Aku pernah jugek buat benda-benda lasak cam nih... hidup aku macam dah sebati dengan Tae Kwon Do, sampai ada satu ketika, aku selalu berangan, masa garaduation day aku nanti, aku akan pakai baju Tae Kwon Do aku dalam jubah garaduation aku tuh besama-sama Black Belt aku ... pergh sure hebat...tapi...lepas tragedi 1996... bila aku accident dan patah kaki... aku terpaksa tinggalkan semua nih... sedih yang amat sangat tapi nak buat cam mana...
Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Wednesday, May 30, 2007
Tae Kwon Do
Once upon a time ....
Aku pernah jugek buat benda-benda lasak cam nih... hidup aku macam dah sebati dengan Tae Kwon Do, sampai ada satu ketika, aku selalu berangan, masa garaduation day aku nanti, aku akan pakai baju Tae Kwon Do aku dalam jubah garaduation aku tuh besama-sama Black Belt aku ... pergh sure hebat...tapi...lepas tragedi 1996... bila aku accident dan patah kaki... aku terpaksa tinggalkan semua nih... sedih yang amat sangat tapi nak buat cam mana...
Aku pernah jugek buat benda-benda lasak cam nih... hidup aku macam dah sebati dengan Tae Kwon Do, sampai ada satu ketika, aku selalu berangan, masa garaduation day aku nanti, aku akan pakai baju Tae Kwon Do aku dalam jubah garaduation aku tuh besama-sama Black Belt aku ... pergh sure hebat...tapi...lepas tragedi 1996... bila aku accident dan patah kaki... aku terpaksa tinggalkan semua nih... sedih yang amat sangat tapi nak buat cam mana...
Friday, May 25, 2007
Only in Kelantan...
Cuba tengok ada apa kat atas pokok tinggi tuh... wonder...cam na dia org panjat and pacakkan bendera nih...???
Rasa tercabar kalau ada sesapa yg tak tahu cam mana nak baca papan tanda nih....
Eh... Maya Karin pakai tudung... cun nya...
Cuba bandingkan gambar yang seterusnya...
Opps silap pulak... kalau gambar cam nih boleh jumpa kat any of our Islam Hadhari states....
Thursday, May 24, 2007
“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna, agar Kami jelaskan pada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang telah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhlah berbagai-bagai tumbuhan yang indah.
Al-Haj : 5
MEMAHAMI TINGKAHLAKU EMOSI KANAK-KANAK
Dia ni one of the our top student dulu masa ka UIA... selalu gak mintak dia tolong explain certain-certain chapter psychology yang aku tak berapa pandai...
Oleh: YM Raja Kamariah Raja Khalid Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA
Cahayamata merupakan anugerah ilahi pada pasangan suami isteri dan ia merupakan lambang cinta yang paling bernilai dalam kehidupan berumahtangga. Tanpa tawa ngilai dan tangis gurau anak-anak, akan terasa sunyi bagi pasangan suami isteri lebih lebih lagi yang telah lama berumahtangga. Namun, kesediaan untuk menerima cahayamata amat penting terutamanya untuk mengetahui perkembangan yang berlaku dalam diri kanak kanak dari segi fizikal dan mental kanak kanak tersebut. Dalam perkembangan mental kanak-kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkahlaku emosi juga penting. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak-kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu: a. Faktor luaran iaitu kanak-kanak sering menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata-kata dan sebagainya. b. Faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya. Emosi adalah penggerak pada tingkahlaku kanak-kanak dan merupakan cara yang termudah untuk kanak-kanak melahirkan apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka rasa. Segala situasi yang berlaku di keliling dan juga perubahan biologi yang mereka lalui akan bertindak untuk mewujudkan tingkahlaku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya. Situasi yang melibatkan tingkahlaku emosi kadang kala sukar dinilai lebih-lebih lagi bila kanak-kanak itu berusia antara satu hingga lima tahun kerana perubahan yang berlaku dalam diri kanak-kanak itu tidak seimbang. Setiap perubahan yang berlaku adalah disebabkan perubahan luaran dan juga dalaman yang berkait rapat dengan perubahan biologi yang kurang konsisten. Ini bermakna, seorang kanak-kanak itu dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak itu. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak yang bijak, akan mula memanipulasikan ibu bapa mereka untuk memenuhi kehendak kanak-kanak itu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sensitif pada perubahan biologi dan perubahan emosinya, akan sering menangis dan merengek. Keadaan ini akan menimbulkan rasa marah pada ibu bapa. Atas tindak balas itu, ibu bapa akan mengambil jalan pintas dengan menghukum kanak-kanak itu agar berhenti menangis. Tindakan ini tidak akan memberi apa apa faedah kerana tindaklaku emosi kanak-kanak itu hanyalah bersifat sementara. Kanak-kanak itu akan berhenti menangis kerana ‘takutkan hukuman’ yang diberi. Malahan tingkahlaku emosi ini akan berulang-ulang dan berterusan kerana kanak-kanak itu tidak belajar bahawa ‘menangis’ atau tingkahlaku emosi itu bukanlah cara yang betul untuk menyatakan sesuatu. Ini adalah kerana tingkahlaku emosi ini dijadikan sebagai ‘pembantu’ untuk mereka menghadapi situasi yang dihadapinya seperti untuk memenuhi kehendak dan keinginannya sendiri. Ibu bapa seharusnya menggunakan teknik bertanya untuk mengajar anak-anak agar tidak mengambil jalan pintas dengan tindaklaku emosi sekiranya mahukan sesuatu. Seperti, "Adik nak apa? Kenapa adik menangis? Adik nak susu? Adik nak mainan? Adik tak mahu tidur?" Jika mereka mengiakan apa yang telah ditanya itu, kemudian, ibu bapa haruslah menerangkan pada kanak-kanak tersebut agar nyatakan apa yang mereka mahu dengan jelas (katalah seperti, " Oooo katalah adik nak susu.....jangan lah menangis...mana ibu tahu adik nak susu..lain kali adik cakaplah.....adik tunjuklah pada ibu...") bukannya tingkahlaku emosi (seperti menangis). Proses ini perlu diulang beberapa kali agar mesej tersampai pada kanak-kanak itu. Ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan mental yang turut berkembang pada kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun. Berbanding dengan cara ‘hukuman’ tadi, ia akan menimbulkan kesan emosi negatif pada kanak-kanak itu dan ia membantutkan pembesaran emosi yang positif. Dikhuatiri sekiranya kanak-kanak itu akan terus menggunakan teknik menangis (atau tingkahlaku emosi) ia akan melahirkan suasana tidak tenteram, benci membenci antara satu sama lain. Perangai tunjuk emosi ini boleh ditangani sekiranya ibu bapa tahu mengendalikan emosi anak-anak mereka. Ibu bapa harus peka dengan kehendak dan kemahuan anak-anak serta pola tingkahlaku emosi mereka supaya setiap kali berlakunya tunjuk emosi, ibu bapa tahu cara untuk menanganinya. Contoh yang sering berlaku ialah apabila berada di pusat membeli belah. Ada kanak-kanak menggunakan tingkahlaku emosi dengan menangis dan berguling-guling di pasaraya untuk menarik minat ibu bapa agar memenuhi kehendaknya. Keadaan ini akan berterusan walaupun kanak-kanak itu telah dihukum (selalunya ibu bapa akan memukul atau memaksa anak mereka agar berhenti menangis tetapi, kanak-kanak itu akan mendapat apa yang dihajatinya kerana sekiranya mereka terus menangis walau pun di hukum, kanak-kanak itu akan dapat juga apa yang dihajatinya) Secara tidak langsung,ibu bapa kanak-kanak tadi telah dimanipulasikan oleh anak mereka sendiri. Sekiranya tingkahlaku emosi seumpama ini terjadi, ibu bapa harus berhati-hati agar tidak menjadi ‘mangsa’ pada anak anak sendiri. Ibu bapa harus menggunakan teknik perjanjian dengan anak-anak dengan syarat setiap apa yang dijanjikan itu ditepati. Berjanjilah dengan anak-anak sekiranya mahu mengikut ibu bapa ke pasaraya, haruslah berkelakuan baik jika tidak, mereka tidak akan dibawa bersama nanti sehinggalah mereka berjanji akan berkelakuan baik. Ibu bapa harus bijak dalam menguruskan emosi anak anak. Cuba elakkan dari menggunakan teknik menghukum, sebaliknya digantikan dengan teknik bertanya dan perjanjian agar dalam masa yang sama, mereka akan belajar untuk menguruskan emosi mereka sendiri. Kaedah ini amat penting bagi kanak kanak yang membesar kerana pada