Monday, May 19, 2014

Mother's day

Kagum dengan adik ... ni semua untuk mak sempena hari ibu... bunga rose yg dia beli kat sekolah ... pop up card, flower blossom cards yang kombang setaman tu dan yg paling best frame gambar yang memang sungguh cantik ... semua hasil tangan adik Nayli sendiri ... creative sungguh ... tq adik ... love you so so much ... mmmuaaahhhh...

Saya dah kurus kan ...

Saya dah satu tahun satu bulan... hobi saya berjalan ... tu pasal daya dah kurus sekarang niii   ...

Saturday, May 17, 2014

Saya boleh lari ...

Saya dah pandai jalan laju laju... kadang kadang jer jatuh... saya suka bila dah boleh jalan .. sampai tak nak dah dukung lagi .. nak jalan jer kerjanya sampai lutut pun naik lembik ...

Thursday, May 8, 2014

Hudud

Ini jawapan yg palibg mudah dijawab sekieanya ada yg bertanya. Semua umat Islam wajib menuntut ilmu dan tak der sebab untuk menolak hudud.

Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :

a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir

Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :

a. Bunuh dengan sengaja

b. Melukakan dengan sengaja

c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja

Hudud pula melibatkan 6 kes :

a. Murtad

b. Merompak

c. Minum arak

d. Berzina

e. Mencuri

f. Tuduh zina (qazaf)

Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :

a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja

b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.

Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.

Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.

Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

Sila share