Friday, February 5, 2010

Panic ...

Lama dah tak jengah Blog. Sibuk dengan macam macam benda. Banyak betul kerja kerja yang perlu di bereskan ... banyak sangat enquiry untuk pelbagai barang yang dah rosak kat platform. Pump pecah laa.. valve tak function laa.. itu laa.. ini laa.. semua nak kena supply cepat .. kalau tak production shutdown.. paper paper PETRONAS yang nak kena present pun tak settle lagi.. banyak yang hang ... macam macam problem .... technical tak betul laa... commercial model silap laaa... nak tambah items laaa ... ada user yang tak bagi full technical scope laaa ... adushhh ....macam macam.. dalam masa yang sama.. sibuk plak auditor auditor PETRONAS nih dtg mengaudit.... macam macam

Aku plak tengah beserabut as mak aku tak berapa sihat .. sugar level terlalu tinggi sampai 20 lebih...

Malam Jumaat hari tuh ayah aku call, aku panic betul kalau panggilan telefon dari kampung pada waktu malam .. jam dah menunjukkan pukul 10:30 malam .... aku dah tidor dah pun ... aku bergegas bangun dari katil ... ayah kata mak admited seharian di hospital kerana demam yang amat tinggi . Tapi kata ayah lagi tak perlu risau kerana mak dah keluar dan mak dah sihat.. cuma demam sikit lagi jer. Dr cuma masukkan air dan mak dah ok katanya .... Aku betul betul terkejut ... hmmm... cuma aku tak pasti macam mana ok agaknya ... memang aku risau ...

selepas selesai urusan-urusan kami di sini .. kami terus bergegas pulang.

Alhamdulillah aku lihat mak ok.. dia boleh bersembang.. cuma agak letih .. pening kepala .. dan lenguh lenguh badan ..

Malam Sabtu tu dia bangun untuk buang air.. aku hanya melihat dia bersama ayah berlalu ke bilik air ... rupa rupanya dia singgah di dapur .. dia lapar ... ayah hidangkan nasi dan lauk pauk siang tadi .. aku sememangnya tidak tahu dia nak makan ... masa tuh sudah pukul 12 malam ... hampir setengah jam ... aku sudah mula tak sedap hati kerana terlalu lama mereka di dapur.. aku jengah ... dan masa itula aku lihat mak sudah nak rebah .. aku kejutkan abang aku... dan suami aku ...

mak terlalu lemah .. hanya ayah aja yang memegangnya masa aku sampai di dapur ... kami bawa dia ke kerusi panjang untuk duduk ...

aku cuak .... aku cuak bila mak mula berperangai pelik.. kata katanya terlalu pelik ... apa yang amat amat sedih bila mak kata dia rasa cam nak pergi buat selama lamanya ... kami jadi panic... nafas mak tersekat sekat.. aku tengok seolah olah sukar sangat untuk dia tarik nafas..

tak berapa lama ... dia mintak air .. tapi air langsung tak boleh lepas dari tekaknya ... kemudian dia mintak ampun dosanya pada ayah.. kemudian dia bisikan yang dia sayang akan kami adik beradik... malah katanya dia dah nak pergi buat selama lamanya ... abang aku betul betul panic ...

aku sekali lagi mungkin terpilih untuk tidak panic... aku secara berterus lafazkan kalimah syahadah .. entah aku sendiri pun tak tahu apa itu yang terbaik untuk aku lakukan ...abang aku terus bagi arahan untuk kehospital ... aku siapkan mak .... bersungguh sungguh mak minta agar dia tidak di bawa ke hospital.. katanya dia ingin menghambuskan nafasnya di rumah itu bukan di hospital. aku arahkan semua agar angkat aja mak masuk ke kereta dan bawa ke Hospital.. dalam kereta aku pastikan mak terus lafazkan kalimah syahadah itu.. setiap kali mak diam aku akan kejutkan dia dan terus bersama kami ....

