Saturday, October 18, 2008

Nasi Ayam


Nasi Ayam..

Aku dulu masa budak budak dulu suka giler makan nasi ayam.. aku rasa one of the reason is.. makanan tuh senang dan cepat dihidangkan dan mesti ada kat mana mana dan rasa dia tak le menghampakan sangat .. tapi kalau aku ada masa terluang dan tak berapa lapar.. aku sure akan try something yang lain dari yang lain.. aku bab bab makanan nih aku memang quite adventurous sikit.. aku suka try something new and pelik...

ok nih resepi nasik ayam aku....

Beras
bawang besar, bawang putih, halia
bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang,
daun pandan
minyak sapi
sedikit pewarna kuning (kalau nak cantik jer)

Sup
Ayam
bawang besar, bawang putih, halia mayangkan
bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang,
sup bunjut adabi
rempah sup
daun sup

masakkan sup dulu ngan sekor ayam tuh.. tumis semua bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dah dimayang tadi. Bila dah gareng masukkan rempah sup sikit. Masukkan sup bunjut. masukkan ayam.. biar dia kecut ... ayam nih potong besar besar sikit sebab aku amik ayam nih untuk aku goreng nanti. dan potong sikit yang kecik kecik untuk kita makan dengan sup. Lebih lebih lagi tang tulang tulang tuh .. lagi bagus untuk sup... masak sampai ayam yang besar besar tadi jangan terlalu lembut. Angkarkan ayam tuh perap dengan bawang putih dan di gaul dengan kicap dan sedikit madu.

Nasi
Basuh beras dan toskan. Masukkan minyak sapi.. jangan banyak sangat nanti jadi nasi minyak pulak.. masukkan dalam satu hingga dua sudu jer.. nak bagi rasa jer.. Gorengkan bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, dan bawang besar, bawang putih, halia yang dah di mayang. Kemudian masukkan beras, gorengkan bersa tuh.. kemudian amik kuah sup tadi ikut ukuran yang sesuai. Biasanya satu put beras air sup dia pun satu put.. kemudian lebihkan dalam setengah put air sup dia tuh... (kalau aku aku sukat ikut jari aku style kampung punya) kemudian masukan daun pandan.

Sementara tunggu nasi masak. Boleh goreng dah ayam yang dah perap tadi. Ayam yang dah di lumur atau marinate dengan kicap manis dan kicap masin, dan tumbukkan bawang putih sikit ... just goreng macam biasa jer..

Kicap
Air dari lumuran ayam tadi jangan buang amik jadik kicap dia.. cuma tambahkan kicap dan buh sup ayam tadi

Sambal Nasi ayam
Sambal dia pulak.. amik cili merah dalam 5 - 6 bijik dan blend dengan satu biji bawang puti jer.. dan letakkan cuka dan air limau nipis atau buh salah satu .. mana mana pun sedap jer .. buh gula sikit dan garam.. kalau banyak tak sedap. Boleh jugak guna air sup ayam tadi untuk blendkan chili tuh tadi...

Hm... dah siap dah.. memang sedap laa...

Tuesday, October 14, 2008

Cerita sedih aku ...

Entah .... tetiba rasa nak tulis cerita nih.. tapi aku harap sesapa yang membaca cerita sedih dan geram aku nih.. tolong baca sehingga keakhirnya.. tolong baca dengan nada sedih agar lebih dramatik dan dapat memahami perasaan hati aku yang tersirat....

Arghhhh..... jeritan batin aku dah tak tertahan lagi.. aku sepatutnya sudah dapat menerima kenyataan.. tapi rasa seperti baru semalam segala benda-benda nih berlaku... aku masih .. aku masih tidak dapat menerima kebenaran.. aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan ...

Bukan itu sahaja... malah benda benda lain juga turut langsung tidak bersimpati dengan aku... 'dia' yang aku puja puja tuh pun seolah olah menjebek.. menghina... dan seakan akan memaki hamun diri aku yang aku kira malang ini ... dan sekarang 'dia' sudah tidak mahu lagi mengikut kata aku .. sudah melawan .. sudah pandai buat ikut kepala sendiri... apa yang aku perlukan dari 'dia' .. sekarang 'dia' sudah tidak mampu penuhi.. aku betul betul terguris... aku terluka.. terasa seperti disakiti ..
Aku ingat lagi sejak mula mula aku terima 'dia' dalam diri ini ... 'dia' sering menyanjungi aku.. tiap masa kalau aku inginkan kepastian aku akan berlari kepadanya ... sekelip mata sahaja segala kemusykilan aku akan terjawab... tanpa sebarang ragu ragu.. jawapan 'dia' terlalu tepat untuk aku.. tanpa mengenal masa.. setiap detik.. 'dia' pasti akan luangkan masanya terhadap diri aku nih..

Tapi, sekarang.. 'dia' sudah lain... jawapan yang diberinya kurang tepat... aku sudah tidak percaya kan 'dia' lagi.. aku marah betul ...

Semalam.. berakhir sudah hubungan kami.. setelah beberapa kali aku cuba mendapatkan kepastian darinya.. setelah beberapa kali aku mencari jawapan darinya.. 'dia' statik.. langsung tidak bergerak.. diam seribu bahasa... arghhhhh ..... aku tension ... jawapan yg diberikannya juga tidak tepat lagi .. salah.. tadi aku pergi kat tempat lain... lain jawapannya .. aku pergi kat 'dia' lain pulak jawapan yang diberikan... ini bukan kali pertama.. tapi aku amat amat perasan yang masalah ini timbul sejak kebelakangan ini.. sejak pulang dari raya aidilfiltri tahun ini ..

Aku sudah tak sabar.. aku tension ... tahap kemarahan aku sudah tidak terkawal ..aku angkat 'dia' .. aku lempar kan aja 'dia'.. kat tepi tangga tuh.. biar puas hati aku ...betul laa 'dia' nih aku nak timbang berat badan aku pun tak boleh.. dari last 2 weeks lagi benda nih buat hal... tak begerak langsung.. entah cam mana entah tak bergerak... HAMPEH betul laaa alat penimbang berat ... masa masa nih lerr ko rosak ... dah laa berat badan aku nih naik .. hmmm.. 'dia' ... alat penimbang berat aku ... heheh (saja jer buat gempak)

Thursday, October 9, 2008

Sediakan Wang Kecil...

kalau balik raya jer tentu banyak betul kes kemalangan yang mengakibatkan kematian atau pun kecederaan ... dan tak kurang jugak kes saman yang secara tiba tiba naik dengan begitu mendadak .. macam naiknya harga minyak hari tuh...

Penuh di jalan jalan raya dengan pihak pihak berkuasa yang tak berapa cerdik yang buat sekatan jalan raya masa kita sedang sibuk jammed dalam kereta .. dia orang nih memang betul betul menyesakkan jalan raya lerrr.. dah laa kereta banyak .. berpusus pusu untuk balik dari kampung .. dia pergi buat road block .. entah laa... aku sendiri tak berapa tahu apa yang dia orang cuba lakukan..

Maaf laa bapak bapak polisi mungkin korang sedang menjalankan tugas korang.. tapi aku masih lagi tak faham .. tak mengerti ... kenapa.. kenapa.. dan kenapa pada masa masa macam nih masih nak buat road block..???? arghhh... aku perlukan penjelasan yang mantap agar aku tidak lagi tertanya tanya macam nih...

Dan apa yang paling penting ... ini peringatan untuk pemandu pemandu jalan raya .. sekiranya anda bertemu dengan bapak bapak polisi.. dan anda berada dalam keadaan terdesak kerana melakukan kesalahan lalulintas yang boleh dikatakan tidak berapa besar dan memudaratkan orang lain .. korang cuma perlu ingat kata kata hikmat ini... SILA SEDIAKAN WANG KECIL...

Wednesday, October 8, 2008

14 jam beraya dalam kereta ...

