Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun baru pada semua .. untuk aku, suami dan anak anak apa yang aku harapkan ialah semoga tahun ini menjanjanjikan sesuatu yang lebih baik dari tahun tahun yang lepas..

Wednesday, December 30, 2009

Teoh Beng Hock murdered

IMG_0369BKUALA LUMPUR: Teoh Beng Hock was murdered. Top Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand (picture) has sufficient evidence to prove that he was killed.

The Parti Keadilan Rakyat organ, Suara Keadilan, reports in its latest edition that her forensic report will be presented at the January 7 inquest into Teoh’s untimely death.

The weekly quotes unnamed Health Ministry sources as saying that Pornthip reached her conclusion after a second postmortem at the Sungai Buloh hospital.

The report adds that Pornthip has made known her findings to all TBHock 1 relevant groups, including the Teoh family and the Selangor government, which commissioned her services.

Teoh (picture) was the political secretary to Selangor executive councillor Ean Yong Hian Wah. Yong is the Seri Kembangan assemblyperson and a member of DAP, a member party of the ruling coalition in Selangor.

On 15 July, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), investigating allegations of misappropriation of state allocations, raided Yong’s office. Teoh was questioned as a witness at the Selangor MACC office later that day.

At about 1.30pm the following day, a janitor found Teoh’s sprawled body on the fifth floor of the building.

The coroner’s court allowed Teoh’s remains be exhumed on Nov 21 for a second-post mortem.

Earlier in October Pornthip told coroner Azmil Mustapha Abas that based on photographs of his remains, she was 80 percent sure that Teoh was murdered.

The second autopsy was witnessed by British pathologist Prof Dr Peter Venezis acting for MACC, Dr Khairul Azman Ibrahim and Dr Prashant Naresh Samberkar.

Tuesday, December 29, 2009

Jika ada rezeki hari nih laa harinya ...

29 December 2009.. menurut perkiraan doctor hari nih sepatutnya due date untuk baby aku yang dah di takdirkan gugur bulan May hari tuu... aku masih simpan lagi kad merah untuk check up bulan bulan .. tapi apa yang masih tersimpan kuat adalah ingatan 'dia' bersama beberapa bulan dalam tubuh badan aku ini...

Aku ingat lagi kali terakhir 'dia' bersama sama aku.. petang tu.. seperti biasa aku ke toilet untuk mengambil wuduk.. mungkin lambat sedikit dari biasa.. jam dah menunjukkan pukul 6 petang .. aku baru nak sembahyang Asar.. aku masuk seperti biasa dan melakukan rutin seperti biasa.. tapi ... apa yang buat aku betul betul terkejut ialah darah yang terpalit pada seluar aku.. kali ini banyak betul ... memang banyak.. bukan seperti dua tiga hari lepas ... memang dua tiga hari lepas sudah mula ada.. cuma quantitynya terlalu sedikit dan warnanya jugak agak kecokelatan.. tapi kali ini tidak.. warnanya warna darah.. warna darah hidup.. merah ...memang merah betul... aku sudah berdetik.. sebak dada aku.. Ya Allah ... aku spech less .. aku keluar toilet dan mencari cari suami aku.. aku tarik dia kat dalm bilik.. aku tak sangup nak kata apa pun.. aku terus menangis tersedu sedu.. suami aku diam.. mungkin dia juga sudah boleh agak apa yang telah berlaku pada diri aku ...

Dia cuba tenangkan aku.. dia ajak aku pergi check dulu .. katanya mungkin bukan seperti yang aku sangka.. aku angguk.. tapi aku sudah semakin confirm .. memang perkara sama akan belaku lagi.. sepanjang perjalan ke klinik aku diam dan dada aku sebak.. aku cuba menyelindungkan perasaan sebenar aku ... hmm... malang betul .... semua klinik sakit puan tutup pulak.. maklum laa sudah lewat petang dan kebetulan hari Ahad.. aku ajak jugak pergi klinik biasa..

Aku terangkan pada doctor tentang keadaan aku.. doc tu tidak dpt mengesahkan apa apa kerana bukan bidang dia.. katanya.. dia cuma boleh tulis surat refer aku ke hospital dan agar aku boleh di jap agar kandungan aku kuat..