Jam masa itu sudah pukul 1:00 pagi... aku turun kereta dan mintak stretcher .... mak dia bawak masuk untuk di periksa.. sementara aku menenangkan ayah aku ... aku settlekan pendaftarannya ... mak di suntik insulin ... setelah dua jam.. sugar levelnya hanya turun ke 18... insulin kedua di suntik ... selepas dua jam.. masih lagi tinggi ... sehingga subuh barulah sugar levelnya berkurangan - 13 dan doctor kata itu sudah cukup bagus.

Semalaman itu aku langsung tidak boleh tenang.. aku sentisa berdoa akan kesihatan dia... Mak di benarkan balik ... malam seterusnya keadaannya seakan sama.. cuma tidak kritikal ... dan aku .. aku betul betul risau ..di rumah hanya ada ayah yang sudah uzur... bagaimana kalau peristowa semalam datang lagi.. abang aku pun benar benar risau.. kami sependapat untuk bawa mak ke hospital swasta agar doctor boleh monitor closely... kami ceritakan pada yang lain.. ayah setuju asalkan dia dapat bersama dengan mak .. katanya ... cuma mak ... mak benar benar tidak setuju dengan kami.. puas kami pujuk tapi hampa... akhirnya kami akur .. kami terpaksa hormat pendirian dia ... malam itu pukul 10 malam aku sekeluarga terpaksa pulang ke Puchong... Esok kami terpaksa bekerja ... anak anak terpaksa ke sekolah yang sudah seharian ponteng .. begitu juga suami aku.. dengan hati yang berat aku gagah jugak ke kereta untuk pulang dengan harapan yang mak dan ayah akan sihat .. aku tahu abang sulong dan abang abang aku yang lain ada untuk menjaganya.. tapi hati aku tetap risau .. takut .. dan begitu sedih ...

Hari nih hampir seminggu.. dengar cerita mak sudah semakin sihat ... suara ayah juga sudah kembali bertanaga dan tak sabar menanti hari esok untuk aku pulang lihat mak lagi.. aku harap Allah perkenankan doa kami semua ...

4 comments:

Anonymous said...

Sori Nin, aku sangat sibuk.. ni baru baca blog ko! Kesian makcik.. alhamdulillah semuanya ok erk?! We all pun tengah panic gak ni.. Mak jeme' masuk wad dah dekat 2 minggu... tapi sekarang ada kat rumak kakak ipar dan beransur pulih!! Kencing manis beb! Tapi waktu hari pertama admit dah nampak sedara mara dia yg dah tak der.. panik tuh.. jeme' dah nangis.. fuih.. sekarang keadaan semakin baik!!

Kak Ungku said...

ha ah e.. kita org panic betul bila mak aku dah ngarut macam macam.. dia kata malam tuh memang dia rasa macam dah nak pergi dah.. macam macam dia sebut .. takut betul kita orang.. so sekarang nih aku balik every weekend .. masak 7 dish bekukan so that bila mak ngan ayah aku nak makan dia org just perangatkan jer ... kakak-kakak ipar aku yg kat melaka semua kerja.. kesian plak nak harapkan dia orang ...

Anonymous said...

Wah.. bagus jugak idea bekukan dish ni yer! Tak terpikir lak aku!! Bagus! Ko pun agak sibuk la kan... Nasib baik melaka boleh lah... tak lah macam kelantan.. jauh ngat! Apa pun kirim salam banyak2 kat makcik dan semua kakak2.... Nak buat macamana Nin... faktor usia.. aku tak leh nak bayangkan lagi ni benda2 camni.. Mmmm alahai.. Tapi sekarang yg muda lak ramai yg "pergi" dulu!

Raf | ESULIN said...

Slm ziarah,

Sy doakan moga mak & awak sekeluarga sihat walafiat hendaknya. Hadapi dengan sabar ujian yang datang.

Buat kita yang masih muda ni, bersama amalkan gaya hidup sihat melalui pengambilan makanan seimbang & tingkatkan kecergasan.

Kepada yang hidap diabetes jenis 2, ESULIN diuji secara saintifik bantu merawat diabetes, memperbaiki rintangan insulin dan meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin.