Friday, May 15, 2009

Agar agar Lapis Cokelat


Untuk hari guru hari tu .. balik jer sekolah kakak request nak buat apa apa untuk Hari Guru kat sekolah Agama esok. Hmm... kesian pulak.. walaupun rasa cam dah tak larat sebab dah malam.. aku usaha jugak masak something untuk dia bawak esok.. Aku intai dapur aku.. aku tahu dua benda yang confirm ada ialah agar agar... hmm.. ada koko... ada susu cair ... hehehe buat agar agar koko laaa....

Bahan bahan...

1 plastik agar agar kering
6 gelas air
daun pandan (nak kasi wngi jer kalau tak ada tak apa)
Koko ( aku suka guna koko serbuk Van Houtan)
1 tin susu cair
Gula ( ikut rasa)
2 sudu besar tepung kastard

Memula masakkan agar agar dengan 6 gelas air sampai hancur. Bila dah hancur masukkan gula dalam 2 senduk (ikut rasa). Kacau lagi sampai mendidih dan gula hancur. Masukkan tepung kastard yang dah di campurkan dengan susu cair. Tapis supaya tak berketul. Kecikkan api dan kacau supaya tepung kastard tak berketul. Bila dah mendidih tutup api. Asingkan kepada dua bahagian. Bancuhkan koko dalam 2 sudu besar dengan air panas. Tapiskan sebelum masukkan kat dalam salah satu bahagian tadi. Kacau dan tenggekkan sekejap kat atas api kecik. Satu bahagian tadi biarkan plain... rrr... warna putih laaa... Dah boleh start lapiskan. Mulakan dengan yang putih tuh... bila dah keras lapiskan dengan yang koko tuh.. Make sure garis gariskan dengan garpu sebelum melapiskan bahagian yang seterusnya supaya agar agar tuh melekat antara satu dengan lain.. kalu tak nanti masa potong lapisan tuh tertanggal.dah settle.. masuk dalam peti ais.. potong dan dah boleh makan..

No comments: