Semalam pegi ceramah mingguan Dr Fatma Zahra .. kali nih Surah An-Nur. Ustazah kata surah nih antara surah yang paling penting especially untuk perempuan ...
Surah An Nur bilangan ayatnya sebanyak 61
semuanya diturunkan di madinah dan mempunyai hubungan dengan surah sebelumnya iaitu surah al mukminun
Surah An Nur ayat 1 :
Inilah surah, telah Kami turunkan dan Kami tetapkan segala hukum-hukum  di dalamnya, dan Kami turunkan beberapa ayat yang terdang di dalamnya,  mudah-mudahan kamu mendapat peringatan.
Huraian - ALlah  menurunkan surah ini sebgai kurnia kepada hamba-hambaNya , kerana dia  mengandungi beberapa hukum dan perintah yang dibebankan kepada mereka.  serta diberInya pula ayat-ayat yang terang iaitu bukti dan keterangan  mengenai perkara mentauhidkan ALlah yang sukar ditolak. Yang demikian  itu supaya menjadi peringatan iaitu persiapan bagi diri mereka atau  pengajaran yang mereka amalkan agar dapat hidup bahagia di dunia dan di  akhirat.
Jika mereka mengetahui akan hukum-hukum tersebut  dapatlah mereka mengenal ALlah yang membolehkan mereka patuh kepada  perintah ALlah dan menyedari bahawa mereka tidak lain hanya sebagai  hamba-hambaNya yang akan dikira segala amal baik sedikit mahupun banyak.
Dan apabila hal ini telah terlaksana, maka akan menjadi teraturlah  urusan hidup baik dari individu mahupun masyarakat dan akan menhgasilkan  manusia dapat hidup dalam suasana aman dan tenteram.
Sila click sini untuk membaca keseluruhan tafsir ayat An-Nurr ...
Apa yang lebih menarik Dr Fatma banyak menyentuh hal ehwal perwatakan dan cara pemakain kaum muslimat sekarang ini .. bebaju tapi berbogel .. tutup tapi terbuka ... dan bagaimana cara prang orang Yahudi menyerap masuk kedalam hati sanubari kita ...
Tapi apa yang lebih terkesan kat hati ini .. ialah kata kata Dr fatma..
"Sesungguhnya perempuan yang baik hanya untu lelaki yang baik" sekiranya sesuatu masalah itu muncul dalam rumah tangga .. katanya muhasabahlah diri kita sendiri terlebih dahulu .. adakah kita sudah cukup baik untuk mendapat dan mengharapkan yang terbaik dari pasangan kita ... dan sekiranya kita rasa pasangan kita tidak seperti yang kita harapkan, maka kita perlu ubah diri kita dahulu sebelum kita harapkan perubahan dari mereka... kata uztazah lagi  .. Allah maha adil .. Dia tidak akan menyeksa umatnya ... segala apa yang baik itu sekejap atau lama akan menjadi milik kita jugak ... sesungguhnya segala apa permasalahan itu adalah ujian atau pun balasan untuk kita kerana di sebalik itu sesungguhnya ada rahmat yang amat besar .... fikir fikirkan lah ....
 
 
No comments:
Post a Comment