Thursday, March 3, 2011

An-Nur ayat 35


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
   
Semalam pegi dengar ceramah Dr Fatma, dia suruh / advised semua kaum perempuan untuk menghafal surah An-Nur ayat 35 nih. Benefits dia tak terhingga. Dr fatma kata suh baca ayat nih selepas sembahyang subuh atau bila bila laa sekali sehari dan tarik nafas panjang panjang. Mintak apa sahja yang kita hajati dalam hati. Insya Allah Allah akan tunaikan hajat kita dengan segala nur yang di berikan. Dan semoga Allah akan memberikan segala NurNya kepada sesiapa yang membacanya.

No comments: