Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Tuesday, June 30, 2009
Surah Al-Waqiah
1) Untuk awet muda :
Baca ayat Al-Waqiah (35, 36, 37, 38). Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiupkan dalam air dan minum - Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman.
Click sini untuk baca ayat nih sepenuhnya
Makna ayat :
[35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
2) Untuk ketenangan jiwa
Baca ayat Waqiah setiap hari sebelum tidur. Mungkin boleh di amalkan kepada sesiapa yang rasa jiwanya kacau dan tak tenteram.
Surah Al-Waqiah (click sini untuk baca sepenuhnya)
3) Untuk mengelakkan dari sakit kepala
Perbanyakkan baca ayat no 19.
Makna ayat:
[19] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Saham Akhirat ..
so sesapa yang rasa nak bina saham untuk akhirat mungkin boleh menderma untuk pembinaan Masjid ni...
Sila click sini untuk melihat berita penuh pasal bina masjid ni.
Derma Masjid As Sahabah - Bosnia
Sesiapa yang berminat untuk menderma boleh transfer kan duit korang kat sini
Maybank 5140 6605 4194
Wan Shohor bani Leman
Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!
Harakahdaily Sun | Jun 28, 09 | 8:06:57 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan. residen PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu. "Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ. "Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online. Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975. Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut. Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan. "Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen. "Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang. Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002. Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan. "Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak. "Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. - mks._ |
Thursday, June 25, 2009
Happy Father's Day
dan Happy Father's day too to all fathers.
Pelajar Terbaik Bahasa Arab - 2009
Alhamdulillah... sekali lagi tahun ni kakak memenangi anugerah Pelajar Perempuan terbaik Bahasa Arab untuk 2 tahun berturut turut. Taniah untuk Nabilah. Semoga apa yang dia kecapi akan kekal sampai bila bila.
Pertandingan Amali Solat Subuh peringkat Zone Selangor
Dah lama tak upload upload gambar ni... nih masa 18 April 2009. Pertandingan Amali Solat Subuh peringkat Zone.
Monday, June 22, 2009
Sira Labu
Bahan bahan
Labu
Gula melaka / gula kerek / gula kabung (pilih la mana mana yang korang suka)
Daun pandan
Sedikit garam
Air
Kapur makanan
Labu tu basuh bersih (nak buang kulit pun boleh tak yah pun boleh - lagi sedap kalau x yah buang kulit .. kulit dia nanti jadi rangup). Buang bujik dia. Potomg ikut jalur jalur dia... tapi ikut suka hati korang laa nak potong cam mana pun.... Kemudian rendam dengan air kapur, kalau nak lagi sedap rendam semalaman biar kulit luar dia betul betul keras dan rangup bila masak nanti. Masakkan air gula dengan daun pandan. Buh air sampai boleh menutupi semua bahagian labu tadi. Bersihkan labu yang dah di rendam dengan kapur tadi. Masukkan kedalam air gula dengan daun pandan tadi dan biar jer sampai air gula dia tinggal sikit. Tutup periuk supaya cepat sikit masak. Kalau suka boleh masukkan bunga cengkih sebatang (akau memang tak minat so biasanya aku tak letak). Dah siap. Masukkan dalam peti ais dan boleh terus makan. Heheh senang kan...
Tuesday, June 16, 2009
Sambungan Khasiat Makan-makanan Sunnah menurut Islam
Delima
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut” Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.
Kurma
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong.Kajian oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”.Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia meransang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Zaitun
Rasulullah bersabda: “ Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati ” Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.
Za’faran
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran iaitu sejenis tumbuhan ubat yang terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina.Saidina Ali pernah menyatakan; “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.
Buah Tiin
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaannya. (Surah –Tiin)Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.
Habbatus Sauda’
Khasiat Habbatus Sauda’ di ketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda; “ Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)”. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Madu
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud; “ Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia”. Al-Quran mengiktirafnya sebagai Asy-Syifa’ iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silica dan lain-lain untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda; “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”
Kismis
Imam Az-Zuhdi berkata; “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan Zabib (kismis)”.Ada hadis yang menyebut; “Sebaik-baik makanan ialah buah Zabib(kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”.
Makanan Dan Hikmahnya dalam Islam
Senarai Makanan Dan Hikmahnya
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak Kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama Dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. Pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu Dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk Dan disapu disekeliling Mata bagi menguatkan pandangan Mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang Dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan Dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. Pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas Dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma Dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam Dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid Dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid Dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga Dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. Pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser Dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "IA" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus Dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' Dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. Membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
Dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi Dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. Pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa Dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan Dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan Dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas Dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air Dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. Pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. Sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh Kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila Kita melecur atau kulit terbakar Dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik Dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba Dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak Ada satu Hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. Pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang Ada pada hulbah, mereka pasti membeli Dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid Dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan Dan rasanya enak. Nabi s.a.w. Pernah bersabda, "Jika anda kata Ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir Dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan Lumpur Dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam Dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (henna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sl)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Friday, June 5, 2009
Serawa Betik
Resepi nih memang senang ... aku kalau sekadar makan betik nih memang sejak dari dulu lagi aku memang tak suka... kebetulan plak mak ayah aku ada tanam pokok betik.. buah dia memang banyak dan boleh tahn manis jugak laa.. tapi masalahnya anak anak dia nih memang laa susah nak makan betik.. jadik mak selalunya akan buat serawa betik... hmm... boleh tahan jugak laa.. yang penting aku boleh makan laaa ...
Susu pekat manis / Susu cair / santan (kalau pakai santan atau susu cair boleh buh sikit gula bagi manis)
Betik
Ais
Potong betik jadi dadu kecik. Buh dalam bekas.. buh susu pekat main atau pun susu cair atau pun santan (kalau guna santan buh garam sikit bagi lemak) Buh ais. Kalau suka manis boleh buh gula. Siap... kalau nak variety lagi boleh jugak serve dengan ice cream vanila.. perghhhhh...
* Resepi betik nih boleh di tukar dengan mangga atau pun tembikai.. memang sedap kalau makan sejuk sejuk....