Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Wednesday, September 23, 2009
Hari Raya
Sehari sebelum raya .. bertungkus lumus membuat persedian raya.. dah rasa cam nak pengsan dah nih.. kena masak.. sup tulang 16 kilo.. rendang daging 6 kilo... ketupat pulut 70 bijik ... semua untuk takbir malam nih dan pagi raya esok.. apa apa pun enjoy raya tahun niii...
Satu hari di hari raya.. pagi seperti biasa... semua kena bangun awal pasal nak solat berjemaah, baca yasin dan tazkirah pendek dari mana mana abang yg ayah appointed lepas sembahyang subuh... lepas tuh baru bermaaf maafan.. kemudian baru minum pagi sekadar ala kadar pasal nak rush pegi solat raya ... balik solat dah kena sibuk kemas rumah dan minum lagi...
Tengah hari kena masak lagi.. masak nasi carrot, ayam masak merah untuk lunch..
Malam pulak tahun nih saja organize khatam quran secara beramai ramai family Raja Majid ... Ramai jugak yg join.. abang Ngah ... yg dah khatam quran secara hafazan tuh.. tahfiz laa kiranya.. kak long, Zirah, Yong, Kak Ngah, Along Atiyah, Kak Ngah Terengganu, Shafiq, Duan... dan 3 budak kecik yg baru naik Quran.. Nabilah, Iqah dan Ae..
dan upacara kemuncak celebrate birthday ayah .. birthday ayah kali nih semua anak anak cucu ada.. tak miss sorang pun.. alhamdulillah.. aku harap ayah akan sihat dan dirahmati Allah dunia dan akhirat...
perghhh... dah nak dekat kul 2 baru tido.. huawarghhh ngantuk gilerrr .... penat memang penat ... tapi raya tahun nih memang best.. ini laa baru first time aku dapat jumpa semua adik bradik aku di hari raya.. kalau tak mana nak jumpa .. ada yg beraya kat rumah mertua.. dan aku pun selalunya begilir balik rumah mertua jugak.. this year memang best sangay sangat...
Monday, September 14, 2009
Aurat kanak kanak
Berdasarkan kedua dua ayat dan hadis nabi kat atas nih aku seperti terpanggil untuk sama sama ingat-mengngati bahawa .. kita sebagai ibu bapa kat dunia nih.. mempunyai tugas dan tanggung jawab besar ke atas anak anak kita.. anak anak yang di amanahkan oleh Allah itu perlu di jaga dengan penuh teliti dan perlu dididik dan di bimbing sejak dari kecik lagi...“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah an-Nur: ayat 31)
Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka..." (At-Tahrim ;6)
Ibu bapa sekarang seolah olah lupa dan memandang remeh tentang perlaksanaan aurat di kalangan anak anak perempuan mereka. Mereka tidak menitik beratkan langsung aurat anak anak mereka terutama anak anak perempuan seolah olah mereka terlalu linient atau terlalu menurutkan fesyen ...
Mereka mencari pelbagai alasan untuk menangguh perlaksanaan penjagaan aurat di kalangan kanak kanak ... Kata mereka biarlah anak anak mereka enjoy dan berhabis habisan semasa kecik untuk tidak menutup aurat.. nanti rugi kerana bila besar nanti dah tak boleh nak bukak aurat.. tak boleh nak melawa.. ada jugak yang menyatakan kesian melihat anak anak kecik di bungkus secukupnya sedangkan mereka masih kecik dan tak tahu menahu mengenai aurat ini.. macam macam alasan atau pelbagai pandangan yang mereka berikan... untuk melarikan diri dari mengajar benda yang baik.
Memang benar aurat kanak kanak yang belum baligh tidak dai anggap berdosa... mereka masih belum diwajibkan untuk menjaga aurat mereka dengan sepenuhnya ... dan para ibu bapa juga tidak di arahkan untuk memaksa anak anak mereka untuk menutup aurat dengan betul.. tapi tidak salah sekiranya mereka memulakan perlaksanaan aurat itu seawal mungkin agar mereka betul betul mengerti dan ajaran itu sebati dalam diri mereka... Bagi aku proses mentarbiyahkan anak anak ini hendaklah bermula dari kecik lagi.. agar mereka mudaj di bentuk tingkah lakunya.. hatinya dan perwatakannya ..
Nabi s.a.w. bersabda: "Anak-anak dilahirkan suci murni fitrahnya. Ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi..."
Memang benarlah bahawa anak anak itu di lahirkan suci dan bersih.. sesuci kain putih.. kita sebagai ibubapa laa yang akan mewarnainya dengan pelbagai corak.. sekiranya kita mahukan ianya tetap putih maka hendaklah kita menjaganya dengan penuh teliti.. kita hendaklah mendidik mereka kembali kepada fitrah semulajadi iaitu Islam. Perkenalkan mereka dengan Allah, dosa dan pahala, perkara wajib, sunah, harus, halal dan haram. Adab adab dalam Islam, solat, dan aurat... bak kata pepatah .. meluntur buluh biar laa dari rebung.. masa kecik inilah kita perlu didik mereka agar apa yang kita sematkan dalam hati mereka akan tetap kukuh sehingga dewasa... segala yang di ajar itu akan menjadi habit atau tingkah laku mereka sendiri apabila besar kelak..
Setiap perkara yang kita ingin didik itu hendaklah di beri penerangan sepnuhnya agar mereka memahami apa yang sepatutnya mereka lakukan sebagai seorang Muslim.. dan supaya mereka terdidik dengan kesedaran menutup aurat dan malu membukanya ... kita perlu didik mereka yang segala kebaikan akan dibalas di akhirat kelak.. dan segala apa yang Allah sarankan itu pasti ada terlindung kebaikan di sebaliknya..
Bagi aku apabila kanak kanak sudah terbiasa sejak dari kecik untuk mendedahkan aurat apabila mereka besar kelak mereka akan merasa janggal dan rimas dengan pakaian yang menutup aurat.
Aku terbaca salah satu ayat dari salah blog ..
Dunia ini pentasnya, Padang Mahsyar itu tempat pengadilannya, Allah itu hakimnya, Syurga atau Neraka itu trophynya...
Happy Birthday
Saturday, September 12, 2009
Masya Allah Tabarakallah (Arafah OST) - See Sharp Minor
Video clip nih di usahakan oleh En Towil.. rrrr.. Mohd Hafizudin ang gang.. member-member aku masa kat UIA.. enjoy it .. a good start for him and friends... congrats and gud luck to you bro..
Wednesday, September 9, 2009
Happy Birthday Nayli...
Masih segar lagi di ingatan bagaimana adik mula keluar melihat dunia pada tarikh ini. Segala jerit perih mengandungkan adik selama 9 bulan betul betul terubat pada ketika terdengar jeritan tangis adik...
Selama 9 bulan .. hospital adalah tempat paling kerap aku kunjumgi .. hampir 3 bulan sekali aku pasti akan bermalam di sana ... bleeding ... aku kerap mengalami pendarahan mengandung kali ini.. aku benar benar takut ... dan kadang kadang aku terasa terlalu tertekan.. dengan semua keadaan yang berlaku ini ..
Tapi syukurlaa.. segalanya berakhir .. Nayli dilahirkan setelah di induced pada hari 09/09/2004 betul betul selepas azan subuh... syukur Alhamdulillah Allah kurniakan kami anak yang sihat, cantik, lengkap anggota tubuh badannya dan merupakan pemberian yang terbaik dari Allah untuk kami ....
Selamat Hari lahir Puteri Nayli Najihah Binti Zabidi ...