Tuesday, December 21, 2010

Hijab Style

Dalam aku tengah mencari cari fesyen apa nak pakai untuk family day this weekend.. aku terserempak ngan satu website minah arab yang penuh dengan desingn baju baju dan cara cara mengikat tudung cara mereka... apa yang menarik dengan website nih .. macam macam benda ada.. cara cara nak make up (Arab style) design baju baju modern, jubah jubah yang sangat cantik dan macam macam laaaa ...
So sesapa yang baru nak berjinak jinak menyarungkan tudung mungkin boleh singgah ke website nih untuk cari idea... perlu di ingatkan ada sesetengah tudung tudung mereka yang tidak mengikut syarak syarak menutup aurat sepenuhnya .. jasi pandai pandai laa menilai yang mana elok dan tidak (terpaksa bagi amaran nanti korang babitkan nama aku plak sekali kat akhirat)

Hijabstyle (click jer kat sini)

Wednesday, December 15, 2010

Sesungguhnya perempuan yang baik hanya untu lelaki yang baik

Semalam pegi ceramah mingguan Dr Fatma Zahra .. kali nih Surah An-Nur. Ustazah kata surah nih antara surah yang paling penting especially untuk perempuan ...

Surah An Nur bilangan ayatnya sebanyak 61
semuanya diturunkan di madinah dan mempunyai hubungan dengan surah sebelumnya iaitu surah al mukminun

Surah An Nur ayat 1 :

Inilah surah, telah Kami turunkan dan Kami tetapkan segala hukum-hukum di dalamnya, dan Kami turunkan beberapa ayat yang terdang di dalamnya, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan.

Huraian - ALlah menurunkan surah ini sebgai kurnia kepada hamba-hambaNya , kerana dia mengandungi beberapa hukum dan perintah yang dibebankan kepada mereka. serta diberInya pula ayat-ayat yang terang iaitu bukti dan keterangan mengenai perkara mentauhidkan ALlah yang sukar ditolak. Yang demikian itu supaya menjadi peringatan iaitu persiapan bagi diri mereka atau pengajaran yang mereka amalkan agar dapat hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Jika mereka mengetahui akan hukum-hukum tersebut dapatlah mereka mengenal ALlah yang membolehkan mereka patuh kepada perintah ALlah dan menyedari bahawa mereka tidak lain hanya sebagai hamba-hambaNya yang akan dikira segala amal baik sedikit mahupun banyak.

Dan apabila hal ini telah terlaksana, maka akan menjadi teraturlah urusan hidup baik dari individu mahupun masyarakat dan akan menhgasilkan manusia dapat hidup dalam suasana aman dan tenteram.

Sila click sini untuk membaca keseluruhan tafsir ayat An-Nurr ...


Apa yang lebih menarik Dr Fatma banyak menyentuh hal ehwal perwatakan dan cara pemakain kaum muslimat sekarang ini .. bebaju tapi berbogel .. tutup tapi terbuka ... dan bagaimana cara prang orang Yahudi menyerap masuk kedalam hati sanubari kita ...
Tapi apa yang lebih terkesan kat hati ini .. ialah kata kata Dr fatma..

"Sesungguhnya perempuan yang baik hanya untu lelaki yang baik" sekiranya sesuatu masalah itu muncul dalam rumah tangga .. katanya muhasabahlah diri kita sendiri terlebih dahulu .. adakah kita sudah cukup baik untuk mendapat dan mengharapkan yang terbaik dari pasangan kita ... dan sekiranya kita rasa pasangan kita tidak seperti yang kita harapkan, maka kita perlu ubah diri kita dahulu sebelum kita harapkan perubahan dari mereka... kata uztazah lagi  .. Allah maha adil .. Dia tidak akan menyeksa umatnya ... segala apa yang baik itu sekejap atau lama akan menjadi milik kita jugak ... sesungguhnya segala apa permasalahan itu adalah ujian atau pun balasan untuk kita kerana di sebalik itu sesungguhnya ada rahmat yang amat besar .... fikir fikirkan lah ....

Monday, December 13, 2010

Mengindam nak jungle trekking, mountain climbing and camping ....

Lama jugak tak masuk hutan .. semalam bila tengok anak anak aku dan anak neighbour camping (kat depan rumah neighbour). Terasa betul nak ikut serta dalam mana mana operasi trecking yang entah berapa lama aku tinggal ... kalau kaki aku tak patah 12 tahun dulu mungkin semua gunung gunung kat Malaysia aku takluki ... aku tengah cari kekuatan semula untuk involve balik dalam jungle tracking .. cuma mampu atau tidak ...
Tadi terbuka pulak web site nih perghhhh ... melelh air liur aku tengok water fall nih semua ... arghhhh ...

Water Falls In Malaysia

Saturday, December 11, 2010

35 tahun

Terima kasih Tuhan kerana memberi aku rahmat yang tidak terhingga sehingga aku masih lagi di sini .. hari ini ... pada usia yang ke 35 tahun ...
Pada mak dan ayah ... terima kasih atas segala pengorbanan aku dan membesarkan aku sehingga sekarang ...
Suami dan anak anak .. terima kasih atas kehadiran kamu sebagai pelengkap kehidupan aku di muka bumi ini ...
Abang kakak dan semua ahli keluarga dan juga rakan rakan .. terima kasih juga atas segala galanya .... atas doa dan ucapan birthday yang tidak putus putus...