Sunday, January 24, 2010

Long dah start buat lawak ...

Semalam aku sekuluarga pergi tengok long kat Hospital.. dia sudah mula bercakap.. tapi sememangnya lemah ..

Sampai aja kat HUKM .. aku lihat Sren sedang makan .. tak macam hari tuu.. perutnya hanya beralaskan roti dan air aja... itu pun katanya hanya untuk memastikan dia bertenaga untuk menjaga Long..

Aku lihat Long masih lagi tidor.. dia semakin kurus.. masih ada lagi wayar-wayar masih ada tracheotomy tube hole yang mengakibatkan suaranya tidak berapa jelas ketika bercakap.. Long pun dah boleh buat lawak ... Long jugak telah mula menjalani latihan Phisio dia... dan yang penting dia ingat semua anak anaknya dan setiap seorang dari kami ... dan kata Seren lagi dia dah ada list banyak makanan makanan yang dia dah nak makan .. heheh lawak betul laa Long nih ...

Sementara aku dan Mr Hubby tumpang gembira dan bangga melihat perubahan Long .. dari apa yang kami lihat sebelum ini sememangnya amat amat membimbangkan .. dari dia mula tidak sedar sehinggalah dia langsung tidak bergerak.. kaku.. motionless ... sehingga kami sahabat sahabatnya turut sama merasakan penderitaan ahli keluarganya.. kami juga tidak henti henti mendoakan kesihatan dia ...

Tapi itu laa kuasa Allah .. segala galanya telah di tentukan .. kita sebagai umatnya yang kerdil nih hanya mampu menadah tangan memohon tanpa henti tanpa jemu .. dan apa yang penting kita hanya mampu redha dengan apa yang dah ditentukan ....


Friday, January 22, 2010

Update terbaru Long

Quoted fron Ujang's post on FB .. "Till now i will update when i came and visit long. at 7pm'tnight Long is still weak, intubated. He is able to respond command even to recite surah al ikhlas seeing from the lips movement. 6e is able to say thank you.The problem he has now from my observation due to the tracheostomy tube will cause ... See Morehim difficult to speak as the tube may be went through his vocal cord.once the tube is off it would be okay.5enerally he is still weak and depending tube feeding.To all friends, selepas sembahyang, dengan rendah diri dapat titipkan sepotong doa untuk Long agar segera sembuh.we hope the best for Long and hope Allah give the strength to his loyal wife and his loving mother."

Aku tetiba rasa begitu kecik sekali .. dan betapa aku akur yang Allah itu sememangnya maha kaya.. maha mendengar .... maha pengasih dan penyayang ... Dia sememangnya mengetahui segala galanya ... betapa besarnya nikmat Allah ... semoga Long terus sihat ... dan sekalu lagi doa aku untuk Sren dan famiy dia terus tabah ...

Wednesday, January 20, 2010

Tempat baru ...







nih work station aku yang baru .. baru pindah level ... company still sama jer ... pergh besar giler ... syukur ..

rrrrmmm aku rasa esok aku bawak masuk tilam bantal .. pasal ada banyak lagi ruang kat meja sebelah sana yang kosong ... huhuhu ...

Contribution

Kepada sahabat sahabat yang mengenali Yusreen Binti Samion (Srenn). Keadaan suami beliau Mohd FIrdaus Yaakub (Long) masih lagi dalam keadaan yang tidak berapa stabil dan masih mendapat rawatan di HUKM. Sehingga semalam menurut kata sahabat sahabat yang berpeluang menziarahi beliau telah terdapat banyak improvement sejak dari mula dia di kejarkan ke wad ICU. Sekarang Long telah di masukkan ke wad biasa HUKM dan dia sudah mula dapat menggerak-gerakkan eye lid dan jari jari, syukur Alhamdulillah...

Semalam salah seorang sahabat kami telah meminta pandangan untuk cuba membantu untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bantuan atau sumbangan ikhlas dalam bentuk apa jua jenis bantuan. Bagi sesiapa yang sudi untuk menghulurkan bantuan kewangan boleh lah berbuat demikian secara terus di akaun yang di lampirkan di bawah:

YUSREN BINTI SAMION
AKAUN MAYBANK
105176023685

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi

Siti Aida Idora Abdullah (Etie)
019-2887524
ataupun
Azreen Ali (Ayin)
019-3090907

Thursday, January 14, 2010

Guillain-Barre' Syndrome

Menurut doctor kemungkinan besar ini laa syndrome yang dia alami oleh Long (Firdaus) - Guillain-Barre Syndrome

What is Guillain-Barré Syndrome?

Guillain-Barré syndrome is a disorder in which the body's immune system attacks part of the peripheral nervous system. The first symptoms of this disorder include varying degrees of weakness or tingling sensations in the legs. In many instances, the weakness and abnormal sensations spread to the arms and upper body. These symptoms can increase in intensity until the muscles cannot be used at all and the patient is almost totally paralyzed. In these cases, the disorder is life-threatening and is considered a medical emergency. The patient is often put on a respirator to assist with breathing. Most patients, however, recover from even the most severe cases of Guillain-Barré syndrome, although some continue to have some degree of weakness. Guillain-Barré syndrome is rare. Usually Guillain-Barré occurs a few days or weeks after the patient has had symptoms of a respiratory or gastrointestinal viral infection. Occasionally, surgery or vaccinations will trigger the syndrome. The disorder can develop over the course of hours or days, or it may take up to 3 to 4 weeks. No one yet knows why Guillain-Barré strikes some people and not others or what sets the disease in motion. What scientists do know is that the body's immune system begins to attack the body itself, causing what is known as an autoimmune disease. Guillain-Barré is called a syndrome rather than a disease because it is not clear that a specific disease-causing agent is involved. Reflexes such as knee jerks are usually lost. Because the signals traveling along the nerve are slower, a nerve conduction velocity (NCV) test can give a doctor clues to aid the diagnosis. The cerebrospinal fluid that bathes the spinal cord and brain contains more protein than usual, so a physician may decide to perform a spinal tap.

Baca article nih seterusnya .. just click here ...

Sembahyang Hajat dan doa selamat serta bacaan yassin

IIUM grads .. satu sembahyang hajat dan doa selamat untuk Long (Firdaus) suami Sren (Yusren) akan di adakan malam ini (Khamis - 14/01/2009) di Masjid Uthman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak (7:30 - 9:00 malam

Monday, January 11, 2010

Update mengenai Long ...

Menurut salah seorang sahabt kami Ujang .. keadaan Long bertambah tenat ... updates pada pukul 9:45 malam tadi menyatakan :"Long,s condition turned to be worst today and his level on conciousness was reduced and he was intubated and depending the life support machine. Ct scan of brain was done showed no bleeding and repeated detail ct scan is scheduled tomorrow. Merayu dengan rasa rendah diri untuk kawan2 untuk sembahyang hajat dan berdoa disaat2 getir ini"

Pagi tadi ... Sren diminta ke hospital semula... kenapa ... still menjadi tanda tanya ... Dan sampai sekarang (2:30 pm Isnin 11/01/2010) masih lagi menunggu latest news dari sahabat sahabat lain ..

Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya dan kami sentisa mendoakan kesihatan Long ...

Sunday, January 10, 2010

Ujian Allah buat sahabat kami ...

Awal awal tahun lagi dah di kejutkan dengan berita yang amat menakutkan .. one of kawan kami sedang bergelut dengan ujian Allah yang amat berat.. Long (Firdaus) budak Law grad 1998 di masukkan ke wad ICU Jumaat hari tuu .. isteri dia Sren (Yusreen Samion - Law grad 1999) tu pulak semamngnya kawan kita orang. Semamngnya baik dengan kami ...

Malam Sabtu tuh sambil sambil melayan FB tiba tiba aja aku terbaca berita nih kat salah seorang post yang menyatakan suami Sren di masukkan ke wad ICU.. serta merta aku call Sren tapi line dia sibuk.. aku tahu sure dia sedang busy menjawab panggilan telefon yang tak putus putus... aku call ET.. ET yang menerangkan semuanya .. kebetulan dia jugak laa yang sam sama menghantar Long ke hospital pada hari Jumaat hari tu ...

Kata ET, Long mula mula demam aja, kemudian Long complaint yang dia nampak double vission. Penglihatannya jadi pelik bila setiap apa yang dilihat nampak dua. Mereka ke Hospital Columbia Asia Seremban. Kemudian doctor menasihati mereka untuk ke Hospital Pantai. Memandangkan bayaran yang mungkin akan mereka bayar nanti terlalu laa mahal, doctor menasihati mereka untuk sama ada ke General Hospital ataupun ke HUKM. Mereka terus ke HUKM untuk mendpatkan rawatan. Setelah menuggu lama di HUKM baru lah dia di rawat (biasala Goverment Hospital kalau tak NAMPAK critical dia org buat don't know jer). Mujur laa salah seorang sahabt kami merupakan orang kuat kerajaan .. orang kuat Perdana Menteri kita.. dia lah yang menelefon Pengarah besar HUKM.. dan baru laa semua doc pakar datang memberi rawatan... Long terus di tempatkan ke wad ICU..

Dan semalam petang aku aku dan suami berkejar ke wad ICU - HUKM.. kami sedikit awal.. kerana aku sendiri tak tahu masa melawat sebenar wad ICU. Aku sampai pukul 3:30 petang.. hari Ahad .. dan aku tercari cari Sren .. mungkin dia keluar sembahyang .. sambil aku duduk aku cuba SMS dia... belum sempat aku menekan button send SMS tu aku nampak kelibat dia.. itu pun bila dah dekat.. aku bangun.. dia nampak aku.. dia sudah tidak tahan untuk menyelindungkan perasaannya .. dia mula menangis.. aku peluk dia erat .. aku suruh dia sabar .. aku kata Insya Allah Long pasti akan sembuh kembali ...

Tapi dia kuat betul betul kuat .. dia kesat air matanya.. dan mula bercerita ... dia bercerita kepada semua kawan kawan yang hadir.. dari awal kejadian sehingga laa saat itu ... ada masa air matanya mengalir .. dia kesat .. kemudian dia sambung semula ceritanya ... sebaknya di tahan kuat .. dia berceirita dengan penuh harapan agar suaminya pasti akan kembali pulih .. tak ada satu pun aggapan buruk.. dia berharap dan terus berharap...

Aku ajak dia duduk ... dia tenang aja.. telephonenya tak berhenti berdering... dia angkat dan menerangkan keadaan suaminya .. dia betul betul kuat bisik hati aku lagi ...

masa melawat dah tiba.. dia pantas masuk .. katanya .. agar aku tunggu sampai pelawat under namanya keluar .. hanya 2 orang aja yang boleh masuk pada satu masa ..

kami beratur menuggu giliran ... di dalam... aku lihat Long .. dia terbaring .. Sren bisikan ketelinganya yang menyatakan aku dan suami aku datang melawat ..

Suami aku mula berinteraksi ... suami aku memanggil namanya bebrapa kali dan memperkenalkan dirinya ... dia senyap .. suami aku terus berinteraksi ... aku menyapa dia pulak .. aku katakan sapa aku .. dadanya turun naik.. seperti ingin menucapkan sesuatu .. lidahnya bergerak gerak .. tapi dia tidak mampu .. matanya tutup rapat ... hanya aku lihat air matanya aja mengalir tanpa henti ... aku panggil namanya lagi ... dia batuk.. batuk kuat sangat .. seperti pernafasannya tersekat .. sesak...

Sren mula menenangkan dia.. dia memberi tanda isyarat bahawa sudaj tidak ada response .. air matanya jatuh lagi ... Sren mula memujuk Long.. mungkin Long tertekan ... Sren menjanjikan sesuatu yang indah agar semangatnya kuat ... sementara aku sudah tidak tahan melihat pasangan itu.. air mata aku mula mengalir ..

Teringat ketika sihatnya.. aku laa manusia yang selalu menyakat dia.. dia faham sangat dengan aku .. kami suami isteri dan dia (Long dan Sren) memang akrab ... ada aja yang hendak di guraukan ...

Aku terpaksa keluar kerana kami hanya di benarkan menjenguknya sebentar sahaja ... aku keluar dengan hiba.. doa kami tidak putus .. agar Long kembali sihat dan Sren tabah mengahadapi ujian Nya yang amat berat ini ...

* kepada semua kawan kawan.. aku amat amat berharap agar semua dapat buatkan solat hajat dan berdoa agar kawan kita nih Long (Firdaus) kembali sihat dan mendapat perlindungan Allah .. dan juga doakan agar Sren betul betul tabah menghadapi ujian Allah ini... Amiinnnn...

Thursday, January 7, 2010

Neighbourhood story ...

Semalam selesai makan malam kami sekeluarga duduk duduk aja sambil bercerita. Sementara kakak sibuk menyudahkan homework Bahasa Malaysia. Tiba tiba kami dengar suara orang menjerit .. aku dah cuak.. kami tercari cari.. suara itu di sulami dengan tangisan seolah olah raungan seorang perempuan.. kami kenal pasti arah suara itu .. hubby sudah bersiap sedia untuk ketempat kejadian sementara tangan aku pantas menekan button telefon mencari cari nama neighbor kami … dalam 200 meter dari rumah aku … aku nampak suaminya keluar masuk rumah … telefon sudah pasti tidak berjawab.. aku serba salah .. begitu juga dengan suami aku .. sama ada kami perlu pergi .. aku khuatir sekiranyaa family matters.. pertengkaran suami isteri … aku jadik kaget .. kalut … suami aku masuk semula .. kemudian suara tangisan itu terus bergema … aku kuatkan semangat… aku arahkan suami aku untuk pergi.. kalau tak ada apa apa kita balik.. aku takut ada apa apa yang terjadi … mungkin ada kematian atau ada yang tercedera …

Suami aku berlari ke tempat kejadian.. kemudian dia pulang sambil berlari dengan lebih kuat .. dia minta telefon … katanya anak kakak tuh jatuh dan pengsan … aku arahkan anak aku Nabilah untuk duduk di rumah jaga adik.. dan pastikan semua pintu dan tingkap di kunci.. dia akur .. aku berlari mendapatkan neighbor itu…

Aku lihat anak perempuannya terbaring tidak bergerak .. sementara kakak neighbor aku tuh dah melepek kat sebelah anak dia menangis meraung raung .. aku segera mendapatkan dia… aku peluk dia.. tangisna dia bertmabah kuat .. sabar aku kata… “Dia tak tahu kita sayang dia …” jawab dia sambil meratap ratap… aku suruh dia Istgfar banyak banyak.. dia berpaut betul betul kat aku.. menangid meraung raung.. aku ucapkan ayat kursi kat telinga dia.. aku sembur kan kat umbun umbun dia .. benda yang sama jugak aku lakukan pada budak itu… aku check penafasan .. aku panggil nama dia.. supaya aku tahu dia masih lagi boleh response.. matanya berkelip setiap kali aku panggil namanya .. jantungnya juga stabil.. aku cuba sedaya upaya untuk tidak panic.. kerana semua yang berada di situ agak panic.. aku cuba menyelindungkan perasaan aku.. agar masih ada lagi orang yang boleh bertindak rasional .. aku juga takut kalau kalau ada luka luka dalam yang kita tidak tahu ... Alhamdulillah malam itu Allah seolah olah beri satu kekuatan buat aku untuk handle keadaan itu … tapi itu laa.. aku bukan tahu mana pun… apa sangat sumbangan aku yang mampu aku lakukan ...

Aku suruh kakak tu mengucap dan terus tanpa henti beristgfar … Alhamdulillah .. jeritan .. ratapan … dan tangisan dia berkurangan … dia sudah mula sedarkan diri .. tidak meraung raung seperti tadi ...

Ayah dan kaum keluarga dia minta kami tolong mengangkat budak itu masuk ke kereta… aku dengan pantas menyampuk.. "kita tunggu doctor dulu .. " kata aku melarang keras ...neighbor aku yg lain sudah bergegas memanggil doctor dengan motornya… " kita takut ada apa apa yang patah .. kita takut tulang belakang dan tengkuk .. " kata aku menyambung bicara tadi agar mereka faham tindakan aku tadi... "buat masa sekarang cuma pastikan dia boleh response setiap kali kita panggil dia…" sambung aku lagi penuh confident.

Aku lihat ke atas .. kata one of the family member iaitu mak sedara budak tuh.. katanya dia terjatuh dari tingkat atas ketika hendak mengambil sesuatu di atas bumbung.. aku tahu dia bohong … aku cuba meneliti .. tingkap bahagian atas masih lagi terbuka.. awning depan rumah dah pecah.. mungkin dia tersilap langkah ketika di atas bumbung rumah kemudian hilang kawalan dan terus ke awning dan kemudian jatuh ke bawah … atau mungkin ada unsur unsur bunih diri .. atau dia dalam keadan tergesa gesa untuk lari dari rumah .. itu conspiracy theory aku .. tapi aku betul betul confiednt yang salah satu darinya memang tepat ...

Doctor tiba.. aku minta torchlight agar doctor boleh buat kerjanya dengan tenang.. keadaan di situ agar suram .. "do you need heps ?" aku tanya doc… assistantnya angguk aja .. aku tolong pegangkan torchlight … kemudian doctor cuba panggilkan nama budak perempuan itu .. "Dia stabil ke doctor? Tekanan darah dan nadi dia ok ker?" tanya aku seperti berpengalam dan tahu sedikit sebanyak mengenai pertolong kecemasan ... dia kata dia stabil .. dia masih response dengan kita .. dia masih dengan kita lagi .. Aku tanya suami aku siapa yang call ambulance.. dah call ambulance ker .. ? Soalan itu di sahut terus oleh ayahnya.. dan terus call 999 .. ambulan Hospital Serdang yang akan datang katanya ….

Ayahnya juga kalut bercampur marah .. keadaan tiba tiba bercampur .. ayahnya menjerit jerit dalam telefon megarahkan seseorang agar dtg segera … suami aku cepat menenangkan dia …

Tak berapa lama polis sampai .. tapi kali ini bukan seorang .. 4 orang.. dan beberapa mata mata gelap aku rasa kerana berpakaian biasa … ada sesuatu yang cuba diselindungkan.. mereka langsung tidak mengambil keterangan dari tuan rumah .. atau bertanyakan keadaan kejadian .. seolah olah mereka sudah tahu dan keteranagn itu telah di ambil sebelum mereka datang .. dan ini seperti kes police aja .. kenapa agaknya .. kami dan neighbour lain tertanya tanya ...

Tapi bagi aku .. aku tidak perlu tahu.. itu masalah mereka.. aku datang cuma untuk membantu mana mana yang perlu…

Tiba tiba kakak itu menarik erat tangan aku masuk ke rumahmya.. dia sambung semula tangisan dan ratapannya… aku sudah dapat mengagak.. ada sesuatu yang cuba dia luahkan tapi tidak mampu .. "Sabar kak .. budak budak memang macam tuu.. dia tak tahu apa apa lagi .. apa yang kita dah buat tuh memang untuk kebaikan dia .. Cuma dia yang tak tahu .. sabar laa.. doa banyak banyak. Semoga semua akan selamat .. selesaikan satu satu.. jangan ingat benda benda lain .. yang kemudian tu kita kemudiankan .. yang penting sekarang kita nak dia selamat … kata aku cuma mengaggak situsi keadaan dia.. cuba berada di tempat dia dan menyelami hatinya …

"Dia nekad Ina .. kali nih betul nekad .. macam macam dah akak buat .. dia degil .. dia tak dengar cakap akak … kami baru jer bawak dia balik … " kata katanya terhenti bila salah seorang neighbor kami masuk.. dia seperti tidak mahu orang lain tahu kecuali aku.. aku juga pelik kenapa dia pilih aku .. tak apa laa... jika itu boleh buat dia tenang ...

"Tak apa laa akak .. sabar .. buat masa sekarang nih.. doa aja banyak banyak .. benda lepas tuh kita tak payah fikir .. Cuma doa agar keadaan bertambah baik…" sambung aku

"Ina call Hospital private yer .. kalau government lambat sikit .. by distance pun Hospital Serdang jauh sikit dari KPMC Puchong atau Hospital Columbia…" cuba memberi cadangan kerana sudah lebih kurang 30 minutes anaknya terbaring di situ

"Akak ikut aja laa Ina.. apa apa aja asalkan dia selamat .."

Aku keluar semula memberitahu yang tuan rumah agree untuk call ambulance swasta … aku minta hubby hubungi Hospital Columbia kerana no tel Hospital itu aja yang ada dlm simpanan kami.. Cuma perlu bincang dengan suami kakak itu dahulu.. suaminya menelefon semula Hospital Serdang.. kata mereka mereka dah on the way ..

Aku sedikit marah . Malaysian government Services .. very slow.. dah ½ jam dah .. tak jugak sampai sampai .. entah laaa .. aku betul betul tak faham dengan segala procedure yang perlu di patuhi yang membuatkan mereka jadi slow ... banyak kes yang sudah di kenal pasti menunjukkan ketidak cekapan anggota anggota kerajaan ini... tapi aku perlu tekan kan meang bukan semua.. tapi kerana segelintor inilah maka mereka.. gov services ni di lihat sungguh tidak cekap.. atau perkataan lainnya lembap

Kalau dia ada bleeding aku rasa.. kemungkinan besar dah tak mampu buat apa apa.. aku betul betul marah … kami masih menunggu saat demi saat .. minute demi minute .. situasi sebenar budak itu kami tidak pasti .. malah doctor jugak tidak pasti .. di khuatiri ada major fractured aja .. atau ada internal bleeding ..