Perghh.. aku nak citer pun tak sampai hati.. tapi..aku nak citer jugak..
hmmm... aku terpaksa admit yang aku kawin dengan orang jauh dan terpaksa berkorban travel jauh jauh every time raya.. dan kebetulan raya tahun nih adik ipar aku kawin dan aku terpaksa beraya kat Kelantan.. tuh tak jadik hal.. bukan masalah utama aku.. tapi masalahnya every time raya aku boleh gerenti jalan kat Kelantan tuh cam hampeh.. untuk pengetahuann sesapa yang tak pernah sampai Kelantan atau tak pernah naik kereta ke Kelantan... perjalanan dengan menaiki kereta dengan menggunakan kadar kelajuan biasa dan tahap memotong yang sederhana laju dan tidak berapa kurang ajar adalah mengambil masa selama 7 jam, itu pun tanpa henti...

Hari Ahad baru nih setelah tamat segala sessi penting kat Kelantan kita orang pun balik laa.. disebabkan cuti pun tinggal ala kadar jer kita orang terpaksa akur yang kita orang kena angkat beg balik jugak pada hari Ahad kerana keesokan harinya aku dan hubby terpaksa berjihad diopis pulak... kami bertolak dalam jam 9 pagi dari Melor - Kota Bahru (plan nak bertolak lepas subuh).

Perjalanan lancar walaupun slow sebab kereta banyak.. nak memotang agak payah sikit disebabkan kereta bergerak perlahan dan jarak untuk masuk semula slepas memotong agar sukar melainkan korang dari jenis berani mati... walau bagaimanapun... kita orang masih lagi mencari peluang untuk mencelah celah dan mencilok cilok agar dapat memendekkan masa perjalanan ... dan sepanjang perjalan tuh.. kereta Wira yang kita orang naiki tuh telah terlalu kerap kali bertukar jadi jeep.. 4WD beb .. laki gua bawak turun offroad lagi.. selamba tu ikut bahu jalan sebelah kiri yang berlubang lubang dan hanya berbekalkan tanah merah jer.. perghhh... gua punya kagum dengan kereta gua... tak per la lepas nih kena buat alignment balik laa..

Kita orang masuk jalan alternative .. Mempaga .. ramai jugak yang tahu jalan nih.. cuma kekadang tak ramai yang nak ikut pun... tapi... bila kuar Mempaga kita org tengok jalan kat Karak highway tuh macam tak berjalan static... adushhh...

Jadi... laki gua pun cuba carik jalan alternative lain.. tak sanggup lagi nak redah jammed di Karak tuh ... belakang dia pi carik GPS dia kat Kelantan.. dia call abang dia dan abang dia dengan pantas bentang GPRS dia .. (heheh peta Malaysia yang ada nama-nama jalan tuh jer pun - aku mana ada GPS... ) .. kita orang pun dengan adventurenya just ikut aja apa yang abang dia cakap.. masuk jalan nih masuk...

Kita orang ikut jalan ke Jelebu - Kuala Pilah dan tembus Semenyih.. tapi gua cakap lu.. jalan nih memang laa giler punya adventure.. jalan macam jalan lama turun Cameron Highland yang bengkang bengkok sambil turun bukit... perghhh ... dan yang menakutkan jalan tuh tak ada orang lalu.. cuma ada hutan tebal dikiri kanan jalan .. dan di tambah pulak dengan cuaca yang hujan dan gelap... dan kabus tebal menyelubungi cermin pandang depan kita orang .. bunyi cengkerik sayup sayup kedengaran .. permandangan kami hanya berbekalkn cahaya kelip kelip yang terbang menghias pandangan malam kami...(cam dalam drama laa pulak)

Jalan kat situ mengambil masa 3 jam untuk kita orang sampai ke Puchong.. dan jalan kat sini memang best untuk mat mat drift yang nak cari port baru nak test power.. wa cakap lu kalau mat drift practice kat sini.. lu orang boleh jadik champion laaa.. jalan dia perghhhh... mencabar betull..... dia punya belok... perghhhh... kalau sesapa yang nak direction gua boleh kasik nanti..

Dan menurut sumber sumber yang boleh dipercayai memang kita orang untung kali nih.. sebab kalau tunggu kat karak tuh ada yang stuck sampai 4 - 5 jam..

Tapi apa yang nak aku sampaikan ialah... semua sekali perjalanan kita orang kali nih ialah 14 jam.. udah ropa cakcibor dah aku duk dalam kereta tuh.. ya Allah tuhan aja laa yang tahu... tapi syukur laa Alhamdullillah semua selamat..

Tuesday, October 7, 2008

Solat Jamak dan Qasar

Sorry.. sebenarnya aku nak postkan article yang aku amik nih sebelum balik beraya hari tuh.. tapi sebab masa tidak mengizinkan aku .. sibuk sangat ... baru sekarang nih aku baru berpeluang untuk mengemaskinikan apa yang aku dah cut and paste kan nih .. so kepada semua harap ia menjadi salah satu ilmu ... hanya untuk pengetahuan seseapa yang tidak tahu atau kurang pasti dan hanya sebagai peringatan...

Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya’ ) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.
Syarat-syarat solat qasar

Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya’ sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada’ dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam ( sempurna ).
Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.


Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, samada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.
Solat Jamak Taqdim
Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.
Syarat-syarat Jamak Taqdim

Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya’ yang dikira solat kedua.
Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu.
Solat Jamak Takkhir
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.
Syarat-syarat Jamak Takkhir

Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, kerana jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.


Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:
Menjamakkan dua solat fardhu tanpa qasar.
Menjamakkan dua solat fardhu dan qasar.
Mengqasarkan solat tanpa jamak iaitu mengerjakan solat Zohor, Asar , Isya’ dengan dua rakaat yang berasingan.
Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.

Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.

Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira dari 60 batu.

Solat bagi orang yang musafir ini ada tiga cara:

Jamak dengan qasar sekali.
Jamak sahaja tanpa qasar.
Qasar sahaja tanpa jamak.
Di antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. Solat Jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat.
Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna ( tamam ). Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.

Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.

Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar. Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat Jamak Takkhir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai waktu hendak baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jamak/qasar.

Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 90 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar.

Kemudahan solat jamak ( jamak sahaja ) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasa lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat dan di antara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.

Ujian Bulan Puasa ...

Dah seminggu beraya.. hari nih baru berpeluang menjengah blog. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang merayakan perayaan ini. Kepada semua.. ini merupakan satu kemenagan, kejayaan kita umat Islam. Setelah berpuasa, berlapar, menahan segala macam dugaan ... Allah sajikan kita dengan kenikmatan Hari Raya. Sama-sama bergembira dan meraikan kemenangan kita.

Dan bagi aku puasa tahun nih merupakan tahun yang penuh dengan ujian. Dari awal awal puasa lagi aku dah diuji dengan pelbagai macam dugaan.. dan bagi aku.. aku akan sentiasa ingat setiap apa yang Allah uji tuh pasti ada hikmah disebaliknya... ye laa kalau nak ikukan bukan besar mana pun ujian yang Allah berikan .. tapi kadang kadang cukup buat aku rimas dan lemas...

Memula dengan kes mangkuk Tingkat (mangkuktingkat.com) yang aku langgan hanya untuk bulan puasa nih. Entah macam mana tetiba nama aku not in the list dia org.. padahal aku dah bayar. Dah laa tuh a week before puasa aku dah make confirmation dan check sama ada nama aku ada atau tak... pas tuh bila tengah hari tuh aku check balik tetiba dia kata nama aku tak ada.. hampeh tul.. aku pun.. apa lagi my blood goes upstairs laa... ok laa aku terpaksa terima yang nama aku tak ada dalam list dia orang pada hari tuh dan dia org janji akan start penghantaran pada keesokan harinya... ok aku terima that deal.. tetiba esoknya pulak aku pun baik hati gi call lagi mat mangkuk tingkat tuh ... mangkuk betul mamat nih.. dia tertinggal lagi nama aku dalam list dia... aku dah hilang sabar .. sekarang mangkuk tingkat tuh dah jadi mangkuk hayun.. aku memang hangin.. badan aku yang dah semakin besar nih.. menjadi semakin besar.. aku dah bertukar hijau.. betukar menjadi HULK.... arghhhh ...kali nih memang aku tak boleh bagi muka lagi.. dah tiga kali aku call for confirmation.. tetiba jadi cam nih.. lain laa kalau aku tak call semalam dan dia orang tak janji.. aku terus instruct mat mangkuk tingkat tuh.. aku cakap kalau sahur nih aku still tak dapat makanan dalam mangkuk tingkat aku.. aku akan pastikan aku akan bawak benda nih ketengah.. aku akan adukan pada persatuan pengguna... aku tak kira.. lu orang ingat senang senang nak kincing aku ekkk.... Alhamdilllah sahur tuh mat mangkuk tingkat tuh deliver mangkuk tingkat aku.. siap ada agar agar merah lagi...

Kes kedua yang betul betul mencabar kesabaran aku ialah bila kita orang satu rumah demam.. memula adik Nayli.. demam ..kali nih demam bukan calang-calang .. temprature naik sampai 39.5 hampir every nite. Aku jadi takut jugak.. tak tido kami berdua jaga Nayli.. hampr seminggu baru ok... ngam ngam ok.. kakak pulak demam panas.. kakak lagi teruk bila lepas pukul 12 tengah malam dia start demam panas sampai 40 darjah celcius.. seluruh badan menggeletar kesejukkan .. aku cuak betul .. seminggu jugak dia demam .. cuti sekolah dan aku pun terpaksa amik cuti jugak .. tak cukup dengan itu tetiba sampai giliran aku pulak .. demam kali nih memang pelik.. tonsil aku hampir menutup saluran penafasan aku.. setiap malam bukan satu kain selimut .. malah berlapos-lapis.. tapi tak juga cukup.. sejuknya terasa sampai ke tulang .. aku cuak... ye laahh mana tahu .. seperti post aku yang sudah sudah.. mungkin ini Ramadhan terakhir buat aku.. ishhhh ....


Dalam masa aku demam demam tuh aku tetap ingat akan kerja kerja office aku yang melambak lambak.. dan entah kenapa kebanyakn order order yang aku buat tak menjadi.. hapir kesemuanya gagal ...items yg aku purchased lambat sampai.. ada yang mintak tangguh delivery..ada jugak yang stuck kat port.. dan yang ini bermakna barang-barang aku tuh tak boleh sampai on time... arghhhh.. tension... barang-barang tuh pulak nak guna untuk shut down yang dia orang dah delaykan sebab barang aku lambat sampai.. tup tup memang tak sampai.. arghhhh... tension betul.

Dan pada episod akhir puasa terlalu banyak pulak kerja yang perlu dilangsaikan sebelum cuti raya .. ishhh... kesian kat aku.. dan bukan itu aja... dengan hubby aku pegi langgar kereta orang laa.. dan kena 400 - 500 hengget, dengan kereta rosaknya.. (duit lagi) dengan rumah aku kena tebuk dek jiran sebelah rumah aku yang tengah bersungguh-sungguh buat renovation (hampeh tul... aku rasa cam nak bakar jer rumah dia...) adushhh.. dan macam macam lagi benda benda kecik yang memberatkan kepala hotak aku nih... tapi syukur laa.. semuanya berakhir dengan tenang.. mungkin berkat kesabaran .. walaupun rasa cam nak putus urat marikh aku bersabar punya pasal... aku anggap semua tuh ujian...

Mungkin Allah nak bagi pahala lebih untuk kita orang.. atau beri pahala untuk hapuskan dosa dosa yang telah sudah.. .. apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah turun kan... semoga segala ujian itu akan lebih mematangkan lagi dan mendekatkan lagi kita kepada Allah.. Insya Allah...