call mak ngan ayah dan ucapkan terima kasih.. jadik pagi nih aku sahut ungkapan itu.. dan pagi nih aku sampai sampai jer kat office aku terus call mak .. aku lakukan sebagaimana yang disarankan ... selalunya.. mak akan telefon dulu dari aku... aku dengar suara mak ...

"Mak .. asu nih .. hari nih orang punya Hari jadi ... Terima Kasih sebab 33 tahun dulu mak susah payah lahirkan Ina ... " aku sedikit sebak..

Mak terkedu.. pasti dalam hatinya penuh perasaan pelik..
"eh hari nih berapa hari bulan.. hari jadi awakkan 11 hari bulan...
"

Rasa betul betul bangga .. mak memang ingat hari jadi anak anak dia..
"Ye laa betul laa tuh hari nih 11 haribulan laa nih...
"

"Laa... iya ker.. mak ingatkan esok 11 haribulan..." suaranya serba salah.. mungkin dia takut anak bungsunya ini kecewa kerana pada kebiasannya dia orang pertama yang mengucapkan Selamat Hari Jadi pada aku..

"Selamat Hari Jadi ... semoga panjang umur.. murah rezeki... ingat tuhan selalu.. banyakkan amal selalu .. jaga anak anak, jaga keluarga baik baik ... dan banyak lagi doa nya ... " panjang sungguh

Telefon tuh diberikan kepada ayah pulak.. hampir sama juga doanya untuk anak bungsu perempuannya ini...

"Terima Kasih ayah.. jaga Ina sampai besar macam nih..."

Ayah gelak aja.. "semoga murah rezeki.. panjang umur ... banyakkan amal pada tuhan ingat Allah selalu ... dah 33 tahun dah awak iyer ... ingat lagi maknya tuh dulu sampai pengsan pengsan mengandungkan awak.. ayah pulak tak pernah senang hati kalau pergi kerja .. takut kalau ada apa apa jadik kat mak ngan awak masa awak dalam perut..." katanya ... dia terus sambung sedikit cerita zaman dahulu.. yang dah berulang berpuluh puluh kali...

Aku jadik sebak.. besar sungguh pengorbanan mereka.. sanggup berkorban apa sahaja demi kerana seorang zuriat...

Pada mak dan ayah.. terima kasih banyak banyak kerana tanpa mak dengan ayah.. aku pasti tidak ada di dunai ini .. terima kasih kerana menjaga aku sehingga aku besar begini .. dan aku tahu tidak ada satu benda pun yang mampu aku balas atas jasa mak dan ayah..

Terima kasih mak .. ayah.. Hari nih aku dah 33 tahun di dunia ini sambil mengecap nikmat tuhan ...

Tuesday, December 9, 2008

Guan Eng pun tahu Halal Haram hukum Allah...

Aku cut and paste article nih dalam blog No To UMNO dan sesungguhnya aku kagum jugak dengan tindakan dan kata kata Guan Eng....

[...] Guan Eng Membaca terjemahan Al-Quran:-
Wahai orang-orang Yg beriman! Bhw Sesungguhnya arak, judi, berhala, mengundi nasib Dgn batang2 anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dgn sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu dr mengingati Allah mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yg keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" (Al-Maidah : 90 & 91).
“Ayat pertama yg merupakan kata seru, Wahai orang2 Yg beriman !"

Bagi saya sesiapa yg tidak menurutnya maka org itu tidak beriman. Ayat ini saya dpt dari Al-Quran terjemahan milik peribadi saya yg diberi oleh Allayarham Ustad Fadhil Nor bekas presiden PAS yg lalu.

"Tak tahulah saya UMNO baca Al-Quran yg mana satu ?"
Kerana UMNO tidak menjumpai larangan tentang judi dan arak ni..- Ujar Guan Eng dgn sinis.[read more]