Aku keluar dari bilik doc hampa.. doctor sakit puan hanya akan datang pada pukul 8 malam... suami aku mencadangkan agar aku rehat di rumah dahulu.. lepas makan .. barulah ke klinik sakit puan tu.. aku baring .. air mata aku masih tidak kering... masuk maghrib .. aku lihat darah tak berhenti.. aku seperti dapat mengaggak...

Malam tu ... Aku amik wuduk .. aku solat Maghrib... selesai solat .. aku sujud lama .. aku pinta di tabahkan hati aku.. aku tahu ini ketentuan Dia.. aku minta sekiranya ini yang terbaik untuk aku.. ambillah anak dalam kandungan aku ini dengan mudah ... sekiranya ada rezeki aku.. aku mahu yang terbaik.. untuk diri aku dan untuk dirinya.. jika tidak ambillah 'dia' .. 'dia' kandungan aku yang baru berusia 3 bulan ni ... ulang aku .. tabahkan hati aku menerima ujian ini buat kali ketiga ...

Selesai solat... aku tarik nafas panjang panjang ... Allah tidak zalim kata aku menguatkan semangat aku.. Allah dah tentukan yang terbaik untuk aku.. aku telah di pilih untuk meghadapi ujian ini keran aku mampu megharungnya .. kata aku lagi ... aku perlu sabar dan tabah .. walau hati aku dah mengatakan takdir itu namun aku masih menyimpan harapan.. mungkin masih ada harapan..detik hati aku

Kami sekeluarga makan.. aku diam aja .. kebetulan adik ipar aku ada.. dia yang tolong untuk meghidangkan makanan .. aku baring aja.. selesai makan.. aku suami dan puteri puteri aku ke clinic ... setibanya di dalam bilik doctor.. aku terus jer cakap yang aku nak scan pasal ada bleeding ...

Dan bila doc check jer .. memang seperti yang di duga .. doc kata kandungan aku tak berkembang dari last dia check hari tuuu .. malah bertambah mengecik.. aku tabah lagi.. aku tahan air mata aku dari menitik... aku bangun dan ke meja doc... sudah tidak terkawal lagi rasanya.. seolah olah sudah gelap sungguh pandangan aku ...

Bila doc try to confort aku.. masa tuh laa aku dah tak boleh menahan lagi air mata aku.. berderai jatuh ... doc tuh cuba sabarkan aku.. setiap kali dia try untuk tenangkan aku.. setiap kali tu laa aku akan menangis... dia suruh aku tabah .. sabar .. dan katanya aku punya banyak masa lagi.. dia bandingkan aku dengan mereka yg tak pernah ada anak .. dan macam macam lagi cerita dia untuk tabahkan hati aku ...

Aku masuk ke kereta.. aku lihat anak anak aku turut menangis.. adik seperti tahu apa yang berlaku.. apatah lagi kakak yang dah banyak kali menerima berita yang sama ... berderai derai air mata kakak dan adik .. itu yang buat hati aku lebih hiba.. mereka betul betul jaga aku .. sehingga satu kerja pun mereka tak benarkan aku buat.. sampai kalau aku nak jalan mereka akan pastikan tak ada air atau barang barang yang boleh buat ku terjatuh ... mungkin mereka terlalu influence dengan cerita TV.

Malam itu aku bagi tahu emak .. aku hanya mampu nangis.. dan emak sudah dpt mengaggak.. cuma kali ini aku lebih tabah ... mungkin kerana permintaan aku dan aku redha dengan pemergian dia .. mungkin itu yang aku pinta.. yang terbaik dan jika tidak aku mohon ambil dia semula...

Esok paginya .. aku ke hospital... hanya aku dan suami .. aku rasa aku sudah terlalu biasa.. tak perlu mak dan ayah.. tak perlu rush.. benda dah tak ada.. dan peocedure ini dah terlalu biasa buat aku ... cuma aku minta doa dari mak dan ayah ..

By tengah hari aku dah balik ke rumah... aku memang dapat rasakan yang aku lebih tabah kali ini ... aku lebih kuat ...

