Dah 3 tahun rasanya tak buat open house. Kekadang rasa macam tak seronok kalau tak buat.. sebab masa tu laa dapat jumpa balik kawan kawan lama.... dan baru laaa ada orang dtg rumah.. kalau nak harapkan hari lain mana ada.. aku ngan family pun tak lekat kat rumah ... Hmm...masalah paling utama kenapa aku tak buat open house ialah sebab tak der helper. Dulu masa ada maid.. ok jugak.. sebab akau masak jer maid aku boleh tolong kemas dan serve... tu masa 5 tahun lepas.. masa Nayli baru menjenguk dunia ... Mas tuh boleh laa mintak tolong maid... Aku memang suka masak sendiri kalau buat open house, tak suka cater.. (budget sikit). Penat menag penat tapi puas...
Teringat 3 tahun lepas masa buat open house sekali dengan house warming.. Alhamdulillah ramai giler orang datang... aku rasa mahu sampai seratus lebih orang.. sebab yang dtg mesti berkeluarga ... aku masak nasi minyak 2 periuk besar pun licin.. ayam masak merah 5 ekor langsai by tengah hari lagi... daging masak kurma pun tinggal kuah.. rendang ayam 3 ekor pun habis by tengah hari ... mee hoon sup satu kawah pun habis menjelang malam ...
Majlis start pukul 12 tengah hari.. sepanjang malam aku stay up.. memasak... aku sempat tido beberapa jam jer... pukul 3 baru siap masak.. esok kena bangun pagi nak masak benda lain pulak...
Pagi tuh sebelum pukul 12 lagi orang dah bagi salam.. aku belum mandi lagi.. belum hidang lagi.. belum kemas lagi... lantak laa.. aku naik tukar baju.. dan pada masa yang sama.. aku buh makanan dalam bekas buffet... dan start pukul 12 tuh orang datang menyerbu rumah aku... Orang datang tak berenti henti ... balik satu kereta sampai 2 - 3 kereta... memang ramai kali niii... sampai yang datang tu makan berdiri sebab tak cukup tempat nak duduk.. hari pulak hujan .. tak boleh makan kat luar .... aku yang kelam kabut... memang tak cukup tangan.. mana nak tengok makanan.. mana nak sambut orang dtg .. mana nak bagi direction orang yang nak datang rumah... mujur laa.. ada kakak ipar aku dengan maid dia tolong serve bila dah tengok orang dtg mencurah curah tanpa henti.. dia orang pun terpaksa batalkan niat nak pegi rumah open house lain sebab kesian tengok aku.. sorang sorang ... terima kasih laaa bebanyak kat kakak ipar dan adik adik ipar aku nih..
Menjelang petang lepas pukul 4 tu aku tengok kat dapur... dalam periuk aku.. memang dah licin.. langsung tak der apa.. kuah sup aku yang dah di tambah air pun dah licin jugak... pergh... apa nak buat nih.. Aku memang betul betul panic... cuak dan rasa bersalah pulak.. orang masih lagi datang tanpa henti.. satu dua kereta parking depan rumah... .tak sangka semua yang di ajak nampaknya datang walaupun banyak rumah lain yang bertembung pada hari tu.. sampai malam pun masih ada yang datang...air oren, aku rasa dah di refill beberapa kali ...
Dengan pertolongan Allah nasib baik adik ipar aku dtg bawak laksa. jadinya mintak permission dia untuk hidang untuk tetamu aku.. pun langsai jugak .... aku memang lepak giler.. rasa cam nak pengsan...
Malam tuh sampai pukul 12 lebih baru aku boleh melabuhkan seluruh badan aku.. rasa puas yang amat sangat.. seronok.. gembira dan bangga ... ramai rupanya sahabat yang betul betul menghargai diri ini .. sanggup datang walaupun jauh.. walaupun hujan mencurah curah.... walupun sudah ada jemputan lain .. mereka datang dan makan .. itu yang buat aku rasa terharu.... walaupun ada yang dah makan kat tempat lain tapi masih jugak sudi ke rumah aku dan merasa masakan aku....
Syukur.. tak habis habis aku bersyukur pada tuhan atas majlis open house aku kali ini...kata mak kalau ramai orang datang.. mereka akan bawak sekali rezeki ke rumah kita... alhamdulillah .. aku betul betul bersyukur... aku betul betul gembira ... hanya Allah sahaja yang athu bagaimana perasaan hati au nih...
Tahun nih aku buat kecik kecik jer laa cadangnya .. ajak neighbours dan kengkawan yang duduk dekat dekat dengan rumah aku.. Sekali celebrate birthday Nayli yang dah belated....
So.. sesapa yang nak datang di jemput laa datang untuk sama sama memeriahkan Birthday Nayli dan sambutan Hari raya aku yang secara kecilan kecilan niiii... Pada Hari Sabtu - 18/10/2009 dari pukul 4:00 petang - 6:00 petang.
Insya Allah kalau ada rezeki lebih tahun depan aku buat besar besar.. ajak semua orang macam hari tu... kali nih aku rasa aku nak sewa khemah dan catering jer.. mak cik rasa mak cik dah tak mampu nak masak sengsorang lagi dah.. pitam mak cik di buatnya....
No comments:
Post a Comment