peringkat awal inilah akan membentuk peribadi kanak kanak bila mereka dewasa nanti. Kanak-kanak seharusnya diajar/dilatih menurut kata-kata ibu bapa bukannya dimarahi, dihukum atau dileterkan . Secara amnya, ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan disiplin dan hukuman. Kedua-dua ini memberi kesan yang kurang sihat pada pembesaran anak-anak. Hukuman ialah sesuatu yang ‘menyakitkan’. Hukuman ialah membalas seseorang yang telah melakukan sesuatu kesalahan. Disiplin pula merupakan tindakan yang dilakukan dengan satu matlamat tertentu. Dalam hal ini, ibu bapa harus mendisiplinkan anak-anak dengan diplomasi dengan tujuan untuk membantu anak-anaknya memperbaiki dirinya. Harus kita pertimbangkan bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak boleh dipaksa. Sistem ‘pembelajaran’ akan berlaku secara automatik. Cuba bentuk emosi anak-anak dengan disiplin dan diplomasi serta kasih sayang. Mereka akan kenal siapa mereka, realiti yang harus mereka hadapi dan ini dapat memperkembangkan keseimbangan tingkahlaku emosi kanak-kanak.

4 GOLONGAN LELAKI YANG DI TARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA
Article-article yang boleh membantu memotivasikan diri sendiri...
Pertama:- Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ...... nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga ..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.
Khasiat Peluk Isteri
Baca article ni dah lama dah... just nak share dengar korang...
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
p/s : lepas nih ada yang tak pergi kerja asyik nak kena peluk ngan suami jerrr....

Wednesday, May 23, 2007
Satu Rumah Satu Penyanyi...
Demam Akademi Fantasia... at last abih jugak ...
Akademi Fantasia musim ke lima... ramai laahhh anak-anak Melayu yang melekap kat depan kaca TV nak tengok Akademi Fantasia final... ada yang sanggup mengabihkan beratus-ratus ringgit hantar SMS vote untuk penyanyi yang dia orang sayang nih... ada yang menangih, tak puas hati pun ada, suka, gembira, bangga.... errmm bagi aku KESIAN dan SEDIH ...
Nih kot matlamat sebenar Akademi Fantasia... kalau dulu kerajaan sibuk dengan Satu rumah satu komputer sekarang rasanya dah ada matlamat baru Satu Rumah Satu Penyanyi... no komen... tapi sedih ...
Islam Hadhari ...???
Sendiri mau ingat....
Tuesday, May 22, 2007
Sakit...
Baru masuk kerja hari nih ... MC 2 hari sambung ngan Sabtu Ahad... but still hari nih rasa cam tak boleh nak buat kerja ... (alasan)hmmm macam biasa aku punya Tonsilitis buat hal lagi .... tekak aku bengkak and its burn adushh... tak larat rasanya... pergh perit... dah tua-tua nih aku rasa level antibody aku sekarang memang semakin menurun... hari Khamis hari tuh langsung tak boleh nak bangun ... my Hubby buat semua ... siapkan anak sekolah, hantar anak and breakfast lunch dinner on him... aku cuma habiskan masa aku kat atas tilam toto depan TV... masa nih laahhh terus terbayang muka mak ngan ayah kat kampung rindu tuh satu hal ... satu lagi terbayang agaknya cam nih laahh rasanya bila dia orang demam atau sakit sikit-sikit... tak de tempat mengadu anak-anak semua ada tanggung jawab mereka masing-masing kesian... tuh jer mampu aku katakan.... aku pun tak terdaya nak buat lebih dari itu... selain telefon dan balik melawat dia oragtuh sekali-sekala apa lagi yang boleh aku buat....entah lahhhh.... at least aku sekarang nih still ada anak-anak aku yang boleh laaahhh mintak tangan-tangan kecil tuh tolong urutkan badan, picitkan kepala. Ingat lagi cam mana dia orang berebut-rebut nak bagi mak dia nih makan ubat... "Lepas makan nasi nih mesti makan ubat tau ... " pesan Nayli kat aku. Ayat yang biasa aku guna kalau bebudak tuh demam... "errmmm nanti Kakak tolong suapkan ubat... " sampuk Nabilah ."Alaaa.... adik pun nak jugak... " sampuk Nayli sambil menjebikkan bibir tanda tak puas hati laahh tuh...masa nih rasa semua orang kat muka dunia sayang kat aku... bangga pun ada....masa sekarang nih masih ada tempat nak bergantung walaupun dia oarang tuh masih kecik...
