Friday, July 15, 2011

Yakin boleh ...

"Our Tender briefing will be held at Bintulu together with site visit to BORF (Bintulu Onshore Receiving Facilities). Mungkin kita akan bertolak next week dan kita akan ada dua session as we have more than 10 bidders involve in this tender. "

Aku macam dah nak pengsan .. Bintulu !!! cam mana nih .. cam mana aku nak travel sengsorang tanpa family aku .. seumur hidup aku tak pernah sekali pun aku berenggang .. kalau berjalan tanpa family bermakna aku ikut mana mana rombongan.t api kali nih memang lain .. aku akan travel jauh dan tido sengsorang kat hotel ... cuak sungguh ..

Sememangnya dalam masa yang sama aku seronok bila handle project besar besar cam nih .. kalau dulu aku start dengan semua project yang bawah 500k .. kemudian naik ke below 25 million.. kemudian sekarang aku sudah mampu handle contract yang bernilai lebih dari RM100 juta. Mana mungkin aku tolak pengalaman yang amat besar nih .. bukan calang calang orang yang terpilih untuk melaksanakan contract sebesar ini .. walaupun aku bukan setanding mereka yang sudah senior ... tapi great opportunity cam nih bukan mudah untuk aku tolak ..tambahan pulak sudah lama aku ingin melawat Site.. mahupun offshore..

Dan apa yang lebih challenging adalah aku di arahkan untuk menjadi one of the presenter untuk project besar nih .. bayangkan contractors yang hadir adalah mereka mereka yang berjawatan amt tinggi .. CEO, General Manager, Managing Director, Project Manager, engineer sehingga laa mereka yang setaraf aku ..dan jumlah participant yang di jangka akan turut serta dalam Tender briefing nih adalah seramai 26 company.. setiap company pulak akan di wakili oleh 2 orang peserta.. dan semua sekali berjumlah 52 orang .. pergh !!!! cuak .. takut .. gubra dan macam macam perasaan jugak bercampur gaul dalam fikiran aku ..

Boleh ke aku buat ??? mampukanh aku berdepan dengan mereka yang betul betul experienced nih ??? setanding kah aku dengan semua engineer / user aku yang turut serta menjayakan project besar ini ??
Walau apa pun .. aku mesti kuatkan semangat aku .. aku yakin aku pasti akan boleh lakukan .. aku takan mengalah .. jika semua boss yakin dan memilih aku .. kenapa aku tidak boleh yakin akan diri aku sendri .. aku perlu buktikan bahawa aku boleh lakukan dan tidak akan menghampakan mereka yang telah memberi sepenuh keprcayaan kepada aku ..

Cuma .. cuma .. rrrrr...rrrmmm..rrrrr... Boss I takut laa tido sorang.. tu je yang aku kurang yakin dengan diri aku .. gua penakut .. kecut perut gua bila dengar gua kena tido 2 malam kat hotel ...

Linkin Park - Rolling In The Deep (Adele Cover - Live)



Try this by Likin Park .. awesome

Adele - Rolling In The Deep

Outstation ...

First time travel sengsorang tanpa ada En hubby dan anak anak .. kalau dulu pun bila boss suh outstation aku pasti akan hangkut semua sekali .. kali nih no choice .. aku di arahkan ke Bintulu... seronok cuma aku masih belum ada experience untuk ini .. untuk travel seorang diri tanpa ada en Hubby di sisi ..(pergh sentimentel sungguh ayat).

Jadi semalam 19 July 2011 aku pun dengan berat hati terpaksa laa tinggalkan family untuk ke Bintulu selama 3 hari 2 malam. Cuak, gembira, takut, bangga, seronok, berdebar debar .. semua bercampur gaul..
Pagi pagi lagi aku dah bersiap.. payah betul untuk aku mellelapkan mata aku semalam.. bermacam macam benda bercampur .. terlalu banyak yang aku fikirkan ... terutama sekali tentang presentation aku di hadapan experienced vendor.. aku minta encik hubby tolong hantarkan aku ke air port. Sampai di air after check in .. en hubby terpaksa ke tempat kerja.. aku yang tidak ada experience menaiki kapal terbang sorang diri apatah lagi ke Sarawak .. terasa amat amat kecik dunia aku ... tak per.. aku tahu aku boleh lakukan .. aku pun suka dengan semua kerja adventure cam nih.

Flight delay pulak .. another 1 hour lagi baru boleh fly .. tercongok aku kat situ bersama sama project manager aku ... masing masing dengan Black Berry ... sungguh membosankan ..

Sesampai di Bintulu Airport driver MURPHY sudah siap menunggu dengan coverall supaya kami dpt mengenali dia dari jauh lagi ... perjalanan dari Airport ke Hotel dalam 45 minutes..

Sesampai di hotel.. lepas check in aku ke bilik aku .. dan benda pertama aku buat adalah on computer pas tuh aku onn surah al-baqarah .. aku ingat pesan Dr Fatma Zahra... surah baqarah nih menghalau hantu keluar dari rumah .. so aku rasa aku boleh applykan kat sini kot.. sepanjang aku kat hotel aku onkan je surah yassin dan al-baqarah .. takut gilerrr ...

Dan yang paling tak best is .. kenapa la plak katil 2 yang dia org kasik .. aku sorang jer nih .. aku teringat pesan office mate aku .. buh semua beg atas katil .. jgn tinggalkan kosong ... adush !! cuak sungguh .. aku terbayang bayang mana tahu tetiba ada benda tido kat katil sebelah malam kang ... buat teman aku tido.. aku terus mintak tukar bilik .. tapi gagal .. dia kata bilik semua penuh .. cissss... alasan dia orang ... pas tuh ceiling bilik air aku plak terbukak .. adusshhhh apa citer nih .. aku call lagi hotel suh dia orang tutupkan .. macam macam laa pulak ...


Lepas dinner aku pun balik ke bilik .. hari sudah semakin gelap .. aku semakin cuak .. surah al-baqarah aku kuatkan volumenya.. aku buat sedikit preparation untuk esok pagi .. jam dah pukul 11.. aku perlu tido supaya aku boleh bangun awal esok.. ada tugas amat penting esok .. aku perlu present kat semua Managing Diector, CEO dan manager manager company company terbesar di Malaysia ...

Atas katil aku masih terkebil kebil ... mata aku nih memang tak leh nak lelap .. aku amik buku cerita yg aku bawak .. tetap mata aku segar .. sedangkan aku dapar rasakan yang badan aku sudah tidak mampu menahan kepenatan .. banyak surah sudah aku baca.. namun aku tetap tak boleh lelap..setiap sejam aku terjaga .. ish cuak sungguh laa ..

Fikiiran aku dah melayang layang .. mana laa tahu katil sebelah aku nih tetiba ada org tido .. atau tiba tiba langsir tingkap tuh terbukak .. kemudian nampak lembaga tersenyum melihat aku .. atau tetiba kedengaran suaran ketukan dari arah tingkap atau pintu .. atau bunyi bunyian lain dari arah bilik air .. atau ada lembaga tetiba melekat kat ceiling atas bilik nih .. atau tetiba ada lembaga merangkak kat bawah katil .. cam citer Joon ..atau kelibat benda di cermin besar nih .. adushhhh .. kenapa laa.. semua bend benda nih tetiba dtg dlm fikiran aku ...

Akhirnya .. selepas pukul 3:30 pagi baru aku boleh tido terus .. pukul 5 : 30 pulak aku dah bangun .. kemudian aku paksa supaya tido kembali .. kemudian baru aku terjaga dlm pukul 6:00,
Aku bersiap siap terus breakfast. Kemudian pukul 8. kami mulakan presentation kami .. semua berjalan amat kancar .. participant mendengar dengan penuh teliti. soalan soalan semunya dapat dijawab dengan baik ..Alhamdulillah .. syukur tidak terhingga ... mission accomplished .. fisrt session berjaya ...

Second session ada lah site visit ke Gas Plant. BORF - Bintulu Offshore Receiving Facility. Kami bertolak on time.. visit BORF dan belajar banyak benda.. memang satu perkara yang amat berguna dan bermanfaat bagi aku ... dan second session nih pun berjaya .. alhamdulilah .. segala galanya seperti yang dirancang ...

Petang selepas site visit di Kidorong aku balik.. mandi dan berjln sorang sorang di sekitar yang berhampiran .. melihat lihat kain batik Sarawak sebagai souvenir. Untuk makan malam .. aku rasa aku tak lapar .. aku terus ke bilik dan berehat .. hari nih penat jugak.. lepas solat aku sudah mengantuk ..
Malam nih aku tido awal .. tapi tetiba terbangun plak tengah malam ... ciss... aku surf internet .. tengok FB .. TV.. dll .. sekejap tido sekejap terjaga .. biasala .. tempt orang mana boleh lena ... esok dah boleh balik yeayyyy....

Saturday, July 9, 2011

Friday, July 8, 2011

Apa itu BERSIH ...

Lama betul tak mengup datekan diri dengan Malaysian Politics yang sungguh interesting ... laa nih mana mana sibuk dengan BERSIH ... kali nih terus terang aku terlepas pandang .. aku cuma tahu mereka akan berkumul dan berarak ke Istana Negara untuk memberi memorendum BERSIH ... dan aku rasa ramai di antara kita yang ti dak berapa tahu apakah matlamat BERSIH kali ini ...

Jom .. setelah puas search di dada dada internet .. puas mendengar ahli bijak pandai berhujah .. mungkin aku boleh simulkan bahawa BERSIH nih adalah salah satu cara untuk menuntut hak kebebasan mengundi dengan cara berhemah .. banyak sungguh flaws yang telah lama kita sedari contohnya pengundi pengundi hantuu (boleh rujuk sendiri) cuma kita tak boleh nak buat apa apa ... dan perhimpunan menuntuk hak pengundian BERSIH sudah pun ujud pada tahun 2007  Dalam Memarandum tersebut Bersih 10 November 2007 ada 4 tuntutan yang utama:

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia

Mereka hanya membuat tuntutan dari Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil .. kalau dilaksanakan tuntutan tersebut, pastinya himpunan tersebut akan dibatalkan... ???? itu sahaja ayang aku tahu mengenai BERSIH ... dan bagi aku jika itu yang di mintak .. tak salah mereka berarak secara aman ke Istana Negara dan mempersembahkan memo mereka ke Yang Di Pertuan Agung ..


Menurut salah satu blog yang aku baca .. BERSIH 2.0 telah mencadangkan acara ini untuk mempromosikan demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya dan mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam. Kami ingin menekankan bahawa inisiatif ini dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua parti-parti politik untuk bergabung kuasa dengan rakyat untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini. Jemputan akan dihantar kepada semua parti-parti politik untuk menyertai usaha ini. Katanya lagi ... BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian. Terdapat tiga tujuan utama acara ini dianjurkan; iaitu untuk mengutarakan tuntutan rakyat untuk reformasi pilihan raya, mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam, dan mengambil pendirian menentang rasuah yang berleluasa di setiap tahap lapisan masyakat.
 
Aku search pulak Wikipedia ... ulasan nya masih berkisar pilihanraya yang bersih lagi adil..
Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya. SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.[5]


Dan atas ulasan di atas .. bagi aku apalah salahnya semua parti politik tidak mengira siapa .. turut sama memperjuangkan BERSIH supaya kita sama sama mendapat apa yang kita hajati .. DEMOKRASI ...

Tapi ada juga yang menyatakan BERSIH mempunyai agenda mereka yang tersendiri ... agenda paling kotor sebenarnya .... agenda orang orang kafir untuk menuntut kuasa mutlak dan cita cita mereka untuk menerajui dunia Malaysia ... dan persoalan mengapa perhimpunan ini di ketuai oleh Dr Ambiga yang telah di kenali semua masyarakat Malaysia sebagai anti Islam ...ye kenapa Ambiga ???  kenapa perlu mengikut telunjuk mereka mereka yang terang terangan tidak menyokong agama Islam ... apa betul itu adalah tujuan sebenar ??? atau sekadar untuk mencari alasan .... sekadar untuk memesongkan matlamat asal ... sekadar mengubah topik agar BERSIH mendapat tentangan atau sekadar untuk mengapi-apikan rakyat malaysia ??? entah lahhh .... bagaimana ianya berkait rapat aku jugak tak tahu .. Malaysian Politics becoming more interesting nowadays  .. macam macam ada ..

Tepuk dada tanya iman .. uji ilmu.. periksa kepandaian ...

terpulang pada semua untuk berfikir yang baik jadi teladan yang tidak kita buang jauh jauh ...
dan aku... aku  hanya mampu melihat dan mendengar .....