Sunday, March 9, 2014

MRSM Kuala Krai ...

Alhamdulillah sesungguhnya Allah permudahkan segalanya. Within 1/2 day semua barang dan keperluan telah di siapkan. Baju biege MRSM, baju biru, tudung dan segala bagai siap jugak. Termasuk la medical check up dll. Pagi tu kami bertolak dari rumah tok ma di Melor. Sesampai kami disambut dengan senyuman dari semua pelajar MRSM. Kebanyak pelajar 1st intake form one. Semua baik baik belaka. Selepas registration ada taklimat khas. Kemudian baru kami ke hostel. Satu bilik ada 4 orng. Locker satu sorang dan meja study panjang share 4 orng.  Room mate kakak semua baik baik. Ramah ramah orng kelantan ni.
Sudah makan.. dan kakak berjaya ganti abah repair locker dia yg rosak (lelaki x boleh naik lepas kul 2 ptg) kami siap untuk balik.
Kakak salam cium tangan aku dan peluk aku erat ... begitu juga dengan abah dia. Adik dan akhir sekali baby. Dia cium bertubi tubi. Pas tu dia pusing dan terus ke bilik tanpa toleh belakang lagi dah. Kakak memang tabah. Aku pulak terpaksa menahan sebak dalam dada dan buangkan perasaan sedih jauh jauh. Aku teringat kata kata cikgu kakak. Katanya bila kita tahu itu yg terbaik untuk dia kita perlu lepaskan dia betul betl, redho dan yakin serta sentiasa tawakal dgn Allah.
Perjalanan pulang tu suasana sunyi sebentar. Masing masing melayan perasaan. Alhamdulillah. . Segala galanya lancar. Sesungguhnya ketahuilah kami semua sayang sangat kat kakak dan mahu kan yg terbaik untuk kakak. Teruskan perjuangan dan doa mak abah dan semua org ... semoga kakak terus berjaya di dunia dan akhirat ..

No comments: