Monday, March 3, 2025

Ketupat Sotong Kelantan

Ramadhan day 1, 2025
Tak dan apa apa lagi tok laki dah request Ketupat Sutun. Anak anak pun seronok... Jom tengok resepi. Resepi ni dah oernah di post lamaa sangat dah. Nak cari balik pun dah tak jumpa. Kita post balik la apa ada hal.

2kg sotong (cari yg fresh baru sedap)
3 cawan beras pulut (lebih kurang)
5 keping nise/gula melaka (ikut manis)
1 kilo santan fresh (lebih kurang kalau nk lebih kuah dan pekat boleh tambah santan)
5 helai daun pandan
3 biji bawang merah – dihiris
Sedikit halia – dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Air

1.Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Lebih kurang  1 jam sampai beras pulut kembang dan lembut. Kemudian tapis.
2. Basuh sotong bersih-bersih. Kemudian toskan.
3. Sumbatkan beras pulut yang telah direndam tadi ke dalam perut sotong. Isi separuh badan sotong sahaja. Jangan isi penuh nnti keras plak. Kemudian letak kepala sotong dan cucuk dengan lidi atau buluh pencungkil gigi. 
4. Masukkan santan yang digunakan untuk rendam beras pulut tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang, halia, garam, daun pandan dan sotong ke dalam periuk.
5. Buka api kecik dan masak hingga sotong serta pulut masak kemudian barulah masukkan lebihan santan tadi. Tunggu sehingga mendidih dan pekat. Rasa cukup semua manis, garam, lemak .. boleh tutup api. Siapppp....


No comments: