Sunday, April 26, 2009

Punca keguguran - Dr. Fadhilah Kamsah

Punca Keguguranoleh Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat

MW Bil 871 28 Julai-4 Ogos 2000
PAK BIDAN OH PAK BIDAN
Kelolaan SITI ZARINAH HUSAIN
Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, bakal suami atau isteri, akan dikaji.
PUNCA KEGUGURAN
Keguguran merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Prof Datuk Dr. Hamid Arshat.
SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?

JAWAPAN: Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.

Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.
SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.

Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.

Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.

Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.
SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN: Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.
SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN:

Faktor Pertama:
Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.

Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.

Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:
Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.
Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.

Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.

Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.

Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.
SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.

Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.

Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.
SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Tuesday, April 21, 2009

Misscariage ...

Teringat yang aku dah dua kali gugur peringkat First Trimester. Dan aku tahu ramai jugak yang tak tahu macam mana nak faced dan macam mana boleh terjadinya keguguran. Ada jugak kengkawan yang call tanya untuk kepastian.. even ada yang tak tahu nak buat apa.... sememangnya keguguran berlaku bergantung pada individu masing masing.. caranya jugak berbeza beza.. puncanya jugak berbeza.. dan ada yang sememangnya tidak mempunyai punca atau sebab .. kedua dua kes aku dulu pun berbeza-beza ... sama sekali tak sama ... cuma apa yang boleh aku katakan itu semua kuasa tuhan ....

Ramai jugak yang tertanya tanya apa kah langkah langkah untuk mencegah dari keguguran... aku pun surf la..cari info yang aku rasa berguna untuk semua... memang banyak info pasal keguguran nih.. cuma mungkin kita tak berapa amik berat selagi kita tak pernah rasa.. jadi untuk ibu ibu yang baru mengandung atau yang sedang mencuba sedaya upaya tuh.. mungkin dengan apa yang aku pastekan ini sedikit sebanyak dapat membantu...gi aa web nih...

Miscarriage

Some experts estimate that as many as one in four pregnancies ends in miscarriage. In legal terms in the UK, a miscarriage is defined as a pregnancy which ends in the loss of a baby before 24 weeks. After 24 weeks, if the baby is born and doesn't survive, it's known as a stillbirth and not a miscarriage. The great majority of miscarriages happen in the first three months.
(click jer mana mana yang korang nak baca kat bawah nih)

Click kat sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan cara cara untuk menghindarkan diri dari keguguran - Baby World

Tuesday, April 14, 2009

KITARO - Matsuri



Amaze... aku memang cinta betul ngan semua lagu lagu KITARO .. especially Matsuri nih... semua instruments yang dia orang mainkan memang best ... especially semua jenis drum tuh.. cukup dramatic...

Monday, April 13, 2009

Taman















Hu hu.. berjaya jugak menghias taman kita orang.. walau pun hanya 1/3 ... hmmm tak sampai 1/3 pun aku rasa kawasan tanah aku yang berjaya aku usahakan. Ada banyak lagi kawasan yang perlu creativity dan usaha yang berlipat kali ganda.. rumput pun belum habis tanam lagi.. banyak tuuu......buat yang sikit cam nih pun dah penat giler giler .. nak perabih semua kawasan .. heheh entah tahun bile laa baru siap .. tak per tak per ... usaha tangga kejayaan ...

Tapi aku dan hubby tetap berpuas hati.. puas hati giler giler... dah ada laa sikit perubahan ... Congrats for both of us .. heheheh....caya laaaaaa....

Dadih buah campur



Weekend hari tu ada jemputan makan kat umah kakak ipar .. seperti biasa... sebulan sekali kita orang akan berkumpul .. tengok aa sapa sapa yang rajin nak masak ... jadi seperti biasa jugak laa aku kena cari satu menu untuk bawak kat umah ipar ipar aku tu... kali nih memang dah tak der idea tambah memang tengah malas tahap gaban.. aku gi dapur tengok ada serbuk dadih perasa vanila dengan ada buah campur... hehehe dapat idea ...

