Kalau amik resepi kak Azlita nih memang tak pernah menghampakan .... sos butterscotch memang marvelous....
ROTI SARANG LEBAH
Resepi Oleh : Rosmarlina
Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan
300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt
Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan
1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.
Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.
4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
6. Gliss permukaan bun dengan
bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan
sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat
di atas doh,
7. Akhir sekali bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
8. Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.
Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel
SOS KARAMEL
1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter
Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.
Tuangkan sos karamel atas roti kita tadi..
Ya Allah.. yummynya....
No comments:
Post a Comment