Upacara ini lah upacara paling penting bagi keluarga kami tahun lepas... sejak awal lagi perancangan telah di buat .. meeting bebrapa kali dan pembahagian tugas telah di rancang dengan sungguh teliti agar semuanya berjalan lancar ... semua ada tugas masing masing ...
Sekali seumur hidup kami .. dan aku mahu ianya perfect ...3 bulan sebelum kejadian .. aku mulakan dengan mencari hotel yang agak selesa tapi mampu untuk kami adik beradik belanjakan untuk acara gemilang gemilang ini ... banyak jugak quotation aku kumpulkan ..setelah technical dan commercial evaluation di lakukan .. aku uslkan pada YB YB (abang abang aku) .. bila mereka setuju .. aku booked ..
Kemudian aturcara majlis pula aku perlu sediakan .. aku mahu ianya menjadi satu acara yang akan di ingati sepanjang umur keluarga kami .. teruta emak dan ayah .. aku mahu mereka rasa mereka di sanjungi dan gembira dengan apa yang kami uasahakan itu ...
Selesai dengan upacara majlis yang sekejap di tambah ... ditolak .. aku beralih dengan menyediakan kad jemputan yang bagi aku amat kelas... aku mahu semua VIPs (abang abang dan kakak aku) dan VVIP (emak dan ayah) gembira mendapat undangan dari balaci cam aku nih ... ciap create kad jemputan .. aku postkan .. semua dapat ...
Kemudian .. aku fikirkan pula hadiah dan hantaran untuk mak dan ayah .. kami adik beradik setuju sebulat suara untuk menghadiahkan ayah Jam tangan dan mak kerongsang emas ... manakala kepala hantaran adalah cicin emas untuk mak dan suasa untuk ayah ...di samping bunga telur sebagai tanda adat ulangtahun perkahwinan mereka ...
Selesai dengan itu .. masuk pula acara pantai dan acara pada malam itu ... aturcara malam itu sungguh formal .. dimulakan dengan paluan kompang apabila mereka melangkah kaki masuk ke ruang dewan itu ... bacaan doa, bacaan al-quran, ucapan mak dan ayah, ucapan wakil adik beradik, upacara sarung cincin, upacara potong kek, persembahan slide gambar gambar keluarga, persembahan dari kanak kanak dari setiap ahli keluarga, acara cabutan bertuah .. dan acara kemuncak hadiah hantaran jam dan kerongsang emas untuk mereka..
Semua ahli keluarga sememangnya sporting dan bekerja sama .. ada yg jaga lampu (dengan lampu suluh) ada yg jaga muzik .. ada yang tukang tutup lampu (agar effectnya lebih mengancam)..
Selesai malam itu .. esok lepas breakfast .. ada upacara pantai .. macam macam .. hampers dan hadiah ... adik beradik yang sponsor.. aku sponsor door gift yg berupa mug ada tulis 50 yrs anniversary, pinggan untuk adik beradik aku dan botol air untuk kanak kanak...
Lepas lunch .. baru upacara penyampaian hadiah untuk pemenang acara pantai ... kemudian sementara menunggu balik .. acara bebas .. mandi kolam dan sebagainya ...
Secara keseluruhannya hari itu adalah hari yang paling berharga buat kami sekeluarga. Untuk mak dan ayah hanya itu sahaja yng mampu kami berikan untuk kalian berdua... ketahuilaa.. bahawasanya kami amat amat menyayangi kalian berdua ...
No comments:
Post a Comment