Tuesday, April 28, 2020

Kek Batik Cheese Indulgence

Image may contain: food and indoor 
Bahan untuk kek batik 

1 pack / 600g biskut marie (patah-patahkan)
200g butter

1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak

1 / 2 biji telur saiz 
 Esen vanila
.
1. Masak butter sampai cair, masak kek batik guna api kecik, kemudian masukkan susu pekat. Kacau rata.
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat² takut berketul.
3. Next masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar semua sekata.
4. Last sekali masukkan biskut. Kacau rata agar semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api semasa mengacau
5. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 x 10 inci (alas plastik biskut supaya tak melekat dan senang tarik keluar) dan tekan² padat. Plastik tu biar lebih terkeluar sikit sebab nanti senang nak tarik keluar. Kalau ada loose loyang lagi bagus.
6. Simpan chiller 2-4 jam jika kek sudah keras. (kalau nak cepat masuk jer dalam freezer sekejap)



Bahan-bahan untuk lapisan cheese (Ingredients for cream cheese layer): 

https://youtu.be/uLwJ-3f0JaE
 
250 g krim keju (250g cream cheese) 
3 sudu besar /50g gula kastor (3tbsp /50g castor sugar) 
1 sudu kecil esen vanila (1 tsp vanilla essence) 
1 sudu besar susu pekat manis (1 tbsp sweetened condensed milk) 
3/4 sudu besar serbuk gelatin (3/4 tbsp gelatin powder) 
3 sudu besar air panas (3 tbsp hot water) 
200 ml krim putar tenusu (200ml dairy whipping cream) 

 Bahan-bahan untuk coklat ganache (Ingredients for chocolate ganache): 
300g coklat masakan gelap (300g dark cooking chocolate) 
250g krim putar tenusu (250g dairy whipping cream) 
1 sudu besar butter (1 tbsp butter) 
1 sudu kecil esen vanilla (1 tsp vanilla essence)
 

Friday, April 10, 2020

Custard Pudding with Fruit Cocktail

resepi dari blog
Azlita - Masam Manis


Bahan Untuk Kastard
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula + 1 sudu besar gula
secubit garam (ini akak tambah)
Aku tambah vanilla sikit satu sudu kecik
Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana hingga ia meletup-letup dan pekat.
Angkat dan sudukan dalam acuan kecil
Sejukkan hingga keras
Bahan Untuk Kuah
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir (akak buat tak sampai 5 sudu pun rasa ikut suka sebab air gila fruitcoktail tu pun dah manis)
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard (akak buh setengah sudu jer- nnti pekat sangat bila dah sejuk)
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail (air dia tadi masukkan awal sama dgn air kosong tadi)
beberapa helai daun pandan (ini pun akak durhaka... sebab rumah banyak pandan.. semua benda nak letak pandan.. nanti bau dia wangi sikit.. tak ada tak payah letak)
Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

#MCO 

Wednesday, April 8, 2020

Butir Nako

Bahan-bahan kuah:
Santan pekat
Daun pandan -  disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba
Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
 Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api… bairkan sejuk

Bahan-bahan biji nangka:
1 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau  Sedikit air kapur(kalau tak ada tak payah pun tak apa)
Garam

Cara membuat:
Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.

Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).  Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.

Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

Sunday, April 5, 2020

Sira Labu

Bahan Bahan ;

Labu di potong ikut jurai
Kapur masakan
Gula pasir / Nisae kerek
Sedikit garam
Daun Pandan
Sedikit Air
Bunga Cengkih

Labu di potong mengikut jurainya. Basuh dan rendam dalam air kapur yang banyak jugak laa sampai air tu berwarna putih. Rendam semalaman. Susun labu dalam periuk dan letakkan daun pandan. Letakkan gula kalau gula pasir lebih kurang seganggam atau dua genggam. Kalau nisae kerek dalam dua kerek ikut kemanisan masing masing. Buh garam sedikit. Buh sedikit bunga cengkih. Tutup periuk. Air labu tu akan keluar dan kalau tak cukup air boleh tambah sikit.