Bahan bahan

Serbuk dadih yang jual siap kat kedai
Susu cari Ideal - 1 tin
Gula - lebih kurang 100gm (ikut suka.. )
Buah campur - cocktail
Air 3000 ml

Masak serbuk dadih macam kat belakang plastik tuh.. - masukkan air dengan gula... kemudian biar sampai menggelegak / mendidih. Pas tuh tutup api.. masukkan serbuk dadih dan gula dia dalam plastik kecik tu... kacau dalam lebih kurang 5 minute. Masukkan dalam bekas. Kalau suka buah campur tuh banyak.. bieleh letakkan sikit kat dalam.. tunggu sampai separuh keras taburkan kat atas dia.. untuk cantik jer sebenarnya.. dah masukkan dalam peti ais.. dan boleh buat buah tangan .. nampak memang cantik dan menyelerakan...

Nabilah' Grading - Teaguk 1

Saturday, April 11, 2009

Agar agar tembikai

  • 1 bungkus agar² yg panjang
  • 2½ cawan gula pasir (kalo suke manis, leh lebihkan sket)
  • 6 cawan kecil air
  • 4 biji putih telur
  • sedikit pewarna hijau utk kulit
  • sedikit perwarna merah/kuning utk isi
  • sedikit cicau yag dah di hancur hancurkan utk biji

Cara-cara

  1. pukul putih telur hingga kembang.
  2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut.
  3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga hampir² sejuk.
  4. Asingkan bancuhan tadi jadik dua... satu biarjer plain putih. satu lagi buh warna merah /kuning.
  5. kemudian tuangkan kedalam bekas bulat besar yg putih tu dulu biar sekejap dan tuangkan plak yg warna merah / kuning tuh
  6. taburkan cincau di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
  7. bila agar² da sejuk, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbagai kulit.

Thursday, April 9, 2009

Keputusan Rasmi Kabinet Baru Najib

Thursday, 09 April 2009

[ Kemaskini Jam 4.11petang ] - Video Menyusul

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan


Timbalan Timbalan Menteri

Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Encik Murugiah

Datuk S K Dewa Mani

Lew Pee Keong

Encik Ahmad Maslan



Antara yang gugur pada kali ini adalah

Datuk Seri Azalina Othman - Kementerian Pelancongan
Datuk Seri Syed Hamid Albar -Kementerian Dalam Negeri
Datuk Seri Ong Ka Chuan - Kemengterian Perumahan
Amirsham Abdul Azizi - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Sila ke Blog UMNO ONLINE

andai kutahu... ungu

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati


Adakah ini kesudahan kisah Altantuya ...???

Kes altantuya 2 Tertuduh Utama Di Gantung Sampai Mati
Thursday, 09 April 2009 05:34
Shah Alam - 2 tertuduh Utama Chief Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul di kenakan gantung hukuman sampai matiberhubung Pembunuhan kes berportfolio terbesar Wanita Mongolia Altantuya Sahribu.

Kepuutusan berkenaan dibuat oleh Hakim Mohammad Zaki Muhammad Yusuf di Mahkamah Tinggi berdasarkan penghakiman lisan di mahkamah Tinggi Shah Alam kira kita jam 9.20 pagi tadi. Keputusan berkenaan di buat selepas kedua dua tertuduh saling menyalahkan satu sama lain. Malah keterangan pembelaan kedua juga hanyalah penafian semata mata tanpa ada elibi yang kukuh.

Kegagalan pihak pembelaan mengemukakan bukti dan saksi berhubung saksi juga tidak dapat meyakinkan mahkamah.Perbicaraan kes berkenaan yaang berlangsung selama 160 hari di ketuai oleh pihak pendakwaan Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Azilah yang di wakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan Sirul diwakili kamarul hisham kamaruddinserta Ahmad Zaidi Zainal akan memfailkan permohonan rayuan semula esok di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

ahli keluarga tertuduh yang juga hadir berharap agar ia dapat di teliti semula. Keluarga Altantuya juga di katakan berpuas hati terhadap keputusan berkenaan yang mendapat pembelaan sewajarnya.

Tuesday, April 7, 2009

Pakatan takluk 2 Bukit ...

Pakatan kuasai dua bukit, BN di Batang Ai
Apr 7, 09 5:14pm

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

Di DUN Bukit selambau, calon PKR, S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi





Berita Selanjutnya di Malaysiakini

Laporan tidak Rasmi dari Blog Pakatan Rakyat

LIVE

Sila jenguk jenguk blog blog nih untuk mendapat maklumat terkini mengenai pilihanraya 2 Bukit 1 Batang ....

Malaysiakini
Harakah

The People's Parliament
Zorro Unmasked


BloggersNetwork@Perak Team

Al-Banjari
Cina Islam
Perisik Rakyat
PerakExpress.com
De' Anje
UmmiAnni
Pak Karamu

Barisan Sarawak & PKR Bloggers Team @ Batang Ai

SarawakHeadhunter
The Broken Shield
Audie61

AMK Wilayah

BloggersNetworks@Penang Team & Utara @ Bkt Selambau

Dewan Pemuda Pas Kedah
Aloha2
Anil Netto
Blog Bukit Selambau
KedahLanie..!!

SELAMAT MENGUNDI

Ya Allah ...berilah kemenangan untuk kami, selamatkan kami dari tipu muslihat dan kerja jahat musuh-musuh kami sebagaimana Engkau gagalkan tipu muslihat Abrahah dan tentera gajahnya. Jadikan kekuatannya adalah satu kelemahan kepada nya pada hari ini sehingga Kami dapat mengalahkan musuh-musuh kami dengan izin dari Mu jua...amiennn...

Monday, April 6, 2009

Changeling









Angelina Jolie - Changeling


The real Christine Collins





Kali nih bukan citer ganazz.. bukan citer pembunuhan secara brutal.. aksi aksi yang mendebarkan ... kali nih aku tengok citer drama yng tiba tiba aku rasa memang best ... memang sedih.... Bila tengok citer nih.. fikiran aku terus teringat akan citer Arwah Adik Nurin dan adik Sahrline dan jugak ramai lagi anak anak yang telah hilang entah ke mana... mungkin inilah yang ibu ibu mereka rasakan apabila anak mereka hilang tak berjumpa... cerita nih pun seolah olah menggambarkan kejadian sebenar di Malaysia ...

Synopsis.

Citer nih mengisahkan seorang ibu bernama Christine Collins ( Angelina Jolie) yang telah kehilangan anaknya,Walter Collins (Gattlin Griffith ).Christine yang sepatutnya balik cepat hari tuh sebab dah janji dengan anaknya nak tengok wayang tapi disebabkan bebanan kerja dia terlepas bas.. dan bila dia sampai di rumah dia benar benar terkejut kerena melihat anaknya tak ada.. di dalam rumah dan di seluruh sekitar rumahnya. Christine lalu melapor kepada pihak polis berkenan kehilangan anaknya. Namun, seperti biasa pihak polis tidak dapat berbuat apa apa selagi kehilangan berkenaan tidak melebihi 12 jam. Christine amat kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pihak polis. Mereka hanya akan mengambil tindakan dan mencari anaknya keesokan harinya sekiranya anaknya masih jugak hilang.

Christine terus tidak berputus asa. Dia telah menghubungi banyak jabatan jabatan yang dia rasa boleh tolong dia. Kemudian pada satu hari, Christine mendapat kabar langsung dari Kapten J.J Jones,bahawa mereka telah menemukan Walter Collins. Merekapun membawa Christine Collins menemui anaknya - Walter. Christine begitu gembira sekali dan memang tak sabar nak berjumpa dengan anaknya yang telah hilang berbulan bulan lamanya. Tapi bila Christine melihat raut wajah budak lelaki yang di katakan Walter dia memang sudah tahu dari awal lagi yang budak tuh bukan Walter anak kandung dia. Namun Captain J.J Jones tidak percaya dan menganggap Christine masih lagi terkejut sehinggakan dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak dia dah kembali. Di sebabkan terlau banyak wartawan yang sedang membuat liputan mengenai pertemuan mereka tu Captain J.J Jones mahu Christine menerima sahaja budak itu di hadapan media.




A photo of Walter Collins includes descriptive notes from his mother, Christine Collins. Walter’s 1928 disappearance and police efforts to convince his mother that the boy they returned to her was her son are the subject of “Changeling.” Northcott’s mother, Louise, was eventually convicted of murdering Walter.


Beberapa hari budak tuh kat rumah Christine, dia semakin yakin bahawa budak tuh bukan anaknya Walter. Segala tingkah laku, sifat budak itu sememangnya berbeza dengan Walter Collins. Christine dengan bersungguh sungguh cuba untuk membuktikan pada semua orang yang itu bukan anaknya. Tingginya turun beberapa inci. Dia tidak kenal siapa gurunya. Dan dokter yang pernah memeriksa Walter Collins,mengakui bahwa anak itu bukanlah Walter Collins. Hal ini membuat seorang paderi bernama Reverend Gustav Briegleb ( John Malkovich ),berusaha menolong Christine Collins.

Christine tak mau diam saja. Dia lalu berusaha agar polis percaya, bahwa mereka salah dan mereka perlu mencari anaknya tanpa tangguh tangguh lagi. Kerana dia tahu sedetik dia lewat apa apa sahaja boleh berlaku terhadap Walter

Oleh kerana rasa tercabar dengan keberanian Christine dan tidak mahu cerita sebenarnya terbongkar, Kapten J.J Collins justru memasukkannya ke rumah sakit jiwa.

Di rumah sakit jiwa tu Christine terpaksa akur dengan apa yang mereka lakukan terhadap dirinya kerana dia tahu tidak ada apa yang dia boleh lakukan. Dia kemudian bertemu dengan Carol Dexter ( Amy Ryan ) sorang lagi mangsa diatas konspirasi polis. Dan bukan dia saja,ada banyak lagi yang lain-lainnya yang terjerat di Rumah Sakit Jiwa.Christine hanya akan dibenarkan keluar dari rumah sakit jiwa, sekiranya dia mengakui bahwa budak yang dijumpai oleh polis tuh adalah Walter Collins. Tapi Christine tidak mau.



A picture of the Northcott chicken ranch in Wineville in 1928 includes notes by investigators probing the “chicken coop murders,” in which several young boys were kidnapped and held as sex slaves by Gordon Stewart Northcott, then butchered. Searches of the property turned up bones and other items linked to the victims, but no bodies. The farm house at left is still standing.

Di scene yang lain Gordon Northcott ( Jason Butler Harner ) telah memulakan siasatannya. Dia kemudian telah pergi sendiri ke satu kawasan yang dishaki kawasan pembunuhan kanak kanak. Dia kemudian berjaya menangkap seorang budak lelaki. Budak lelaki inilah yang menceritakan segala apa yang sebenarnya terjadi ke atas kesemua kanak kanak itu.. hampir 20 orang telah terkorban.

Adakah Walter termasuk sekali dalam list kanak kanak tersebut. Macam mana kesudahan cerita ini.. Adakah Christine akan berjumpa dengan anaknya semula... atau sempatkah Christine menyelamatkan anaknya dari dibunuh oleh pembunuh bersiri kanak kanak itu... heheh korang gi aa tengok.. aku bagi 4.5 bintang untuk citer nih...

Film ini berasal dari kisah “Wineville Chicken Coop Murders” yang telah betul betul berlaku pada sekitar tahun 1928. kat bawah nih adalah gambar gambar sebenar.






Serial killer - Gordon Stewart Northcott


Click sini untuk baca cerita sebenar mengenai Wineville Chicken Murders

Serial Killer

Wednesday, April 1, 2009

JENIS WANITA MALANG


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.