Friday, May 1, 2009

Sayur Campur



Bahan bahan untuk sayur campur

Sayur yang macam macam
Bunga kobis, batang saderi, baby jagung, carrot, kacang sepat, capsicon (merah/hijau/kuning), brocoli, kobis cina dan apa apa sayur yg korang rasa sedap dan sesuai.. jangan laa pulak buh bayam, sawi, kangkung plak....
Sotong
Udang
Daging
Telur burung puyuh (kalau ada kalau tak ada tak payah)
Sos tiram
Sedikit tepung jagung
Bawang putih (banyak dalam dua gengam)
Halia sikit sangat dalam sebesar sepruh jari kelingking

Cara...

Katuk jer bawang putih tuh dan cincangkan ... tumbuk halia tadi. Amik sikit bawang putih dan halia tadi tumis sampai naik bau.masukkan sos tiram dalam suku botol. Tumiskan sekejap. Kemudian masukkan daging yang di potong kecik. Masukkan udang dan sotong. Masukkan sayur yang susah nak masak. Macam Carrot. Pas tuh boleh laa masukkan sayur sayur lain. Last baru masukkan capsicon. Kemudian masukkan air. Masukkan lebihan bawang putih yang dicincang tadi. Tunggu sampai rasa rasa semua sayur dah masak. Bancuhkan tepung jagung dalam 1 sudu besar dengan air dan masukkan dalam kuali tuh... Masukkan telur puyuh.. kacau sekejap rasa garam semua dah ok dan dah boleh tutup api. Makan masa panas panas perghhh !!! memang yummy ...

No comments: