Wednesday, February 24, 2010

Girl dies while trying to save brother from burning shophouse

JITRA: A few more steps towards the door would have taken Teng Wen Yan away from the fire engulfing her home in Jalan Jitra-Kodiang here. Instead, she turned back into the inferno.

The 10-year-old rushed back into the double-storey family shophouse after realising her younger brother Dee Seng was not among fleeing family members.

She never came out alive. Neither did the seven-year-old.

Firemen took seven hours to find the bodies of the siblings trapped under the rubble.

Fiery end: The bodies of Wen Yan (left) and her brother Dee Seng were found in the same room

Dee Seng’s body was found on his bed.

Wen Yan’s body was on the floor next to him.

The two SRJK (C) Chung Hwa students were sleeping in a room on the top floor with their elder brothers Dee Shian, 14, and Dee Chun, 11, when their grandfather Teng Yong Chong, 72, shouted at them to wake up after realising the shophouse was on fire at about 12.30am yesterday.

In the rush to safety, Yong Chong got hurt while running down the stairs.

Dee Shian and Dee Chun quickly grabbed him when the grandfather screamed he could not find Dee Seng.

“In the commotion, I did not realise that Wen Yan had rushed back into the house to try rescue Dee Seng,” said a sobbing Dee Shian.

Within minutes the fire engulfed the whole building after razing five other shophouses.

Futile effort: Loh Siew Hua, 34, using a loud hailer from a fire engine to call out to her children during the fire which raged through their home in Jitra yesterday. She repeatedly called out ‘Boy! Boy! Boy! Yan! Yan! Yan!” but to no avail. — G.C. TAN / The Star

After about 15 minutes, their parents Teng Soon Seng, 41, and Loh Siew Hua, 34, rushed back from a nearby temple.

Loh used a loudhailer to call out to Wen Yan and Dee Seng, hoping against hope that they were merely lost among the gathered crowd.

Hours later, when met at the Jitra Hospital mortuary, the mother said she last saw her children at about 10pm before leaving for the temple.

“Dee Seng wished me goodnight like he always did before going to bed,” said Loh, adding that Wen Yan doted on her younger brother.

Jitra fire station chief Ahmad Zamri Chik said four fire engines from Alor Setar, Jitra and Bukit Kayu Hitam with assistance from about seven voluntary fire-fighting teams managed to douse the fire at about 3.30am.

* Pergh.. sedih giler aku baca citer nihhh ....


Friday, February 19, 2010

Pasti ada hikmah ..

What goes round comes around ... aku memang betul betul percaya benda nih.. kalau tak do balas sekarang esok esok .. lambat laun pasti Allah balas jugak .. walau sapa pun ko kat dunia .. tapi ko adalah sama sahaja di sisi Allah ..tak kira laa sekaya mana pun engkau .. setinggi mana pun pangkat kau .. kau adalah makhluk Allah yang sesungguhnya sama sahaja .. tiada beza...

Tetiba aku jadi emotional ... entahlah banyak sebab ... mungkin kekadang aku rasa terlalu lama menanti .. terlalu lama rasa seperti terseksa.. teraniaya .. walaupun berkali kali aku cuba untuk memujuk hati untuk bersabar .. dan sekarang aku rasa segala apa yang aku pendamkan berakhir .. sesungguhnya bukan itu yang aku pinta .. tapi mungkin doa aku dan ramai lagi mereka mereka yang di aniaya olehnya ..

Allah uji dia dengan keadan yang sedikit mengaibkan .. tapi seperti apa yang aku katakan tadi bukan begitu pinta kami .. tapi mungkin itu yang terbaik di sisi Allah .. agar dia sedar akan kesilapan dia.. agar dia mengambilnya sebagai satu pengajaran.. dan pasti Allah janjikan sesuatu hikmah atas ujian yang dia hadapi.. harapan aku dan mereka yang terniaya di office ini adalah agar dia sedar akan kesilapan dia.. semoga ianya menjadi satu pengajaran .. bukan penganayaan baginya ...

Saturday, February 13, 2010

Mayat bayi dibakar dalam tong

Oleh Norliza Wasilan dan Fakri Awang Lah
bminggu@bharian.com

POLIS forensik Kota Bharu memeriksa anggota bayi lelaki yang dijumpai terbakar dalam tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai di Jalan Zainal Abidin, bandar Kuala Krai, semalam.

Bahagian anggota badan, kaki terpisah ditemui rentung dalam bekas sampah MDK

KUALA KRAI: Tidak berperikemanusiaan! Inilah selayaknya menggambarkan perbuatan kejam berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan, yang hampir rentung dalam sebuah tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai (MDK), di belakang sebuah bank, di Jalan Tengku Zainal Abidin, semalam.

Lebih menyayat hati, biarpun bayi berkenaan cukup sifat, namun keadaan mayatnya cukup mengerikan apabila bahagian anggota badan dan kakinya ditemui dalam keadaan terpisah dalam tong sampah berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani, berkata pihaknya menerima laporan pekerja MDKK pada jam 11.25 pagi semalam yang menemui mayat seorang bayi berada di dalam tong sampah berkenaan ketika melakukan rutin hariannya di kawasan berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan, dipercayai mayat bayi itu dibuang selepas 24 jam dilahirkan dan dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti.

"Pekerja terbabit segera memaklumkan kepada anggota polis yang membuat rondaan bermotosikal apabila ternampak mayat bayi terbakar. Bayi itu dipercayai berusia satu hari berdasarkan uri dan tali pusat masih ada pada badan bayi itu.

"Bayi itu hangus daripada pinggang ke bawah dan berdasarkan maklumat diterima, pihak kami percaya tong berkenaan dibakar sejak pagi semalam (kelmarin) bertujuan menghapuskan bukti," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini, semalam.

Pada Rabu lalu, kes buang bayi dilaporkan di Kampung Permatang Duyong, Melaka manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu.

Abdul Rahim berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya, sama ada dibunuh sebelum ataupun selepas kejadian.

"Pihak polis meminta bantuan orang ramai dan klinik swasta supaya menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, pekerja kontrak MDKK, Abdul Rahman Husin, 29, yang mendakwa melihat mayat bayi berkenaan di dalam tong sampah ketika melakukan rutin harian memungut sampah berkata, dia bersama dua rakan sekerjanya terkejut sebaik melihat mayat bayi berkenaan bersama longgokan sampah yang dibakar di dalam tong MDKK.

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata ketika mahu mengiringkan tong sampah berkenaan dan seakan tidak percaya bahawa objek yang bergolek di dalamnya adalah seorang bayi cukup sifat. Ketika ditemui jam 11 pagi, ia hanya melecur pada bahagian kaki dan bara api masih ada.

Thursday, February 11, 2010

Lagiiii...

Apa dosa bayi perempuan ini?

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. - Utusan

* Selagi hukum Islam tidak ditegakkan...

Monday, February 8, 2010

Apa la nak jadiii ...

Five-month-old baby sodomised and killed, parents arrested

The police have arrested a man and his teenage wife in connection with the sodomy and murder of their infant son in Sungai Buloh.

The couple, aged 33 and 19, were picked up at a Muslim cemetery on Monday, following the funeral of the five-month-old victim.

They have been remanded until Feb 12 to facilitate investigations into the murder.

Initial police investigations have revealed that the infant was physically abused and sodomised before succumbing to his death.

Petaling Jaya police chief ACP Arjunaidi Mohamed said today that on Monday, the teenager lodged a report at the police beat base of the Sungai Buloh Hospital over the death of their only child.

He said that on Jan 31, the couple had sent the infant to the hospital, claiming he was unwell.

"According to the mother, the baby was still breathing when they arrived at the hospital but doctors who examined him declared the infant dead on arrival.

"Following a post-mortem, it was found that the infant had sustained bruises on the body and was sodomised," Arjunaidi told reporters when met at a Face-To-Face Community Policing and High Profile Policing event in Subang Perdana here. - Bernama

Jenazah Enam Sekeluarga Kemalangan Jalan Raya Selamat Dikebumi

MELAKA: Jenazah enam sekeluarga yang rentung dalam satu kemalangan di Km 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pagi tadi, selamat dikebumikan malam ini.

Mereka ialah Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd Suhaimi Ghazali, 41, isterinya Nor Fadilah Senin, 32, serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, Mohd Hanif Iman, 6, dan Adi Putra,2.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Pegoh, Pernu dekat sini, pada pukul 7.30 malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya itu.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS)untuk bedah siasat sebelum dibawa dengan tiga buah van jenazah ke Kampung Bukit Pegoh.

Kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Ipoh, Perak, setelah selesai urusan perniagaan dan bercuti.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi kawasan Masjid Kariah Bukit Pegoh/Bukit Larang di sini yang dipenuhi anggota keluarga, penduduk kampung dan rakan Allahyarham dan keluarganya, sebaik tiga van jenazah yang setiap satu membawa dua jenazah tiba pada pukul 6.30 petang.

Kesemua jenazah disembahyangkan di masjid berkenaan sebelum diusung ke tanah perkuburan berkenaan untuk dikebumikan. Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Anggota Dewan Undangan Negeri Serkam, Datuk Ghazale Mohamad.

Bapa Allahyarham Suhaimi, Ghazali Johari, 67, berkata beliau amat sedih sebaik melihat jenazah anak dan menantu serta empat cucunya kesayangannya.

"Tengok mayat mereka, saya sedih tetapi apa boleh buat Tuhan sayangkan mereka, saya redha dengan pemergian mereka," katanya sambil mengalirkan air mata.

Ghazali berkata kali terakhir beliau bertemu dengan mereka pada Sabtu lepas sebelum mereka bertolak ke Ipoh pada pukul 2 petang.

"Sebelum mereka bertolak, mereka bersalaman dengan saya, hingga sekarang saya seolah-olah masih mendengar suara cucu-cucu berkata "sayang atuk, sayang atuk", katanya sambil menahan sebak.

Sementara itu, Mohd Ali turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi dan Nor Fadilah.

Beliau berkata Melaka kehilangan seorang usahawan muda dalam perusahaan herba dan berharap anggota keluarga Allahyarham akan meneruskan perniagaan syarikat Fadhilat Herbs Sdn Bhd.

"Saya kenal Allahyarham, beliau adalah seorang usahawan muda yang gigih bekerja dan berjaya dalam perniagaannya," katanya. - BERNAMA

Saturday, February 6, 2010

Doktor Salah Potong Kaki - uish bahaya sungguh ...

Gambar hiasan doktor-doktor bedah. - Foto www.metro.co.uk

SEANDAINYA malang boleh dihidu suah tentu setiap orang pasti mahu mengelak. Namun apabila berlaku kecuaian pada pihak doktor yang dipertanggungjawabkan untuk merawat si pesakit, individu terbabit tidak mungkin dapat mengelak daripada malang yang menimpa.

Pada awal tahun ini, dengan tidak sengaja dan mungkin kerana kecuaian doktor-doktor bedah di sebuah hospital di Peru telah melakukan sesuatu yang paling ditakuti oleh mereka dalam profesion ini iaitu memotong kaki yang sihat seorang warga tua berusia 86 tahun.

Apabila menyedari kesilapan itu, mereka terpaksa pula memotong sebelah lagi kaki wanita malang itu kerana ia memang tidak dapat dielakkan lagi.

"Saya berasa terkejut apabila menyelak kain dan mendapati doktor telah memotong kaki kirinya," kata anak perempuan lelaki malang itu, Carmen Villanueva kepada wakil-wakil media.

"Kaki kanan bapa saya dijangkiti ulser dan mereka sepatutnya memotong kaki yang lain untuk mengelakkan kuman merebak," ujarnya.

Berikut kejadian tersebut, pihak hospital telah menggantung perkhidmatan doktor-doktor terbabit sementara siasatan dijalankan.

Friday, February 5, 2010

Panic ...

Lama dah tak jengah Blog. Sibuk dengan macam macam benda. Banyak betul kerja kerja yang perlu di bereskan ... banyak sangat enquiry untuk pelbagai barang yang dah rosak kat platform. Pump pecah laa.. valve tak function laa.. itu laa.. ini laa.. semua nak kena supply cepat .. kalau tak production shutdown.. paper paper PETRONAS yang nak kena present pun tak settle lagi.. banyak yang hang ... macam macam problem .... technical tak betul laa... commercial model silap laaa... nak tambah items laaa ... ada user yang tak bagi full technical scope laaa ... adushhh ....macam macam.. dalam masa yang sama.. sibuk plak auditor auditor PETRONAS nih dtg mengaudit.... macam macam

Aku plak tengah beserabut as mak aku tak berapa sihat .. sugar level terlalu tinggi sampai 20 lebih...

Malam Jumaat hari tuh ayah aku call, aku panic betul kalau panggilan telefon dari kampung pada waktu malam .. jam dah menunjukkan pukul 10:30 malam .... aku dah tidor dah pun ... aku bergegas bangun dari katil ... ayah kata mak admited seharian di hospital kerana demam yang amat tinggi . Tapi kata ayah lagi tak perlu risau kerana mak dah keluar dan mak dah sihat.. cuma demam sikit lagi jer. Dr cuma masukkan air dan mak dah ok katanya .... Aku betul betul terkejut ... hmmm... cuma aku tak pasti macam mana ok agaknya ... memang aku risau ...

selepas selesai urusan-urusan kami di sini .. kami terus bergegas pulang.

Alhamdulillah aku lihat mak ok.. dia boleh bersembang.. cuma agak letih .. pening kepala .. dan lenguh lenguh badan ..

Malam Sabtu tu dia bangun untuk buang air.. aku hanya melihat dia bersama ayah berlalu ke bilik air ... rupa rupanya dia singgah di dapur .. dia lapar ... ayah hidangkan nasi dan lauk pauk siang tadi .. aku sememangnya tidak tahu dia nak makan ... masa tuh sudah pukul 12 malam ... hampir setengah jam ... aku sudah mula tak sedap hati kerana terlalu lama mereka di dapur.. aku jengah ... dan masa itula aku lihat mak sudah nak rebah .. aku kejutkan abang aku... dan suami aku ...

mak terlalu lemah .. hanya ayah aja yang memegangnya masa aku sampai di dapur ... kami bawa dia ke kerusi panjang untuk duduk ...

aku cuak .... aku cuak bila mak mula berperangai pelik.. kata katanya terlalu pelik ... apa yang amat amat sedih bila mak kata dia rasa cam nak pergi buat selama lamanya ... kami jadi panic... nafas mak tersekat sekat.. aku tengok seolah olah sukar sangat untuk dia tarik nafas..

tak berapa lama ... dia mintak air .. tapi air langsung tak boleh lepas dari tekaknya ... kemudian dia mintak ampun dosanya pada ayah.. kemudian dia bisikan yang dia sayang akan kami adik beradik... malah katanya dia dah nak pergi buat selama lamanya ... abang aku betul betul panic ...

aku sekali lagi mungkin terpilih untuk tidak panic... aku secara berterus lafazkan kalimah syahadah .. entah aku sendiri pun tak tahu apa itu yang terbaik untuk aku lakukan ...abang aku terus bagi arahan untuk kehospital ... aku siapkan mak .... bersungguh sungguh mak minta agar dia tidak di bawa ke hospital.. katanya dia ingin menghambuskan nafasnya di rumah itu bukan di hospital. aku arahkan semua agar angkat aja mak masuk ke kereta dan bawa ke Hospital.. dalam kereta aku pastikan mak terus lafazkan kalimah syahadah itu.. setiap kali mak diam aku akan kejutkan dia dan terus bersama kami ....

Jam masa itu sudah pukul 1:00 pagi... aku turun kereta dan mintak stretcher .... mak dia bawak masuk untuk di periksa.. sementara aku menenangkan ayah aku ... aku settlekan pendaftarannya ... mak di suntik insulin ... setelah dua jam.. sugar levelnya hanya turun ke 18... insulin kedua di suntik ... selepas dua jam.. masih lagi tinggi ... sehingga subuh barulah sugar levelnya berkurangan - 13 dan doctor kata itu sudah cukup bagus.

Semalaman itu aku langsung tidak boleh tenang.. aku sentisa berdoa akan kesihatan dia... Mak di benarkan balik ... malam seterusnya keadaannya seakan sama.. cuma tidak kritikal ... dan aku .. aku betul betul risau ..di rumah hanya ada ayah yang sudah uzur... bagaimana kalau peristowa semalam datang lagi.. abang aku pun benar benar risau.. kami sependapat untuk bawa mak ke hospital swasta agar doctor boleh monitor closely... kami ceritakan pada yang lain.. ayah setuju asalkan dia dapat bersama dengan mak .. katanya ... cuma mak ... mak benar benar tidak setuju dengan kami.. puas kami pujuk tapi hampa... akhirnya kami akur .. kami terpaksa hormat pendirian dia ... malam itu pukul 10 malam aku sekeluarga terpaksa pulang ke Puchong... Esok kami terpaksa bekerja ... anak anak terpaksa ke sekolah yang sudah seharian ponteng .. begitu juga suami aku.. dengan hati yang berat aku gagah jugak ke kereta untuk pulang dengan harapan yang mak dan ayah akan sihat .. aku tahu abang sulong dan abang abang aku yang lain ada untuk menjaganya.. tapi hati aku tetap risau .. takut .. dan begitu sedih ...

Hari nih hampir seminggu.. dengar cerita mak sudah semakin sihat ... suara ayah juga sudah kembali bertanaga dan tak sabar menanti hari esok untuk aku pulang lihat mak lagi.. aku harap Allah perkenankan doa kami semua ...

Thursday, February 4, 2010

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas


PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Urusan MISC Berhad (MISC), Datuk Shamsul Azhar Abbas secara rasminya telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang baru berkuat kuasa Rabu depan menggantikan Tan Sri Mohd Hassan Merican yang tamat kontrak perkhidmatannya sehari sebelum itu.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Pejabat Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyebut, Shamsul Azhar, 57 telah turut dilantik memangku jawatan Pengerusi Lembaga Petronas.

"Kerajaan mengucapkan terima kasih atas sumbangan besar Tan Sri Mohd Hassan kepada negara dan industri petroleum, selaku Pemangku Presiden, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas sejak tahun 1995," kata Najib.

Mohd Hassan mula berkhidmat dengan syarikat minyak negara itu pada tahun 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1995.

Beliau kemudiannya menyandang jawatan Pemangku Pengerusi pada tahun 2004 hingga sekarang.

Sementara Shamsul Azhar pula adalah bekas Pengarah Urusan MISC Berhad (MISC) yang merupakan syarikat perkapalan terkemuka yang dimiliki Petronas telah bersara daripada jawatan itu pada Januari baru-baru ini.

Beliau merupakan antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Mohd Hassan selain Pengerusi Petronas Dagangan Bhd., Datuk Anuar Ahmad dan bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Gas Bhd., Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

"Semasa tempoh perkhidmatan Mohd Hassan, Petronas telah diiktiraf sebagai sebuah syarikat berprestasi tinggi yang mendapat penarafan sebagai satu-satunya syarikat Malaysia yang disenaraikan di dalam Fortune 500 oleh Majalah Fortune.

"Beliau juga telah berjaya membawa Petronas ke pasaran luar negara dan dapat bersaing dengan syarikat minyak gergasi yang lain," kata Najib lagi.

Dengan pengalaman yang luas ini, Perdana Menteri berharap Mohd. Hassan akan terus menyumbang pengetahuan dan pengalaman beliau kepada pembangunan negara terutamanya dalam bidang tenaga.

* rrrrrrr ... top top management nanti tukar jugak ke ek ????