Masing masing menggeleng kepala.. masing masing mengira saat .. berapa lama lagi ... sampai bila kami perlu tunggu dan melihat budak itu keras di situ … ???

Bersambung ......

Tuesday, January 5, 2010

Kalimah Allah: Pejabat Nik Aziz sangkal laporan TV3

Laporan sebuah stesen TV yang memetik kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah', disangkal oleh pejabat menteri besar Kelantan itu.

Setiausaha akhbarnya Mohd Saiba Yaakob berkata, laporan melalui segmen Buletin Utama di stesen TV3 itu "tidak betul" kerana tidak menyampaikan kenyataan Nik Abdul Aziz dengan tepat.

"Laporan itu kata Tok Guru sokong bukan Islam guna (kalimah) Allah, tapi saya tidak pasti laporan itu dalam konteks apa," kata Mohd Saiba ketika dihubungi hari ini.

Sebenarnya, kata Mohd Saiba, mursyidul am PAS itu tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, selaku penerbit, menggunakan kalimah tersebut dalam akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Katanya lagi, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebenarnya tidak berbeza daripada kenyataan berhubung isu sama yang pernah dikeluarkan pemimpin PAS itu.

"Iaitu (maksud Nik Aziz) kalau dalam perbualan (orang Kristian guna kalimah Allah) tidak menjadi masalah, tetapi tidak boleh digunakan secara rasmi dalam akhbar, majalah atau buku," katanya lagi.

"Maksudnya (Nik Aziz), boleh guna tapi (orang Kristian) tidak boleh samakan Allah dengan tuhan, kerana Allah dalam Islam berbeza dengan konsep triniti Kristian sebab dalam Islam, Allah itu esa," jelasnya lagi.

Tambahnya, seorang setiausaha menteri besar itu ditugaskan untuk menyampaikan teguran kepada stesen TV3 berkaitan laporan tersebut.

"Wartawan pun tidak ada pada sidang media itu dan mereka ambil (kenyataan Nik Abdul Aziz) daripada sumber lain," kata Mohd Saiba lagi.

Ditanya sekiranya teguran itu melibatkan tindakan undang-undang atau tuntutan supaya TV3 memohon maaf kepada Nik Abdul Aziz, Mohd Saiba berkata "ia cuma teguran biasa."

** adush .. cam mana wartawan boleh tersilap amik kenyataan niii ...

Monday, January 4, 2010

Mereka juga sama ...

Pagi itu aku hantar anak anak ke sekolah agama dulu... dalam kekalutan pelajar pelajar lain bercerita tentang cuti sekolah dan menunjuk nunjuk pakaian baru, kasut baru .. tudung baru.. beg dan peralatan peralatan baru .. mata aku tertumpu pada seorang pelajar perempuan.. mungkin sebaya anak aku .. dia sendiri di situ .. senyap.. sambil tersenyum kelat melihat gelagat kawan kawannya ... mata aku betul betul tertumpu padanya .. aku lihat dia melihat baju sekolah putihnya... dia mengusap lengannya ... kemudian dia lihat pula kain sekolah dan kasut sekolahnya .. bila kawannya menyapa.. dia senyum lagi tanpa seri ... aku seolah olah mengerti ... kesemua pakaian sekolahnya pakaian lama.. boleh nampak baju kurungnya yang sudah agak kekuningan.. lengannya juga sudah pendek .. mungkin itu sebabnya dia lipatkan sampai pertengah lengan... kain sekolah juga sudah senteng ... aku jadi sayu .. kesian .. aku tanya kakak .. kawan kakak ker tu ?? ha ah .. aku suruh anak aku sapa dia agar dia tidak terlalu asing dengan situasi itu .. dia hanya senyum dan cuba menghindarkan diri dari Nabilah...

Kesiannya detik hati aku.. sedang yang lain meriah dengan baju baru .. dia terpaksa akur yang ibu bapanya tidak mampu menyediakan pakaian baru untuk dia ... aku tahu bagaimana perasaan dia.. pasti sedih .. pasti cemburu .. pastu malu .. maklum laa kanak kanak .. mereka masih belum tahu erti sebenar kehidupan .. dan aku juga tahu apa perasaan ibu bapanya pada pagi itu.. bagaimana perasaan seorang ibu bapa yang tidak dapat memenuhi kehendak anak anaknya ... pasti juga hampa ...

Aku ingin sekali anak itu tahu bahawa bukan itu ukuran sebenar seorang manusia... bukan itu yang perlu di nilaikan dan dibandingkan sekarang ini ... tidak perlu berpakaian baru.. berkereta cantik, berumah besar dan di lihat hebat ... tapi dada kita kosong dengan ilmu .. hati haus dengan amalan .. apa yang dilihat itu hanyalah luaran.. lansung tidak ada kena mengena dengan kehidupan kita kelak ... apa yang penting ilmu di dada .. amalan kita untuk dunia dan akhirat dan tingkah laku kita .. itu yang akan menjadi ukuran kelak..

Belajar laa .. belajar rajin rajin agar suatu hari nanti dia pasti akan dapat apa yang dia inginkan ... tak perlu mengasingkan diri dari kawan kawan kerana mereka juga sama ...

Anak solehah







Cam biasa setiap kali bukak sekolah maka sunyi laa office .. ramai yang mengambil cuti untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah .. tahun nih anak akau Nabilah dah darjah tiga..Nayli pulak dah 6 tahun ... dah tadika.... setiap kali bukak sekolah setiap kali aku dan suami menghitung usia anak anak aku... saban tahun melihat mereka membesar ... tambah setahun lagi... bermakna akan tolak setahun lagi usia kita di muka bumi ini .. dan setahun lagi akan di tolak masa untuk kita besama sama anak anak yang tersayang ...

Aku cuti hari nih .. siapkan anak anak ke sekolah.. bangga mereka dengan pakaian baru sekolah.. kaka pengawas .. berbaju kemeja biru muda .. dengan kain biru tua lipat belakang.. tudung biru mudanya di masukkan kemas ke dalam baju.. bergaya sungguh detik hati aku .. sementara itu adik pun sudah tidak sabar memperagakan pakai tadika dia.. baju kemeja lengan pendek berwarna shocking pink .. seluar biru tua dan jacket biru tua ... hmm.. dah besar anak anak mak ..

Apa yang aku harapkan agar mereka menjadi manusia manusia yang berilmu dan berpengetahuan luas .. berpendidikan ... mempunyai amalan yang tinggi dunia dan akhirat .. berjaya dunia dan akhirat .. dan apa yang amat amat aku harapkan adalah doa aku agar mereka menjadi anak yang solehah ... amin ...

Friday, January 1, 2010

Detik Tahun Baru yang di salah ertikan

Ramai yang ternanti nanti detik tahun baru masihi dan menyambutnya dengan gilang gemilang ... ramai yang berpusu pusu untuk sama sama memeriahkan suasana dengan berkumpul dan berpesta .. setiap kali tahun baru pasti akan berlangsungnya acara acara yang bermotifkan hiburan berlansung secara besar besaran..apa yang menyedihkan adalah anak anak melayu kita.. anak anak melayu kita yang semakin hari semakin hilang pedoman hidup.. membiarkan diri sendiri hanyut dalam era pembangunan dan keseronokkan.. sedang manusia manusia lain yang bukan bernama Melayu sibuk mengejar kejayaan .. mereka sibuk mengejar kegilaan berpesta ..

Semalam ...seperti tahun tahun dulu .. setiap tahun .. budaya Malam Tahun Baru begitu menjadi satu budaya yang terus menjadi punca kepada meningkatnya gejala gejala social seperti dadah, arak, lumba motor judi dan zina. Dan 9 bulan kemudian akan ramailaa di jumpai bayi bayi yang dibuang seperti sampah di merata rata tempat...

Lihat aja apa yang berlaku pada Hari Natal tempoh hari.. berpuluh puluh remaja Melayu bersama sama meraikan pesta Hari Natal tersebut ... apa sebenarnya yang telah terjadi .. apa ini yang dikatakan 1 Malaysia.. segala galanya boleh dilakukan dengan sewenang wenangnya tanpa ada had batasnya...

Bagaimana pula halnya dengan perayaan Awal Muharam seminggu awal dari hari Natal ... ada yang hampir tidak tahu apa sebenarnya Awal Muharam.. ianya di sambut sepi pleh pemuda pemudi kita.. mesjid mesjid .. surau dan tempat tempat berlangsungnya aktivity awal muharam begitu sepi dengan meraka.. hanya segelintir umat remaja yang menghadirkan diri.. selebihnya adalah mereka mereka yang sudah berumur ... mereka yang menghargai detik detik senja yang semakin hilang dan malap ...

Mungkin para remaja kita tersalah anggap .. mungkin kebiasaan kita menyambut tahun baru di salah ertikan oleh segolongan besar para remaja ini.. jika ada perayaan atau sambutan .. pasti remaja ini taggihkan sesuatu yang luar biasa.. keseronokkan yang tidak terhingga dan kebiasaannya luar batasan... atau sememangnya itu yang diharapkan oleh pihak penganjur..

Apa mungkin budaya ini di hentikan.. apa mungkin kita mampu membentras kegiatan maksiat yang semkin berleluasa .. bukan tidak boleh untuk berhibur .. tapi pasti ada had dan adab adabnya ... apa yang kita takutkan adalah suatu hari nanti bila Allah turunkan bala atas kealpaan kita semua.. itu yang kita takutkan ...

mungkin kita hanya mampu berdoa ... agar mereka mendapat hidayah ... bala datang tidak mengenal sesiapa ... jangan sampai suatu masa nanti kita juga terheret dalam bala yang diturunkan.. Ya Allah lindungi laah diriku, keluarga ku.. saudara mara ku dan semua umat Islam dari bala Mu Ya Allah ....

* Cuba tanya para alim ulama mengenai sambutan Tahun Baru niii... sila pergi ke sini

Malam Tahun Baru

Ramai yang ternanti nanti detik tahun baru masihi dan menyambutnya dengan gilang gemilang ... ramai yang berpusu pusu untuk sama sama memeriahkan suasana dengan berkumpul dan berpesta .. setiap kali tahun baru pasti akan berlangsungnya acara acara yang bermotifkan hiburan berlansung secara besar besaran..apa yang menyedihkan adalah anak anak melayu kita.. anak anak melayu kita yang semakin hari semakin hilang pedoman hidup.. membiarkan diri sendiri hanyut dalam era pembangunan dan keseronokkan.. sedang manusia manusia lain yang bukan bernama Melayu sibuk mengejar kejayaan .. mereka sibuk mengejar kegilaan berpesta ..

Semalam ...seperti tahun tahun dulu .. setiap tahun .. budaya Malam Tahun Baru begitu menjadi satu budaya yang terus menjadi punca kepada meningkatnya gejala gejala social seperti dadah, arak, lumba motor judi dan zina. Dan 9 bulan kemudian akan ramailaa di jumpai bayi bayi yang dibuang seperti sampah di merata rata tempat...

Lihat aja apa yang berlaku pada Hari Natal tempoh hari.. berpuluh puluh remaja Melayu bersama sama meraikan pesta Hari Natal tersebut ... apa sebenarnya yang telah terjadi .. apa ini yang dikatakan 1 Malaysia.. segala galanya boleh dilakukan dengan seweanang wenangnya tanpa ada had batasnya...

Bagaimana pula halnya dengan perayaan Awal Muharam seminggu awal dari hari Natal ... ada yang hampir tidak tahu apa sebenarnya Awal Muharam.. ianya di sambut sepi oleh pemuda pemudi kita.. mesjid mesjid .. surau dan tempat tempat berlangsungnya aktivity awal muharam begitu sepi dengan meraka.. hanya segelintir umat remaja yang menghadirkan diri.. selebihnya adalah mereka mereka yang sudah berumur ... mereka yang menghargai detik detik senja yang semakin hilang dan malap ...

Apa mungkin budaya ini di hentikan.. apa mungkin kita mampu membentras kegiatan maksiat yang semkin berleluasa .. mungkin kita hanya mampu berdoa ... agar mereka mendapat hidayah ... bala datang tidak mengenal sesiapa ... jangan sampai suatu masa nanti kita juga terheret dalam bala yang diturunkan.. Ya Allah lindungi laah diriku, keluarga ku.. saudara mara ku dan semua umat Islam dari bala Mu Ya Allah ....