Weekend baru nih sememangnya hectic dan exhausted betul ... pagi pagi Isnin dah nak kena pegi Sekolah Kebangsaan .. Nayli ada Orientation Day .. sekali dengan placement test. Mak aku pun ikut sekali kebetulan mereka ada di rumah aku untuk sama sama menyaksikan Graduation Day adik Nayli. Dari pagi sampai laa pukul 12:30 kita orang berada kat sekolah tuh .. Nayli amik exam for 2 hours .. sementara para ibu bapa menyelesaikan segala urusan kemasukan ke Darjah satu .. taklimat ringkas juga di berikan kepada para ibu bapa.. dan sebagai penutupnya .. QA session ...
Pagi tu dalam pukul 6:00 pagi aku memang betul betul terkejut .. Aku baru aja nak kejutkan dia untuk bangun bersiap dan sembahyang subuh rupa rupanya .. dia bangun awal untuk menyambung ulangkaji nya untuyk Placement Test pagi itu.. terharu jugak aku ..
Pukul 7:00 aku terus ke sekolah .. Nayli .. hmmm.. dah tak hengat kat mak ayah dia dah .. asyik dengan kengkawan dia aja. tambahan pulak kesemua kawan kawannya merupakan kawan kawan dia semasa di Montessori.. bak kata sorang ibu .. biasala kalau Montessorians dah berjumpa mana nak ingat dunia..
Selesai exam .. aku dengar satu discussion sekumpulan Montessorians :"Eh awak .. senang aja kan exam tadi ... macam makan kacang aja .. sambung Nayli.. " Iye laa tuh senang nanti ada banyak careless mistake .. over confident tingkah aku .. iye aunty senang aja .. sorang lagi mencelah .. aku tak kisah mana .. asalkan dia boleh jawab dan dapat terus belajar kat situ .. aku sudah bersyukur .. aku bukan seorang yang exam oriented ... aku mahu kecermelangan datang dari semua segi .. bukan hanya on paper aja .. hasil jangka masa panjang .. kanak kanak yang terlalu exam oriented nih kebiasaannya tidak begitu creative .. kebanyakannya bergantung terus pada buku buku sahaja .. tapi bukan semua .. segelintir yang aku jumpa ...
Selesai satu pekara .. balik rumah selesai aja lunch.. aku terus hantar budak budak tuh ke sekolah menengah Putra Perdana... ada full rehearsal untuk concert akhir tahun dan graduation day Nayli yang akan berlangsung esok hari.
Esoknya pulak Graduation Day & PPICDC Montessori Concert 2010. Kemudian rush pulak hantar kakak untuk pertandingan Qalam Jamaei di sekolah agama. Malamnya pulak, hari penyampaian hadiah untuk kakak. Kakak dapat tempat kedua untuk pertandingan Khat dan tempat pertama pertandingan Khalam Jamaei dan juga hadiah appreciation sebagai ketua kebersihan. Kali ini markah kakak bayak menurun. Tempat pertama dalam kelas dan Best student Bahasa Arab yang di pegangnya 2 tahun berturut turut jatuh ketangan orang lain.Tak apalah .. usaha lagi untuk tahun depan.. perjalan ini masih panjang ... weekened nih memang sungguh penat tapi bila lihat kejayaan anak anak dalam acara acara yang mereka masuk tuh .. hilang perasaan penat ... aku sungguh bertuah punyai mereka....
No comments:
Post a Comment