Sebagai penutup dan pembukaan tahun .. aku nak imbas kembali apa yang dah jadi sepanjang tahun 2011 ni.. aku rasa tahun 2011 nih adalah tahun yang penuh cabaran dan penuh dengan dugaan ... mungkin Allah peruntukkan untuk ujian agar aku lebih banyak bersabar dan menjadikan aku insan yang sentiasa sentiasa tabah ....
January ... Tahun ini di mulakan dengan persiapan anak anak ke sekolah .. Nayli sudah masuk darjah satu .. kakak sudah darjah empat .. betapa usia ,mereka bertambah dengan cepat ...
May ... aku di kejutkan dgn berita endometriosis.. apabila hati tergerak untuk
melakukan full scan untuk rahim pasal hati kecil aku sentiasa menyatakan
ada sesuatu yang aku perlu periksa... doctor mengesahkan ada sesuatu
dalam rahim dan kemungkinan besar endometriosis.
June .. Selepas segala galanya telah confirm aku dengan tawakalnya menjalani pembedahan itu.. cuma harapan aku jangan laa ianya terlalu besar sehingga terpaksa membuang semua sistem peranakan aku Alahmdulillah segalanya berjalan lancar. ... endometriosis hanya pada peringkat yang amat baru .. permulaa.. dan sangat kecil ...
July ... aku di arahkan ke Bintulu seorang diri untuk conduct satu event besar untuk contract besar aku yang bernilai more than 100 million. Itu merupakan saat yang sungguh mencabar dan aku sahut cabaran boss aku tuh dengan tawakal .. alhamdulillah berjaya dengan cemerlang...
August .. aku telah mendapat pengesahan doctor yang aku mengandung lagi .. kandung kali ini adalah kandungan yang keenam. Aku amat berharap agar kandungan kali ini sihat dan semoga Allah permudahkan ..
September ... raya tahun ini terpaksa beraya di Melaka kerana atas advise doctor aku tak boleh travel jauh jauh... hari raya ketiga.. suami dan anak anak sahaja yang pulang ke Kelantan ... terpaksa laa meraikan Anniversary seorang diri di Melaka
September ... 2 minggu selepas raya .. check up yang ke 4 atau ke 5 ... doctor menjangka bahawa kandungan aku tidak boleh bertahan lama... jantung tidak nampak berdenyut .. dan baby tidak membesar.. seminggu selepas itu check up semula dan doctor mengesahkan .. baby sudah memang tidak bernyawa lagi .. kandungan sudah 8 minggu.. D & C di lakukan dengan sempurna .. alhamdulillah
October menghantar mertua menunaikan haji untuk kali kedua .. walaupun badan agak lemah kerana baru 2 minggu D & C tapi masih tetap aku gagahkan lagi ... perasaan takut bila sesekali pinggang dan kaki aku kebas kerana duduk diam dalam kereta dan jarak perjalanan yang agak jauh .. sesekali angin sejuk datang terasa sampai ke tulng .. hany tawakal aja.. kerana bagi aku kalau niat baik pasti Allah akan kurniakan balasan yang baik dengan menghapuskan segala kesakitan .. Alahamdullilah segalanya lancar ..
November menjemput mertua dari Mekah.. Alhamdullillah mereka berdua sihat ... sekembalinyaaku ke rumah setelah meniggalkan rumah selama 5 hari .. tiba tiba aku lihat kereta Wira aku hilang ghaib .. kereta aku di curi ... innalillah .. mungkin bukan lagi rezeki aku ...
December .. saat yang aku paling nanti nantikan selama 10 tahun dalam Oil and Gas company dan 7 tahun bersama Murphy Oil.. akhirnya aku telah di permanentkan bersama sama beberapa procurement yang lain .. oleh kerana contract aku yang terlebih dahulu habis.. maka aku adalah antara orang yang pertama di permanantkan walaupun ada lagi mereka yang lebih lama berkerja di Murphy .. Alhamdulillah ...
Pelbagai cerita suka duka untuk sepanjang tahun 2011 ini .. apa yang aku harapkan agar tahun 2012 ini lebih menjanjikan kebahagian untuk aku dan keluarga ... semoga Allah memberi rahmat, hidayah dan keberkatan untuk diri aku dan kelurga aku sepanjang tahun 2012 ini .. ameennn..