Monday, July 13, 2009

PPSMI di mansuhkan

Aik... gua memang pelik dengan government sekarang nih.. dulu bila PPSMI tengah hot di perkatakan... semua orang orang kuat kerajaan menyokong kuat dasar PPSMI nih... malah tak seorang pun antara mereka yang menyangkal atau berani membuat komen.. tetiba bila PPSMI nih di mansuhkan banyak laa pulak kita dengar komen dari peringkat peringkat atasan... majority kata PPSMI ni tak bagus.. tak sesuai.. tak relevant dan macam macam komen lagi kita dengar... sampai tetiba kerajaan tunjuk peratus kemerosotan pelajar pelajar di luar bandar apabila dasar nih di ketengahkan dulu .... apa nih .. chiiittt !!! sudah tukar ka ane...

Kekadang aku meluat betul dengan sikap pura pura dia orang nih dengan segala tipu muslihat dia orang nih untuk mengaburi mata pihak pihak dhaif, jahil lebih lebih lagi bagi mereka yang tinggal jauh di pendalaman.. mereka buat seolah olah rakyat tidak tahu membaca dan berfikir.. cuba lu baca article dari berita harian nih..

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi pergerakan berkenaan, Syahrin Md Jamaluddin, berkata daripada maklum balas awal, masih ada pihak kurang memahami keputusan kerajaan itu, terutama masyarakat bandar.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Pelajaran berkata, Pemuda Umno akan turun padang bagi menjelaskan kekeliruan terhadap keputusan itu dan ia diharap membantu masyarakat, terutama ibu bapa memahami keperluan dasar itu dihapuskan.

"Sebenarnya, kalau kita memahami hakikat dasar PPSMI sejak mula diperkenalkan, ia tidak membantu pencapaian murid... memang ada peningkatan penguasaan bahasa Inggeris untuk dua subjek berkenaan tetapi ia sebenarnya hasil inisiatif ibu bapa serta kemampuan murid di bandar yang mengikuti tuisyen.

"Hal ini langsung tidak terjadi di kawasan luar bandar dan penghapusan dasar itu tidak ada kaitan politik, sebaliknya tanggungjawab kerajaan yang mahu memastikan dasar tidak menjadi penyebab kemerosotan murid," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Syahrin berkata, Kementerian Pelajaran akan merangka satu kaedah dalam memastikan setiap terminologi dalam Bahasa Inggeris terus digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik serta Sains apabila PPSMI dihapuskan.

Muhyiddin juga ada menerangkan kenapa PPSMI nih tetiba jer di mansuhkan ... hmmm baru sekarang laaa pulak dia nak bentangkan kelemahan kelemahan PPSMI... cuba korang baca aku petik dari bernama...

Tan Sri Muhyiddin berkata terdapat peningkatan pelajar di negara ini sebelum PPSMI dilaksanakan apabila mereka berjaya menjadi graduan dan profesional terutama dalam bidang perubatan serta kejuruteraan, bagaimanapun selepas PPSMI diperkenalkan majoriti pelajar tidak berupaya.

Trend kejatuhan kedudukan negara yang menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains amat membimbangkan, katanya.

Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

“Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik,” katanya.

Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.

Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus,” katanya.

Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Muhyiddin berkata laporan “Trends in Mathematics and Science Study 2007″ turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007.

“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007,” katanya.

Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).

Adush ... dulu lu orang kata keputusan Maths and Scinece dalam UPSR meningkap dan tak perlu di mansuhkan belakang bila itu PPSMI di mansuhkan lain pulak citernya.. tetiba ada pulak peratusan terbaru yang di jumpai.. mana peratusan yang korang hebohkan baru baru nih...

Mentang mentang dah di mansuhkan korang bantai cukup cukup... tapi aku amat amat rasa tabik dan berterima kasih sekali lagi kat semua mereka meraka yang betul betul telah memperjuangkan untuk memansuhkan PPSMI nih sehingga sanggup bermati matian di jalanan hanya untuk anak anak bangsa kita akan datang....

apa apa pun terima kasihlah pada pihak pihak tertentu kerana akhirnya korang dapat memahami apa yang di perlukan oleh rakyat sebenarnya ....dan yang paling penting cukup laa.. tolong jangan tipu rakyat lagi ... cuba laa telus dalam menyampaikan maklumat agar semua rakyat tahu keadaan sebenarnya...

No comments: