Friday, July 8, 2011

Apa itu BERSIH ...

Lama betul tak mengup datekan diri dengan Malaysian Politics yang sungguh interesting ... laa nih mana mana sibuk dengan BERSIH ... kali nih terus terang aku terlepas pandang .. aku cuma tahu mereka akan berkumul dan berarak ke Istana Negara untuk memberi memorendum BERSIH ... dan aku rasa ramai di antara kita yang ti dak berapa tahu apakah matlamat BERSIH kali ini ...

Jom .. setelah puas search di dada dada internet .. puas mendengar ahli bijak pandai berhujah .. mungkin aku boleh simulkan bahawa BERSIH nih adalah salah satu cara untuk menuntut hak kebebasan mengundi dengan cara berhemah .. banyak sungguh flaws yang telah lama kita sedari contohnya pengundi pengundi hantuu (boleh rujuk sendiri) cuma kita tak boleh nak buat apa apa ... dan perhimpunan menuntuk hak pengundian BERSIH sudah pun ujud pada tahun 2007  Dalam Memarandum tersebut Bersih 10 November 2007 ada 4 tuntutan yang utama:

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia

Mereka hanya membuat tuntutan dari Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil .. kalau dilaksanakan tuntutan tersebut, pastinya himpunan tersebut akan dibatalkan... ???? itu sahaja ayang aku tahu mengenai BERSIH ... dan bagi aku jika itu yang di mintak .. tak salah mereka berarak secara aman ke Istana Negara dan mempersembahkan memo mereka ke Yang Di Pertuan Agung ..


Menurut salah satu blog yang aku baca .. BERSIH 2.0 telah mencadangkan acara ini untuk mempromosikan demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya dan mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam. Kami ingin menekankan bahawa inisiatif ini dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua parti-parti politik untuk bergabung kuasa dengan rakyat untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini. Jemputan akan dihantar kepada semua parti-parti politik untuk menyertai usaha ini. Katanya lagi ... BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian. Terdapat tiga tujuan utama acara ini dianjurkan; iaitu untuk mengutarakan tuntutan rakyat untuk reformasi pilihan raya, mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam, dan mengambil pendirian menentang rasuah yang berleluasa di setiap tahap lapisan masyakat.
 
Aku search pulak Wikipedia ... ulasan nya masih berkisar pilihanraya yang bersih lagi adil..
Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya. SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.[5]


Dan atas ulasan di atas .. bagi aku apalah salahnya semua parti politik tidak mengira siapa .. turut sama memperjuangkan BERSIH supaya kita sama sama mendapat apa yang kita hajati .. DEMOKRASI ...

Tapi ada juga yang menyatakan BERSIH mempunyai agenda mereka yang tersendiri ... agenda paling kotor sebenarnya .... agenda orang orang kafir untuk menuntut kuasa mutlak dan cita cita mereka untuk menerajui dunia Malaysia ... dan persoalan mengapa perhimpunan ini di ketuai oleh Dr Ambiga yang telah di kenali semua masyarakat Malaysia sebagai anti Islam ...ye kenapa Ambiga ???  kenapa perlu mengikut telunjuk mereka mereka yang terang terangan tidak menyokong agama Islam ... apa betul itu adalah tujuan sebenar ??? atau sekadar untuk mencari alasan .... sekadar untuk memesongkan matlamat asal ... sekadar mengubah topik agar BERSIH mendapat tentangan atau sekadar untuk mengapi-apikan rakyat malaysia ??? entah lahhh .... bagaimana ianya berkait rapat aku jugak tak tahu .. Malaysian Politics becoming more interesting nowadays  .. macam macam ada ..

Tepuk dada tanya iman .. uji ilmu.. periksa kepandaian ...

terpulang pada semua untuk berfikir yang baik jadi teladan yang tidak kita buang jauh jauh ...
dan aku... aku  hanya mampu melihat dan mendengar .....

No comments: