Thursday, August 25, 2011

Sup Tulang....

Sup Tulang nih merupakan masakan kegemaran dan masakan turun temurun family aku. Setiap kali malam takbir (malam raya) dan hari raya haji.. mesti masak sup nih .. pasal orang kampung request... kalau masak pulak mahu dalam 5 - 7 kilo sekali ... esok pagi for sure habis punya .... sup nih menjadi masakan wajib malam raya untuk hidangan orang orang takbir dan di makan dengan roti kosong.

Bahan bahan

Tulang lembu dalam sekilo
Bawang merah dalam 5 - 6 biji, bawang putih 5 bijik, halia sebesar ibu jari
Rempah sup adabi dalam 11/2 sudu besar (kalau nak pekat boleh di tambah)
Sup Bunjut adabi / mak siti
Daun sup
Daun bawang
4 brothers - bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis &
Lada hitam (aku selalunya tak bubuh takut budak budak makan pedas)
Minyak
Garam & ajinomoto

Cara

Memula tumis 4 brothers bila dah naik bau masukkan bawang merah, putih dan halia. Goreng sampai kekuningan. Masukkan rempah sup yang dah di campur air. Tumis sampai garing (jgn hangus plak). Masukkan tulang dan sedikit jer air. Tutup periuk tu dan biar daging kat tulang tuh kecut dan keluarkan air dalam 10 minute. Bila dah kecut, tambah air. Masukkan sup bunjut. Masukkan daun sup yang disimpulkan. Kalau nak seda masukkan sekali akar daun sup yang dah di basuh bersih. Biar dia masak. Masukkan garam dan perasa. Angkat taburkan daun sup daun bawang yang dah di hiris halus serta bawang goreng. Settle sedap di makan dengan nasi atau pun roti.

No comments: