Memang banyak khasiat ayat-ayat Quran nih.... cuma kita sedar ngan tak sedar atau nak amik tahu ke tidak... kita nih baca Quran setakat baca jerr.... (aku pun sama gek...) tak de langsung rasa nak tahu apa makna-makna yang terkandung dalam setiap ayat tuh... nih ada sikit barisan-barisan ayat Quran yang aku tahu kegunaan dan khasiat di dalam nya...sila laah amalkan untuk kesejahteraan sendiri dan keluarga...
1. Khasiat Al-Quran:
Hendaklah kamu menggunakan dua penyembuh dr penyakit:1. Madu dan 2. Al-Quran.
(HR Ibnu Majah)
2. Pada surah Al-Fatiha terdapat penyembuh dr semua penyakit.(HR Baihaqi)Didalam hadis sohih seorang sahabat membaca tujuh kali Surah Fatihah kpd seorang yg dipatuk ular; lalu sembuh penyakitnya.
3. Khasiat Surah Al-Baqarah:
Rumah yg di bacakan surah al-Baqrah tidak dimasuki oleh syaitan selama 3 hari.(HR Muslim).
4. Khasiat Ayat kursi. Syaitan telah berkata kpd Abu Hurairah r.a :
Maksudnya: Apabila kamu berada di tilam kamu (Nak tido) hendaklah kamu membaca Ayat Kursi. Maka sesungguhnya Allah akan sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan menghampirimu sehinggalah subuh. Lalu Nabi s.a.w berkata kpd Abu Hurairah r.a:Syaitan bercakap benar kpdmu (tentang ayat kursi) walaupun dirinya sangat pembohong.(HR Bukhari)
5. Menjauhkan gangguan Jin dan SyaitanIbnu Masud berkata:
Sesiapa yg membaca 4 ayat awal Surah Baqarah, Ayat Kursi, 2 ayat selepasnya dan 3 ayat akhir surah Baqarah; maka syaitan tidak akan mendekatinya dan keluarganya dan tidak ditimpa dengan perkara yg tidak diingini. Jika dibaca kpd org yg gila(yg dirasuk) pasti dia akan sedar.(HR Darimi dgn sanad yg sohih)
Imam Qurtubi berkata:Harus menjampi dengan ayat2 Allah dan Nama2nya. Kalau ianya diambil dr Hadis maka hukumnya sunat.
*Ada banyak lagi ayat-ayat Quran yang digunakan untuk tujuan perlindungan, perubatan, kecantikan dll...untuk kesejahteraan rumah tangga pun ada jugek... kebanyakkannya aku dengar dari ceramah-ceramah Ustazah Fathma kat KLCC - Petronas hari Rabu 2 minggu sekali... ok..nanti kalau ada masa insya Allah aku syer yg lain-lain pulak key....
No comments:
Post a Comment