Kekadang tuh aku rasa sedih sangat bila teringat kat mak ngan ayah yg ada kat kampung... sihat ker sakit ker.... ermmmm dah... tinggal dua orang jer kampung ... memang laarrr boleh tanya khabar tapi dalam phone rasa cam tak puas... nak balik selalu pun tak terdaya... aku ada responsibilities aku sendiri untuk family aku....Terfikir macam mana agaknya diri aku bila dah tua esok... sakit pening aku ni nanti ada tak orang tengok... ada tak anak-anak aku jaga dan amik peduli atau sampai hati ker dia orang tinggalkan aku kat rumah orang-orang tua... hmmm... entah laahhh...Bagi aku.... semua depends on how you treat your parents and how you educate your kids.... Walau cam mana pun semua tuh qada' dan qadar tuhan... kita manusia nih hanya mampu merancang hanya Dia yang menentukan... semoga dengan berkat amalan kita segala-gala yang terbaik akan di anugerahkan untuk kita jugak nanti.... berdoa saja lah...

Tuesday, May 15, 2007
Exams
Pheewww.... today is my daughter's first time ever examination day... kindergarten jer pun hehehe.. actually aku yg gabra giler ... semalam aku sit ngan dia and buat some revision... and I'm keeps telling her that "Sebelum jawab every each of the question mesti baca dulu soalan ... fahamkan soalan tuh betul-betul kalau tak tahu .. tanya teacher... and aku kepps asking her wether dia dah sharp all the pencils and dah ada eraser ker dah ada ruler ker and kalau ada soalan yg suaikan make sure use colour pencils not just simply use pensil.. ermmm pas tuh aku pesan lagi "Buat betul-betul nih...nanti teacher nak bagi markah and nanti teacher nak bagi hadiah kalau sesapa dapat markah tinggi... bla-bla-bla.... sampai dia nak turun kereta pagi tadi pun aku keeps remind her the same thing... and korang tahu apa response dia... "Ermmm ... erm...erm... iye lah Ila tahu lahhh Mak... Mak nih ... semalam kan dah cakap..."
Oppsss... malu plak rasa nya... aku ker dia yg nak amik exam nih... dia cam rilex jer aku yg kelam-kabut semacam and yet it's just a KINDERGARTEN lahhhh... aku pun tak tahu kenapa dengan aku ...
cam mana hek ...aku tak dapat bayangkan kalau bila anak aku nak menduduki examination yang lebih besar cam UPSR, PMR, SPM and masuk U all the Final exam pergh...
Teringat aku masa dedolu... masa aku nak amik SPM... (yg lain-lain tuh aku tak pernah kisah pun) ingat lagi masa tuh parents aku gi buat haji kat Mekah so... hampir every night dia call to ask my progress about my study.. maybe sebab tuh kot aku pun rasa cam tuh... my parents tak pernah berenti buat sembahyang hajat bila aku nak amik all the exams masa kat u... especially bila aku kata subject nih susah sikit larr mak... and selalunya before exam and immidiately after exam i will called my parents and citer... kalau sebelum exam tuh biasanya aku mintak restu laarrr...
So aku rasa aku dapat degree nih pun atas doa-doa mereka... nak harapkan aku baca buku bersungguh-sungguh aku rasa idak ler...
So bila sampai kat office pagi tadi, aku try rilex ...bawak bertenang ... and aku rasa tak logik sungguh apa yg aku rasa sekarang nih... aku sepatutnya cool jer and doakan dia dapat jawab semua soalan-soalan... and aku realise that kalau aku buat cam nih mesti dia rasa pressure dan nanti dia pulak yang cemas dan kalut... so, aku pun decide to be cool and just act as nothing happend .... just hide my real feeling about all those things....
Anyway aku doa kan anak aku boleh jawab semua soalan-soalan exam dia dengan cemerlang...

Subscribe to:
Posts (Atom)