Monday, December 26, 2011

Apam Belang




Tergoda betul aku dengan blog blog masakan macam Masam Manis, Zack, My little Kitchen, Table for 2 or More, Dari Dapur CT yang menayangkan gambar gambar menarik hasil dari camera camera DSLR... dan baru aku tahu rupanya ada "food photography" yang mana ramai antara kita langsung tak mengetahui ...Jadi semalam tergoda dan sungguh terliur dengan Apam Belang Ka Ita (Masam Manis) aku pun terus masuk kedapur mencari cari bahan bahan untuk buat apam belang nih .. selesai buat apam ..terus terasa untuk amik gambar apam belang yang sungguh cantik nih .. memula try laa guna digital camera Olympus aku yang aku rasa dah cukup canggih .. pas tuh tengok hasilnya .. tak berapa menarik .. kebetulan pulak master photographer aku ada kat sebelah .. dia sungguh memberi semangat untuk aku amik gambar menggunakan DSLR dia tuh .. pergh pucuk di cita ulam mendatang laa kan... so taraaaa.. nih laa hasilnya .. sungguh menawan ...
 sooo kengkawang yang teringin nak rasa .. boleh laa try resepi APAM BELANG nih yang aku cilok dari blog Kak Ita kita ....


APAM BELANG
by: Shamama
sumber : Ucu Faridah

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
1 sudu teh baking powder 
pewarna


Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu
Masukkan santan dan esen vanila kacau sebati
Masukkan tepung yang dia ayak bersama baking powder dan kacau rata
Bahagikan kepada 3 warna yg di sukai dan kacau rata adunan dgn warna
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis seinhingga habis)

Aku tiru sebijik warna Apam Belang yng di buat oleh kak Ita Masam Manis ... Warna pink tu kak Ita letak sedikit perasa strawberi (tapi jgn banyak sangat), yang ckelat tuh tambahkan dengan cokelat emulco dan yang putih tuh biarkan raa asal vanilla... hasilnya .. pergh yummyyyyyy.... so sesapa yang dah terliur tengok apam belang hasil dari DSLR nih sila laa cuba ...

No comments: