Awal awal tahun lagi dah di kejutkan dengan berita yang amat menakutkan .. one of kawan kami sedang bergelut dengan ujian Allah yang amat berat.. Long (Firdaus) budak Law grad 1998 di masukkan ke wad ICU Jumaat hari tuu .. isteri dia Sren (Yusreen Samion - Law grad 1999) tu pulak semamngnya kawan kita orang. Semamngnya baik dengan kami ...
Malam Sabtu tuh sambil sambil melayan FB tiba tiba aja aku terbaca berita nih kat salah seorang post yang menyatakan suami Sren di masukkan ke wad ICU.. serta merta aku call Sren tapi line dia sibuk.. aku tahu sure dia sedang busy menjawab panggilan telefon yang tak putus putus... aku call ET.. ET yang menerangkan semuanya .. kebetulan dia jugak laa yang sam sama menghantar Long ke hospital pada hari Jumaat hari tu ...
Kata ET, Long mula mula demam aja, kemudian Long complaint yang dia nampak double vission. Penglihatannya jadi pelik bila setiap apa yang dilihat nampak dua. Mereka ke Hospital Columbia Asia Seremban. Kemudian doctor menasihati mereka untuk ke Hospital Pantai. Memandangkan bayaran yang mungkin akan mereka bayar nanti terlalu laa mahal, doctor menasihati mereka untuk sama ada ke General Hospital ataupun ke HUKM. Mereka terus ke HUKM untuk mendpatkan rawatan. Setelah menuggu lama di HUKM baru lah dia di rawat (biasala Goverment Hospital kalau tak NAMPAK critical dia org buat don't know jer). Mujur laa salah seorang sahabt kami merupakan orang kuat kerajaan .. orang kuat Perdana Menteri kita.. dia lah yang menelefon Pengarah besar HUKM.. dan baru laa semua doc pakar datang memberi rawatan... Long terus di tempatkan ke wad ICU..
Dan semalam petang aku aku dan suami berkejar ke wad ICU - HUKM.. kami sedikit awal.. kerana aku sendiri tak tahu masa melawat sebenar wad ICU. Aku sampai pukul 3:30 petang.. hari Ahad .. dan aku tercari cari Sren .. mungkin dia keluar sembahyang .. sambil aku duduk aku cuba SMS dia... belum sempat aku menekan button send SMS tu aku nampak kelibat dia.. itu pun bila dah dekat.. aku bangun.. dia nampak aku.. dia sudah tidak tahan untuk menyelindungkan perasaannya .. dia mula menangis.. aku peluk dia erat .. aku suruh dia sabar .. aku kata Insya Allah Long pasti akan sembuh kembali ...
Tapi dia kuat betul betul kuat .. dia kesat air matanya.. dan mula bercerita ... dia bercerita kepada semua kawan kawan yang hadir.. dari awal kejadian sehingga laa saat itu ... ada masa air matanya mengalir .. dia kesat .. kemudian dia sambung semula ceritanya ... sebaknya di tahan kuat .. dia berceirita dengan penuh harapan agar suaminya pasti akan kembali pulih .. tak ada satu pun aggapan buruk.. dia berharap dan terus berharap...
Aku ajak dia duduk ... dia tenang aja.. telephonenya tak berhenti berdering... dia angkat dan menerangkan keadaan suaminya .. dia betul betul kuat bisik hati aku lagi ...
masa melawat dah tiba.. dia pantas masuk .. katanya .. agar aku tunggu sampai pelawat under namanya keluar .. hanya 2 orang aja yang boleh masuk pada satu masa ..
kami beratur menuggu giliran ... di dalam... aku lihat Long .. dia terbaring .. Sren bisikan ketelinganya yang menyatakan aku dan suami aku datang melawat ..
Suami aku mula berinteraksi ... suami aku memanggil namanya bebrapa kali dan memperkenalkan dirinya ... dia senyap .. suami aku terus berinteraksi ... aku menyapa dia pulak .. aku katakan sapa aku .. dadanya turun naik.. seperti ingin menucapkan sesuatu .. lidahnya bergerak gerak .. tapi dia tidak mampu .. matanya tutup rapat ... hanya aku lihat air matanya aja mengalir tanpa henti ... aku panggil namanya lagi ... dia batuk.. batuk kuat sangat .. seperti pernafasannya tersekat .. sesak...
Sren mula menenangkan dia.. dia memberi tanda isyarat bahawa sudaj tidak ada response .. air matanya jatuh lagi ... Sren mula memujuk Long.. mungkin Long tertekan ... Sren menjanjikan sesuatu yang indah agar semangatnya kuat ... sementara aku sudah tidak tahan melihat pasangan itu.. air mata aku mula mengalir ..
Teringat ketika sihatnya.. aku laa manusia yang selalu menyakat dia.. dia faham sangat dengan aku .. kami suami isteri dan dia (Long dan Sren) memang akrab ... ada aja yang hendak di guraukan ...
Aku terpaksa keluar kerana kami hanya di benarkan menjenguknya sebentar sahaja ... aku keluar dengan hiba.. doa kami tidak putus .. agar Long kembali sihat dan Sren tabah mengahadapi ujian Nya yang amat berat ini ...
* kepada semua kawan kawan.. aku amat amat berharap agar semua dapat buatkan solat hajat dan berdoa agar kawan kita nih Long (Firdaus) kembali sihat dan mendapat perlindungan Allah .. dan juga doakan agar Sren betul betul tabah menghadapi ujian Allah ini... Amiinnnn...
No comments:
Post a Comment