Thursday, November 19, 2015

Raya portluck

Add caption

Cabonara Meatball

Tak tahu nak masak apa hati ni... bukak peti ais nampak ada semangkuk besar spaghetti. .. nak perangatkan kuah bolo cam bosan jugak. Buat cabonara laa ...

 Bawang putih dalam 2 bijik
Butter sikit
kiub ayam (kali nih aku try buat dengan kiub daging boleh tahan jugak sedap)
Mushroom
Sedikit tepung (untuk pekatkan - kalau guna fresh cream tak perlu tambah tepung)
Fresh milk / atau fresh cream
Meatball

Tumis bawang putih yg di tumbuk dengan butter. Masukkan susu / fresh cream. Masukkan cendawan butang yg dah di potong. Masukkan kiub ayam / daging. Masukkan meatball. Buh sikit oregano. Garam sikit. Siap.

 

 

An-Nisaa , 40

Tuesday, August 18, 2015

Makan makan pre-house warming

Makan makan sempena pre-house warmin adik beradik jer. Kebetulan mak mertua datang dari Kelantan. So aku amik kesempatan buat makan makan dan ajak sekali untuk raya gathering (walaupun raya dah habis). Tu pun tetiba jer dapat idea. Masa nak pergi rumah kakak ipar aku yang buat open house potluck untuk adik beradik jugak. So kami decided nak buat BBQ jer .. senang sikit.. matinate marinate malam dia orang bakar. Aku just masak mee goreng dan sedikit tambah tambahan buat agar agar cendol dalam acuan biru tu cantik jugak laaa... lagi buat sagu dengan gula melaka dan susu cair, mashed potato, koktail, cheezy wedges, potong salad yang tak berapa nak menyihatkan pasal aku buh cheese dan ayam goreng dan potong buah oren sikit. Done. Aku rasa yang penting moment of together gether tu lagi penting dari makan ... eerrrrrrmmmm ... ye ker ... makan pun penting jugaklah .. anyway everything successfull walau pun tak dirancang ...

 

 

Monday, August 17, 2015

CHILED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE

Salam

Aku memang suka sangat resepi dalam blog Msam Manis nih.. Tadi nak pergi rumah kakak ipar tapi tak tahu nak masak apa... check check dalam peti ais ada barang barang sedap ... ada cheese .. hmmm apa lagi teringat blueberry cheese kek yang kakak nabilah buat hari tu .. kali nih nak buh yogurt .. teringat yogurt cheese kek kat secret resepi .. masam masam sikit dan tak muak .. makan banyak pun sedap jer ... macam biasa g melawat blog kak azlita... heheh cer check kat sini memang kagum dengan kekemasan kek ni ....Blog Azlita Masam Manis

CHILED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE
By : Zack Zachoes

Base:
100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan

Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat


Sediakan loyang loose pan  berukuran 5 inc
Alas dasar loyang dengan baking paper

Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata
Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar

Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja
Biarkan ia suam

Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan)
Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard
Hiaskan atasnya dengan blueberry filling
Hias kek ikut kreativiti masing-masing.
Sedia dihidangkan


Ni versi kak Ungku .... cantik kannnn...








Agar agar summy jelly ...

Agar agar Summy jelly manis sumi jelly manis rasa sedap agar agar buah. .
1 peket Agar agar tali
4 - 5 sudu besar gula (ikut sedap rasa)
1 tin susu cair
Pewarna ikut suka
Memula buang plastik sumi. Tapis buangkan air sumi jeli tu. Pas tu susun dalam acuan biru ... sementara tu masak agar agar dengan daun pandan (kalau tak ada pun tak per) dengan gula. Buh sikit agar agar yg dah larut tadi (plain x der warna) dalam acuan biru yg dah letak sumi jeli tadi supaya jelly tu tak bergerak. .. buh dalam peti ais dulu
Agar agar yg dah larut tadi ... masukkan susu cair. Keluar kan sumi yg dah di susun dlm acuan biru tu. Cucuk cucuk dgn garpu supaya nanti dia x terpisah bila dah keras. Tuang agar agar yg dah buh susu cair tadi separuh.  Buh dlm peti balik sampai separuh keras. 
Bila dah keras kuarkan dari dlm peti dan cucuk cucuk dgn garpu... buh pewarna dlam agar agar yg selebihnya tadi ... aku buh pewarna merah dan sedikit perasa Strawberry. .. nak buh apa apa perada pun boleh... pas tu tuang atas yg susu tadi .... Tara aaa. .. siap ...
Senang kan ... nampak macam super grand tapi senang jer...

Cantik kan ....















Monday, August 10, 2015

ROBOFAIR - CONGRATS KAKAK

Kakak terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan ROBOFAIR 2015. Robofair nih kira cipta robot yang boleh membantu manusia masa akan datang. Tema kali ini adalah Robot and Movie, so kakak dan kawan dia pun cipta satu alat yang boleh menggulung wayar yang bersilirat masa penggambaran filem. Alat ini fungsi dia akan automatically gulung wayar selepas penggambaran dengan hanya satu suis sahaja. Alat ini sungguh mudah alih dan ringan. Kakak is the one yang responsible to present the robot to the judge. Cakap omputih plak tuh .. pergh kagum laa mak tengok ... memenag impress sangat sangat dengan hasil robot dia dan cara dia yang selamba dan berani present papaer without any notes in her hand (mak pun tak pernah present paper kat PETRONAS berlenggang cam tuh tawww). Cuma pada permulaan tu ada sedikit kesilapan technical yang robot dia tak berfungsi dengan baik.. syukur masa judge datang dia orng sempat repair dan solve all the technical problem tuh
Hasil dari tungkus lumus... Robot kakak terpilih memenangi piala Honored of Originality. Bermakna Robot yang kakak dan kawan dia cipta tu tak ciplak mana mana alat lain.. memang dari hasil creativity dia org sendiri... Proud of you ....
Alhamdulillah .. kipidap.. dungibab ..   


MRSM 2015 ROBOFAIR MERBOK
Partner in crime kakak ... congrats Danish and Nabilah. Keep it up ... 
Muka ngantuk repair Robot yang tak boleh function semalam 

Saturday, February 28, 2015

Ice cream pasu

Sibuk betul anak dara naknbuat ice cream pasu. .. sebab abahnya tak berapa agreed beli ice cream pasu kat kedai... katanya plastic atau pasu yg di gunakan bukan untuk category makanan.... so tadi kat opis kakak call katanya nak buat ice cream pasu since ice cream cokelat ada dlm freeze.  Pas tu aku cakap mana nak cari kek... katanya ganti dengan roti. .. hmmmm bijak jugak anak mak nih ... so green light. .. owh pasunya aku guna bekas remikin yg aku baru beli 5 hengget satu baru nih ..
Bahan bahan...
Ice cream (apa apa perisa pun boleh)
Oreo yg dah di blend
Cake (apa apa perada yg ini kita org guna roti... potong ikut acuan kes tak der sapa nak g kedai
Hiasan
Ice cream separuh bekas. Kemudian buh Cake atau roti menutupi ice cream tadi.  Taburkan oreo yg dah diblend halus.  Hias atas dia dengan bunga atau lain lain mengikut creativity masing masing. .. owh lupa kalau buat dlm remikin boleh la freeze kan sekejap bekas tu agar dia boleh sejuk dan ice cream lambat cair...

Chilled blueberry cheese cake

Kakak nabilah sekarang dah ketagih memasak... adal cuti lama sikit ada jer la request nak beli barang.. dia akan cari resepi yg senng senng dan sedap kat internet .... adik plak suka tengok gambar makanan pas tu duggest kat kakak untuk masak kan. .. operasi menggemukkan abah katanya... untuk yg ini credit sangat sangat untuk kakak nabilah dan adik nayli yg membantu dan mak penghias cake.... jom tengok resepi ka ita nih ... memng sedap kalai afa yogurt sure lagi terangkat ...

Resepi dari kak Azlita Masam Manis : 100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan
Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry (untuk gambar kat bawah nih aku x letak yogurt lupa nak beli)
30g gula kastor 80g blueberry filling 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat
Sediakan loyang loose pan berukuran 5 inc
Alas dasar loyang dengan baking paper Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja Biarkan ia suam
Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan)
Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard
Hiaskan atasnya dengan blueberry filling Hias kek ikut kreativiti masing-masing. Sedia dihidangkan

Wednesday, February 18, 2015

Chocolate cheese cake kukus

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.