Monday, November 23, 2009

BIG event

Ramai yang tanya kenapa dah lama hilang .. ada reason kenapa aku dah lama tak update blog.. kalau ada pun aku cuma cut and paste dari web lain atau ianya terlalu ringkas..

Aku betul betul busy .. aku telah melantik diri aku sendiri untuk mengorganize satu very big event yang hanya berlaku sekali jer seumur hidup kami adik beradik.. event nih bagi aku amat amat penting.. amat amat berharga... amat amat istemewa buat kami adik beradik ...

Itu sebab laa aku betul betul busy.. ditambah pulak dengan kerja kerja office yang melambak lambak dan terlalu banyak due dates .. semua nak kena buat sekali dalam satu masa... tapi bila aku dah volunteer.. maknanya aku pasti akan lakukan jugak.. yang terbaik ...

Dan week end hari tuh semuanya telah berjalan dengan lancar.. aku betul betul bersyukur.. tak der hick up pun... semua berjalan seperti yang dirancang ... semua atas bantuan Allah ... hasil kerja sama kami adik beradik ... dan anak anak buah aku yang memang betul betul sporting ...syukur Alhamdulillah ...

Yup... Hari Sabtu baru niii .. kami sekeluarga meraikan satu event yang paling besar dalam sejarah family kami.. hari sabtu hari tuu.. adalah sambutan HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-50 AYAH DAN EMAK KAMI ... Bagi kami inilah satu satunya event yang paling berharga untuk kami sekeluarga.. dan buat mak dan ayah mereka betul betul terharu bila masih dapat menatap wajah wajah anak anak dan cucu cucu setelah bersusah payah bersama selama 50 tahun...

Apa apa pun aku rasa tak sempat laa nak citer lebih.. nanti kalau ada masa aku citer lagi .. sekali dengan tempek gambar...

Saturday, November 14, 2009

Nayli

Amik report card adik tadi pagi... kali nih aku amik sorng jer . pasal hubby kerja hari nih..
Alhamdulillah .. adik memang excellent ... tahap pembelajaran dia bukan sahaja membanggakan malah dia dah buat terlalu advanced dari pelajar lain.. Adik Nayli yang baru 5 tahun tuh dah pandai sangat naca buku baik dalam Bahasa Malaysia mahupun Inggeris. Teacher kata tak der apa dia nak comment pasal Nayli memang a good student, she read very fast, she learnt very fast. sekarang nih teacher dah start bagi dia baca very short novels for children. Nayli pun teacher kata very good in Public Speaking, she really can talk in front of the class with out any text. Ni kira cam bila teacher bagi satu topic, dia boleh ulas that topic very well.

Teacher kata lagi Nayly very helpful student.. pasal dia banyak tolong cikgu .. she helps her small friends a lot.. ye laa.. cam tolong kengkawan dia yg lebih kecik tu cam mana nak mengira.. cam mana nak baca... so teacher memang tak der masalah...

Dari segi tulisan dan kekemasan.. teacher mintak permision untuk jadikan buku buku dia sebagai contoh dan dorongan untuk pelajar pelajar lain dan ibu ibu bapa lain untuk dibandingkan dengan anak anka mereka...

Untuk Mathematics... Nayli dah habis syllabus addition dengan subtraction.. so teacher terpaksa ajat dia devide dengan multiply... dan teacher kata she doing very well ...

Iqra' pun Nayli dah pandai.. cikgu kata dia dah sampai Iqra' 4. Simple Jawi pun dia dah boleh baca dan boleh tulis dengan kemas.

Alhamdulillah ... Allah kurniakan aku anak anak yang cerdik .. aku betul betul bersyukur ... aku harap semua kejayaan dia akan berterusan sampai bila bila ...

Friday, November 13, 2009

Juara Bertahan

Lama tak update blog.. busy giler giler ... petang tadi balik dari kerja.. kakak bagi tahu dia sekali lagi dapat no satu untuk peperiksaan akhir tahun nii.. Alhamdulillah ..

Tapi peperiksaan kali nih aku memang betul betul risau.. dia langsung tak ada hati nak baca buku.. terlalu over confident.. kalau aku suruh dah dia pun baca.. 5 minute aku tinggalkan dia.. dia dah tengok TV.. pas tuh suruh lagi.. sekali tengok dah tido... kekadang geram jugak.. pasal dia langsung tak rasa takut dengan exam tuuu..

masa minggu exam berlangsung pun.. balik balik jer dia cakap.. alhamdulillah senang jer kakak buat.. (aku selalu tegur dia kalau senang sangat kena cakap Alhamdulillah kalau tak nanti tuhan amik balik kemudahan yg dia dapat tuuu).

Kali nih aku tak berapa confident dengan keputusan dia.. aku takut jugak kekalau dia dapat no more than 10 ker.. ye laa.. kalau tengok keadaan dia tu langsung tak membangga kan...

Tapi syukur laa... dia masih jadik JUARA BERTAHAN .. setiap tahun.. setiap semester ...

Dan tahun ni jugak macam macam hadiah yang dia dapat dari pihak sekolah .. baik sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan... antara-antranya...hadiah sebab dapat no satu dalam nyanyian laa.. dapat pelajar siasah terbaik laa... pelajar terbersih laa.. pas tuh lumba lari dapat hadiah sagu hati laa... sekolah agama pun dapat hadiah ketua kebersihan laa... hadiah sukan kat sekolah agama ... hadiah penghargaan sebab jadi wakil sekolah untuk pertandingan solat subuh laaa... macam macam lagi yg aku pun dah tak ingat ..

hmmm alhamdulillah bagus laa biar dia active sementara boleh niii ... dan aku banyak banyak bersyukur Allah kurniakan anak seperti dia... aku harap kejayaannya berpanjangn sampai bila bila dan di berkati dan di rahmati Allah selalu.. Taniah kakak..

Monday, November 9, 2009

Mana contract renewal aku daaa...

Lately ni banyak sungguh kerja.. kadang kadang buat aku betul betul bosan dengan hidup sebagai karier women nii… pepagi dah bangun nak gosok baju anak anak, suami dan baju sendniri.. kemudian nak buat breakfast lagi.. nak kemas baju budak budak untuk dibawa ke nursery. Pastu baru boleh mandi dan bersiap…

Drive dalam kesekan lalulintas yang beribukotakan KL ni memng tension.. kalau lambat sikit memang dah jammed sana sini..

Kat opis plak banyak giler kerja kerja yang kena siap sebelum hujung tahun nih.. PETRONAS requirement yg betul betul buat aku rasa nak terkucil kucil... mana nak settle dia org punya urgent requirement yang cam nak mati suh aku expedite cepat barang barang dia org..

Dan apa yang buat aku betul betul tension ialah pasal CONTRACT RENEWAL aku.. nih dah berapa lama aku kerja tanpa contract .. selamba jer dia orang tak buat lagi... kalau nak suh aku buat kerja bukan main lagi berkira.. kalau lambat semua duk kira KPI... lambat sikit melenting... tapi bila tang anak buah korang.. korang buat tak tahu jer ek... susah sangat ker nak buat contract aku tuu.. ish... dah banyak bakul dah aku sumpah seranah .. kalau aku boleh cakap German aku rasa banyak perkataan yang dah keluar dari mulut aku nii.. (org kata kalau nyumpah dalam bahasa German tak apa pasal tak tahu makna) ... tapi tu laa gua berani belakang jer beb.. depan boss ... terpaksa laa ku tunjuk baik... demi masa depan dan sesuap nasik...

Aku bukan bengang apa .. KPI orang bawahan aja yang dia orang namapak,, KPI boss boss ni tak laa pulak di amik kira.. contract banyak yang tak bersign.. tak siap.. terlupa dan macam macam alasan jer yang mereka berikan.. untuk menampakkan mereka terlalu busy dengan kerja.. tapi bila anak buah lambat.. sume KPI.. lambat sebab lembab.. adush….

Nanti laa esok bila aku jadik boss .. semenggu aku duk kat dalam bilik tuh doing nothing sambil sengih .. kedua dua belah tangan aku akan aku letakkan cantik atas meja cam orang bersanding tuuu ... hmmm... nak rasa cam mana dia orang rasa jadik orang besar dan tak pernah piker hati dan perasaan manusia manusia kecik cam aku (rrr… walaupun aku rasa aku ni tak sekecik mana)

Tuesday, November 3, 2009

No dating - UIA

'No dating' territory


THE International Islamic University Malaysia (IIUM) has become the first “no dating place” in the country.

A banner has been put up at its Gombak campus to warn the students from dating in the university compound.

The banner reads: “IIUM is an Islamic territory. No dating. Allah is watching us.”

It is placed at a square near some shops and a bank.

A visitor to the campus came across the banner and took a photograph of it.

According to a IIUM undergraduate, the banner was not an initiative by the university authorities.

“It was put up by Maaruf Club in conjunction with the Campus Dakwah Project during Ramadhan,” he said.

The club’s aims, among others, are to encourage students to perform the good, avoid the bad and to monitor the students’ moral conduct.

Monday, November 2, 2009

Bekas Mufti dihadapkan ke mahkamah hari ini!

Bekas Mufti dihadapkan ke mahkamah hari ini! (Harakah)
Azamin Amin
Mon | Nov 02, 09 | 2:43:32 am MYT

Kemaskini 3.00 pagi:|KUALA LUMPUR,2 Nov: Selepas negara dikejutkan dengan penahanan bekas KSU Mosti atas tuduhan rasuah, kini giliran bekas Mufti pula di hadapkan ke mahkamah hari ini.
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini jam 9 pagi ini atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Dr Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

"Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung," katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman 'Wahabi' yang dianggap menyimpang,sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

"Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?

"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.

Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi.

"Ini tidak bermakna saya sertai politik. Mereka telah membantu saya...terima kasih.

"Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak media yang membuat liputan," katanya dan sekaligus bersalaman dengan hadirin semua.

Suasana menjadi agak emosi seketika,apabila ada antaranya berpelukan dengan Dr Asri dan menangisi insiden yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang tokoh agama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata hanya mereka yang bertauliah sahaja yang dibenarkan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan kuliah agama di masjid dan surau negeri ini.

Hasan Ali menegaskan peraturan dan garis panduan sudah pun dikeluarkan namun masih ada individu tertentu yang ingkar mengikutinya.

Perkara ini disiarkan oleh laman web kerajaan negeri Selangor, Selangorkini Sabtu, 31 Oktober, dua hari lepas.

Bagaimanapun, pentauliahan itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menetapkan beberapa proses tertentu sebelum seseorang itu layak berbuat demikian.

"Peraturan-peraturan itu telah pun diberitahu sebenarnya kepada masjid-masjid dan surau-surau dan selepas ini peraturan itu akan diletak dalam bentuk notis yang agak besar di dinding-dinding tempat yang boleh dilihat dengan terang di surau dan masjid dan sebagainya. Antara peraturan itu ialah setiap pemberi khutbah, pengkuliah dan sebagainya mesti ada tauliah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya._