Tuesday, January 26, 2016

Bread Butter Pudding

Biasa aku buat bread puding ikut resepi bread puding nih ...
Pas tu tetiba belasah resepi yang nih plak ... resepi nih pun senang .. cilok cilok resepi resepi chef Asma pas tu modified sikit .... kalau ada tetamu yang tengah on the way .. sempat lagi masak bread butter puding nih ... rasa cam makan kat hotel hotel jer ... dalam sejam dah boleh hidang .. hidang panas panas pun lagi sedap.. buh ice cream vanila atas dia.. ya Allah ... superb ...


Bahan2
(A)
  •  8 keping roti
  •  sedikit butter untuk di sapu kat atas roti (kadang kadang kalau malas.. aku cairkan butter gaul jer sekali)
  • kismis
  • serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj
 (B) 
  • 1 liter fresh milk
  • gula secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla 
  • garam secukup rasa
Cara2nya: 
  • Sapu loyang / bekas dgn butter 
  • Sapu roti ngan butter, potong petak petak atau pun segitiga pun boleh ikut suka pas tu susun roti dlm loyang / bekas. 
  • Tabur kismis dan serbuk kulit kayu manis 
  • Tuangkan bahan B. Kacau sebati semua bahan
  • Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut. Sebelum bakar taburkan sedikit gula pasir di permukaan, serbuk kuli kayu manis dan badam (kalau suka).
  • Bakar suhu 180 C sehingga masak
Vanila kastard sos

  • 1 liter fresh milk
  • Gula (ikut tekak memasing)
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 1 sudu besar custard powder
Cara2nya: 
Panaskan semua bahan sehingga mendidih.  Bancuh kastard dan campurkan ke dalam bahan tadi.  Masak sehingga pekat (jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit) 

Boleh di hidangkan panas panas bersama sos vanila kastard tadi dan ice cream vanila dan buah coktail dan lain lain .... perghhh ... ngancam ... 

Sesapa yang nak tengok resepi Bread Butter Pudding cheff Asma boleh click sini

Kek Coklat Keju Kukus

Kek Coklat Keju Kukus
resepi : dayangjack
bahan-bahan : loyang 8x8x3
Lapisan Coklat :
  • 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
  • 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
  • 600g krim keju (pada suhu bilik)
  • 2 biji telur
  • 120g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
  2. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
  3. Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 
Cara mengukus :
  1. Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
  2. Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
  3. Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
  4. Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum. 

Tak sangka pulak yang paling byk makan ialah mr hubby....ekeke

Roti Sarang Lebah

Copy paste semua resepi dan gambar gambar dari blog kak Ita - Masam Manis.
Kalau amik resepi kak Azlita nih memang tak pernah menghampakan .... sos butterscotch memang marvelous....   


ROTI SARANG LEBAH
Resepi Oleh : Rosmarlina

Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan



300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk 
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.
Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4


2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.


3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.


4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.


5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.


6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, 

7. Akhir sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.


8. Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.


Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel


SOS KARAMEL

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter


Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.



Tuangkan sos karamel atas roti kita tadi..


Ya Allah.. yummynya....

RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Aku paling suka buat kek nih untuk buah tangan kalau bertandang rumah orang. Memang marvelous senang, gerenti jadi, dan sedap giler. Texture cokelat kek dia memang lembut dan lapisan cheese dia pun moist .... jom buat lagi dan lagi dan lagi ....
 
RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
sumber : yatiememories
loyang 8x8x3
 BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.