Cuma aku akan terkenangkan dia bila waktu aku period.. mungkin desakan syaitan.. aku rasa seperti terlalu rindukan seusatu.. dan setiap kali aku lihat kawan kawan aku gembora menceritakan pengalamn mereka mengandung .. setiap kali dada aku sebak ... setiap kali itu aku akan berlawan kuat dengan perasaan.. begitu juga bila mendengar berita kelahiran.. sedih sungguh.. hiba terasa... namun aku cuba bertahan dan berselindung .. syukur tuhan masih beri kekuatan untuk aku bertahan ... sehingga laa hari ini ... aku masih merindukan sesuatu .. seolah olah dia masih ada ... entah aku kadang kadang nertanya tanya.. aku perlu berundur untu terus mencuba atau aku perlu kuatkan semangan untuk berusaha .. dan kadang kadang aku penat ..terlalu penat untuk mencuba... semoga Allah berikan petunjuk buat aku ..

Tuesday, December 22, 2009

AVATAR


Semalam balik office hubby ajak tengok wayang.. kebetulan mak ngan ayah ada.. boleh laa amik peluang sementara dia orang ada nih.. memang dah lama jugak tak tengok wayang berdua.. payah ..mana nak letak budak dua orang tuuu ... semalam tengok AVATAR .. memula rasa cam takut tak best tapi bile hubby dah review dia kata citer tu ramai orang comment best..

Cerita nih di mulakan dengan sorang askar Amerika - Jake Sully yang cacat telah terpilih untuk mengikuti satu program AVATAR. Program nih membolehkan Jake yang dah lumpuh tu berjalan semula dalam mimpi dia. Kat sini penonton di bawa ke zaman primitif dimana terdapat satu kaum yang menyerupai manusia. Manusia atau makhluk kat sini semua besar besar mereka di kenali sebagai kaum Na'vi. Dalam program nih Jack telah di hantar ke Pandora menerusi salah satu tubuh yang telah di cipta seperti makhluk Na'vi nih.. sebab menurut cerita nih manusia tak boleh sampai ke kawasan ini untuk menghirup udara kaum nih.. itu laa pasal mereka mencreate tubuh Avatar ni..

Masa tu telah ramai manusia yang cuba untuk memasuki area Pandora untuk meneliti beberapa kandungan mineral yang konon memiliki energy yang sangat kuat. Teruta sekali pokok suci yang menjadi tempat kelercayaan meraka. Tetapi, kaun Na'vy memang tidak membenarkan manusia untuyi memasuki kawasan mereka kerana khuatir manusia akan memusnahkannya.

Effect yang terdapat dlm cerita nih memang sungguh menggakumkan.. masa memula Jack sampai kat perkampungan mereka nih.. penonton seperti betul betul masuk dalam dunia mereka yang terlalu cantik.. dengan gunung ganang .. keindahan hutan yang betul betul terpelihara... air terjun yang sungguh sungguh cantik dan kebebasan terbang dan menjunam .. pergh memang betul betul release jer tengok ..

Kamudian Jack di serang oleh salah satu haiwan dan Jack terpisah dengan dua orang lagi sahabat mereka. Jack berjumpa dengan seorang wanita makhluk Na'vi - Neytiri.. dan cam biasa jatuh cinta laa dengan minah niii dan masa nih la Jack betul betul masuk dalam kehidupan dunia Pandora niii .. Jack yang sepatutnya dtg untuk bertugas kemudian berada dalam keadaan tertekan sama ada meneruskan perkerjaannya untuk memusnahhkan perkampungan suku ini atau membelanya...

Citer nih bagi aku lagi adventure masa nak dekat last .. apabila ketua project nih tahu yang Jack telah semakin membela kaum ni .. dan masa nih laa Jack dan rakan rakannya telah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan perkampungan mereka dan betrayed dengan ketua askar Amerika tuu... apa kesudahan cerita.. dapatkah Jack mempertahankan kaum Na'vi tuh atau dia jugak sama seperti askar America yang sombing dan zalim.. dapatkah kaum Na'vi mempertahankan hutan mereka tuu dengan hanya berbekalkan alat senjata purba .. dapatkan pokok keramat mereka di musnahkan ... dan adakah Jack mendapat kepercayaan kaum itu semula .. dan sapakan Toruk Makto yang akan menjadi kebanggan kaum itu nanti ... heheh banak pulak soklan aku .. yang penting korang pergi laa tengok sendriri.. memang best .. memang betul betul dramatic .. adventure

Thursday, December 17, 2009

Kaya atau bahagia ???

Tipu kalau korang tak pernah terfikir nak jadi kaya... hidup senang .. entah cam mana malam tadi topic perbualan aku dengan my half pasal betul ker orang kaya hidup senang ...

Topic pebualan aku ngan hubby bermula bila aku betul betul kagum dengan kengkawan aku yang dah hidup kaya raya ... dan aku memang salute laa kat dia orang semua pasal dia kerj a bersungguh sungguh sampai dia orang boleh mengecap nikmat dunia nih dengan mudah senang dan gembira.. dia orang ada kereta besar.. ada rumah besar ... apa nak semua dapat .. dan hidup dia orang senang ...

Tetiba hubby aku mencelah.. betul ker orang kaya hidup dia senang .... mana tahu dia senang ....

erk.. tetiba macam ada benda gelap menyelimuti anganan aku tadi ..

Aku confuse ... kenapa plak..

Dia kata dalam dunia nih kita tak boleh dapat semua sekali dalam sau masa.. ada benda yang kita kena sacrifice untuk dapatkan sesuati yag kita rasa terbaik.. kalau nak kaya mesti kena kerja kuat kerja dari subuh sampai tengah malam, sabtu Ahad pun still kena fikir kerja.. abis tuh anak anak .. family terbiar jer cam tuuu ... mana ada orang senang dengan mudah...

Hmm betul jugak tuu.. aku terfikir balik cam mana kehidupan kau sekarang.. bukannya susah pun.. aku bahagia dengan family aku.. benda bedna asas dan leperluan lebih dari cukup... dan apa yang aku ternginkan aku mampu nak dapatkan.. cuma mungkin aku tak ada rumah besar ... tak ada kereta besar .. tapi semua yang aku ada tu dah kira mencukupi ..

Hmmmm... betul laa tuh... aku nak bersama dengan anak anak dan suami aku selama yang boleh.. aku masih ada masa untuk attend semua gathering keluarga tak kira masa .. aku masih boleh attend any reunion bila bila masa.. tak seperti sesetengah orang lain yang terlalu padat jadualnya.. hari nih ada meeting.. hari sabtu nak jumpa orang besar sana .. hari minggu nak kena layan orang tuh ini... hmmm... tak tahu laa.. mungkin kita di lahirkan dengan pendapat yang berbeza beza... ada yang memang dilahirkan untuk sentiasa sibuk sementara aku pulak mungkin begini sahaja perjalan hidup aku.. atau ini path yang aku pilih.. hidup simple .. tapi bahagia .. cuma aku mohan agar hidup aku akan lebih bahagia dan berjaya .. tanpa menggangu rutin hidup aku yang simple niii...

Salam Awal Muharam

Semalam aku rasa terlalu amat terpukul dengan satu soalan dari seorang user aku yang bukan beragama Islam ...

Pagi tu seperti biasa aku kat workstation aku ... a simple discussion about paper .. pas tuh borak laa sikit sikit...

mamat tu pun start the conversation ... dia kata... from tomorrow onwards .. we start our weekend on Friday ... dan aku pun kata yup.. every Friday ... till January

pas tuh dia tanya aku.. so tomorrow is what day actually ?? something to do with your religious celebration isn't it??

Yah .. jawab aku ringkas.. it's Awal Muharam...

Dia tanya lagi.. What is awal Muharam ...???

Erk... Tetiba aku blurr.. aku terpaksa fikirkan jawapan dia.. ... aku break for about 2 to 3 minutes to think.. demn .. itu yang buat aku frust dengan aku .. sepatutnya aku terus jer jawab ... tak perlu fikir .. nih bukan calang calang punya perayaan .. kenapa aku perlu mencari cari jawapan sedangkan aku dah tahu dari sekolah rendah dulu apa itu Awal Muharam.. tapi kenapa tetiba bila soklan tuh muncul aku terpaksa fikir... bukan sepatutnya seorng Muslim seperti aku nih memberikan saty jawapan yang cepat dan jelas... tak perlu fikir ... sepatutnya jawapan itu berada terus di hujung mulut aku niiii...

rrrrr.... it's our NEW YEAR celebration... jawab aku lepas berfikir sejenak ...

what is the story ha ???

aku terpegun lagi sekejap.. shit ... apa masalah aku nih ... kenapa aku pelu fikir lagi... aku terus memikirkan kisah maal hijrah.. sambil aku pun tak berapa sure ya ke atau tidak jawapan itu yg perlu aku berikan... aku amik nafas panjang...

aku jawab ... it's a long story laa bro.. but it's all about our first calendar in Islam .. and the story behind it to be remembered ...

dia tanya lagi.. rrr... is there anything that you should do on that particular day ???

Not really .. but we have so called ritual activity such as hajat prayer.. sunat prayer.. recite our holy quran, holly yassin.. refresh our memory on our greatest history of Islam .. some doa to be recite before and after maghrib prayer .. rrrmmm it's actually depends on individu laaa ...

dan aku sebenarnya tak berani nak citer pasal maal hijrah .. pasal aku sendiri tak confident yg apa yang aku boleh ingat keseluruhan cerita tuh atau tidak ...

dan balik office tadi aku google Maal Hijrah / awal muharam... untuk refresh balik ingatan aku terhadap semua kisah kisah zaman nabi dulu.. dan terus terang aku malu.. dan aku jugak rasa amat amat kecewa dengan diri aku sendiri .. dan aku tahu berapa orang yang di luar sana yang juga seperti aku.. terpaksa berfikir sejenak bila kita di tanya dengan soalan soalan simple tentang agama kita sendiri ...

Ni aku ada linkkan citer pasal Maal Hijrah niii.. korang pun boleh google sendiri dan tolong laa baca kisah nih agar kita boleh kembangkan agama kita sendniri teruta untuk anak anak kita ...

Awal Muharam / Maal hijrah

Takwin Hijrah (sejarah mengenainya)

Kek cokelat lembap lagiiii

Resepi kek cokelat nih resepi dari anak sedara aku .. Hazirah .. dia nih kalau buat kuih mesti sedap .. especially kek cokelat lembap nih .. (saja puji lebih nanti dia boleh buat lagi) .. tapi anak sedara aku yang lain lain pun terer jugak (nak amik hati anak sedara aku kalau tak nanti dia orang tak nak tolong mak sedara dia nih plak). Actually aku dah 2 kali try buat kek nih .. selalunya tak berapa menjadi .. tak tahu laa apasal .. ada yang tersilap bancuhan laa.. apa laa.. tapi kali nih confirm jadik.. aku tulis every step .. nah pegi laa try.. sedap wa cakap luu... macam kek kat kedai ..

Bahan bahan

3/4 koko
2 cawan gula
13/4 cawan tepung kek
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
secubit garam
1 sudu baking powder
2 biji telur
3/4 minyak jagung

cara :

Memula campurkan/gaulkan gula, tepung, koko, dan baking powder.
Kemudian masukkan air panas dan kacau sampai sebati
Masukkan susu cair - kacau lagi
masukkan minyak jagung tadi - kacau sebati
Last sekali masukkan telur yang dah di pukul dengan garpu .. macam nak buat telur dadar - kacau sampai betul betul sebati..
Dah siap.. boleh bakar atau kukus.. tapi kita orang suka bakar .. bakar selama 45 - 1 jam.. biar sejuk boleh makan..

Friday, December 11, 2009

Sudah setahun lagi hidup...




Contract hidup ku akan di tambah lagi.. cuma aku tak tahu bila akan tamat .. bila akan habis... contract seumur hidup bersama DIA ... apa yang aku tahu Dia telah tambah setahun lagi untuk aku bernyawa kat muka bumi ni .. syukur Alhamdulillah...

Apa yang penting setiap tahun kena tengok dan muhasabah diri sendiri .. mana letaknya kedewasaan kita tuh.. dan apa yang paling sebanyak mana amalan kita .. dan cuba lihat sekerdil mana diri kita di sisi Allah .. berapa lama hidup bukan bermakna kita dah cukup dewasa dan berkarung karung amalan yang kita buat ... apa sudah cukup ker amalam kita untuk di bawa berjumpa DIA ... itu yang perlu kita renungkan

Cuba kira dan hitung dosa kita pada Allah.. pada mak dan ayah .. pada keluarga .. pada sahabat handai.. saudara mara .. dan pada semua manusia manusia dan makhluk kat muka bumi nih.. bila lagi mahu meminta ampun dan maaf.. hayat semakin lama meningkat tinggi dan semakin hari akan di tolak.. mungkin esok mungkin lusa kita tak tahu sampai bila kita mampu menghitung hayat ...

Apa apa pun.. terima kasih Ya Allah kerana beri aku hidup selama setahun lagi dengan segala rezeki yang Kau berikan syukur Alhamdulillah .. dan mak ayah.. terima kasih .. kerana melahirkan aku dan membesarkan aku sudah 34 tahun... itu aja yang mampu aku lafazkan...

Thursday, December 10, 2009

Girl, 13, and mum caught for prostitution


SIBU - A 13-year-old girl, detained together with her mother on the streets here, said she went into the sex trade out of necessity.

Denying that her mother had forced her to sell her body, the girl said she had been working as a prostitute since she was 11 out of a need to put food on the table.

Caught in dragnet vice.jpg

She was arrested together with her 38-year-old mother, along with 14 others, at Butterfly Garden in Jalan Chew Geok Lim here. Three of those detained were transvestites.

A police party led by Acting OCPD Supt Zamani Hamdan Sirat said the girl would be referred to the welfare department.

The police would also be checking budget hotels in the area to minimise immoral activities.

Fact or fiction?

The girl’s mother said her husband, who was working in Kuala Lumpur, hardly send her any money, leaving her family to fend for herself.

Zamani said the 15 women would be charged under Section 372 of the Penal code for soliciting. The maximum penalty is a jail sentence of not more than a year and a fine, or both.

The mother would also be charged under the Child Protection Act 2001 of which the maximum penalty would be a jail sentence of not more than two years, a fine or both.

* Aku teringat ada dulu kes Dr Mashitah menghalalkan pelacuran sebab terdesak. Mungkin ini adalah salah satu bukti fatwa yang di buat oleh Dr Mashitah ... hmmm.. lu pikir laa sendiri ... apa nak jadi laa dunia nih ...

Article di petik dari ruangan soal jawab agama ‘Anda Musykil, Dr Mashitah Jawab’ akhbar Harian Metro Ahad, 19/6/2004

Jawapan dari Ustazah Masitah seperti berikut:

" Hukum di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya."

"Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan."

"Perkara dilakukan dalam suasana dharurat terlepas daripada hukuman biasa."

"Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia dimaafkan'


Aku attached article dari salah seorang ustaz berkenaan syarat darurat ...

- USTAZ NASARUDIN BLOGSPOT

Tuesday, December 8, 2009

Pekerja Pakai Buang

Bukan cuaca jer bermusim sekarang nih.. macam macam musim dah ada kat dunia nii... Sekarang nih tengah musim buang orang la pulak untuk company company oil and gas nii.. bukan company aku jer.. aku dengar banyak jugak company company lain yang senasib... ramai member member seperjuangan aku yang terpaksa menerima kenyataan yang contract contract mereka tak dapat di teruskan ... even untuk aku sendiri pun belum tentu ... cuma apa yang mampu aku lakukan ialah banyak banyakkan doa agar Allah mempermudahkan segala galanya ... kalau di takdirkan contract aku tak sambung .. aku harap Allah akan mempermudahkan aku menjalani kehidupan kat muka bumi nih... kalau itu yang dah di tentukan kita terpaksa terima ... mungkin ada tempat lain yang lebih baik .. yang lebih di redhai Allah .. itu yang dah di tentukan ... hanya anggap laa semua tu sebagai ujian kita kat muka bumi ini ...

Aku sebenarnaya betul betul bersimpati kat member member aku yang tak sambung contract nih... setakat nih.. untuk department aku sahaja dah hampir sepuluh orang... tu belum engineer engineer .. belum lagi department department lain lagi.. company bercadang nak redused dari 5 floor ke 2 floor jer.. cuba bayang kan berapa ramai dia nak buang orang untuk boleh memuatkan hanya 2 floor..

Entah laa... terasa seperti sebahagian hidup mereka punah macam tuh aja.. macam mana dia orang nak meneruskan kehidupan mereka nih nanti... dengan segala macam tanggung jawab dan segala macam commitment ... aku betul betul ngeri kalau nak difikirkan .. berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

Mengungkit kesilapan dan mencari kesalahan orang lain bukan jalan penyelesaian walaupun kebanyak berpunca dari orang lain.. apa yang aku kesalkan ialah apabila management seolah olah langsung tidak meneliti atau mempunyai basis untuk membuang mereka.. mereka mereka nih bagi aku boleh di katakan kebanyakkannya berkebolehan.. rajin.. dan tidak mempunyai maslah disiplin pun.. itu yang buat kami benar benar marah dan tak puas hati... yang pandai bermain dengan kata kata manis dan lakonan lakona artist kelas pertama masih lagi di sanjung.. dan mereka mereka yang mempunyai kabel kabel besar juga masih lagi mendapat tempat.. mungkin rezeki mereka agaknya .. hanya Allah sahaja yang megetahu keberkatan rezeki mereka.. sapa kami untuk menilai ...

kami kesal .. apabila kami tidak mendapat pembelaan dari management paling hampir.. boss yang sepatutnya menjadi tempat kami berpaut seolah olah tidak berkuasa langsung ..penakut .. dan langsung tidak bertanggung jawab ... tak seperti department department lain yang terus menerus mendapat pembelaan dari boss mereka... walau sapa pun orang bawahan mereka mereka tetap sama di mata boss mereka.. itu department lain yang berbosskan orang orang kafir ... tapi tidak untuk boss kami ...boss yang sepatutnya membela hak hak mausia manuisa Mleaayu dan bergama Islam ni.... dia terlalu sombong dan buta .. apa yang dia inginkan hanya kepentingan diri mereka sendiri... entahlah.. tekaan kami mungkin salah .. maaf mungkin perkara sebaliknya yang berlaku .. cuma kami tak tahu politik office nihh ... tapi itu laahhh apa yang kami nampak .. pandangan kami dari sudut seorang orang bawahan ... orang orang bawahan yang terlalu rasa tertindas ..

Banyak kali jugak suara suara kecil ni di uatarakan mempersoalkan atas dasar apa mereka memberhentikan pekerja pekerja yang berpengalaman dan bagus nih.. tapi jawab mereka ringkas.. contract mereka dah habis dan company tak nak sambung dah...macam tu punya senang .. seolah olah pekerja pakai buang jer...

Dan apa yang aku kesalkan lagi ialah .. berapa ramai pekerja pekerja asing yang masih lagi jidup di company ini walaupun hampir semua mereka boleh digantikan dengan our Malaysian Professional.. mana perginya dasar dasar kerajaan, dan dasar dasar PETRONAS yang ingin lebih mengutamakan pekerja pekerja Profession dari Malaysia.. itu yang buat aku begitu kecewa dengan tindakan orang orang atasan di Malaysia ... kami seolah olah di anak tirikan di rumah sendiri ..

PETRONAS masih lagi sudi membayar pekerja pekerja asing ini dengan harga yang melampau banyaknya.. kalau di lihat gaji mereka di bayar dengan mata wang USD dan kebanyakan jugak yang di bayar dengan harga hari ... entah laa.. seperti yang aku katakan tadi pandangan dari kami yang berpangkat bawahan... mungkin kami silap ... cuma harapan kami.. agar nasib kami terbela .. agar kami di adili dengan seadilnya.. bergantung pada tugas kami.. bergantung pada kebagusan kami melangsaikan tangunggungjawab kami.. bukan atas sebab kepentingan individu.. atas sebab termakan dengan pujukan dan lokonan lakonan dan juga kata kata manis...

Kami bukan pekerja pakai buang.. kami punya harga diri.. kami punya tanggung jawab.. dan kalian juga.. kalian juga akan di soal di sana nanti tentang tanggung jawab mengadili kami pekerja pekerja di bawah kamu .. apa apa pun harapan aku kepada mereka yang tidak mendapat hak mereka yang sepatutnya.. tentu ada hikmah di sebalik itu.. tentu di luar sana ada peluang yang lebih baik.. Allah akan berikan yang terbaik sekiranya kita tenang dan bersabar... sesungguhnya Allah itu tidak zalim..