Berdasarkan kedua dua ayat dan hadis nabi kat atas nih aku seperti terpanggil untuk sama sama ingat-mengngati bahawa .. kita sebagai ibu bapa kat dunia nih.. mempunyai tugas dan tanggung jawab besar ke atas anak anak kita.. anak anak yang di amanahkan oleh Allah itu perlu di jaga dengan penuh teliti dan perlu dididik dan di bimbing sejak dari kecik lagi...“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah an-Nur: ayat 31)
Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka..." (At-Tahrim ;6)
Ibu bapa sekarang seolah olah lupa dan memandang remeh tentang perlaksanaan aurat di kalangan anak anak perempuan mereka. Mereka tidak menitik beratkan langsung aurat anak anak mereka terutama anak anak perempuan seolah olah mereka terlalu linient atau terlalu menurutkan fesyen ...
Mereka mencari pelbagai alasan untuk menangguh perlaksanaan penjagaan aurat di kalangan kanak kanak ... Kata mereka biarlah anak anak mereka enjoy dan berhabis habisan semasa kecik untuk tidak menutup aurat.. nanti rugi kerana bila besar nanti dah tak boleh nak bukak aurat.. tak boleh nak melawa.. ada jugak yang menyatakan kesian melihat anak anak kecik di bungkus secukupnya sedangkan mereka masih kecik dan tak tahu menahu mengenai aurat ini.. macam macam alasan atau pelbagai pandangan yang mereka berikan... untuk melarikan diri dari mengajar benda yang baik.
Memang benar aurat kanak kanak yang belum baligh tidak dai anggap berdosa... mereka masih belum diwajibkan untuk menjaga aurat mereka dengan sepenuhnya ... dan para ibu bapa juga tidak di arahkan untuk memaksa anak anak mereka untuk menutup aurat dengan betul.. tapi tidak salah sekiranya mereka memulakan perlaksanaan aurat itu seawal mungkin agar mereka betul betul mengerti dan ajaran itu sebati dalam diri mereka... Bagi aku proses mentarbiyahkan anak anak ini hendaklah bermula dari kecik lagi.. agar mereka mudaj di bentuk tingkah lakunya.. hatinya dan perwatakannya ..
Nabi s.a.w. bersabda: "Anak-anak dilahirkan suci murni fitrahnya. Ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi..."
Memang benarlah bahawa anak anak itu di lahirkan suci dan bersih.. sesuci kain putih.. kita sebagai ibubapa laa yang akan mewarnainya dengan pelbagai corak.. sekiranya kita mahukan ianya tetap putih maka hendaklah kita menjaganya dengan penuh teliti.. kita hendaklah mendidik mereka kembali kepada fitrah semulajadi iaitu Islam. Perkenalkan mereka dengan Allah, dosa dan pahala, perkara wajib, sunah, harus, halal dan haram. Adab adab dalam Islam, solat, dan aurat... bak kata pepatah .. meluntur buluh biar laa dari rebung.. masa kecik inilah kita perlu didik mereka agar apa yang kita sematkan dalam hati mereka akan tetap kukuh sehingga dewasa... segala yang di ajar itu akan menjadi habit atau tingkah laku mereka sendiri apabila besar kelak..
Setiap perkara yang kita ingin didik itu hendaklah di beri penerangan sepnuhnya agar mereka memahami apa yang sepatutnya mereka lakukan sebagai seorang Muslim.. dan supaya mereka terdidik dengan kesedaran menutup aurat dan malu membukanya ... kita perlu didik mereka yang segala kebaikan akan dibalas di akhirat kelak.. dan segala apa yang Allah sarankan itu pasti ada terlindung kebaikan di sebaliknya..
Bagi aku apabila kanak kanak sudah terbiasa sejak dari kecik untuk mendedahkan aurat apabila mereka besar kelak mereka akan merasa janggal dan rimas dengan pakaian yang menutup aurat.
Aku terbaca salah satu ayat dari salah blog ..
Dunia ini pentasnya, Padang Mahsyar itu tempat pengadilannya, Allah itu hakimnya, Syurga atau Neraka itu trophynya...
No comments:
Post a Comment